Thursday, November 30, 2006

Happy Belated Birthday... Anak Buah ku.. Nur Izzati



terlambat aku nk update kt blog.. actually, on 27th nov 2006... anak buah aku yg gebu ni.. dh masuk setahun.. kejap je kan... bila tgk gmbr anak buah aku ni.. mula la teringat nk blk perlis.. rindu nyer.....
maybe nk blk perlis masa cuti chinese new year nnt... nk balik sana kena bajet btul2.. nnt x ckp duit... hv to plan whether nk blk ngan keta or blk ngan bas jer...

Wednesday, November 22, 2006

Ciuman Membawa Berkat - Cium sebelum kerja (pasangan Kahwin)

Cium sebelum kerja (pasangan Kahwin)

Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam, nak kemana-mana pon, bila kena berjauhan ngan suami dan anak2.

Untuk makluman semua. Saya dapat e-mail ni dari kawan.

Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun
2004(gambar muka depan Siti Sharizah), ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami. Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untuk mendapatkan kenaikan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun. Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan di waktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.

Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang telah dilakukan. Sudah pastinya, kesahihannya tidak dapat disahkan secara 100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambilkira.
Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga.

Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerja masing-masing. Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi. Tapi saya
yakin tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat.

Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca artikel tersebut(yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu berkobar-kobar untuk menpraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini. Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh
menerimanya atau tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang. Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik, sebab itulah saya sedikit musykil. Walaubagaimanapun, memang setiap
pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya. Tapi pada tangan jugalah, bukan pipi.
Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya. Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya. Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu denganmenanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah). Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia beretuju dengan
cadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar mana,tapi ianya penting.

Maka pada hari-hari yang seterusnya(sekarang dah masuk satu minggu kot) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.

Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.
Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa yang ingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja.Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.
Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada di rumah. Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar. Keajaiban berlaku ( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri
diluar pintu kereta. Lalu setelah saya hulurkan tangan saya,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya.

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasihsayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi.

Oleh itu,para pembaca ...yang tidak pernah melakukan perkara ini, apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang. Untuk menyuburkan lagi kasih sayang antara suami isteri, untuk memberikan variasi baru dalam perkahwinan, untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan memanjangkan lagi umur suami tersayang. Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu yang baru.
Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya.
Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya. Tidak bertangguh, namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan rumahtangga..jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba. Dalam rumahtangga, harus ada kelainan sepanjang masa, barulah lebih bermakna.
Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje....betul tak? Saya yakin para suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasihsayang, benarkah begitu wahai para suami?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini? Dan dalam artikel itu juga, dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu.
Sekiranya beliau tahu, pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini.
Oklah, saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin...

Wednesday, November 15, 2006

SHARING INFO..WANITA OH WANITA..BANYAK YANG BETUL KAN?

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidakmenitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebihbaik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamumenegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling diasayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akansentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelakilain.

5. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nakmenerima pujian.

6. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolakcintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukanapa saja.

7. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolakcintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggapdia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

8. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

9. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

10. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

11. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan responpositif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuhtak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggangdiletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semuarakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyumsebarangan.

13. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

14. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajakkeluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

15. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggupanggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

16. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

17. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanyakenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

18. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikathati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

19. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari olehwanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulahdirinya sendiri.

20. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yangdicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

21. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

22. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.

23. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpasebarang kompromi.

24. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

25. Senjata wanita adalah airmata!!

26. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasaterharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni diatak akan ragu-ragu terhadapmu.

27. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka danbaik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

28. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahuhanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Monday, November 13, 2006

WANITA DAN UNSURNYA

Wanita dan unsur-unsurnya
Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...
Baca dan fikirkan dimanakah anda.Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apa kata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini.

Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang
pemarah.
3) Tenangdiri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga
kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
7) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.

WANITA BERUNSUR API
1) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumahtangga.
2) Penasihatyang baik.
3) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
4) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
5) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Wednesday, November 08, 2006

raya with my niece..

raya tahun ni.. aku beraya kt perlis.. seronok sgt.. lebih kurg 10 hari beraya kt perlis.. tu pun rasa x cukup lg.. best sgt main2 ngan anak2 buah aku.. dulu sorg.. thn ni dh 2 org anak buah aku.. heheeheh.. bila la nk ada anak sendiri plak.. tumpang anak org jer la dulu...
apa2 pun mmg enjoy blk perlis.. belanja duit x ingat la.. blk kl.. dh sengkek.. heheh. tp xper.. puas hati..

Wednesday, November 01, 2006

planning for open house & house warming

hajat di hati mmg la teringin nk buat open house utk raya ni.. tp memandangkan bajet aku yg kian meruncing.. nmpk gaya nya aku terpaksa pospone.. aku plan nk buat dlm bulan 12.. that time bulan raya pun dh habis... tp xper la.. selain dr alasan bajet.. aku pikir gk.. kalo dlm bulan raya ni.. ramai yg buat open house.. every week mesti ada jemputan punya... so, kalo aku wat.. nnt x ramai plak yg dpt dtg umah aku.. penat je aku msk nnt... so, stick to my plan.. aku buat after bulan raya.. insyaAllah on december... aku pun dh tanya hubby.. dia setuju gk ngan cadangan aku tu.. lgpun sempat la lagi aku nk hias2 umah sket... nk gantung2 apa yg patut... ye la.. umah pun kosong lg.. xde hiasan apa2.. malu plak bila org dtg nnt..

lg satu.. hari ni seharian kepala otak aku dok pikir.. bila aku nk wat house warming nnt.. apa yg aku nk masak... nk masak sendiri ker.. nk tempah ker.. x tau lg.. mcm2 menu yg bermain2 dlm otak aku ni... mcm nk msk semua benda.. mmm.. apa2 pun tunggu next month yer.. insyaAllah... kalo ada rezeki.. aku wat jgk.. ye la.. dh duduk umah baru hampir sethn.. xde wat house warming lg... ramai la yg dok tanya2... biasa la.. bajet kitorg yg nk kuarkan... kena la plan btul2...