Thursday, April 14, 2011

Kerana Menolong.... (episod lepas geram)

pagi tadi dengar topik kat HotFM..
tajuk nyer: "Menolong dengan hati murni tapi berakhir dengan tragedi / dipandang tak baik"..
diorang ambik dari tajuk Harian Metro Hilang kaki kerana menolong

masa tu tengah drive nak datang keja..
rasa tergedik-gedik sangat nak call HotFM..
nombor dah dail ni.. tapi aku tak pakai handsfree pulak..
kang dah dapat talian, susah pulak nak cakap kan..
so, kuburkan saja niat ku itu..

sebenarnya aku nak bercerita pun ada kaitan dengan topik yang dibicarakan..
pasal menolong jugak.. tapi dibalas racun.. boleh??

cerita dah lama.. tapi akibat nya kami suami isteri merasa sampai lah sekarang..
mungkin ramai kawan-kawan rapat yg dah tahu cerita ni
tapi aku tak pernah pulak nak cerita kat blog ni..
memang kalo pikir jer pasal hal ni.. rasa geram yang amat..

ceritanya macam ni..

en suami ada seorang kawan (F) yang boleh dikatakan rapat lah jugak..
diorang berkawan sejak dari study kat Twintech dulu..
sampai bekerja.. masa masih bujang.. sewa rumah sama-sama..
sampai 1 masa kawan dia ni sewa rumah sorang2.. walaupun masih bujang..
nampak agak berduit jugak lah ye. walaupun masih bujang mampu sewa rumah sorang2 jer..
pastu, dia tolong en suami dapat kan kerja baru di tempat dia bekerja..
so, bekerja lah sama-sama mereka di situ..
sampai lah aku pulak lepas habis belajar, ambik kursus kat SHRDC..
pastu, praktikal kat company en suami bekerja (masa ni kami dah bertunang)..
lepas tu, habis je praktikal aku.. terus aku kerja kat situ jugak..
sampai lah kami kahwin.. masih lagi kerja di tempat yg sama..

berbalik kepada kawan en suami tu.. si F tu..
kebetulan pulak dia pun kahwin pada tarikh yg sama aku & en suami kawin..
dia pulak kawin dengan orang kampung dia.. Kelantan..
dan wife dia pulak tak kerja..
lepas kawin, F bawak wife dia datang duduk sekali kat KL..
diorang ni pulak takde transport sendiri..
F ni datang keje naik LRT dan bas je hari-hari..
so, tiap-tiap hari wife dia duduk la rumah sorang2 bila F datang keja..
sampai lah diorang pun ada rezeki, isteri dia mengandung..
boleh dikatakan bunting pelamin lah agaknya..

si F ni rajin bekerja part time.. masa tu dia buat MLM..
memang rajin betul la.. pandai convince orang.. ramai yg join dia..
termasuk en suami jugak.. tapi ktorang ni tak pandai sangat nak keja-keja macam tu..
pegi lah kelas MLM tu 2,3 kali.. pastu, kami senyap jer.. malas lah..
si F ni, selalu lah sembang-sembang dengan ktorang pasal nak buat bisnes lah..
nak bukak kedai buku lah.. nak buat francais laksa lah.. macam2 lah plan dia..

dah tu, sampai masa wife dia bersalin..
kat Kelantan lah.. pastu, rasanya wife dia dah tak nak balik ke KL dah la..
so, si F ni bertungkus lumus lah nak mulakan bisnes..
sebab nak balik kerja di Kelantan.. takkan la nak duduk jauh-jauh dengan bini kan..
idea bisnes dia memang banyak la dalam kepala otak..
dia pulak jenis pandai mengayat orang.. cerita semua nya macam real jer..
Alhamdulillah dia dianugerahkan bakat tu ...

pastu, 1 hari.. dia nak buat personal loan dengan Bank Rakyat..
nak buat pinjaman 20k untuk mulakan berniaga..
dia mintak en suami jadi penjamin..
ktorang pun masa tu tanpa pikir panjang.. setuju je nak jadi penjamin dia..
langsung tak pikir risiko jadi penjamin..
sebab kami penah buat loan Bank Rakyat.. dan abg ipar en suami jadi penjamin..
takde masalah apa-apa pun.. so, kami pun ingat benda yg sama..
lagi pun masa tu usia agak muda.. kurang pengalaman..

dah siap dia dapat duit loan dia.. dia resign dari company tu..
terus balik kampung.. nak mulakan bisnes dia tu..
so, bulan berganti bulan..
ktorang pun taktau lah apa yg dah dia bisneskan di Kelantan tu..
tapi ada unsur-unsur yg kurang menyenangkan bermula..
tiap2 bulan kami akan ke Bank Rakyat untuk bayar hutang kami sendiri dengan Bank Rakyat..
pegawai yg menguruskan hutang si F ni bgtau.. yg si F ni tak bayar hutang bulan-bulan dengan B.Rakyat..
dah sah-sah en suami penjamin kan.. so, B.Rakyat memang terus carik en suami lah..
aku dah tak ingat lah masa tu B.Rakyat dapat carik si F ni ke tak..
memang si F ni tak bayar hutang dengan B.Rakyat..
aku tak pasti samada tak bayar langsung, atau ada sangkut beberapa bulan..
tapi.. memang siot la kan..

satu hari kalo tak salah tahun 2005..
en suami dapat surat untuk naik court disebabkan kes si F ni..
so, dapat lah contact si F ni..
utk pengetahuan korang, memang susah kami nak contact si F ni lepas kes dia tak bayar kt B.Rakyat ni terbongkar..
bila kami call.. tak berjawab..
pastu, bukan nak return call...
akhirnya bila dah dapat call dia, memang panggil dia datang KL untuk naik court..
dia datang KL naik bas/keretapi.. en suami jemput dia.. bawak pi court..
masa kat court, diorang deal dengan B.Rakyat untuk si F ni bayar RM200+ sebulan..
sebelum ni dia kena bayar RM400+ sebulan..
then, si F ni pun setuju.. dan janji dengan en suami dia akan bayar..
pastu, bawak balik rumah.. masa tu aku keja.. so, memang tak jumpa dia..
tapi masa tu mak & abah mertua aku ada kat rumah..
ptg nya en suami hantar dia g stesen bas.. dia balik Kelantan..

lepas tu, kami ingatkan dia bayar lah..
rupa-rupanya.. hampeh..
tak bayar jugak..

kami contact dia lagi..
seperti biasa.. memang susah nak dapat call..
berbekalkan bantuan kawan-kawan yang kenal dia..
dapat jugak kami call dia..
masa tu en suami bincang dengan dia..
macamana nak setel masalah ni..
sebab kan hal penjamin ni..
nama en suami dah blacklist.. langsung tak boleh buat apa-apa pinjaman lagi..
nasib baik kami dah beli rumah + kereta atas nama en suami sebelum en suami kena blacklist..
sekarang ni kami ada plan nak menambah harta lagi.. tapi nama en suami tetap tak lepas untuk nak buat pinjaman..
kalo submit loan @ credit card.. memang sangkut kat B.Rakyat..
hutang kami dengan B.Rakyat dah habis.. dan dah dapat release letter pun..
memang problem pasal jadi penjamin ni jer lah..

en suami bincang dengan dia.. tujuan kami nak tolong dia..
en suami cakap macam orang tak marah pun dengan dia..
kami bincang kalo boleh kami tolong.. kami tolong..
tujuan kami cuma nak clearkan nama en suami jer..
kami bgtau dia masa tu.. cuba lah buat pinjaman dengan Tekun..
sebab kan dia kata dia bisnes kan..
masa tu dia bgtau dia bisnes kedai stationaries..
mesti lah ada income kan..
habis jer conversation tu.. kami tunggu gak lah kot2 ada feedback dari dia..
dah tu, senyap jer..
kami cuba contact dia.. dah tak dapat..
no dia dah tukar ker?
no lama tu memang la dah tak dapat..
hantar mesej kat facebook pun takde respon..

sekarang ni kami pun taktau lah dia masih hidup or tak..
bukan nak mendoakan orang supaya mati.. tapi korang paham lah apa yg kami rasa..
aku sedih sangat..
sampai hati dia buat kami macam ni..
kalau tak mampu nak bayar pun.. cuba lah contact kami..
bincang dengan kami.. mana tau kami boleh tolong dia..
bila senyap macam ni.. macam mana masalah nak selesai..
dia tak rasa bersalah ker dengan hidup dia..
kalau aku jadi dia.. mesti aku rasa tak senang duduk..
sebab buat sesuatu yg menyusahkan orang lain ..
buat aniaya pada orang lain..
macamana dia menyara hidup anak-anak dia dan isteri dia dengan keadaan ada hutang dengan orang..

sekarang ni B.Rakyat call en suami jer..
mintak en suami bayarkan kat diorg..
ktorg bayar kan jugak lah..
sedih jugak bila pikir..
orang dah sedap-sedap habiskan duit tu..
kita pulak kena bayar hutang dia..

banyak plan kami yang tersangkut.. disebabkan nama en suami tak release..
takkan nak pakai nama aku sorang jer..
nak beli rumah besar.. kena lah combination gaji kan.. baru lah lepas.. huhu..sedih..

kami cuba mencari jalan sebaik mungkin macamana nak setelkan masalah ni..
macamana nak cari dia..
macamana nak contact dia..
sedih sangat kalau pikir hal ni..

ingat senang ke hal hutang piutang ni..
kalau orang tak halalkan duit yg ko makan tu, macamana?
Wallahualam..


** panjang betul cerita aku ni.. tapi tak puas hati lagi ni.. nanti lah bila-bila akan ku sambung lagi..


4 comments:

Unknown said...

hmm.. biasa la tu.. jenis org yg suka amik mudah, tak pikir susah org lain.. x senang hidup tu..
aku penah kena lbh kurang hg.. mungkin lebih.. dh settle pun.. ada hikmah disebaliknya..

(Cuma citer MLM tu x de kaitan ngan jadi penjamin pun.. :p)

Mazatul azura said...

Cik Zura, Memang sakit hati jadik camtu kan! tapi sabar banyak-banyak yer.. Allah sentiasa merencanakan yang terbaik utk kite :)

Aizura said...

rashid - saja nak menyedap rasa masuk cerita MLM tu.. :P

cik mai - insyaAllah.. semoga kami diberikan kekuatan untuk terus bersabar. :)

Aizura said...

nisa - memang kita rasa x sangka ada org mcm tu, tapi org tu dengan takde perasaan boleh buat perkara yg x betul mcm tu.. :(