Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Wednesday, September 05, 2012

cerita pasal raya 2012

lama nya dah aku tak menulis di sini..
sepanjang bulan posa.. memang kemalasan nak menulis blog semakin merudum..
sekarang dah lepas raya.. tapi masih di bulan raya..
nak jugak lah cerita pasal raya..
tapiiii.. sekarang di ofis..
gambar2 raya yang tak seberapa ada di rumah..
hmmmmm...

jadi, kita buat entry kosong jer lah yer...
tulisan tak bergambar..
next entry (kalau rajin) baru aku letak gambar...

nak cerita pasal raya pertama kami bersama hero kecil, Akmal Sadiq..
dan raya pertama untuk Sadiq.. Mama & Papa yg happy nak collect duit raya utk Sadiq..
tahun ni kami beraya di Perlis.. kampung halaman Mama.. yeayyyy!!!
Papa sedih tahun ni.. sebab kami tak berkesempatan balik ke Jengka masa bulan puasa untuk berbuka puasa dengan mak & abah mertua..
sebabnya, Papa adalah bizi dengan assignment dan final exam.. yg mana final exam nya di dalam bulan puasa..
kesian Papa.. takpe Papa.. nanti raya haji kita balik Jengka yer...
tapi paling best, walaupun kami tak dapat balik ke Jengka.. mak & abah mertua datang beraya bersama kami jugak di Perlis masa hari raya ke 3.. (plan yg tiba-tiba ni)
Alhamdulillah.. double happiness..

hari raya 1
bangun pagi, siapkan apa yang patut..
lepas balik solat raya (aku tak gi pun, sbb nanti sapa yg nak jaga hero kecik ku itu), isi perut dulu..
kelaparan.. pastu, tunggu semua bersiap-siap..
sesi bergambar dan bermaaf-maafan..
dan sesi memberi duit raya utk mak, ayah, adik & anak2 sedara ku yg berdua itu..
Sadiq pun dpt duit raya dari semua org.. best best.. :)
lepas tu kami berjalan raya di sekeliling kampung..
tapi sempat beberapa rumah jer lah sebab Sadiq dah mengamuk kemengantukan...
dah la pakaikan dia baju melayu.. dia rimas la tu.. panas..
anak I tu tak tahan panas.. berpeluh2.. mula la nak rimas.. hihi..
pastu, lps tghari tu.. cik mai & family datang beraya di rumah.. 
lama dah tak jumpa.. cik mai pun dah masuk 5 org anak dah..
Alhamdulillah.. murah rezeki mereka..
petang sikit baru lah sambung beraya.. pegi rumah tok sebelah mak dan rumah sepupu..
malam, keluarga mertua kakak pulak datang beraya.. 

hari raya 2
kami berlima (aku, en hubby, sadiq, along, angah).. beraya ke sungai petani..
untuk berjumpa kawan-kawan seUM ku..
so, dapat lah beraya bersama Aizan, Azy & Ina..
best nyaaa.. lama tak jumpa korang..
masa baru sampai SP, abah mertua call bagitau diorang nak bertolak ke Kedah hari tu jugak..
dan kalau kami ada di Kulim, memang diorg akan tidur di rumah kami lah malam tu..
tapi kami nak balik semula ke Perlis..
so, family mertua tidur kat rumah bapak sedara en hubby di Bandar Baharu.. 
kami sampai ke Perlis dah hampir Maghrib..
dalam perjalanan balik, kanak-kanak semua tidur..
senyap sunyi lah dalam kereta.. Mama pun terlentok sama..
Papa memandu bertemankan bunyi radio sahaja.. :)

hari raya 3
aku & family di Perlis buat open house ..
semua makanan dimasak sendiri oleh aku, mak, kakak, sepupu & mak sedara..
menu kami adalah ketupat palas mak (yg mendapat pujian memberangsangkan), rendang daging, nasik minyak, ayam masak merah, asam pedas ikan duri, acar timun, nasik impit, kuah lontong.. cuma sambal bilis yg nak dimakan dgn kuah lontong tak sempat nak buat.. sebab tetamu dah sampai.. hehehe
tapi boleh je makan kuah lontong tu dengan rendang daging.. sedap gak.. hehehhe..
jemputan pulak terdiri dari sedara mara, jiran2 sekampung, kawan2 aku, kawan2 kakak, kawan2 mak, kawan2 ayah, kawan2 adik, jiran2 masa duduk quaters dulu.. dan ramai lagi lah..
dan Alhamdulillah, semua makanan yg kami hidangkan mencukupi dan sold out... takde pembaziran.. legaaa..
next next year boleh buat lagi..
lepas ni tunggu kenduri untuk 1st year birthday Sadiq & akikah dia jugak lah.. maybe nk buat serentak jer nanti..
my in laws sampai ke Perlis dah agak petang.. masa tu tetamu pun dah tak ramai..
so, malam tu diorg bermalam di Perlis..
bersembang-sembang sampai ke tengah malam.. penat asyik kena bancuh kopi.. hehehhe..

hari raya 4
my in laws nak ke Kedah pulak.. so, aku sediakan breakfast pagi tu..
lepas makan, diorg pun bertolak ke Kedah pulak.. 
sambung mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk periuk belanga..
walaupun penat, tapi best sangat buat masak-masak untuk tetamu makan kan..
mak pun suka.. walaupun dalam keadaan dia sakit lutut sendi tu..
petang sikit, aku & en hubby & along pegi ke hotel seri malaysia, kangar..
ada majlis reunion ex-derma batch spm 96..
setelah lebih kurg 17 tahun meninggalkan Sek Men Derma, ini lah reunion pertama yg berjaya dilaksanakan..
dapat lah jumpa kawan-kawan lama walaupun tak ramai kawan-kawan sekelah ku yang hadir..
hopefully, next time akan ada lagi majlis macam ni.. insyaAllah..

hari raya 5
kenduri kahwin jiran sekampung..
kami memang tak ke mana lah.. sebab kawasan rumah ayah jadi tempat parking kereta utk tetamu2 yg datang kenduri..
petang sikit, along & rahmad datang beraya ke rumah kami..
sempat lah sembang-sembang.. macam2 cerita lah yg diborakkan.. :)

hari raya 6
kami ke alor mengkudu, alor star.. ke rumah bapa sedara en suami..
mak & abah mertua buat kenduri arwah di situ..
mak aku pun ikut sekali ke sana..
menghabiskan masa seharian di sana..
lewat petang, kami balik ke Perlis..
dalam perjalanan, my hero kecik tak mau duduk dalam baby car seat..
nak berdukung.. pastu, tak mau duduk belakang dgn aku..
so, masa tu mak aku yg duduk kat depan..
mak pangku lah dia sampai ke Perlis..
ini budak bila dah malam, pandai dia nak tengok lampu..
sebab tu lah nak duduk depan..

hari raya 7
pegi kenduri lagi..
pastu, terus pegi beraya kat kampung yg kami duduk dulu masa kat quarters..

hari raya 8
balik Kulim.. sebab malam tu in laws nak datang tidor kat Kulim sebelum nak bertolak balik ke Jengka pagi isnin..
Sadiq dah mula menunjukkan tanda nak demam.. batuk.. selesema..
oh my anak...
nanti aku sambung cerita pasal kisah Sadiq demam ni.. tragis jugak lah.. huhu..

Thursday, September 15, 2011

aku takder gambar raya.. huk huk..

sedihkan bunyi nya..
sememangnya takde gambar raya pun.. :(
tak tahu lah kenapa takder..
tapi yang pasti, bateri kamera kong la pulak di pagi raya itu..
ambik gambar guna kamera abah mertua..
tapi gambar-gambar tu semua dalam kamera itu lah.. dan berada di Jengka..
dan tak ditransfer ke mana-mana device aku pun.. huhu..
dan lagi 1.. gambar-gambar tu semua adalah gambar aku tak bertudung..
sempat berbaju baru jer.. tapi tak sempat nak touch up muka kasi cun dan bertudung..
sebabnya.. abah mertua siap awal.. dan nak pegi solat sunat raya..
masa ni lah yang sempat semua berkumpul dan bersalam-salam..
dan aku.. bangun pagi tak pegi terus mandi dan bersiap..
sebab sibuk nak tolong mak mertua di dapur.. dan jugak seterika baju melayu en suami..
so, memang lambat lah bersiap..
selalu nya macam ni lah kalo beraya di Jengka..
sibuk sangat lah pagi raya tu..

lepas solat raya.. abah mertua memang tak balik rumah pun..
terus tawaf blok.. ikut rombongan berhari raya dari rumah ke rumah..
adik ipar pun sama.. terus hilang..
en suami jer tak hilang.. sebab selalu kena sound dgn aku..
asal raya jer dia hilang gi raya dengan kawan-kawan kampung dia..
tak bawak aku.. aku pulak kena lah tunggu rumah sebab nak tolong mak mertua aku di dapur..
nanti orang datang beraya.. sapa pulak nak layan..
so, tahun ni en suami memang setia menemani aku di rumah..
lepas dah semua orang puas beraya.. baru lah kami pegi beraya dekat-dekat kawasan rumah jer..
tujuan pegi beraya sebab nak merasa menu utama yang dimasak oleh jiran-jiran..
contohnya, laksa, lontong, nasi tomato dan pelbagai lagi..

menu kami pulak.. boleh tengok kat entry ini.. aku dah ceritakan..
kang cerita banyak2 kali bosan pulak nak baca kan.. hihi..

ini adalah satu2 nya gambar berdua kami di hari raya bersama baju raya..


dah la gambar pun kurang cun..
main letak je kamera kat atas sofa.. pakai self timer..
nanti lah nak pakai lagi sekali baju raya.. pastu ambik gmbar syok sendiri.. hihi

sedih laaaa.. tak banyak gambar raya..
jeles tengok kawan-kawan update banyak gambar raya...
sedih sedih sedih..
harap-harap jangan berulang lagi di masa depan yer..
insyaAllah kalau panjang umur.. :)


Friday, December 05, 2008

Salam AidilAdha


di kesempatan ini we ols nk mengucapkan selamat menyambut AidilAdha buat semua kengkwn dan jugak peminat2 blog we ols ni.. (hik hik.. cam ramai jer.. )
tak kira di mana jua u ols menyambut nya.. semoga ceria dan bahagia hendak nya..

raya haji thn ni.. we ols blk beraya di perlis jugak.. sbb?? (aku dh penah citer ke aaa??) oklah.. remind lah lg sekali.. last year.. raya haji yg spttnya blk raya di perlis.. we ols x blk.. sbb adik ipar aku a.k.a adik cik abg ai punyer majlis kawin.. so, aku berkorban ler thn lps x blk perlis.. tapi, this year.. cik abg ai lak la yg berkorban.. tq dear.. luv u.. :)

so, we ols bertolak blk ke perlis mlm ni.. bas kol 10.30 mlm.. blk ke KL semula 8hb mlm.. kejap jer blk sbb x dpt nk cuti lama.. keje aku x setel lg.. huk huk..

ok lah.. doakan perjalanan kami selamat yer... we ols doakan korg pun selamat hendaknya... :D

p/s: gambar tu aku google je kt tenet.. tp, thanks to sapa yg buat tu yer.. ai copy paste jer.. jgn mare aa..

Tuesday, October 28, 2008

Perjumpaan AidilFitri AnakPerlis.com Tahun 2008

tahun ni perjumpaan hari raya AnakPerlis (AP) diadakan di rumah MatGebang a.k.a Dr. Dinon.. depa laki bini selalu berbesar hati mengoffer buat jamuan2 AP di umah depa.. Alhamdulillah.. murah rezeki cik mat & kak ee.. dan tarikh yg dipersetujui adalah 25/11 (sabtu).. antara menu utama yang dihidangkan adalah kambing golek 2 ekoq...

ini la lokasi perjumpaan aidilfitri AP thn ni.. meriah sungguh.. 2 kemah besar dinaikkan..
tuan rumah yg mensponsor rumahnya utk dijadikan lokasi perjumpaan aidilfitri tahun ini.. Cik Mat Gebang..
Tok Pengulu AnakPerlis.com
antara menu feveret yg disajikan... gulai rebung... layannn...
tukang2 masak + tukang2 sembang dok beronline dan bersembang di bawah khemah 'gedehoq' (dlm bahasa perlis - tempat masak)
kaum2 wanita yg sibuk makan2.. sembang2.. gosip2.. dan yg sewaktu dengannya..
tetamu2 yg hadir.. masa ni dh x ramai dh.. sbb dh agak petang.. masa tgh ramai2 tu x smpt la kameraman nk ambik gmbq

ahli2 AP mmg terkenal dgn aktiviti makan2.. bila ada aktiviti yg mcm ni.. pasti ramai yg akan turut serta.. semoga AP sentia bersatu hingga selama nya..

dan terakhir sekali...

we ols laa... hehehe..

Friday, October 19, 2007

Selamat Hari Raya


Tahun ni giliran beraya kt Jengka, Pahang.. umah hubby... pagi jumaat (sehari sblum raya) ktorg bertolak blk.. dekat jer balik Jengka.. 2 jam sampai.. alhamdulillah, jalan x jammed.. kalo x masak gk.. nasib baik ktorg buat keputusan yg betul.. balik pagi jumaat.. bertolak pkl 8 pg.. kol 10 pg dh smpi..
sampai jer kt umah... mak mertua aku tgh buat ketupat palas.. aku pun tolong2 la apa yg patut.. potong daging nk buat rendang utk cicah ketupat.. ptg tu plak lps zohor mak mertua aku ajak kacau dodol... juadah wajib ni setiap kali raya.. pastu, kol 5++ aku & hubby kuar g psr ramadan kat bdr pusat jengka.. ktorg beli ayam pencen gk.. nk wat rendang.. sedap oo ayam pencen buat masak rendang.. ayam x hancur.. kalo wat guna ayam daging.. sure hancur.. mmg sedap rendang ayam pencen mak mertua aku wat..
raya kali ni.. aku x btul2 happy sbb ada sumthing happen kt family aku kt perlis.. so, aku turut merasa kesedihan.. mlm2 raya aku menangis.. tp x pyh la aku nk story kt sini.. it's too personal..
raya pertama.. aku ikut jer hubby aku bwk g jln2 umah kengkwn dia sekitar jengka 22.. meronda sakan la.. smpi letih aku..
raya ke 2 plak.. family mak ndak dtg umah.. so, ktorg msk lunch sama2.. mkn tengahari ramai2.. sedap btul wpun msk simple2 jer... ptg tu plak hubby & kengkwn buat tour dr umah ke umah kengkwn diorg masa sekolah menengah.. dr 1 jengka ke 1 jengka ktorg pegi.. smpi dkt2 kol 11 mlm baru smpi blk ke umah.. penat nyer...
raya ke 3.. ktorg 1 family plak.. sekali ngan kakak ipar aku yg baru smpi dr kelantan pd hari raya ke 2 pegi umah mak ndak plak kt Jengka 21.. mkn tghari kt sana.. blk tu.. ktorg prepare utk buat ayam percik lak.. guna ayam kampung tau.. 2 ekor bapa mertua aku sembelih.. best aa ayam kampung percik ni.. aku yg prepare.. guna resepi ayam percik mak aku.. sedap aaaa..
raya ke 4.. pkl 11++ pagi.. aku & hubby prepare utk bertolak balik ke KL.. alhamdulillah.. jalan x jammed gk.. ktorg mmg bernasib baik.. org lain masih beraya lg...


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA... MAAF ZAHIR & BATIN..
ikhlas dari AWIE & ZURA