Showing posts with label perlis. Show all posts
Showing posts with label perlis. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Selamat Hari Raya.. (walaupun raya dah habis..)

lama dah ada gambar raya ni.. tapi.. macam biasa lah...
mood malas menjelma..
malas nak upload gambar masuk fb atau blog..
ni pun dah seminggu lebih aku letak gambar2 dalam draft..
tunggu masa nak publish jer..

meh la layan gambar2 raya kami walaupun raya dah habih..
semua gambar2 ni adalah di Perlis.. sebab tahun ni adalah giliran beraya di Perlis.. :)

saya dah siap pakai baju melayu saya yg pertama.. selamat hari raya...


dengan kak ngah & kak long

3 of us.. (sadiq dok pandang apa tu??)

3 of us .. again.. :)

alamakss... tengah testing position camera ni..


family ku...


tok ayah & mak tok bersama cucu2nya






sadiq mula mengamuk dah ni.. tok ayah cuba memujuk..












yeayy... sadiq dpt duit raya

aku & mak..

all the 'girls' in the house.. ;)




layan gambar je lah yer..
malas nk letak semua caption..


Friday, March 09, 2012

Aksi mereka

setiap kali berjumpa.. mesti lah tak pernah lekang..
mesti nak bergusti-gusti dengan Pak Ngah..
mesti nak duduk atas riba Pak Ngah waktu nak tengok tv (especially Along) walaupun banyak lagi tempat lain boleh duduk..
ganas kot Pak Ngah ni... tapi itu lah yang budak-budak tu suka..

mari lah melayan gambar-gambar 'mesra' mereka..







Pak Ngah sentiasa di hati mereka.. walaupun kadang-kadang Pak Ngah garang.. :)


Tuesday, January 17, 2012

Masak Lemak Belimbing Buluh & Udang Seroi

last weekend kami yang bekerja di Kedah dapat lah cuti tambahan 1 hari..
disebabkan kami bercuti Sabtu & Ahad, jadi kami dapatlah cuti gantian di hari Isnin..
sebab Ahad tu Hari Keputeraan Sultan Kedah..
di kesempatan itu, dapatlah kami balik ke Perlis.. kampung halaman tercinta.. :)

just nak cerita kat korang yg aku, kakak & mak aku pertama kali nya nak mencuba memasak masakan seperti tajuk yang ku tulis di atas itu.. :)

ni semua sebab hari Sabtu tu pegi makan kenduri kat MATIN .. dan ini adalah salah 1 menu yang dihidangkan.. sangat sedap..

dan kebetulan pulak kat rumah mak aku memang pokok belimbing buloh sedang berbuah dengan lebat nyaa..
so, cuma perlu beli udang seroi (bahasa orang Perlis) ataupun udang kepal (kalau tak salah laa)..
maka.. jadi lah resepi ini.. sangat senang.. dan yang penting.. sedap wooo..


selain dari menu di atas.. kami jugak ada mentarang bakar, ikan terubuk bakar & ikan cencaru bakar..
tak dilupakan sambal belacan mak yang marvelessss...  :)



Tuesday, October 04, 2011

Aktiviti PakNgah dan anak2 buah ..

just nak update gambar aktiviti en suami ku dengan anak2 buah ku semasa kami balik Perlis masa hari minggu yg lepas..

solat Maghrib berjemaah..


main tembak-tembak.. sementara tunggu mak buat air kopi.. hihi..


tgh posing dengan baju Angry Bird yg dibeli di Arked Niaga Padang Besar..
spek mata yang dipakai masing-masing tu hanyalah spek mata tipu-tipu jer..
mengada jer budak berdua ni nak pakai spek macam orang rabun..




Friday, April 01, 2011

ada betulnya cakap orang tua-tua.. tetamu tak diundang.. :D

tengah kami sekeluarga menikmati juadah tengahari..
menu kami hari tu adalah..
ikan terubuk bakar.. ikan tuka rebus cicah ayaq asam.. gulai kepala ikan duri (seludu) rampai dgn bendi..
semua nya mak masak..
sebab aku & kakak sibuk menyimpul popia jer.. hihi..
masa tengah makan tu..
beberapa kali lah kami ni berlaga tangan nak ambik lauk..
orang tua-tua cakap.. tanda ada tetamu nak datang rumah..

elok jer lepas makan..
tengah dok kemas-kemas meja..
tiba-tiba aku nampak biawak besar sedang bergerak datang ke arah rumah kami..
besar nyaaaa.. berjalan dengan gagah nyaa..

besar betul.. sebab nya dari jauh lagi aku nampak dia jalan..

terus panggil ayah aku..
semua yang dalam rumah bangun nak tengok..

ayah aku terus masuk ambik senapang.. masuk peluru..
en suami & adik aku terus keluar pi usha mana biawak tu pegi..
biawak tu lari masuk dalam bendang yang ada air..
kitorang tengok dari jauh jer..
yang pegi memburu adalah ayah, adik & en suami.. hihi..

ayah aku memang penembak tepat OK..
dah beberapa kali jugak dah dia tembak biawak yang masuk ke kampung ktorang..
ular pun penah jugak..

hasil berhempas pulas diorang..
maka terbunuh jugak lah biawak itu...
ayah aku tembak tepat di kepala..
pastu, adik aku terus gi tangkap biawak tu..
bergelut jugak lah..
sebab biawak tu besar dan masih kuat walaupun kena tembak..
en suami pulak jadi pom pom boy kat situ..
dan jurukamera.. hahahha..

ayah cakap.. yang kali ni lagi besar dari yang dia dah tembak sebelum ni..
kenyang makan la tu..
nasib baik kami belum lagi bela itik..
kalau tidak, habis la telur itik kena makan dengan biawak..







tertewas jugak akhirnya biawak itu..

lepas dah selesai semua..
aku terpikir..
ini lah rupa-rupanya tetamu yang tak diundang itu..


p/s: ending ntah apa apa.. :P