Showing posts with label kereta ku. Show all posts
Showing posts with label kereta ku. Show all posts

Friday, October 12, 2012

si biru ku disondol..

semalam adalah hari kami kena bawak Sadiq ke hospital untuk follow up check up for premature..
walaupun perkembangan Sadiq agak OK, check up still kena pegi jugak sebab pihak hospital nak pantau perkembangan dia sampai lah diorg puas hati..
tapi mengikut kata doktor, check up ni akan berlanjutan sehinggalah Sadiq masuk sekolah.. :)
takper Sadiq, Mama & Papa akan ikut apa yang doktor sarankan..

appointment adalah pukul 8.15 pagi..
mengikut planning awal, Papa yang akan pergi sorang-sorang bawak Sadiq ke hospital..
Papa dah ambik 1/2 day leave.. Mama tak sebab Mama kan baru kerja.. so, cuti nak save untuk nak balik raya haji ke Jengka nanti..
tapi, Mama cuba-cuba jugak bertanya kat senior Mama.. boleh ke nak masuk kerja lambat sikit..
Alhamdulillah, senior Mama cakap ok jer.. lagipun sekarang ni belum ada kerja lagi..
masih lagi on job training tak habis-habis.. pengurusan kurang bagus di situ.. tak efisyen..
padahal Mama dah  masuk kerja 1 bulan lebih dah.. masih lagi training tak habis-habis..
hmmmm.. bosan ok..

ok.. lupakan pasal hal kerja Mama..
nak cerita apa yg berlaku semalam jer..

kami keluar rumah dengan 2 bijik kereta..
Mama bawak kereta biru, Papa bawak kereta putih bersama-sama dengan Sadiq..
kereta Papa kat depan, kereta Mama kat belakang masa berhenti kat trafik light simpang kg keladi..
tiba-tiba jer... berdentum kereta Mama kat belakang..
bila Mama tengok belakang, kereta Mama kena langgar dengan motorsikal.. yang ditunggang oleh seorang India (A)..
Mama bukak tingkap, pastu India tu cakap.. "it's ok kak.. it's ok.. "
pastu, ada seorang penunggang motor lain (B) bagitau.. "kak, teruk dia langgar ni kak.. baik turun tengok"..
yang masa tu si A dah cuba nak lari.. dgn cepat si B cabut kunci motor dia..
so, si A memang tak boleh nak gi mana2 masa tu..
Mama terus high  beam Papa kat depan.. nasib baik lah Papa perasan.. terus kami signal dan berhenti ke tepi..
masa tu si A motor nya dah mati.. dia start start tak mau hidup..
pastu, Papa turun kereta baru lah Mama bagitau yang kereta kena langgar.. dan tunjuk ke arah si A yg langgar tu..
si A tu, terus tolak motor datang ke tempat kami berhenti..
aku tak tau lah apa bangsa si A ni.. sepatah haram apa yg kami cakap dan apa yg dia cakap pun aku tak paham
aku cakap melayu pun dia tak paham.. aku cakap english pun dia tak paham..
takde pulak org India yg berhenti kat situ masa tu.. so, tak boleh nak tolong cakap dengan dia
ktorg syak dia ni pendatang haram.. entah motor sapa dia nak pun tak tau laa..
bila aku cakap, nak pegi balai polis.. dia cakap.. "no police.. no police.. ".. pastu, asyik cakap.. "cool down.. cool down.."
pastu, aku mintak duit.. dia keluarkan RM1 jer dari kocek dia..
memang susah betul communication nya..
aduhaii.. at last, ktorg ambik jer nombor plat motor dia..
pastu, biar jer lah dia pergi..
aku rasa dia tak pandai nak handle motor atau pun motor dia takde brek..
sebab bila nampak masa dia nak pergi tu.. terkangkang jer bawak motor..

tapi apa nak buat.. memang dah bukan rezeki kami kot..
kena lah baiki kereta sendiri..

rosak nya kat bumper belakang.. terkoyak..



lepas tu, kami terus lah pegi ke hospital..
nak selesaikan appointment Sadiq dulu..
nasib baik lah tak lama sangat kat hospital...
pukul 9.30 aku dah sampai ke ofis dengan membawa kereta putih, sementara Papa bawak kereta biru dan hantar Sadiq ke rumah pengasuh..
Papa terus ke bengkel mengetuk & mengecat nak tanya anggaran kos nak baiki..
orang kat bengkel bagitau anggaran dalam RM280 sekali dengan cat..
Alhamdulillah.. tak lah tinggi sangat kos nya.. kalau banyak sangat.. kami terpaksa jugak lah pegi buat report dan claim insurans..
tapi sebab tak banyak, tak payah lah nk claim insurans..
tapi aku rasa nak pegi jugak lah balai polis buat report pasal si A tu.. sebab aku rasa dia memang pendatang haram yang tak ada sebarang pengenalan diri.. motor tu pun tak tau lah motor siapa..

p/s: ujian dari Allah SWT kepada kita

Wednesday, June 15, 2011

pancit

hari dan masa kejadian: Khamis petang minggu lepas
tempat kejadian: parking kereta tempat kerja

selepas berhempas pulas menyiapkan kerja di hari Khamis, pulang agak lewat..
sebab nya esok Jumaat mahu bercuti.. jadi, kerja perlu dibereskan supaya tidak menyusahkan orang lain..
semasa berjalan kaki ke parking kereta, terjumpa dengan 2 orang guard lelaki sedang bersembang-sembang kosong..
malas nya aku nak pandang dan senyum.. terus berjalan tanpa menoleh ke arah mereka..
otak sangat penat ni.. jadi secara automatiknya, badan menjadi bertambah tambah penat..
sesampai di kereta.. lepas letak beg laptop di bonet..
memang menjadi habit, akan ku periksa setiap tayar kereta..
tiba tiba terpandang tayar kereta sebelah pemandu bahagian belakang, flat habis..
dengan kata lain.. pancit laaa..
terus call en suami.. dan memang tahu lah mcmana lah en suami nak datang.. jauh lak tu..
mahu nya masak lah aku nak tunggu en suami datang..
pastu, terus 'ting!!!'.. aku kena mintak tolong guard 2 orang tu lah..
terus aku berjalan ke arah mereka, dengan senyuman di bibir..
aku mintak tolong mereka..
tolonglah tukarkan tayar kereta saya yg pancit ni..

Alhamdulillah.. mereka boleh menolong..
dan mereka dapat menukarnya dengan cepat sekali..
aku rasa tak sampai 1/2 jam pun, dah siap..
mereka pun pelik, mcmana boleh pancit, sebab tayar aku tu tayar baru..
baru jer sebulan lebih aku pakai.. diorang ingat ada org keluarkan angin tayar aku..
sapa pulak la yang nak berdengki dengan aku ni?
lantak lah.. malas nak pikir..

memandangkan tayar gantian tu pun memang untuk sementara jer..
tayar kecik je pun.. atau dengan nama lain dipanggil tayar sotong.. :P
jadi, aku sangat tak yakin nak memandu pulang dari Bayan Lepas ke Kulim..
selepas bertanya kepada guard itu, di mana kedai tayar yg terdekat..
diorang bagitau, kat area Bukit Jambul..
lepas tu, aku call Ima.. then, Ima bagitau kat Permatang Damar Laut..
dekat kedai yang aku tukar bateri kereta masa bateri kong hari tu..
tak tau lah aku ada cerita kat blog ni tak pasal bateri kereta aku kong..
kejadian di parking tempat kerja jugak.. huhu..

lepas tu, aku pun memandu dgn kelajuan kurang dari 80km/j..
menggunakan Garmin, aku memandu ke Permatang Damar Laut..
Alhamdulillah, kedai tayar dijumpai..
mekanik tu terus keluarkan tayar aku yang bocor itu dari bonet kereta..
dia pusing pusing tayar.. dan terjumpa lah tempat yang bocor itu..
dan benda yang menyebabkan kebocoran itu adalah seperti gambar di bawah ini..


sejenis besi..
bahagian yang tajam itu yang menyucuk tayar sehingga kebocoran..
disebabkan tayar aku masih baru..
bunga pun masih belum haus..
jadi, mekanik itu mencadangkan aku menampal sahaja..
dia kata, tampalan yang digunakan itu adalah yang terbaik..
jadi, aku dikenakan cas sebanyak RM25..
Alhamdulillah... lega..

Thursday, April 28, 2011

hari minggu yg bizi bee..

hari sabtu ahad lepas agak busy.. 
macam-macam kena buat.. 
dengan en suami last minute study sbb ada last paper exam hari ahad..
dengan urusan luar yg perlu dilangsaikan.. 
wah!! mcm bisnes besar bunyinya..
tapi semua urusan adalah urusan menghabiskan duit jer.. hahaha..

pagi & tghari sabtu ada urusan yg dibuat yg mana tak mau publishkan kat sini.. 
hihihi.. 
personal la sket.. tak kan semua nak cerita kot.. :P

urusan seterusnya adalah.. 
pasang tinted cermin depan kereta aku.. 
kan hari tu aku ada FB yg cermin kereta ku keretakan.. 
(cerita selanjutnya, nanti aku buat entry lain)
agak besar retak itu.. sebab tu lah kena tukar..
kalo kecik2 tu leh la tahan lagi.. 
nasib baik lah masa renew insurans aku dah ambik utk cover windscreen..
so, tukar windscreen ni insurans cover lah.. Alhamdulillah.. 

oleh itu, kena lah pasang tinted lain.. 
kalo tak panas laa.. lagi pun weekend ni nak travel balik ke Jengka..
so, kena lah pasang siap-siap.. 
nanti kami kepanasan dan kesilauan..

lama jugak tunggu kedai aksesori tu nak tinted.. 
sempat lah en suami habiskan masa menunggu dengan study.. 
bawak buku hulu hilir.. hihihi..
aku lak, layan perasaan sendiri.. :D

selesai tinted, kami g kedai tayar pulak..
tayar keta ku itu perlu jugak ditukar..
dah kekurangan bunga tayar dah..
sampai masa jugak nak tukar..
mula-mula nak tukar 2 jer..
tapi.. akhirnya tukar 4-4 tayar..
wah!!! banyak kehabisan kewangan ni..
kena cover balik bulan ni.. so, no shopping2 yer.. :(


hari ahad..
pagi2 pegi JPJ sebab nak renew lesen memandu en suami..
hampir seminggu lewat tarikh..
dia tak sedar a.k.a LUPA.. :D

pastu, balik lepak di rumah ..
en suami perlu rehat-rehat sebelum nak pegi exam pukul 2 ptg..

petang nya pulak.. menerima tetamu ke teratak kami..
En Wai & Puan Aizan.. :)
sorry ye korang tak dapat bermalam di rumah aku kali ni..
tapi still En Wai dapat tido jugak di rumah aku.. hahahah..
take a nap di petang hari.. :D

lepas maghrib, kami bawak mereka dinner di Char Ko Tiaw Sg Dua di Kulim..
Puan Aizan kemaruk nak makan char ko tiaw.. :P




geram sangat tengok Zara yg tembam & chomel..
last time jumpa tak pandai gerak lagi.. dok baring jer..
skrg ni bukan main melasak dah..
nanti kita jumpa lagi eh Zara.. cute la awak.. :)


Thursday, July 08, 2010

Pic from Apai

gambar2 ni dapat dr en apai.. dia nak clearkan folder storage nyer..

ni adalah gambar masa rakan-rakan kerja dari Ori datang ke rumah ku di kulim.. esok nyer nak g wedding ct kat sg petani.. masa ni rasa nya dah kol 12 tgh malam kot..

sesi berBBQ di hadapan rumah kami.. keta biru sapa la yg comey tu.. heheehhe..

wah!!! pembakar profesional ni...

ni lak gambar lama.. masa en suami masih lagi ada misai dan ada rambut.. heheheh.. edited by en apai jugak laa.. :)

Wednesday, May 13, 2009

memanjakan kereta lg..

hari sabtu adalah hari sekali lagi we ols pegi memanjakan kereta.. dgn menukar button power window kt sebelah driver yg dh sgt lama rosak.. so, sblum2 ni sgt leceh la bila nk touch access kad ker.. nk byr tol ker (sblum pakai smart tag @ tmpt yg xde smart tag).. nk bayar parking ker.. mcm2 lah.. terpaksa la bkk pintu keta.. leceh ok.. so, we ols pun decide la bln ni belikan seketul benda utk power window tu.. aku pun xtau apa namanya.. carik yg 2nd hand xde.. so, beli yg baru.. cost RM195... ok aaa.. we ols bajet dlm RM250..

sedang menunggu runner kedai tu g ambik brg yg we ols nk kt centre dia kot..

ini la benda yg we ols ganti kan tu..
excited la ni.. terus pasang kt keta.. sekali, still x leh nk bkk gk tingkap sblh driver tu.. bwk g bengkel.. mekanik check.. rupa2nya.. motornya udah rosak.. mmg kena tukar motornya kalau nk membaik pulihkan keadaan seperti sedia kala.. alang2 ktorg pun.. terus lah ganti motor nyaa.. itu pulak kos nya.. RM250.. hihi.. bajet sudah lebih ni.. tp xper lah.. teruskan jgk laaa.. janji hasrat tertunai..

menanti keta sedang dibaiki..

masa ni mekanik (abg man) tgh tukar wayar apa tah.. yg sambung kt enjin.. aku pun x tau sgt.. wayar tu dh lama sgt.. smpi nk naik reput dh (kata cik abg ai laa..) mmg dh layak diganti..

so, abih la cerita psl manja2an kereta we ols di hari sabtu.. terbang duit lg utk kereta tersyg.. :)

Sunday, May 03, 2009

our love dah OK..

semlm we ols x bwk keta we ols g ke workshop.. lebih kurang kol 10 pg we ols antar kt workshop ex-jiran we ols masa menyewa kt dedap.. mmg dh selalu antar keta kt workshop tu.. dh biasa laa.. so, tinggal kan keta kt situ.. aku yg drive keta ke bengkel.. cik abg ai ikut dgn moto aa.. tuan punyer bengkel ckp.. dtg ambik keta kol 6 @ 7 ptg.. so, we ols ok jer aa..

pastu, we ols merempit ke OU aaa.. having our breakfast @ lunch kt fudkot OU.. pastu, cik abg ai ajak g tgk wayang.. we ols pun xtau citer apa yg tgh ada skrg ni kan... belasah jer lah apa2 citer pun.. janji dpt mengisi kekosongan.. (bkn nyer x leh blk lepak umah.. tpkan kemarin dh puas dh melangok kt umah jer.. )

pas mkn terus naik ke GSC.. (we ols suka tgk kt GSC berbanding TGV..) cik abg ai suggest tgk Mall Cop.. aku ok jer aa.. janji bkn citer perang2 @ fiction.. aku x suka tgk wayang kena pikir byk ni.. x enjoy ok.. movie start kol 11.45 pg.. masa we ols beli tiket pun kol 11.45 gk.. punyer la pg kan.. org pun x ramai yg dtg nk layan movie lg.. we ols siap ambik couple seat.. harga RM24.. heheh.. best nyer dpt dok couple seat.. luas dan selesa..



abih movie.. g lepak kt tmpt bowling.. mana leh tgk sajer kan.. cik abg ai pun ajak main gak aa.. so, main lah we ols.. sorg 2 games.. heheh.. lama dh x berbowling.. (akibatnyer.. ari ni aku mengalami sakit2 paha & betis.. lama x eksesais ler ni.. )

lps bowling.. g jusco jap.. then, we ols pun decide nk blk lah.. masing2 dh menguap2 jer dh ni.. blk umah layan bantal best gk aa.. nk g ambik keta pun x smpi masa lg..

smpi umah.. dok tgh layan bantal.. ain call ajak g dinner sama2 mlm nyer.. g mana eh.. nnt aku citer next entry k.. leh ltk gmbr2 sekali.. kol 6++ we ols kuar g ambik keta.. pastu, terus ke subang suria pick up ain & din utk g dinner.. :D

Thursday, April 30, 2009

sedih nyer aku ari ni...

hari ni aku sgt2 happy... tp di penghujung hari.. aku sedih sgt2.. mungkin btul pepatah mengatakan.. jgn terlebih gembira.. nnt akan ada duka di sebaliknya.. huhu.. itu lah yg terjadi kt aku ari ni.. actually, happy aku tu sejak dr awal minggu lg.. x sabar nk menanti hari ni.. sebabnya.. hari ni aku akan blk ke perlis.. dh siap ambik cuti tambahan lg.. isnin & selasa dpn.. tp.. apakan daya.. hajat x kesampaian.. kalo x waktu ni pasti nya ktorg dh kt atas hiway.. dlm perjlnn blk ke perlis.. tapi..... ku sangkakan panas smpi ke ptg.. rupanya hujan di tengahari.. ewahhh.. bermadah pujangga lak aku..

cam ni citer nyer... hari ni mmg aku x g ofis.. x g client side pun.. aku dok umah jer.. menyiapkan keje supaya everything goes well sepanjang aku xde 2 hari minggu dpn.. then, dlm kol 2 ptg td.. aku kuar la kejap.. g ambik duit.. topup touch n go.. sediakan siap2 utk isi minyak nnt.. masa start keta nk kuar tu.. aku cam sedikit pelik dgn keadaan kereta aku.. selalu nya dlm masa 5 minit.. pemanasan enjin keta aku akan berada dlm keadaan stabil.. tp td.. lama jgk la aku tunggu smpi dia stabil.. dlm 10 minit gk laa.. aku pelik.. then, aku tutup enjin.. then, start blk.. masa start.. bunyi dia x cam biasa.. then, call cik abg ai.. sekali hp dia asyik masuk voice mail jer.. adesss.. teroff la tu hp dia.. geram gk ni.. xper.. aku tawakal la.. kuar gk.. aku kuar tu smpi ke pj state la.. sbb nk byr cukai pintu.. (dh terlewat byr.. lupa.. ) bwk pun x laju sgt la.. sbb cam risau2.. pastu, kete aku cam gegar semacam jer.. dh beberapa hari gk la aku dh ada rasa cam tu.. tp ingat xde pa pe kot..

bila blk umah.. aku perasan kt parking lot aku ada satu tompok yg x kering2 lg.. padahal aku dh kuar 2 jam.. dgn cuaca panas cam tu.. kalo benda tu air.. sah sah la dh kering kan.. aku cam.. ehhh.. nape ehhh.. ada leakage ke kt keta aku.. then, parking jer.. aku dok jengok2 ler ke bwh keta.. xde pa pe.. naik atas.. (masa ni still x dpt contact cik abg ai..) on jer internet.. on skype.. terus la skype cik abg aku.. siap call kt skype lg.. x jwb gak.. adess.. hangin makcik.. then, msg kt skype byk2 kali.. dan akhirnya dia jwb gk.. cam biasa.. hp nyer teroff.. aku ni kan cpt hangin.. terus menghambur.. 'kalo ayg emergency nk call abg.. cemana?? len kali check la hp tu selalu.. dh tau hp asyik ter off jer.. '

pastu, baru la sambung citer kt cik abg ai psl kete... pok pek pok pek.. then, cik abg ai ckp... xde pa pe kot.. nnt sblum gerak blk kampung dia check tgk cemana.. pastu, dlm kol 6++ cam tu cik abg ai ckp dia kena blk lmbt sket.. dlm kol 8 cam tu sbb ada keje nk kena setel gk ari ni.. aku mula laa kan... my blood go upstairss.. dh la nk blk perlis kan.. adesss.. mcm2 hal.. pastu, aku x puas hati.. sbb risau dgn kereta gk.. pastu, rasa sgt x sedap hati tau.. then, aku ckp kt cik abg ai.. tekad la ni.. nk bwk keta g mekanik.. mintak diorg check.. terus siap2 berdesup la aku ke mekanik..

smpi2 jer.. cina mekanik tu terus park keta aku masuk.. sekali bkk bonet enjin.. berasap ok tangki air aku.. mekanik tu ckp.. overheat dh.. adesss.. cemana leh jd cam tu... aku sedih.. dh ternmpk2 x leh blk kmpg... dia tunggu sejuk.. then, dia bkk.. pastu, masukkan air.. mmg abih kering tangki air tu.. byk la nk kena isi air smpi penuh.. bila dia check.. dia ckp tangki ada bocor.. so, kena tampal.. keta mmg x leh jalan jauh.. sgt merbahaya.. tambahan pulak dh ptg masa tu.. dh 7++ .. diorg mmg x leh nk repair.. sbb kol 8 bengkel tutup.. mana sempat... esok lak cuti.. bengkel tutup.. hari sabtu baru leh antar repair... UWAAAA.... tu pun ambik masa 1/2 hari utk tampal bocor tangki tu.. pastu, nk check2 yg lain lak.. mau sehari baru nk setel...

aku dh mcm nk nangis.. terus sms cik abg ai ckp.. 'confirm x leh blk kampung' .. cik abg ai call la tny itu ini.. then, tekad laaa aku.. berkorban laa.. nk wat cemana.. dh kete rosak.. blk umah.. terus call mak aku.. ckp ngan ayah aku gk.. citer itu ini.. ayah aku pun ckp.. lps baik keta baru blk.. then, ayah aku pun ckp.. x pun pospon jer cuti.. blk next next week jer.. mmmm... aku redha...

punah la angan2 aku yg dh sebulan plan nk blk kampung.. huk huk huk... so, nk kena ejas blk keje ni.. sbb nk tukar cuti lak.. sedih nyer aku...

cik abg ai blk umah jer.. aku ajak kuar g giant.. naik moto aa.. sib baik la giant dkt.. x pyh nk berhelmet pun g.. ehehh.. mkn2.. n beli brg nk msk esok.. huhuhu.. :(((

Wednesday, March 04, 2009

servis kereta

hari ahad... apa yg we ols buat... dimulakan dgn aku memasak nasik lemak utk breakfast... lps jer kenyang makan.. terus siap2 kuar nk g servis kete lak.. sudah ckp 150000km dh laa.. dh smpi masa nk servis.. servis biasa jer.. tukar minyak itam & oil filter..

tp ding dong ding dong.. bengkel tu charge we ols rm350.. tukar tu sket ini sket.. dh mcm2 lak kan.. cam tu la adat biler pakai kete.. ada jer la benda nk kena ganti kan.. tmbh2 la kete we ols ni dh berusia 5thn lebih.. bln 10 thn ni.. masuk la 6 thn dh.. bih krg sama la ngan usia kawin we ols kan.. huhu.. 5 bln pas kawin baru we ols beli kete.. ehh.. melalut lak aku..

korg layan kan lah gmbr we ols masa tgh tunggu kete diservis.. panas oooo.. huhu..

ni lah bengkel tmpt ktorg servis keta.. selalu gk servis kt sini..

we ols menunggu sambil membaca...

dan minum....

cik abg ai yg khusyuk.. baca gosip yer bang.. :D

we ols yg kepanasan.. berteduh di bawah rimbunan pokok.. :)

Friday, November 21, 2008

sapa punya keja ni?

aku smpi ofis lebih krg kol 12.30pm td.. (biasa laa.. mood sgt mls.. kepala lak rasa sakit2 kan.. sbb tu yg lmbt tu)..

lps jer parking kete.. turun nk ambik bag lappy kt blkg.. aku perasan ada kesan kena gesel kt ngan bumper blkg... aduhaii.. ini mmg kesan baru ni.. sbb aku baru perasan.. maybe semlm @ kemarin..

terus la aku snap gmbr..
naik atas, terus call cik abg ai.. pastu, send gmbr ni kt dia.. cik abg ai mula la risau2 tertanya2 kan.. aku ckp esok la tgk sbb mlm ni aku tido ofis.. so, esok baru blk & esok baru cik abg ai leh tgk sendiri kereta.. cik abg ai ckp ptg ni lps keje dia nk terus dtg ofis aku sbb nk tgk kete kesygn we ols ni.. ok2 abg.. ayg tau abg really concern.. :)

xtau la kan keje sapa.. samada we ols bwk kete & tergesel kete org.. ataupun masa parking.. ada org yg gesel keta we ols kan.. wallahualam..

Tuesday, September 16, 2008

ada ladybird laa

hiks.. hiks.. apa kah ladybird itu??
ini laaa...
cik abg ai ni lama dh dok cari cover stereng ni... yg lama tu dia dh bosan... we ols cari yg murah2 jer.. sekali kt giant jumpa la yg corak gini kan... dia punyer material.. rasa nyer sponge.. sedap dipegang.. yg plg aku suka.. kaler & design tu.. cam ladybird.. hehehe..

memandikan kereta

hari sabtu, we ols sgt bermalas2 kt umah.. aku lak membasuh baju berbakul2 kan.. cik abg ai basuh akuarium ikan.. dh tu, biler dh setel.. sgt malas nk kuar ke mana2.. padahal awal2 dh plan nk ajak g giant.. cari brg2 nk buat kuih kan.. abih malas jer.. suka melepak2 layan tv.. tido.. hehehe..

tp biler dh ptg sikit.. aku paksa gk ajak cik abg ku kuar... nk cari kerang... kan ptg ni nk wat mee kari.. sambil tu terus la g basuh keta gk.. sian keta ku.. dh lama x mandi.. bdn pun dh kelabu asap.. nnt aku gk yg malu.. psl aku yg dok bwk keta hulu hilir...

we ols selalu basuh keta kt sini.. tp ada beberapa ketika ari tu tutup lak tmpt ni.. skrg dh bkk balik.. tp nmpk nyer org lain dh yg empunya.. dulu we ols basuh + vakum.. RM10 jer.. tp skrg dh kena RM12... huhu.. but terpaksa laa.. drp basuh sendiri.. dh la dok umah atas langit kan.. cemana la nk basuh sendiri kan.. (alasan cik abg ai.. hehe.. tp aku agree)

yeayyy... keta dh wangi..
we ols menanti dgn penuh sabar.. panas nyerrr...

Friday, August 29, 2008

mungkinkah berakhir..

wahhh.. tajuk bkn main lg yer... cam jiwang karat lak.. nk sambung citer psl kereta we ols ni..

semlm cik abg ai ambik cuti 1/2 day sbb we ols nk g setelkan hal kereta kesygn we ols.. so, kuar umah pg2 lg lebih kurg kol 9 pg... destinasi pertama.. we ols, menuju ke kepong.. mencari kedai servis ekon yg disuggest oleh abg mekanik ex jiran we ols dulu.. dgn keta yg berbunyi2 tu.. sgt takut aku.. tp alhamdulillah.. selamat gk smpi ke kedai yg dicari..

sampai jer kedai tu.. we ols bgtau apa mslh keta.. dh tu pomen nk cek dulu la apa yg patut.. we ols pun naik cab g kt carefour.. sbb cik abg ai nk withdraw cash kt hsbc.. pastu, we ols g la bekfes kt hometown kopitiam.. kt dlm carefour tu...

dkt2 nk abih mkn.. pomen call ckp compressor keta we ols dh jem.. sbb tu yg plate tu dh x leh pusing.. so, pomen tu ckp if we ols nk dtg tgk dulu keta pun boleh.. cik abg ai kasi masa 15 minit.. we ols pun berdesup menahan cab blk ke bengkel servis ekon tu..

ni lah benda yg rosak nyer... namanyer compressor aircond..
yg ni compressor baru yg bakal digantikan ke keta we ols.. recond punyer... harga dlm RM400+..
kalo yg original.. harga nyer mencecah RM1k+.. akak x mampu laaa... recond pun OK.. hopefully bertahan la yg ni kan.. insyaAllah..
pastu, citer punye citer.. tabung gas ekon pun nk kena ganti gk.. ada la pomen tu citer sedikit sebnyk... so, we ols pun decide ganti gk.. harga tabung gas baru dlm RM60.. then, aku tanyer la kt pomen.. bih tu.. sumer2 harga berapa? then, pomen tu ckp dia kira cincai laa.. compressor, tabung gas & upah.. dia kira RM500... mmm.. ok lah.. we ols pun setuju.. pomen tu ckp diorg ambik masa 2 jam nk repair sumer2 tu.. so, we ols pun no problem.. terus mengorak langkah menuju ke Jusco Kepong.. yg jrknyer lebih krg 1/2 km dr bengkel tu.. jln kaki jer tau.. x naik cab dh.. hehehehehhe... cik abg ai ckp.. hari eksesais... adess.. berpeluh2 ler makcik kan.. huhu

sgt kebetulan jgk.. aku pun bwk redeem receipt yg jusco antar.. leh la dpt gift voucher RM10.. jd laa kan.. dr xde langsung... lgpun aku baru gk la pakai JCard ni... dan jarang sgt shopping kt Jusco.. point pun ada sikit.. x byk mana.. bole la kan.. janji ado..
jln2 dlm Jusco.. apa yg aku beli? beli brg2 inner ku sahaja.. heheheheh... dibelanja oleh cik abg ai.. harus laa.. dia dh gaji kan.. aku lom lg.. :(

we ols jumpa promotion psl akuarium ni.. ntah apa yg dijual pun xtau la kan.. tp aku sgt berminat dgn akuarium ni.. ada ikan nemo laaa.. sgt chumelll..

dkt2 2 jam gk laa.. cik abg ai call bengkel.. diorg ckp kete dh siap.. so, we ols pun berdesup ler blk ke bengkel.. x sbr nk tgk keta yg dh separuh sihat.. (ada lg yg perlu dipersihatkan)

ni lah compressor baru yg dh siap dipasang... (sori.. gmbr kabur.. camera phone cap ayam..)
ni lak tabung gas yg baru diganti..
ni tabung gas lama yg bakal dibuang..
pastu, lps dh bayar2 sumer... we ols akan menuju ke destinasi seterusnya pulak.. masih pergi ke bengkel kereta lak.. kali ni nk membetulkan keadaan tayar depan yg selalu bergegar bila melanggar lubang.. agak sgt x best tau... bukan nyer gegaran biasa.. tp gegaran yg luar biasa.. better buat semua skrg laa.. next month dh nk balik kampung.. blk perlis lak tu.. so, keadaan kereta mesti lah dlm keadaan baik..

bengkel ni tmpt ex jiran we ols keje.. bengkel dia adik beradik laa.. selalu we ols dtg sini.. org melayu kan.. sama2 menolong org melayu..

aku tgh menunggu di bwh payung.. masa ni cik abg ai ngan pomen ex jiran we ols tu tgh g test drive keta we ols yg dikatakan goyang2 tu.. huhu..
lepas diperiksa dgn teliti.. absorber we ols dh hampir kaput laa.. absorber sebelah kiri bhgn dpn dh bocor... so, lps ditanya2 harga.. kalo nk ganti ke empat2 absorber.. harga bih kurg RM800.. so, aku pun tanyer la.. boleh ker nk gantikan yg dpn dulu.. sbb yg dpn yg tgh kritikal.. sib baik ler boleh.. so, we ols decide ganti yg 2 dpn dulu.. yg 2 blkg.. maybe next month.. so, utk 2 dpn jer.. cost us RM380..

cik abg ai kebosanan menunggu keretanyer.. sambil membaca majalah NONA.. huhu..
lps membyr RM380 kt bengkel ke2 ni.. we ols lg sekali mengorak langkah ke destinasi seterusnya.. kali ni we ols kena g buat balancing,alignment,chamber (hal2 berkaitan tayar).. we ols g bengkel tayar lak.. kt TTDI... fuhhhhhh.. dasat btul hari ini..

sblum terlupa.. cik abg ai yg asalnyer cuti 1/2 day.. terpaksa call ofis bgtau nk cuti full day sbb keta x siap lg kan.. sib baik ok.. aku lak.. keje flexible hours.. so, quite easy for me to handle all those things within offc hour.. tp jgn la ada hal penting berkenaan keje kan.. mcm meeting ke.. deliver sistem ker.. benda2 yg penting cam tu laaa.. if not, I can work with my own time..

masa ni we ols kt kedai tayar lak.. buat segala benda hal tayar tu.. cost us RM85...

huhu.. so, kira lah sendiri brp byk we ols habis hari ni bersama dgn kereta tersayang ni..tp, alhamdulillah... keta dh ok skrg.. x pyh nk risau2 lg.. wpun byk duit habis.. tp kepuasan tu terpancar di wajah we ols.. hehehehe.. (poyos jer ayat..)


**karangan pada pukul 1 ptg (waktu rehat tau).. auto publish kol 3 ptg.. (sajer nk menggatal auto publish.. hehe)

bermulanya episod kesakitan kereta ku..

entry yg masih basi.. hari kejadian ahad (24/8)..

sejuk giler tido kt jengka ni.. sure kena pakai selimut.. wpun hari x hujan.. pagi2 sure akan sejuk.. tmbh2 kalo ujan.. lg ler sejuk gigil2.. aku lak biler dh pg ni la masa paling sedap aku nk menyambung tido.. tp x sdp la kan.. MIL aku bgn awal2 pg nk siapkan sarapan pagi utk anak menantu.. aku sedap2 dok tido.. tp mmg aku biasa dh cam ni.. hehehe... MIL aku mmg x kisah pun.. kalo aku bgn awal sure dia pelik & tanyer naper awal sgt bgn.. (bkn perli tau.. kenyataan.. MIL aku sporting.. )

pagi ni MIL msk nasik lemak.. mkn ramai2.. yg x sedap pun jd sedap.. tp MIL aku msk mmg sedap... smpi licin we ols sumer mkn.. aku ni mmg dh x malu dh bab nk mkn2 kt umah PIL aku.. masa baru2 kawin dulu agak malu la jgk kan.. heheh..

pas dh siap mkn.. aku pun g mandi.. MIL, SIL nk g kedai jahit.. aku harus la gk nk ngekor kan.. they ols nk jahit baju utk irah (anak sedara no 2).. sbb baju dia kehabisan.. SIL terbwk sikit lak baju dia.. sib baik la boleh jahit baju baru kan.. heheheh.. kreatif tau they ols.. termasuk la aku kan.. so, g kedai we ols naik keta aku la.. aku drive.. lama gk la melepak kt kedai.. aku berjaya gk jahit sepsg baju utk irah.. sambil2 la MIL aku tolong.. SIL pun berjaya gk jahit sepasang.. cantik gk baju yg aku jahit.. hehehe.. (perasan lak kan)

kol 12.30 we ols nk blk sbb nk siap2 nk g kenduri sedara PIL kt jengka 16 lak.. adess.. mkn kenduri ajer... nk blk tu kan.. start je keta... tiba2 ada bunyi yg sgt kuat kt keta aku.. naper lak ni.. bunyi cam ada benda sangkut.. dh tu.. aku cuba tutup ekon.. terus bunyi tu pun berenti.. smpi umah jer.. aku bgtau kt cik abg ai.. cik abg pun g la tgk2 ngan FIL.. mmg ada problem kt compressor ekon.. ada 1 plate x berpusing dgn baik.. pastu, ada pecah2 kt situ.. mmmmm.. mslh ekon keta kembali menjelma... so, FIL ckp pas blk kenduri nk tgk blk benda tu.. rasa nyer cam boleh ketatkan balik.. then, we ols siap2 g kenduri.. bwk keta FIL & SIL.. keta we ols park kt umah jer.. tido dulu.. :)

blk kenduri.. FIL & cik abg mula la godek2 keta.. risau la kan.. ptg ni nk grk blk KL.. FIL just ketatkan skru kt compressor tu.. dia ckp.. ekon leh bkk tp akan ada bunyi tu laa... so, we ols pun tawakal la nk blk KL..

kol 5 ptg we ols grk blk dr jengka.. on d way, ujan sgt la lebat kan.. we ols pun nk bkk ekon, sbb awal2 tu mmg ekon x bkk.. bkk tingkap jer.. sekali biler bkk ekon.. ekon dh x function.. ada angin jer.. tp x sejuk.. keta dh berkabus dh.. aku risau giler.. nk soh jer cik abg berenti tepi jln jer.. tp cik abg ai ni degil sket.. dia ckp leh nmpk lg.. so, teruskan gk la perjlnn.. sambil2 lapkan cermin yg dh kabur2 tu..

nasib baik biler dh nk masuk hiway ujan dh slow sikit.. so, leh bkk tingkap.. kabus pun dh kurang.. alhamdulillah.. sepjg jln smpi ke KL.. ujan je.. tp sib baik la x lbt.. dlm hati aku sgt susah hati dgn kereta ni.. smpi je kt tol gombak, jem punyer le panjang... pastu, cik abg ai sajer gatal2 nk test bkk ekon kan.. sekali berbunyi lg.. aku soh tutup.. bila dh tutup bunyi ilang.. tp tiba2 jer.. bunyi tu ada lg.. we ols sgt pelik sbb ekon tutup pun bunyi tu still ada.. bunyi yg sgt kuat smpi aku jd sgt takut.. risau jd apa2 kt keta.. we ols berenti tepi jln jap.. cik abg ai g tgk kt dpn.. mmg bunyi dr compressor.. apa nk buat ni.. pastu, cik abg ai naik keta.. dia try bkk ekon.. sekali bunyi tu berenti.. tp ekon still x function la.. we ols pun belasah laa.. janji x de bunyi.. teruskan perjlnn smpi la ke umah.. alhamdulillah, slmt smpi..

we ols mmg bajet sure mahal kena ni kalo g antar repair.. gaji pun lom masuk lg.. paham2 ler kan kalo dh ujung bln ni.. sib baik la keja aku x perlukan aku g ofis hari2..

sambungan citer.. ada kt sini.. sebahagian jer la... nnt aku sambung lg..


**aku mengarang pd pukul 12.44 pagi.. auto publish kol 9 pagi..