Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Sadiq dah 'dapat kaki'..

lama Mama tunggu..
selalu bila jumpa sapa-sapa pun, mesti akan tanya..
"dah pandai jalan ke?"
aduhai, soalan keramat.. geram pun ada.. huhu..
bukan apa, anak bujang ku ini walaupun berumur 1 tahun 3 bulan, tapi badan nya macam dh 2 tahun..
ramai yg komen macam tu.. sebab dia agak tinggi..
tengok lah Mama & Papa nya macam mana kan..

tapi kan.. sejak 5/5 (hari mengundi).. tiba2 jer Sadiq dah mula melangkah berjalan tanpa bantuan sesiapa..
sebelum ni memang dah cekap berjalannya.. tapi perlukan tangan sapa2 untuk pimpin dia..
punya lah excited Mama masa tu.. dah la masa tu kat Perlis.. dan Papa pulak kat Pahang..
so, kesian la Papa tak dapat tengok 1st step Sadiq on his own feet.. ;)

video ada lah anak sedara aku ambik, tapi dari henfon dia..
pastu, tak boleh pulak nak bluetooth ke henfon aku.. alahaiii..
takpe lah Papa.. dengar jer lah Mama bercerita.. hehe..

so, bila balik ke Kulim.. dapat jugak lah Papa tengok cubaan Sadiq berjalan sendiri..
tapi dia berjalan sikit, then jatuh.. pastu give up.. pastu merangkak.. lagi laju.. hihi..

then, sampai lah ke hari minggu yang lepas.. hari sabtu..
kami pegi ke Suzuki Service Centre.. lama jugak lah kat situ..
dan di situ lah.. Sadiq mencurahkan bakat berjalan yang lama sangat dipendam..
berpusing-pusing lah dia kat dalam service center tu.. nasib baik lah tempat tu agak besar & luas..
dapat lah dia berjalan sepuas hati..

meh tengok video anak bujang kami yang happy dapat berjalan sendiri..


hari Ahad malam berlaku kisah di entry sebelum ni..

hari Isnin, Sadiq kat rumah dengan Papa.. dan seharian Papa bagitau Sadiq dok praktis berjalan kat dalam rumah.. bangun sendiri dan berjalan.. Alhamdulillah..

hari Selasa, hantar ke taska.. petang masa ambik Sadiq, teacher bagitau hari ni Sadiq asyik berjalan jerr.. dah tak merangkak.. teacher happy... Mama lagi lah happy...

tak sabar nak balik Perlis esok... mesti tok ayah, mak tok, mak long, along, angah nak tengok Sadiq berjalan sendiri...

dan secara rasmi nya.. di usia 1 tahun 3 bulan dan sangat hampir ke 4 bulan (esok), Sadiq dah boleh berjalan dengan sendiri..
tahniah anak Mama!!!
so, next achievement???

ada lagi cerita pasal Sadiq yg akan Mama ceritakan nanti.. tunggu next entry plak yerrr..


Tuesday, April 09, 2013

entry lama yg lupa nak publish

***ini adalah entry sebulan yg lepas.. dah taip banyak2 dalam entry, pastu save as draft.. pastu terlupa terus nk publish***

terpanggil untuk merajinkan diri meng'update' blog.. ;)

cuma nak cerita sikit-sikit berkenaan aktiviti kami sekeluarga dan perkembangan Sadiq..
sikit-sikit jer tau.. tak boleh banyak-banyak.. nanti macam-macam spekulasi pulakk..
heheheh

hari ni Sadiq dah masuk hari ke-6 berada di nursery..
petang semalam masa ambik Sadiq, sempat lah mama bertanya kat teacher dia mcmana keadaan Sadiq sekarang..
Alhamdulillah.. jawapan teacher dia sungguh memuaskan hati mama..
Sadiq dah ok skrg.. takde lagi nak nangis-nangis masa macam baru hantar minggu lepas..
dah nak main dengan budak-budak lain..
dan report dari teacher dia lagi, kalau lambat suap makan, nanti Sadiq marah..
wah wah wah!! hebat anak mama.. bab makan memang tak boleh lambat.. ;)
lega betul bila dengar macam tu.. takde lah risau-risau lagi tinggalkan Sadiq kat nursery..
good job teacher di Taska Comey ku Ceria.. berjaya meredakan emosi Sadiq.. Alhamdulillah..

sekarang masuk cerita masa weekend yang lepas pulak..
tak balik kampung..
stay di rumah Kulim jer..
dan ini lah peluang nak kemas-kemas rumah..
aku dah rasa rimas...
nak kemas hari kerja.. mcm dah malas & tak larat..
weekend pulak asyik balik kampung jer masa Sadiq kat Perlis.. 
so, minggu ni lah peluang terbaik.. tapi kerja kemas mengemas ni adalah kerja encik suami..
kerja aku adalah membasuh baju (masukkan baju dalam washing machine, tunggu sampai siap)..
lepas tu, encik suami jugak yang menyidainya.. hihi..
pastu, masakkan makanan utk Sadiq..
dan breakfast mama & papa disediakan oleh papa jugakk..
macam banyak jer kerja-kerja yang encik suami buat kan.. terima kasih my dear luvly hubby.. muahhhh sikittt... ;)

breakfast utk Sadiq, bihun sup + sayur + telur... he likee...


jalan-jalan kat Aeon Perda..


sesi menjual peti ais (nanti buat entry lain lah pasal peti ais ni.. tu pun kalo rajin)


mee suah sup.. utk Sadiq jugak.. he like jugak..

1st time bawak Sadiq naik feri nak pi Penang.. nak pi Gurney Plaza sebab papa nak pi MPH..






kat MPH, tengok la tu Sadiq menyambar buku Javascript... awak tak payah la nak jadi programmer mcm papa & mama ok.. awak jadi doktor ke, engineer ke, pilot ke.. ;)




itu jer lah cerita hari minggu kami... see u on next next next entry..

Monday, October 08, 2012

hari minggu kami (kalau tak balik kampung)

weekend yg lepas memang kami takde ke mana pun..
pagi Sabtu tu Mama masakkan rolled oats + mangga untuk breakfast Sadiq..


disebabkan bangun awal, makan separuh jalan.. Sadiq terlentok..


petang jer keluar.. pegi melawat kawan Sadiq yang baru lahir di Balik Pulau..
Iqbal Hakim nama diberi oleh Mama & Papa nya..
tapi lupa betul nak ambik gambar Iqbal..

he so chomel and kecik jer.. tapi 3 kg tau..
teringat 7 bulan yg lalu masa mengendongkan Akmal Sadiq yg seberat 2.1kg jer masa tu..
how time flies.. sekarang Sadiq dah pun 8 bulan 3 minggu.. dan berat mengikut digital scale kami kat rumah tu adalah 8.9kg pagi ni..
betul ke aaa??
apa2 pun tunggu hari khamis ni sebab nak bawak Sadiq ke Hospital Kulim untuk follow up check up.. nanti kita timbang Sadiq dan update lagi kat sini.. :)

1st time jugak bawak Sadiq merentasi laut ke Pulau Pinang menaiki jambatan..
nanti-nanti Papa cakap nak bawak Sadiq naik feri pulak..
tapi, Sadiq ni bila dah naik kereta.. harus lah tidur..
dia terbangun bila dah di penghujung Jambatan Pulau Pinang dah..
sementara nak sampai ke Balik Pulau tu, 2 kali lah Sadiq terlelap di dalam kereta..

Sadiq so behave masa kat rumah orang dan membuatkan semua org memuji Sadiq.. :)
kembang kuncup hati Mama bila orang puji Sadiq tau..
kitorg biarkan dia meniarap kat ruang tamu rumah, dan kami bersembang2..
dia langsung tak bunyi ekk ekk macam kat rumah kami..
leka jer bermain..
kalau kat rumah, bila tak nampak muka Mama atau Papa.. terus melalak..
kadang2 kita kat sebelah dia pun dia nak bunyi jugak.. memang mencari perhatian la tu..
apa-apa pun Sadiq.. kamu sangat comel di hati Mama & Papa.. kamu lah racun & penawar buat kami.. :)

hari ahad.. pagi-pagi Sadiq dok bergolek-golek..
sebab selalunya dia suka bangun sebelum Mama & Papa bangun..
tapi dia tak menangis pun.. cumaaa.. dia akan bergolek ke sana ke sini..
sampai lah dia dapat menyentuh mana-mana bahagian badan Mama & Papa, dan terus ditepuk2 menggunakan tangan atau kaki dia..
cara dia nak mengejutkan kitorang bangun la tu..

selalunya bila weekend, kami adalah malas nak naik ke atas..
so, bentang toto.. tidur jer lah kat bawah..
berleluasa lah hero kecik tu menjelajah kalau dia yang bangun dulu..

dia dah pandai cari puting dia kalau dok bergolek-golek atas toto tu..
dah pandai suap sendiri ke dalam mulut..
kadang2 ada jugak lah tersasar ke lain.. hehe..


Mama sekarang ni memang lah sangat malas nak memasak..
rajin masak untuk Sadiq jer..
tapi pagi ahad tu Mama malas jugak walaupun nak masak untuk Sadiq..
so, Sadiq breakfast Cerelac jer lah yer.. ;)

lepas dah setel bagi Sadiq sarapan, kami keluar..
sebab Mama & Papa pulak nak breakfast..

lepas tu, balik rumah... Papa tinggalkan kami berdua di rumah dan Papa keluar bawak kereta Mama pegi basuh..
Sadiq ni behave je kalau Papa takde kat rumah..
dia selalu nak merengek2 dengan Papa sebab Papa lah yang selalu main dengan dia..
Mama jaga hal makan pakai Sadiq jer.. hihi..

untuk lunch Sadiq, Mama masakkan bubur nasi + taufu lembut + ayam + kacang buncis + bayam..
Sadiq sangat sukaaa... makan bertambah2..

petang sikit dalam kol 2 lebih.. keluar lagi..
mencari makan lunch untuk Mama & Papa pulak..
memang Mama cuti memasak untuk kami berdua.. hanya untuk Sadiq jer yang dimasak. hihi..
lagipun masa cuti lah masa nya Mama nak prepare makanan seminggu untuk Sadiq..

lepas Mama & Papa mengenyangkan perut.. kami ke car wash..
bawak kereta Papa pulak untuk dicuci..
so, ini hero kecik menjadi big boss.. terus je angkat car seat dia keluar..


dah setel basuh kereta Papa.. balik rumah..
Mama prepare untuk buat chicken stock pulak.. once again.. untuk my dearest hero kecik..
2 jam didihkan stock ni.. baru lah betul-betul rasa umphhh... :)


dah malam.. lihat lah apa hero kecik ni dok buat..
kami dok layan tv.. dia pulak melawat kawasan..
ni adalah tempat feveret dia..
stor kat bawah tangga.. suka sangat dok perhati barang2 kat situ..
agaknya tengah buat plan bila dah pandai 'mengemas' nanti..
get ready Papa!!! eh.. Papa pulak.. hihihi..


Wednesday, September 12, 2012

aksi saya..

hi semua...

ni gambar saya hari sabtu lepas...
kat kedai makan.. pukul 4 lebih..
saya temankan mama & papa makan tengahari..
tengahari la sangat.. dah pukul 4 petang..
mama malas masak sebab dapur tak habis berkemas..
ubah kedudukan peti ais sebab plug yg pasang peti ais tu rosak..
so, kena lah ubah kedudukan kabinet & peti ais kat dapur..
oleh itu, mama cuti memasak yer...
tapi masak untuk saya tak cuti yer.. sebab saya mana boleh makan makanan kat kedai..
:)

my cheeky face

hi mama!!

lambat nya makanan sampai.. kesian papa lapar.. :)

cubaan nak terbang.. habis mulut papa kena tutup..

papa cayang saya!!! panjang nya muncung papa.. hikss..

saya penat!! balik rumah saya tidor sambil hisap jari.. sedapsss..

Tuesday, July 05, 2011

hari minggu kami dengan menonton wayang.. :D

cerita terkini di panggung wayang yang kami tonton adalah SEKALI LAGI...


kami adalah peminat cerita melayu..
yang sebenarnya aku lah peminat setia cerita melayu.. tapi en suami pada awalnya terpaksa ikut..
tapi dah lama lama.. (dah 8 tahun kahwin dah pun).. en suami makin suka dengan cerita melayu..
cerita melayu yang dimaksudkan adalah drama, drama bersiri dan jugak filem..
marilah kita menyokong cerita melayu.. hehehhehe..

yang aku perasan, tahun ni banyak betul kan filem-filem melayu yang keluar di pawagam..
dan aku suka.. heheheh..

filem kedua terkini yang kitorang menonton adalah.. TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON 3D


kami menonton filem ni pada hari Jumaat malam.. di Big Cinemas, Giant Kulim..
balik kerja, en suami terus pegi beli tiket...
balik rumah, lepak-lepak.. lepas maghrib keluar gi makan dan terus gi menonton..
sebenarnya aku tak suka sangat nak layan cerita cerita action ni..
tapi lepas tengok Transformers siri 2 dulu.. terus jatuh chenta.. memang ternanti nanti nak tengok lagi..
en suami beli tiket untuk 3D.. memang kami over excited nak tengok effect 3D kat filem Transformers ni..
memang best effect nya.. leh nampak la air liur robots tu merecik-recik sampai depan mata.. hahaha
tapi yang tak best, aku tak selesa dengan spek 3D tu.. dah la besar.. tak selesa.. berat lak tu..
sampai menyempit kan pernafasan aku.. sebab spec tu menyepit hidung kemek ku ini..
sepanjang cerita, aku terpaksa menongkat spec tu dari melorot ke bawah hidung.. hahahah.. (korang bayangkan lah sendiri macamana.. )

lepas habis cerita.. en suami pun complain yang sama gak..
oleh itu.. kami bertekad nak tengok lagi cerita ni.. tapi yang bukan 3D version..
balik tu terus lah check schedule untuk hari Sabtu (esoknya)..
kali ni nak pegi tengok kat Sunway Carnival lak..
nak booking.. memang dah takde laa.. fully book..
show dari pagi sampai ke tengah malam memang dah full..
so, esok nya kami terus je lah pegi ke Sunway Carnival..
gi beratur nak beli tiket Transformers lagi..
yang tinggal semuanya seat depan sekali.. sampai lah ke show malam..
hmmm.. kuciwa..
so, plan B.. kami beli tiket Sekali Lagi.. layan gaks.. heheh..


Monday, June 20, 2011

plan yang tak menjadi - 2

cerita bersambung..

hari ahad.. bangun pagi agak lewat.. (sambung tidor lepas subuh)
hajat aku adalah nak sarapan pagi roti canai tempat biasa..
aku makan roti canai seminggu sekali jer..
kadang-kadang 2 minggu sekali..
dan aku suka roti canai yang dibuat oleh orang Melayu.. bukan mamak..
sebab kuah dal + sambal yang menawan hati.. dan roti canai yang garing-garing itu..

sambung cerita.. cepat-cepat kejut en suami bangun..
untuk meneruskan plan yang dah dirancang untuk hari ahad..
keluar rumah dah hampir sangat ke pukul 10 pagi..
terus menuju ke kedai feveret..
ramai orang.. terus en suami pegi kat cik abg yg tgh tebar roti..
"4 roti kosong.. 2 banjir.. 2 tak.."
"sorry bang, dah habis lah.. sorry ya.."
:( .. aku kecewa..
terus menyalahkan en suami sebab bangun lambat.. hahahhahah..
padahal sama sama bangun lambat.. :D

pastu, en suami ajak pegi lagi 1 kedai yg biasa jugak kitorang pegi..
tengok-tengok kat situ tak jual roti canai pulak semalam..
kecewa lagi.. so, makan je lah nasik lemak bungkus dan kuih muih.. :(

lepas tu, kami menuju ke Sg Petani..
nak pegi KWSP.. en suami nak buat claim yuran study dia..
Alhamdulillah.. semua nya berjalan lancar.. tanpa sebarang kekurangan pada penyediaan dokumen..
ye lah.. dah banyak pengalaman berurusan dengan KWSP ni.. :)
selesai urusan, terus kami balik semula ke Kulim..
dan singgah di satu kedai makan yang selalu kami nampak ramai orang singgah makan di situ.. untuk makan tengahari..
masa tu pukul 12.45 tghari..
lauk dah nak habis.. tapi kami ambik je apa yg ada..
kedai nya kat bawah pokok..
tapi.. memang bad impression lah pada aku..
terus aku makan sikit jer.. rasa lauk yg aku ambik tak sedap..
dan dengan bau bauan yang kurang menyenangkan hidung ku..
selesaikan makan cepat cepat.. terus blah dari situ..
dan tak akan pegi lagi kat situ.. first and last laa..

pastu, aku mintak en suami hantar aku pegi salon muslimah..
aku nak potong + cuci rambut..
sebab nya dah lama tak potong rambut.. rasa nak ringankan sikit kepala ni..
pegi lah kat 1 kedai kat area Kulim HiTech.. kedai baru..
en suami drop aku kat situ, sebab lelaki tak boleh masuk kedai tu...
aku masuk jer, cakap lah nak potong + cuci..
sekali owner tu cakap.. skrang tengah ada kelas... pukul 2 ptg dia ada appointment rebonding..
masa tu pukul 1.45.. dia cakap kalau nak potong saja.. boleh lah.. kena tunggu lagi 15 minit..
kalau nak cuci sekali.. kena datang balik pukul 4.30.. hmmmm..
cancel lah.. malas lah aku nak tunggu .. carik je lah kedai lain..

pastu, kitorang pegi 1 salon lagi.. unisex.. tapi kedai orang Melayu..
nasib aku, masa aku pegi tu.. memang takde orang pun..
aku masuk situ, en suami pun nak gunting rambut..
tapi dia tak mau buat kat situ, sebab ingatkan lelaki yg gunting rambut lelaki..
tapi tak, pompuan tu jugak yang guntingkan..
so, en suami pegi kedai India jer..

en suami suruh aku buat rebonding.. hehehe..
dah kebetulan tengah lampu merah lak tu.. masa yg sesuai..
terus tanya tanya kat owner tu.. berapa lama & berapa harga untuk gunting+cuci+rebonding..
lepas dia belek-belek rambut aku yang agak tebal ni.. dia cakap kalau harga biasa RM80 untuk rebonding..
tapi sebab rambut aku agak tebal, dia caj RM110 untuk gunting+cuci+rebonding..
pastu, 4 jam ambik masa untuk siapkan rebonding..
ok fine.. aku setuju.. en suami pun ok jer..

bermulalah proses memanjakan rambut ku..
dari pukul 2 ptg sampai pukul 6 lebih.. hihi
kesian en suami ku menunggu..
tapi dia balik rumah kejap sebab charge henpon nya yg dah kehabisan bateri.. hihii..

lepas siap rambut ku dimanjakan..
ajak en suami balik.. tapi sebelum tu nak g makan..
tak tau nak g makan kat mana.. tapi en suami ajak g pusing pusing masuk area Junjong..
aku ok jer.. sajer sajer jalan..
kebetulan sekarang ni.. rata rata kat sini banyak sangat jual durian..
macam dah musim kembali lagi..
kami berdua yg hantu durian ni.. mula lah berteka teki nak beli ke tak durian ni..
memang tak tahan godaan..

kebetulan.. masa kami tengah ronda ronda nak ke Junjong tu..
ternampak 1 gerai tepi jalan.. memang menjual durian..
dan untuk pengetahuan korang.. jalan ke Junjong ni.. kiri kanan banyak betul dusun durian..
pokok durian yang berbuah OK..
korang tak tergoda ke tengok macam tu..
dan kebetulan kedai yang ktorang nampak tu pun, belakang nya ada dusun durian jugak..
en suami patah balik, dan terus kami singgah di situ..
ramai jugak orang di gerai tu.. dan mereka menyediakan tempat untuk makan durian di situ..
dan dibekalkan dengan air mineral free sorang sebotol..

durian yg ada adalah yg harga sekilo RM10, RM9 dan RM8..
kami memilih sebiji yang berharga sekilo RM10..
dan ini lah isi nyaa..



sangat sedap.. teringat-ingat lagi rasa nya..
toke kedai tu cakap jenis durian merah.. ntah lah.. ktorang pun tak tau..
yg penting rasa nya sedap..

habis sebiji, en suami cakap nak ambik lagi 1 biji yang harga 1 kilo RM8 plak tu..
isi nya putih sikit.. tapi rasa nya.. memang wa la weyyy...
melekat lekat di tekak.. sangat sedap...

kami end up makan 2 biji je di situ..
tanpa tapau bawak balik pun.. cukup lah.. berhenti sebelum kenyang..
durian ni kan kolestrol tinggi gak..
so, aku kena mengawal pemakanan jugak.. :)
jadi, kami bayar 2 biji tu dengan harga RM28..
aku belanja en suami, sebab dia sanggup menunggu aku di salon rambut tadi.. :D

pastu, kami singgah makan sate sebelum pulang ke rumah..
dah maghrib baru lah sampai rumah..
so, korang rasa sempat ke aku nak buat Seri Muka / Pulut Sekaya ??
alamat nya.. plan tu akan ditunda ke minggu depan pulak..
kita tunggu minggu depan.. angin rajin akan datang ke tak?


plan yang tak menjadi - 1

hari jumaat lepas.. letak status kat FB..

"tengah usha resepi Pulut Sekaya / Seri Muka. tak penah buat lagi. rasa nya nak cuba lah weekend ni. :D"

tapi.. plan itu tidak menjadi pada weekend yang baru jer lepas..

hari sabtu, sebangun nya aku dari tidurku yang lena..
terus ke dapur.. (sblum tu dah cuci muka, berus gigi dan perkara2 lain yang wajib dilakukan laa)
menggapai periuk, masukkan beras..
masak nasik lemak la pagi ni..
suruh en suami ambikkan daun pandan yang tumbuh subur di tepi rumah..
pastu, buat sambal sotong kering, goreng ikan bilis dan rebus telur..


siaplah sarapan pagi kami di hari sabtu..
bukan takat makan pagi.. tengahari pun menu yg sama..
sebabnya, aku hanya masak 1 kali sehari jer.. hihihihi..
kalau masak setiap waktu makan, alamatnya, sapa la nak habiskan lauk2 tu..
makan berdua jer pun..
lagipun, nanti takde masa nak kemas rumah yang tak berapa nak kemas tu..
sempat jugak lah aku membakar lemak selepas makan nasik lemak dengan mengemop 2 bilik di tingkat atas..
sementara en suami sedang membuat assignment.. :)

lewat petang.. kami keluar ke Giant depan rumah..
nak membeli tiket wayang KL Gangster..
so, dapat couple seat, show pukul 9.05 malam..
lepas beli tiket, pegi makan ABC (teringin siot..)..
pastu, balik rumah.. maghrib & lepak2 sebelum pegi balik ke Giant nak tgk wayang..


review aku pasal KL Gangster ni..
- scene gaduh-gaduh, lawan-lawan tu nampak real.. tak nampak macam pakai stuntman pun.. bagus la.. i like..
- watak Malek (Aaron Aziz), samseng yg dah jadi baik lepas keluar penjara.. tapi aku rasa kurang teruja dgn lakonan dia.. tak tau lah kenapa.. even, masa dia berlakon Nora Elena.. kurang menyengat lah pada aku.. :)
- watak Jai (Adi Putra), sangat gangster.. tapi asyik la menggonggong rokok yang tak dinyalakan.. muka memang gangster habis laa..
- watak Bang Long Fadil (Zizan Raja Lawak), kelakar ok dia ni. memang scene dia asyik nak gelak jer. memang menambah ceria dalam cerita ni..
- watak Shark (Shamsul Yusof), betul la macam kata peejburhan.. watak dia memang nak yang terbaik ajer.. pastu, memanjang cakap style Chinese cakap Melayu.. apa guna ntah dia nak cakap macam tu.. macam sangat taiko lah konon nya..

yang lain-lain tu ok lah.. overall, cerita ni agak best bagi aku.. sebab takde lah nampak penipuan sangat bila part gaduh gaduh tu.. cuma beberapa watak jer yang agak spoil.. :D

kepada sesapa yang belum menonton KL Gangster lagi.. boleh lah pegi menonton.. (kami adalah penyokong cerita melayu.. :))

habis menonton, terus balik rumah.. pastu, dah tak ingat buat apa tah.. sampai lah tidur dan bangun keesokan paginya.. :)

pasal planning hari jumaat yg tak menjadi tu, nanti aku ceritakan lagi apa aktiviti aku hari ahad pulak sehingga menyebabkan plan itu masih tak dapat dibuat.. :D


Monday, May 30, 2011

kali pertama memasak Lasagna

hari sabtu yg lepas..
bangun lambat.. lepas subuh sambung lagi tidor..
hari cuti.. takde sapa nak kacau..
so, luangkanlah masa untuk tidor lama sikit..
tapi itu adalah en suami laaa...
bukan nya aku..
sebab mata aku segar bugar jer masa pukul 7.30 pagi..
paksa nak tidor.. tapi tak mau jugak..

so, aku pun memulakan tugas yg sepatutnya dilakukan masa weekend ni..
basuh baju 2 bakul.. collection 1 minggu..
en suami masih lagi tidur..
aku lapar dah ni..
mula mula ingat nak ajak en suami gi makan roti canai..
dah lama tak makan.. aku teringin & teringat dah..
tapi kesian pulak nak kejut en suami bangun..
nampak nyenyak jer dia tidor..
padahal malam tu aku yg tido lambat sebab dok melayan Nora Elena..
dia dah tido dulu..
biasa laa.. sementara belum betul betul study dengan bersungguh-sungguh..
biarlah dia tidor sepuas hati.. hahahhaha..

disebabkan lapar..
aku pun menyelongkar apa yang ada di dapur ku..
dah lama tak memasak dan memang tak menyimpan stok sangat pun..
usha punya usha..
ada kepingan lasagna.. ada sos spageti.. ada sos alfredo apa tah.. macam carbonara sos..
mushroom pun ada.. daging cincang pun ada.. mozarella cheese pun ada..
cheddar cheese pun ada.. :D
jom kita mencipta resepi yg mudah & cepat utk buat lasagna..
aku google cara cara nak buat jer..
tapi bahan bahan semua ikut suka aku jer..
hihi..

Alhamdulillah.. masa en suami bangun..
lasagna aku dah siap dimasak..
tunggu sejuk sket.. baru makan dengan lahap nyaa..

ni lah rupa paras lasagna aku..
tak la cantik sangat.. tapi rasa nya ok..
mcm yg kat Secret Recipe..
sebab aku suka makan lasagna kat Secret Recipe tu.. :D


resepi nya mana??
malu lah nak letak.. sebab aku main taram jer..
yg penting.. sos tomato/spageti tu kena banyak..
sbb nya sos tu lah yg akan melembutkan kulit lasagna yg keras tu..
so, kulit lasagna tu tak payah la nak rebus dulu sebelum nak atur dalam loyang..
ko letak je keras keras kong tu...
dan bila dah siap bakar nanti.. memang lembut la kulit tu..
memang sedap hingga menjilat jari..
korang cuba la nanti yer.. :)


Monday, May 23, 2011

Nur Kasih The Movie

sabtu malam ahad, kami pegi melayan NKTM..
kami menonton di Big Cinemas, Giant Kulim..
yg jarak nya hanya 5 minit dari rumah aku..
sangat dekat.. hihihi..

credit pic to Google

ada gak dengar2 review pasal this movie..
sedih dan meleleh2 air mata..
aku memang takde spare tissue or apa..
en suami cakap nanti lap air mata pakai baju je.. :D

my personal review..
boleh dikatakan sepanjang tayangan..
mata aku asyik la bergenang dgn air mata jer..
apa yg aku rasa??
sangat mendalam rasa cinta sepasang suami isteri..
aku merasakan seperti aku di dalam situasi itu..
bagaimana harus aku bersabar untuk menghadapi..

sepanjang menonton..
tangan en suami tak lepas dari menggenggam tangan aku..
kami menghayati watak2 yang dilakonkan dalam NKTM..
kami sama-sama mengalirkan air mata..
tiada gelak ketawa kedengaran dalam panggung wayang itu..
semua nya senyap dan melayan perasaan..
sungguh syahdu perasaan itu..

selesai menonton.. kami terus pulang ke rumah..
on the way balik, en suami cakap..
tak dapat bayangkan keadaan kalau dia kehilangan isteri dia..
bagaimana nak menghadapi keadaan begitu..
bagaimana menghadapi saat kehilangan insan tersayang..
sebak bertambah bila saat seorang ibu yg menunjukkan rasa kasih sayang buat anak nya..
memberi semangat untuk anak nya terus menghadapi hidup..
terus teringat mak di kampung..

aku pun berperasaan yg sama..
sebab tu lah asyik mengalir jer air mata masa menonton..
makin mendalam rasa cinta di hati terhadap insan tersayang..
semoga hidup kami diberkati Allah hingga hujung nyawa..

p/s: anniversary dah menghampiri ni.. :)



Thursday, April 28, 2011

hari minggu yg bizi bee..

hari sabtu ahad lepas agak busy.. 
macam-macam kena buat.. 
dengan en suami last minute study sbb ada last paper exam hari ahad..
dengan urusan luar yg perlu dilangsaikan.. 
wah!! mcm bisnes besar bunyinya..
tapi semua urusan adalah urusan menghabiskan duit jer.. hahaha..

pagi & tghari sabtu ada urusan yg dibuat yg mana tak mau publishkan kat sini.. 
hihihi.. 
personal la sket.. tak kan semua nak cerita kot.. :P

urusan seterusnya adalah.. 
pasang tinted cermin depan kereta aku.. 
kan hari tu aku ada FB yg cermin kereta ku keretakan.. 
(cerita selanjutnya, nanti aku buat entry lain)
agak besar retak itu.. sebab tu lah kena tukar..
kalo kecik2 tu leh la tahan lagi.. 
nasib baik lah masa renew insurans aku dah ambik utk cover windscreen..
so, tukar windscreen ni insurans cover lah.. Alhamdulillah.. 

oleh itu, kena lah pasang tinted lain.. 
kalo tak panas laa.. lagi pun weekend ni nak travel balik ke Jengka..
so, kena lah pasang siap-siap.. 
nanti kami kepanasan dan kesilauan..

lama jugak tunggu kedai aksesori tu nak tinted.. 
sempat lah en suami habiskan masa menunggu dengan study.. 
bawak buku hulu hilir.. hihihi..
aku lak, layan perasaan sendiri.. :D

selesai tinted, kami g kedai tayar pulak..
tayar keta ku itu perlu jugak ditukar..
dah kekurangan bunga tayar dah..
sampai masa jugak nak tukar..
mula-mula nak tukar 2 jer..
tapi.. akhirnya tukar 4-4 tayar..
wah!!! banyak kehabisan kewangan ni..
kena cover balik bulan ni.. so, no shopping2 yer.. :(


hari ahad..
pagi2 pegi JPJ sebab nak renew lesen memandu en suami..
hampir seminggu lewat tarikh..
dia tak sedar a.k.a LUPA.. :D

pastu, balik lepak di rumah ..
en suami perlu rehat-rehat sebelum nak pegi exam pukul 2 ptg..

petang nya pulak.. menerima tetamu ke teratak kami..
En Wai & Puan Aizan.. :)
sorry ye korang tak dapat bermalam di rumah aku kali ni..
tapi still En Wai dapat tido jugak di rumah aku.. hahahah..
take a nap di petang hari.. :D

lepas maghrib, kami bawak mereka dinner di Char Ko Tiaw Sg Dua di Kulim..
Puan Aizan kemaruk nak makan char ko tiaw.. :P




geram sangat tengok Zara yg tembam & chomel..
last time jumpa tak pandai gerak lagi.. dok baring jer..
skrg ni bukan main melasak dah..
nanti kita jumpa lagi eh Zara.. cute la awak.. :)


Monday, April 04, 2011

Red Velvet Cuppies

hari ahad di rumah jer..
keluar pagi for breakfast and pergi Pejabat Zakat..
en suami menunaikan tanggungjawab membayar zakat pendapatan..
pastu, gi beli barang sikit..
dan pegi beli lauk untuk lunch.. (kes malas nak masak, rajin nak masak nasik je)

balik rumah.. aku dok layan internet.. layan tv..
kemas-kemas dapur..
dan akhirnya tertido.. hahaha..
en suami lak study laa.. rabu khamis ni dia exam..

bangun tido, solat zohor.. pastu giler lapar dah ni..
nasib baik dah masak nasik..
terus lah en suami menghidang lauk pauk yg dibeli..

lepas masing-masing perut dah kenyang..
aku pun dengan kerajinan yg ada sikit..
terus ke dapur..
nak mulakan projek buat Red Velvet Cuppies..
menarik jer tengok gambar red velvet ni..
teringin sangat nak cuba buat..

resepi aku ambik kat sini..
memang tiru sebijik sebijik..

dan inilah hasilnya..

keluar jer dari oven, tak cantik nyer rupa..
terlebih naik kot.. aku letak dalam cup tu agak terbanyak..
patutnya aku letak 1/4 jer dah elok..
aku letak 1/2 cup.. ada gk yg terlebih sket..

untuk bagi cantik nak deko..
aku potong bahagian yg terkeluar tu..
pastu, letak topping.. :D

yg ni lah yg berjaya aku nak tayang utk korang tengok..

ni plak isi dalaman nyaa..

aku pun tak penah rasa pun mcmana rasa red velvet ni..
tapi rupa paras nya sangat menarik.. sebab tu teringin sangat nak mencuba buat..
memang aku tiru resepi tu sebijik..

red velvet ni ada rasa coklat..
sebab menggunakan serbuk coklat..
yg menjadikan dia red velvet sbb warna nyaa..
warna coklat + merah..

rasa nya OK.. cuma en suami cakap, kurang gebu..
tapi rasa dia macam muffin..
muffin kan mmg kurang gebu mcm kek..
dia cam padat-padat gitu..
ntah lah.. betul kot cam tu hasil nya..

yg menambahkan rasa sedapnya adalah kombinasi rasa topping nya..
sebab tu lah agak lazat.. :)

ada sapa-sapa penah buat tak red velvet cake/cupcake ni..
leh komen kat aku apa rasa sebenarnya..
dan jugak any suggesstion resepi yang sedap/betul..


Friday, March 11, 2011

late lunch / early dinner

ini kisah hari sabtu lepas...
kami takde keluar gi jalan2 ke mana pun... 
dok rumah jer.. 
lagipun aku dok menyimpul popia.. en suami lak study..
sebab ahad tu dia ada mid term exam..

pagi2 sabtu, aku buat cucur oats for breakfast.. 

kenyang kami makan cucur oats sampai lah tengahari.. sampai hampir petang.. 
lepas jer solat asar, kami keluar jalan jalan carik makan..
tak gi jauh pun... kat Kulim jugak laaa
restoran yg dipilih adalah Restoran Cuba Rasa..



aku suka datang sini sebab tempat dia open.. dan best melepak relaxkan badan..
jadi nya, kami order agak banyak laa.. hihihi..
untuk cover lunch & dinner..
sekaligus jer.. senang cerita... :)

kami order kerapu kukus..
ikan kat sini masih hidup-hidup laa
bila order baru diorg tangkap & masak..
actually, aku nak makan ikan sembilang..
tapi takder pulak hari tu.. kerapu je yg ada..
kerapu pun kerapu lah..

ikan kerapu yg bakal kami makan sedang ditangkap.. 
mencabar jugak la diorg nak tangkap tu..


isi udang lipan goreng gajus


tomyam campur.. best.. kuah nya cam pekat-pekat sikit..


kerapu stim halia.. 


selesai makan.. terus je balik rumah...
en suami nak sambung study..
aku lak nak sambung keja menyimpul popia.. :)

p/s: perasaan sedikit down ketika ini.. tapi nak happy kan hati dengan update blog.. :)