Showing posts with label lepas geram. Show all posts
Showing posts with label lepas geram. Show all posts

Monday, December 10, 2012

memecah kemalasan terpendam

hoihhh.. lama nya tak merapu kat sini..
sadiq pun dah lebih 10 bulan dah.. lagi 2 minggu dah nak menganjak diri ke 11 bulan..
how time fliess.. cepatnyaaa.. next year 17/1 genap lah hero kecik ni 1 tahun..
teringat lagi masa sadiq kecik kecik kecik sangat.. 2.1 kg that time..
papa pegang sadiq sebelah lengan jer.. kecik sangat..
nak mandikan dia pun takut.. sib baik lah ada mak & kakak yg membantu..

selain tu.. ada jugak planning for birthday party untuk sadiq 1 tahun nanti..
tarikh nya belum diputuskan lagi.. sebab 4/1 - 8/1 adalah hari bercuti-cuti ke KK..
tengok bajet selepas p bercuti mcmana..
kalo masih ada bajet, boleh la buat birthday party masa bulan 1..
kalau tak maybe tunggu dpt gaji dulu.. then, kita buat early feb 2013..
bergantung kepada keadaan lah yer..

perkembangan Akmal Sadiq di usia 10 1/2 bulan ni..
- merangkak dah pandai.. kelajuan mengikut keadaan.. kalau nak mendapatkan sesuatu.. contohnya: papa tengah berdiri dan bersiap mcm nak keluar.. sgt laju la dia pegi.. atau pun, bila pintu rumah dibuka, laju lah dia bergerak.. takut kena tinggal..
- duduk dengan sendiri.. comel jer dia duduk.. kadang2 tumbang jugak.. pastu, nangis.. hihi..
- memanjat.. bila mama & papa dok lepak2 tengok tv, dia akan datang kat salah sorg kami.. memegang kat mana2 bahagian yg dia boleh berpaut.. berdiri dan eksyen lepas tangan sebelah.. kadang2 risau sebab takut tumbang jer..
- duduk tahiyat awal.. baru discover skill ni hari sabtu lepas.. mula2 kalau dia duduk cara mcm ni, dia tak akan lepaskan apa2 benda yg dia guna utk berpaut.. tapi skrg ni dah berani lepas tangan.. comel jer.. tengok dari belakang mcm sadiq tengah solat..
- pandai buat bunyi.. "papapapapa"... mama jeles.. sebab kenapa sebutan papa yg sadiq boleh sebut.. huhu..
- lepas demam kuat 2 minggu lepas, sadiq dah mula kuat minum susu & makan.. main jugak sangat dah pandai sekarang ni.. sadiq sekarang ni minum susu Anmum step 2.. seblum ni mama bagi Enfalac & Enfapro.. mama tukar sebab setiap kali nak bagi susu, mesti dia tolak.. cubaan berkali-kali baru lah dia minum.. nampaknya sadiq sangat suka dengan Anmum ni, takde lah cubaan byk kali sangat bila nak bagi dia susu..
- mama pernah try bagi sadiq minum mango lassi (campuran buah mangga dan yogurt).. he totally reject.. sampai nangis-nangis bila mama dok cuba-cuba suap dia lagi..
- gigi dah 4 batang.. 2 bawah 2 atas.. cuma yg atas tu belum sepenuhnya keluar.. tapi, sangat tension bila suap dia makan.. asyik lah nak menggigit sudu.. adoii la anak..
- sangat suka dengan bubur nasik, tidak mengira apa jenis lauk pun.. tapi, masih kena blend sebab dia tak suka mengunyah walaupun dah ada 4 btg gigi.. nak terus telan jer ini budak... haisshhh..
- pandai mencari bantal dan meletakkan kepala.. so comelllsss..
- bila dengar bunyi azan dan lagu kat tv.. terus paling tengok tv dan terpegun di situ smpai lah habis.. comel jugak..

sekarang kan sadiq dh pandai duduk.. so, kalau pegi kedai makan.. senang sikit..
letak je dia dlm baby chair.. bagi lah apa2 utk dia main.. selalu nya aku bagi biskut baby tu.. utk dia main2 & makan..
kalau dia lapar, mmg boleh habis sekeping biskut tu.. tak akan dilepaskan dari tangan dia tu..
kalau tak lapar.. dia main lepas je apa yg ada dlm tangan dia..
tapi, alhamdulillah.. boleh lah kami menjamu selera bersama2.. sambil monitor apa yg dia buat jugak..
kalau tak sebelum ni nak kena mengendong dia.. so, kena lah makan gilir2.. :)

dan oleh itu, mama punya misi mencari baby chair yg macam jual kat IKEA tu masih belum berjaya.. kalau pegi kat kedai baby tu, ada jual yang jenis mahal-mahal.. mama tak mau lah beli yg mahal2 tu.. mcm pembaziran jerr..
adakah ada jual baby chair macam IKEA tu kat kedai perabot kat sini? misi pencarian harus diteruskan.. so, nanti boleh lah makan di meja makan dah.. sekali dengan sadiq.. ;)

break sebentar..
aduhaii.. busuk nya bau org baru lepas hisap rokok masuk dalam bilik aku ni.. dah la bilik kecik comel.. baunyaaaa.. bluwekkk...

sambung balik..
bersambung setelah beberapa hari save dalam draft..
bz dengan hal kerja di ofis, di rumah.. bila takde kerja, angin malas sangat kuat..
so, biar jer lah blog tak berupdate.. huhu..

semalam masa keluar makan kat restoran Ayam Penyet kat Jusco Perda.. encik suami makan nasik.. aku sekarang kan tgh diet protein.. so, aku makan lauk2 jer lah..
(pasal diet nanti nanti lah aku cerita.. :D)
pastu, aku ambik la nasik putih yg encik suami makan.. suap ke mulut Sadiq..
nganga jer dia bila aku suap.. siap mengunyah-ngunyah pulak tu.. so, chomelllll..
so, lepas ni boleh la mama testing suap nasik yg lembik sikit2.. tak payah berbubur nasik lah yer.. :)
nak praktis Sadiq mengunyah..

dan... semalam jugak kami perasan yang Sadiq ada lagi 2 batang gigi di atas yang sedang menunjukkan diri..
so, total gigi sekarang adalah 4 btg atas, 2 btg bwh.. patut lah 2,3 hari ni asyik lah nak menggigit jer.. jumpa stokin dia, terus ambik masuk mulut.. gigit tarik gigit tarik.. gigit & tarik yg sekuat hati.. bukan light light tu.. risau jer tengok.. huhu..

itu je lah yang nak cerita.. idea sudah tak mari..
nanti nanti akan update lagi (kalau rajin laaa.. kalau tak tunggu lah sehingga Sadiq dh berlari nanti..)

akhir kata...
tataplah wajah kesayangan hamba yang dah pandai mencari tempat nak berdiri..
dan paling terkini tempat kegemaran beliau adalah grill pintu..
berdiri di situ sambil menggoyang-goyangkan grill dengan harapan boleh terbuka la kottt...


**kesinambungan tajuk dan isi kandungan adalah tuan tanah berjaya membuang kemalasan terpendam dalam diri dan dapat keluarkan entry baru di blog terchenta ini...

-the end-

 

Thursday, April 14, 2011

Kerana Menolong.... (episod lepas geram)

pagi tadi dengar topik kat HotFM..
tajuk nyer: "Menolong dengan hati murni tapi berakhir dengan tragedi / dipandang tak baik"..
diorang ambik dari tajuk Harian Metro Hilang kaki kerana menolong

masa tu tengah drive nak datang keja..
rasa tergedik-gedik sangat nak call HotFM..
nombor dah dail ni.. tapi aku tak pakai handsfree pulak..
kang dah dapat talian, susah pulak nak cakap kan..
so, kuburkan saja niat ku itu..

sebenarnya aku nak bercerita pun ada kaitan dengan topik yang dibicarakan..
pasal menolong jugak.. tapi dibalas racun.. boleh??

cerita dah lama.. tapi akibat nya kami suami isteri merasa sampai lah sekarang..
mungkin ramai kawan-kawan rapat yg dah tahu cerita ni
tapi aku tak pernah pulak nak cerita kat blog ni..
memang kalo pikir jer pasal hal ni.. rasa geram yang amat..

ceritanya macam ni..

en suami ada seorang kawan (F) yang boleh dikatakan rapat lah jugak..
diorang berkawan sejak dari study kat Twintech dulu..
sampai bekerja.. masa masih bujang.. sewa rumah sama-sama..
sampai 1 masa kawan dia ni sewa rumah sorang2.. walaupun masih bujang..
nampak agak berduit jugak lah ye. walaupun masih bujang mampu sewa rumah sorang2 jer..
pastu, dia tolong en suami dapat kan kerja baru di tempat dia bekerja..
so, bekerja lah sama-sama mereka di situ..
sampai lah aku pulak lepas habis belajar, ambik kursus kat SHRDC..
pastu, praktikal kat company en suami bekerja (masa ni kami dah bertunang)..
lepas tu, habis je praktikal aku.. terus aku kerja kat situ jugak..
sampai lah kami kahwin.. masih lagi kerja di tempat yg sama..

berbalik kepada kawan en suami tu.. si F tu..
kebetulan pulak dia pun kahwin pada tarikh yg sama aku & en suami kawin..
dia pulak kawin dengan orang kampung dia.. Kelantan..
dan wife dia pulak tak kerja..
lepas kawin, F bawak wife dia datang duduk sekali kat KL..
diorang ni pulak takde transport sendiri..
F ni datang keje naik LRT dan bas je hari-hari..
so, tiap-tiap hari wife dia duduk la rumah sorang2 bila F datang keja..
sampai lah diorang pun ada rezeki, isteri dia mengandung..
boleh dikatakan bunting pelamin lah agaknya..

si F ni rajin bekerja part time.. masa tu dia buat MLM..
memang rajin betul la.. pandai convince orang.. ramai yg join dia..
termasuk en suami jugak.. tapi ktorang ni tak pandai sangat nak keja-keja macam tu..
pegi lah kelas MLM tu 2,3 kali.. pastu, kami senyap jer.. malas lah..
si F ni, selalu lah sembang-sembang dengan ktorang pasal nak buat bisnes lah..
nak bukak kedai buku lah.. nak buat francais laksa lah.. macam2 lah plan dia..

dah tu, sampai masa wife dia bersalin..
kat Kelantan lah.. pastu, rasanya wife dia dah tak nak balik ke KL dah la..
so, si F ni bertungkus lumus lah nak mulakan bisnes..
sebab nak balik kerja di Kelantan.. takkan la nak duduk jauh-jauh dengan bini kan..
idea bisnes dia memang banyak la dalam kepala otak..
dia pulak jenis pandai mengayat orang.. cerita semua nya macam real jer..
Alhamdulillah dia dianugerahkan bakat tu ...

pastu, 1 hari.. dia nak buat personal loan dengan Bank Rakyat..
nak buat pinjaman 20k untuk mulakan berniaga..
dia mintak en suami jadi penjamin..
ktorang pun masa tu tanpa pikir panjang.. setuju je nak jadi penjamin dia..
langsung tak pikir risiko jadi penjamin..
sebab kami penah buat loan Bank Rakyat.. dan abg ipar en suami jadi penjamin..
takde masalah apa-apa pun.. so, kami pun ingat benda yg sama..
lagi pun masa tu usia agak muda.. kurang pengalaman..

dah siap dia dapat duit loan dia.. dia resign dari company tu..
terus balik kampung.. nak mulakan bisnes dia tu..
so, bulan berganti bulan..
ktorang pun taktau lah apa yg dah dia bisneskan di Kelantan tu..
tapi ada unsur-unsur yg kurang menyenangkan bermula..
tiap2 bulan kami akan ke Bank Rakyat untuk bayar hutang kami sendiri dengan Bank Rakyat..
pegawai yg menguruskan hutang si F ni bgtau.. yg si F ni tak bayar hutang bulan-bulan dengan B.Rakyat..
dah sah-sah en suami penjamin kan.. so, B.Rakyat memang terus carik en suami lah..
aku dah tak ingat lah masa tu B.Rakyat dapat carik si F ni ke tak..
memang si F ni tak bayar hutang dengan B.Rakyat..
aku tak pasti samada tak bayar langsung, atau ada sangkut beberapa bulan..
tapi.. memang siot la kan..

satu hari kalo tak salah tahun 2005..
en suami dapat surat untuk naik court disebabkan kes si F ni..
so, dapat lah contact si F ni..
utk pengetahuan korang, memang susah kami nak contact si F ni lepas kes dia tak bayar kt B.Rakyat ni terbongkar..
bila kami call.. tak berjawab..
pastu, bukan nak return call...
akhirnya bila dah dapat call dia, memang panggil dia datang KL untuk naik court..
dia datang KL naik bas/keretapi.. en suami jemput dia.. bawak pi court..
masa kat court, diorang deal dengan B.Rakyat untuk si F ni bayar RM200+ sebulan..
sebelum ni dia kena bayar RM400+ sebulan..
then, si F ni pun setuju.. dan janji dengan en suami dia akan bayar..
pastu, bawak balik rumah.. masa tu aku keja.. so, memang tak jumpa dia..
tapi masa tu mak & abah mertua aku ada kat rumah..
ptg nya en suami hantar dia g stesen bas.. dia balik Kelantan..

lepas tu, kami ingatkan dia bayar lah..
rupa-rupanya.. hampeh..
tak bayar jugak..

kami contact dia lagi..
seperti biasa.. memang susah nak dapat call..
berbekalkan bantuan kawan-kawan yang kenal dia..
dapat jugak kami call dia..
masa tu en suami bincang dengan dia..
macamana nak setel masalah ni..
sebab kan hal penjamin ni..
nama en suami dah blacklist.. langsung tak boleh buat apa-apa pinjaman lagi..
nasib baik kami dah beli rumah + kereta atas nama en suami sebelum en suami kena blacklist..
sekarang ni kami ada plan nak menambah harta lagi.. tapi nama en suami tetap tak lepas untuk nak buat pinjaman..
kalo submit loan @ credit card.. memang sangkut kat B.Rakyat..
hutang kami dengan B.Rakyat dah habis.. dan dah dapat release letter pun..
memang problem pasal jadi penjamin ni jer lah..

en suami bincang dengan dia.. tujuan kami nak tolong dia..
en suami cakap macam orang tak marah pun dengan dia..
kami bincang kalo boleh kami tolong.. kami tolong..
tujuan kami cuma nak clearkan nama en suami jer..
kami bgtau dia masa tu.. cuba lah buat pinjaman dengan Tekun..
sebab kan dia kata dia bisnes kan..
masa tu dia bgtau dia bisnes kedai stationaries..
mesti lah ada income kan..
habis jer conversation tu.. kami tunggu gak lah kot2 ada feedback dari dia..
dah tu, senyap jer..
kami cuba contact dia.. dah tak dapat..
no dia dah tukar ker?
no lama tu memang la dah tak dapat..
hantar mesej kat facebook pun takde respon..

sekarang ni kami pun taktau lah dia masih hidup or tak..
bukan nak mendoakan orang supaya mati.. tapi korang paham lah apa yg kami rasa..
aku sedih sangat..
sampai hati dia buat kami macam ni..
kalau tak mampu nak bayar pun.. cuba lah contact kami..
bincang dengan kami.. mana tau kami boleh tolong dia..
bila senyap macam ni.. macam mana masalah nak selesai..
dia tak rasa bersalah ker dengan hidup dia..
kalau aku jadi dia.. mesti aku rasa tak senang duduk..
sebab buat sesuatu yg menyusahkan orang lain ..
buat aniaya pada orang lain..
macamana dia menyara hidup anak-anak dia dan isteri dia dengan keadaan ada hutang dengan orang..

sekarang ni B.Rakyat call en suami jer..
mintak en suami bayarkan kat diorg..
ktorg bayar kan jugak lah..
sedih jugak bila pikir..
orang dah sedap-sedap habiskan duit tu..
kita pulak kena bayar hutang dia..

banyak plan kami yang tersangkut.. disebabkan nama en suami tak release..
takkan nak pakai nama aku sorang jer..
nak beli rumah besar.. kena lah combination gaji kan.. baru lah lepas.. huhu..sedih..

kami cuba mencari jalan sebaik mungkin macamana nak setelkan masalah ni..
macamana nak cari dia..
macamana nak contact dia..
sedih sangat kalau pikir hal ni..

ingat senang ke hal hutang piutang ni..
kalau orang tak halalkan duit yg ko makan tu, macamana?
Wallahualam..


** panjang betul cerita aku ni.. tapi tak puas hati lagi ni.. nanti lah bila-bila akan ku sambung lagi..