Thursday, March 10, 2005

my camera..


ini la kamera yg aku guna utk ambik sumer gambar2 yg aku upload kt webshots & fotopages tu.. hubby yg belikan...canggih tak??

follow this link kalo nak tgk spec utk kamera ni..

Wednesday, March 09, 2005

Hati & Perasaan

petikan ini aku dapat dr emel...renungkan lah..

"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu
pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita
akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar
bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia
cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam
untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari
mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara
yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di
dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak
kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah
mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta
bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis."

Tuesday, March 08, 2005

gambar dah upload..


aku dah upload gambar aku bercuti di cameron highland.. follow this link

Monday, March 07, 2005

honeymoon di cameron highland..

hari ni dah masuk isnin..mls nyer nak wat keje...masih terbayang2 saat2 bershopping, bergambar, berdua2an di cameron highland 2 hari lepas...best nyer..

musim2 panas ni mmg la sgt sesuai pi ker tmpt2 sejuk cam tu..walaupun matahari memancar di bumi cameron highland...tp x terasa panas pun...sejuk jer...alangkah best nyer kalo cuaca kt KL ni cam kt cameron highland..

aku & hubby bersama2 dgn aizan(my best fren) & hubby pegi honeymoon sakan ler kt cameron highland...kitorg stay kt CASA DE LA ROSA HOTEL...best aa..mujur ler x dpt hotel kt tgh2 town brinchang (tmpt kitorg shopping sakan ni)..hotel ni berdpn ngan padang golf (public course)..sapa2 pun boleh pi main golf kt sini..kitorg main golf kt bilik jer...hehehhe.. pastu hotel ni dah dkt ngan TANAH RATA...

makanan kt cameron highland ni pun murah2 la...harga nyer mmg reasonable...kalo nak save bajet..jgn ler mkn kt hotel..mahal la..kt gerai2 mmg murah2...

hari pertama kitorg sampai...kitorg jln2 jer..pas tu ambik2 gambar...pegi strawberry farm, ladang teh, ladang bunga, ladang madu lebah..mcm2 la... then, hari kedua lps check out hotel..baru ler kitorg meneruskan aktiviti bershopping...mmg best la..sayur, bunga, strawberry..mmg murah2....mmg puas hati la...dah la sumer nyer fresh lg..sampai penuh boot keta...dah jd mcm lori sayur plak..hahahah...aizan pun shopping sakan gak...minah ni kalo dah bleh shopping mmg dah x ingat dunia...hehheh..jgn mare yer...

gambar2 saat bahagia kitorg di cameron highland..aku akan upload esok...tungguuuu...

Tuesday, February 08, 2005

jom kita cuti....

rasa x sabar2 nak bercuti ni...5 hari ooo..aku nak balik perlis la mlm ni..tp balik sorg2 jer la...hubby kena keja...tp xper...x kisah la balik sorg pun...janji aku bleh balik jumpa anak sedara aku..rindu sangat...

ok la..xder per nak citer kt sini...just nak update blog jer..ok la..nnt kalo ada byk citer best lps cuti..aku akan update lg...ok.. chiow..

Friday, January 28, 2005

mood baik ni..

hari ni aku sampai ofis awal..mmg dah 2,3 hari aku asyik tensen jer..sbb jln asyik jem jer...penat btul aku..padahal sepatutnyer 15 minit jer aku dah bleh sampai dpn ofis... sekali hari rabu lps...aku ambik masa 1 jam utk sampai ofis...geram btul..naper la byk sgt kereta yg berduyun2 kt jln...kuar tol jer...mesti jem..nak lalu jln lama pun..mmg jem gak..sbb kena lalu dpn sekolah..of coz ler jem giler kt situ..lgpun jln kecik..aku pun dah xder alternatif lain lg nak lalu mana..melainkan kena la berkorban bgn awal & kuar b4 pukul 8 dr umah...hari ni..aku ambik masa 20 minit utk sampai ofis..sbb nyer kuar jer dr tol damansara baru jer nak stat jem...so, aku masih sempat cilok2 lg la...

tp yg suey nyer..pg2 lg dah kena tegor ngan 'gagak hitam' sbb aku nak kuar mkn ngan ofismate aku ramai2...padahal masa tu baru kol 8.30 pg...mmg masa yg sepatutnyer utk kitorg kuar mkn...ntah apa2 ntah..buat tu salah..buat ni salah..tu yg aku bengang tu..

ok la..nak sambung wat kejer plak..chiow..

Thursday, January 27, 2005

rindu nyer...

dah lama aku x blogging kt sini...sori la yer...aku bz sket...bz carik keja..hehheehh...
ari ni dah 27hb Jan...dah lepas la besday aku...ada gak ler member2 rapat aku yg lupa besday aku...bengang btul..tp xper...janji my hubby x lupa...hubby hadiahkan aku seutas rantai kaki emas...ee..best nyer...pandai jer hubby pilih hadiah utk aku tahun ni... I'm very appreciate it...sayang sgt kt hubby..

next month besday hubby plak..pening kepala plak dok pikir nak beli kan ape utk hubby.. any idea???

Monday, January 03, 2005

naper cam xde mood jer ni...

xtau la naper sejak akhir2 ni cam boring jer dtg kejer...boring..malas..sumer ada.. ari ni nak kata ngantuk..xde la sgt..biasa jer la..cuma boring jer yg bertakhta di kepala otak aku skrg ni...

kalo korg nak tgk gambar2 digicam aku yg baru jer aku upload masuk ker link gambar kt sebelah tu.. pepandai ler korg carik yer..susah benar aku nak upload gambar..asyik ada error jer line internet ni..lembab plak tu...eee...tension aku dibuat nyer...

pg td aku dok engage ngan mak aku...pas tu kan..mak aku ada bg 1 nasihat yg x penah aku terpikir sejak kejadian tsunami ni...mak aku pesan..buat masa skrg ni..jgn mkn ikan @ makanan laut...sbb takut keracunan @ terkena jangkitan virus..sbb byk mayat2 yg blum ditemui di laut sana...dan yg dah reput...lgpun mmg dah ada berita psl virus yg tersebar dr mknan laut skrg ni..bahaya gak tu..so, better korg semua pun berhati2 jugak la.. mujur gak mak aku bgtau..kalo x aku pun x terpikir psl tu...

so, ok la..aku nak sambung meng explore khazanah2 kt internet ni..kot2 la ada yg boleh menghilangkan boring aku...chiow..