Thursday, April 06, 2006

penukaran tag board

assalamualaikum kepada kengkawan ku yg selalu berkunjung ke blog aku ni...

aku baru jer tukar tag board aku tu... sbb lin ckp... tag board lama tu xde tulis time yg korg msg kan??? so, aku ada tukar yg baru... but it still trial... biasa la benda free... takut ada limited post yg bleh antar... but, aku still mencari lg mana2 free tag board yg btul2 memenuhi citarasa semua...

chiow...

Wednesday, April 05, 2006

pesta air teluk cempedak


our pic at telok cempedak on 01/04/2006.. masa ni ada pesta air kt teluk cempedak... kitorg gi sana ngan family hubby... ok aa..best gak aa... tp jalan2 kt pahang ni biasa la... jauh btul.. sakit buntut dok kt dlm keta... jgn marah ye bang... :)

mata ku sakit la..

stat semlm lg mata aku ni dah rasa sengal2...mcm nk jd ketumbit jer... aku risau jer sebab penyakit gatal2 aku ni... dh melarat ke mata plak...

pg2 subuh ari ni...bila aku bangun tido jer...aku rasa sakit sgt mata aku ni... tgk kt cermin... dh mcm bengkak sikit...pas tu...merah je kulit luar mata tu... xtau la nk ketumbit ker apa ker... sbb blum nampak apa2 benjolan...

tp ari ni still dtg ofis...sbb pikir kan keja yg byk nk kena buat ni... nk mengejar dateline... tp rasa cam kurang selesa la... sbb rasa cam bukaan mata aku jd kecik...

hopefully, ok la nnt...badan pun rasa cam x berapa nk sihat jer ni... x tau la kenapa... hubby dh kena batuk2 & selesema... takut terjangkit plak nnt...

ok la...nk stat buat keja ni... dh 3 hari aku masuk keja lambat... isnin - on d way back from jengka... selasa - tayar keta pancit plak... today - gi kedai tayar utk ganti tayar pancit tu.. sbb semlm kedai yg aku biasa pegi tu... x bukak plak...so, pegi ari ni je la...

ok geng... happy working..

Wednesday, March 29, 2006

what happen with my new handphone?

geram nye aku dgn hp baru ni...mentang2 la free...buat perangai pulak...

mlm td saje je nk test power hp tu...hubby call aku...kebetulan plak dia outstation...so, bergayut almost 1/2 hour....guna this hp la... lps jer ckp ngan hubby...terus hp tu buat perangai... asyik kuar searching.... lama2 dh x leh nk on...bengong btul... rasa cam nk baling dinding jer....

pagi2 jer dtg ofis... bgtau kt opismate... ada gk yg menghadapi mslh ngan hp diorg... tp kes aku yg paling teruk aa... sbb langsung x leh on... cam diorg just keypad problem la... tp still got problem la.. adoi...tensen aku...

skrg ni tgh tunggu la one of my opismate... nk gi tukar hp tu... mintak2 dpt la tukar yg baru la.. x mo aa repair.... nk yg baru gak...

ok guys... nnt akan ku kabarkan lagi berita hp bengong aku tu...geram nyer.....

Tuesday, March 28, 2006

got new handphone...

hari ni dpt handphone baru dari company... also got a new number... so, seperti biasa... cam beruk dpt bunga la... benda baru.. nk kena explore...

so, skrg ni dh pakai 2 handphone la... memboratkan handbag eden jer...

nk wat promotion gk ni... kalo ada sesapa yg nk register line celcom skrg ni... bleh la... dpt handset free.... terms and condition apply...

kepada sesapa yg berminat... bleh la contact aku... promosi berakhir... not sure la.. nnt la aku tanya2 org2 celcom.... aku pun dh lupa... kalo nk tau lebih lanjut bleh layari laman web celcom ...

Thursday, March 23, 2006

Penyakit Lupa

Antara penyebabnya adalah: -

- Makan kepala ikan

- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.

- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.

- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).

- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil `dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan ertambah kukuh sekiranya tidak sesaat un kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

Wednesday, March 15, 2006

Hiburan di petang hari......utk hilangkan mengantuk

Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar. "Siapa di luar?" teriak orang tua itu dengan ketakutan. "Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

Janda Yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa
sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam ... Rasa sepi
hatinya tiada siapa yang tahu... Pada satu malam, kira-kira pukul 2
pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas....
tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau
bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya...
Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian terimakasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga........... Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha...haa...haaa....

Lupa jalan pulang

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. "Tapi sayer ader masalah besar nih...." katanyer. "Apa masalah awak?" DOKTOR bertanyer..... "Macam mana saya nak balik doktor,
skang nie,....saya berada 480km dari umah........

Dipecat

Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...

Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

Kesian Makcik nie...

"Satu pagi di stesen keretapi... Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan... ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."

Tuesday, March 14, 2006

i miss them also...my nieces

ini lah dua orang anak sedara aku yg paling aku sayang...skrg ni aku tgh rindu sgt kt diorg.. cam dah lama sgt x jumpa diorg...last time jumpa masa raya haji lepas...masa balik beraya kt perlis...

jihah (kakak) pun dah masuk 2 tahun... titi (adik) dah 3 bulan ++.... miss them so much..

n also skrg ni hubby pun xde....lg la rasa sunyi... ni yg x sabar2 nk anak sendiri..tp apa boleh buat..masih blum rezeki lg...tunggu la dulu....