Untuk renungan bersama
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah
pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.
There is only one happiness in life, to love and be loved.
Thursday, July 13, 2006
Thursday, July 06, 2006
JANGANLAH MENANGIS SAYANG
Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."
Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.
Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.
Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.
"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.
"Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.
"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `'
Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.
Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.
Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.
Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.
`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.
Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.
Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.
"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.
"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.
"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.
"Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."
`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'
`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''
Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.
Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.
Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.
Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.
Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!
Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.
`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`'
Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.
Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.
Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.
Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.
Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.
" Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.
Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.
Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.
"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."
"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?
"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.
"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.
"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.
"A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.
Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.
Tanpa bicara, dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.
`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'
Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.
Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.
" A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.
"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."
"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."
"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.
Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'
Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?
Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.
Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.
Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.
Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!
Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.
Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.
Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus /> dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?
Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.
Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.
Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.
Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.
Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?
`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.
Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ?
Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.
Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?
Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.
Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.
"Ain?......Ain serius?"
"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.
Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.
Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.
`' Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.
`' Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.
"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"
"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.
" Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"
"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'
`' Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.
" Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `' Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.
"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.
"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"
Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.
Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.
"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.
"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."
"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.
"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.
`' Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."
"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'
"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."
"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."
Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'
Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.
Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.
"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.
"Kenapa?"
"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."
"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'
`' Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."
"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."
"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.
Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.
Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.
Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
bermainku.
Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.
`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.
"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.
`' Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.
`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `'Aku menduga keikhlasan bicaranya.
`' Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `'
Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.
Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.
Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.
Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.
Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.
Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.
Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.
Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w
"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).
Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.
Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

Wednesday, July 05, 2006
Thursday, June 29, 2006
Kisah Seorang Isteri
Assalamualaikum...
Kisah Seorang Isteri
HannaN memerhatikan jam didinding,sudah dekat pukul 12.00
malam,argh..dia lambat lagi malam ini.Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi. "HannaN,HannaN bangun sayang". HaiQal mengejutkan isterinya.
"Eh!abang dah balik,maaf HannaN tertidur,abang nak makan?" tanya HannaN.
"Tak per lah abang dah makan tadi,Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan HannaN.
"Arrggh rindunya HannaN pada abang,rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa HannaN masak hari ni,ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah HannaN dalam hati.
"Abang naiklah dulu HannaN nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta HannaN sambil menuju ke dapur.
Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. HannaN ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar,tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. HannaN menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok
gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya
telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra,tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada HannaN", bisik hati kecilnya.
Aargghh rindunya HannaN pada abang." HannaN rindu nak peluk abang, HannaN nak kucup abang,HannaN rindu abang".
Selesai solat subuh HannaN panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia,dipanjangkan jodohnya dengan HaiQal tercinta,diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai.Selesai menjalankan amanat
itu,HannaN kejutkan HaiQal,manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang.HannaN keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum",sapa HaiQal yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumsalam,sayang".HannaN cuba bermanja sambil menambah,
"abang nak kopi atau teh?" HannaN tetap kecewa apabila HaiQal hanya meminta air sejuk sahaja,dia ada 'presentation' dan hendak cepat,mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati HannaN dan tergesa-gesa keluar dari rumah.HannaN menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu
"Abang,HannaN belum cium tangan abang,abang belum kucup dahi HannaN", kata HannaN selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya HannaN pada abang.
"Qal,semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab HaiQal acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau,kalah kami yang bujang ni,woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat,lepas aku siapkan plan tu,aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak,sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur."Balas HaiQal.
"Sorrylah aku tanya,sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat,hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing,kau ada masalah dengan HannaN ke?" Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah,sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek,aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah,bukan aku bencikan HannaN,kami tak bergaduh tapi entahlah". terang HaiQal.
"Well,aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau,aku nak dengar semuanya,tapi bukan sekarang.Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok."Ringkas jawapan HaiQal sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
HannaN membuka kembali album kenangan itu.Tersenyum dia bila
melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan HaiQal.Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat.Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.
Saat-saat sebegini HannaN teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada,akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang,dia tidak punya sesiapa.HannaN menangis sepuas hatinya.5 tahun menjadi suri HaiQal,bukan satu tempoh yang pendek.HannaN bahagia sangat dengan HaiQal,cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.
HannaN sedar perubahan itu,dan dia tidak salahkan HaiQal.Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima HannaN,abang tidak menyesal?".tanya HannaN 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan HannaN setulus hati abang,abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan HannaN dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat HannaN,".Janji HaiQal.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya HannaN lagi.
"Syyy...doktor pun manusia macam kita,yang menentukan Allah,
Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", HaiQal meyakinkan HannaN.
HannaN masih ingat saat itu,apabila dia menerangkan pada HaiQal dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 % sahaja.Tapi HaiQal yakin HannaN mampu memberikannya zuriat.Tapi,itu suatu masa
dahulu,selepas 5 tahun,HannaN tidak salahkan HaiQal sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana HannaN masih belum mampu memberikannya zuriat.Walaupun HannaN sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan
kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya HannaN pada abang.
-------------------------------------------------
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek,sebenarnya aku tidak salahkan HannaN,dia tidak minta semuanya berlaku,isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal,tapi..." ayat HaiQal terhenti disitu.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri.
"Bukan macam tu,aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja, sunyi,tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah,aku rasa simpati pada dia,tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya",terang HaiQal.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri.
"Entahlah Zek,aku tak kata aku menyesal,sebab aku yang pilih dia,aku tahu perkara ni akan berlaku,cuma mungkin aku terlalu berharap,dan akhirnya aku kecewa sendiri.Dan aku tidak mahu menyalahkan HannaN sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini,dan elakkan bersama-samanya macam
dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
perbalahan " Jelas HaiQal.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak
berpuas hati dan menambah,
"apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek,kau tak faham.Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising,mereka suruh aku kahwin lagi,tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek.Aku tak sanggup". Ujar HaiQal.
----------------------------------------------------------
HannaN masih menanti,selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan,membeli belah,atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua HaiQal dikampung.Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia.Dia sayangkan mertua dan
iparnya yang lain macam saudara sendiri.Dia tidak punya ibu,maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia
akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka,itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya,maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung
suami tersayangnya.Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung,tapi kini...aarghh rindunya HannaN pada abang.
HannaN tahu HaiQal pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing,dan hari ini sekali lagi HannaN menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada HaiQal.HannaN masih tidak menaruh syak pada HaiQal,dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa
untuk HaiQal bila dia pulang malam nanti,tapi HannaN takut dia kecewa lagi.Arghh tak apalah,demi suami tercinta.Aaarggh Rindunya HannaN pada
abang.
----------------------------------------------------------------------
"So you dah tahu i dah kahwin,tapi you masih sudi berkawan dengan I,kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya HaiQal pada Humayra yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.
Sejak itu Humayra menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas HaiQal,dan I tak kisah kalau jadi yang kedua,I dah mula
sayangkan you". HUmayra berterus terang.
Lega hati HaiQal,tapi HannaN?

"Abang...HannaN tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu HannaN pagi tu,sebelum HaiQal ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni,nanti HannaN call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar HannaN ni." jawapan HaiQal yang betul-betul membuatkan HannaN mengalirkan air mata.
Tidak seperti dulu-dulu,kalau HannaN sakit demam HaiQal sanggup
mengambil cuti,bersama-sama menemani HannaN. Arrgg rindunya HannaN pada abang.
Disebabkan HannaN terlalu sedih dan kecewa,dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua biji panadol,dia terus berbaring.Sehingga ke petang,badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk,kepalanya berdenyut-denyut.HannaN menangis lagi.Malam tu, seperti biasa HaiQal pulang lewat setelah menemani Humayra ke majlis harijadi kawannya.HannaN masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada HaiQal.
Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini,rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari.Aargh rindunya HannaN pada abang.
Apabila HaiQal selesai mandi dan tukar pakaian,HannaN bersedia untuk membuka mulut,ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu,dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang,HannaN nak cakap sikit boleh?" HannaN memohon keizinan seperti kelazimannya.
"HannaN,dah lewat sangat esok sajalah,abang letih," bantah HaiQal.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak,abang tak ada masa,dan abang akan balik lambat,HannaN tak berpeluang abang". ujar HannaN dengan lembut.
"Eh..dah pandai menjawab,"perli HaiQal.
Meleleh air mata HannaN,dan HaiQal rasa bersalah dan bertanya apa yang HannaN nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan HannaN sejak akhir-akhir ni? Tanya HannaN.
"HannaN,abang sibuk kerja cari duit,dengan duit tu,dapatlah kita bayar duit rumah,duit kereta,belanja rumah dan sebagainya faham?" HaiQal beralasan.
HannaN agak terkejut,selama ini HaiQal tak pernah bercakap kasar dengan dia,dan dia terus bertanya,
"dulu Abang tak macam ni,masih ada masa untuk HannaN,tapi sekarang?" Ujar HannaN.
"Sudahlah HannaN abang dah bosan,pening,jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah HaiQal lagi.
"Sampai hati abang,abaikan HannaN,HannaN sedar siapa HannaN, HannaN tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong,tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan HannaN terus bercakap dengan sedu sedan.
"Sudahlah HannaN abang dah bosan,jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka.Bosan betul..."
Pagi tu,HaiQal keluar rumah tanpa sarapan,tanpa bertemu HannaN dan tanpa suara pun.HannaN makin rindu pada suaminya,demamnya pula kian menjadi-jadi.Malam tu HaiQal terus tidak pulang ke rumah,HannaN menjadi risau,telefon bimbit dimatikan,HannaN risau,dia tahu dia bersalah,akan dia
memohon ampun dan maaf dari HaiQal bila dia kembali.HannaN masih menanti,namun hanya hari ketiga baru HaiQal muncul dan HannaN terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi HaiQal hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja.
HannaN kecil hati dan meminta HaiQal pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama HaiQal.HaiQal sekadar mengangguk.Tetapi malam tu HannaN kecewa lagi.HaiQal pulang lewat malam.demam HannaN pulak makin teruk,dan esoknya tanpa ditemani HaiQal dia ke klinik,sebab sudah tidak tahan
lagi.

Abang pulanglah abang,pulanglah HannaN ingin beritahu perkhabaran ini,pulang abang,doa HannaN.HannaN kecewa tapi masih menanti,bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi,dia menelefon ke pejabat.Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah HannaN kau telefon aku,ada perkara aku nak cakap ni,boleh aku jumpa kau? tanya Zikri
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang,mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak HannaN.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan HannaN itu. Setianya kau
perempuan,bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu,aku pergi rumah kau,aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri
"Ok,kalau macam tu tak apalah,aku pun dah lama tak jumpa mak kau,last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju HannaN.

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti.
HannaN hanya tersenyum penuh makna,dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik".
Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha
Mengetahui apa yang Dia lakukan.Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.Zikri serba salah.
"HannaN,aku anggap kau macam saudara aku,aku tak tahu macam mana nak mulakan,aku harap kau tabah dan tenang,sebenarnya HaiQal dalam proses untuk berkahwin lagi satu,dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri,
dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni,kau tanyalah dengan HaiQal dan bincanglah,cubalah selamatkan rumah tangga korang."
terang Zikri
HannaN menangis semahunya dibahu Mak Siti,rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu.Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna.HannaN menantikan HaiQal sehingga ke pagi,namun dia masih gagal.Dua hari kemudian HaiQal pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting,dan masa ini HannaN
bertekad untuk bertanya.
"Ya betul apa yang HannaN dengar tu,dan kami akan langsungkan jugak,dan abang takkan lepaskan HannaN,itu janji abang,mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan HannaN,kerana mereka juga sayangkan HannaN,dan HannaN kena faham abang inginkan zuriat sendiri,
walau apa pun persiapan sedang dibuat,abang janji takkan abaikan HannaN." Janji HaiQal.
HannaN sayu mendengar,dan bagaikan kelu lidahnya untuk
berkata-kata.Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. HannaN terlalu kecewa.

HaiQal masih menanti diluar,rasa amat bersalah bersarang
dikepala,sejak HannaN pengsan dan mengalamipendarahan.Doktor dan jururawat keluar masuk.Dia masih resah.
"Insya-Allah En.HaiQal,dua-dua selamat".terang doktor pada HaiQal.
"Dua-dua apa maksud doktor? tanya HaiQal
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu,tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh,saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran,tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery
dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah..HannaN mengandung,Ya Allah berdosanya aku pada HannaN,kesal HaiQal.Malu rasanya untuk menatap muka HannaN. "
Kenapa HannaN tak bagi tahu abang yang HannaN mengandung? kesal HaiQal.
"HannaN memang nak bagitau abang tapi,bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan lain, HannaN tak sampai hati bang,HannaN tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas HannaN.
"HannaN sebenarnya,abang belum bertunang dengan budak tu,abang cuma sekadar berkawan sahaja.Belum pernah abang bincangkan soal kahwin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji HaiQal.
Kesal kerana mengabaikan HannaN yang mengandung itu, membuatkan HannaN risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hopital,dan mujur jugak HannaN pengsan dihalaman,dapat dilihat orang.
-------------------------------------------------------------
"Mama kenapa mama buat tu,biarlah mak yang buat," marah HaiQal bila melihatkan HannaN cuba menyapu lantai.
Sejak keluar hospital hari tu,mertua dia meminta supaya HannaN tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni,biarlah mama buat sikit sajalah."balas HannaN.
Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.Dengan pengawasan rapi doktor,yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan,dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan,doktor mengarahkan supaya HannaN hanya berehat di hospital,supaya senang mengawasi HannaN dan andainya apa-apa
berlaku HannaN akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.Setiap hari HannaN akan dilawati oleh HaiQal. HannaN amat bahagia,ternyata bayi yang dikandung membawa sinar,amat berharga kehadiran dia nanti,sebab itulah HannaN sanggup tinggal di hospital,sanggup
menelan berjenis ubat,sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan sudah di penghujung 7 bulan,HannaN amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya.Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.Doktor makin teliti menjaga HannaN, kerana
bimbang berlaku pertumpahan darah,dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila HannaN mengalami pertumpahan darah yang serius,lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.HaiQal tiba bersama ibu dan ayahnya,dia panik sekali,namun
cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya.
Hampir 1 jam berlalu,apakah khabarnya HannaN di dalam sana. HaiQal makin risau,setengah jam kemudian doktor keluar.HaiQal meluru...
"doktor bagaimana isteri saya?",HaiQal terus bertanya.
"Sabar,kami telah cuba sedaya upaya,tahniah anak encik selamat,encik dapat anak perempuan,seberat 2.1 kilogram,dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan NurHannaN ." terang doktor.
"Apa maksud doktor? Tanya HaiQal yang sudah tidak sabar.
"Begini,dia kehilangan banyak darah,kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu,dan masih berusaha,namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor,saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

"Ermmm...lekanya dia sampai terlena." tegur HaiQal sambil membelai dan mengusap kepala Nur JannaH yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan HannaN.
HannaN hanya tersenyum.Hari ni genap seminggu usia JannaH.Nur HannaN masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur JannaH buah hatinya.Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu.Dia membelai sayu wajah comel itu.Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu,hatinya terlalu sepi,semalam dia mimpikan arwah ibunya,datang menjenguk dia dan JannaH,tanpa suara, ibunya hanya tersenyum.Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.
Hari ini HannaN menjadi seorang perindu,dia rindukan ibunya,dan
diceritakan perkara itu pada HaiQal.
"Mungkin mak HannaN datang tengok cucu dia,dan dia amat gembira".pujuk HaiQal menenangkan HannaN.
"Abang...tolong HannaN bang!!" laung HannaN dari bilik air.
"Ya Allah HannaN kenapa ni? HaiQal ketakutan.
"Mak...tolong mak...makkkkkkkkkkk" HaiQal menjerit memanggil emaknya didapur.
"Cepat,bawak pergi hospital,cepat HaiQal" perintah Mak Zaharah.

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan,terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa,dia terlalu lemah dan akhirnya dia "dijemputNya", terang doktor.
Terduduk HaiQal mendengarkan hal itu.Jenazah selamat
dikebumikan.JannaH seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nur HannaN lagi.JannaH menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu,seorang ibu yang bersusah payah,bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.Demi membahagiakan papanya,demi
membahagiakan neneknya.JannaH terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma.Semua yang hadir kelihatan mengesat mata,tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu.Semua terpaku dan terharu, HaiQal mendukung JannaH dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

Abang yang HannaN rindui,
Abang...maafkan HannaN kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang.Saat abang membaca surat ini,mungkin HannaN sudah jauh meninggalkan abang,HannaN tak harapkan HannaN akan selamat melahirkan anak ini,tapi HannaN harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada HannaN.Itu harapan HannaN bang.....
HannaN masih ingat,rumah tangga kita hampir runtuh kerana HannaN tidak mampu memberikan zuriat buat abang,tapi bang,kali ni doa HannaN dimakbulkan,dan untuk itu,biarlah HannaN menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang.
Saat HannaN menulis surat ini,HannaN masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini.Baby kita makin nakal bergerak bang,tapi HannaN bahagia merasa tiap tendangan dia abang,HannaN bahagia,cukuplah saat manis ini HannaN dan dia.HannaN rasakan setiap pergerakannya amat bermakna,dan andainya ditakdirkan HannaN hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja HannaN redha bang.
Siapalah HannaN untuk menolak ketentuanNya.HannaN tak mampu
abang.Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa HannaN untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang HannaN cintai dan kasihi
selamanya.
HannaN redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, HannaN
redha,kerana Allah telah memberikan HannaN sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita HannaN harap abang redha sebagaimana HannaN redha.
Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada HannaN untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.Andai apa yang HannaN takutkan terjadi,dan bayi ini dapat diselamatkan HannaN harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang.HannaN harap abang jangan
biarkan hidupnya tanpa seorang ibu.Cuma satu HannaN harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur hayat HannaN,HannaN tak pernah meminta sesuatu dari abang,dan kini inilah permintaan HannaN,janjilah dengan HannaN yang anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang HannaN rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai,HannaN ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang,tapi HannaN tak berkesempatan, dan walaupun kini HannaN tiada lagi,tapi HannaN nak abang tahu yang... HannaN rindukan abang......HannaN rindu sangat dengan abang.....rindu abang... rindu sangat....
Sekian,Salam Sayang,
Ikhlas dari HannaN isterimu
Nur HannaN Bt. Abdullah
HaiQal melipat kembali surat itu,yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nur HannaN ...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu.....HannaN....abang juga rindukanmu sayang..bisik hati HaiQal.
-----------------
SAUJANA alam..Damai di latifah RABBANI..seindah persahabatan ini,seUNIC pertemuan antara kita,seINTEAM ikatan ukhwah,moga kekal selamanya DEHEARTY
Renungkanlah � bekunya air mata dari kerasnya hati, kerasnya hati dari banyaknya dosa � banyaknya dosa dari lupanya mati� �� � lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia �
Sebagai makhluk kita hanya mampu untuk bertahan seketika� �� �
Walaupun dugaan yang datang tidak sehebat mana...
Saki baki air mata masih bersisa� �� �
Tapi kita masih ada TUHAN PENCIPTA�
Aku ingin hidup secerah mentari yang menyinar di taman hatiku
Aku ingin segala-galanya damai penuh mesra membuah ceria
Sedamai pantai yang memutih sejernih embunan kasih �
Cinta agung cinta ilahi �

------------------------------

Thursday, June 22, 2006
baca la cerita ni... sedih la...
"Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama
10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap kedalam diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi.
Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang. Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.
Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang aki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.
Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, ahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.
Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini... ... . pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi.
"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.
"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu.
"Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"
"Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan... " Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu.
"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah.
"Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.
"Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian.
"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.
"Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu.." Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.
"Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang... AYAH.." Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..
"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati.. hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."
"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan Anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.
"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang. Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya...
"tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak suamiku.
"Nanti Sayang... " Suamiku menarikku hampir padanya.
"Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana
3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang, Abang." Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ... . janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang. Assalamualaikum suamiku.

Wednesday, June 14, 2006
world cup fever!!!
aku rasa sangat heran la... kenapa world cup kali ni.. my hubby excited sangat nk tgk... sanggup berjaga tgh mlm tgk bola... sbb nyer b4 ni dia mcm x excited nk tgk... maybe sbb ramai kengkwn dia yg kaki bola kot.. so, apa slh nyer join....
tp aku x kisah sgt pun... sbb aku pun join tgk gk... ok la... xde la terseksa jiwa dan raga.. hehe...
skrg ni aku dh mula bz mcm biasa sbb nk kejar dateline... n x sempat nk update blog... apa2 pun.. jgn lupa jenguk2 gk la ke blog aku.. mana la tau.. tiba2 terajin & tersempat nk update.. ok ya.. chiow...

Monday, June 05, 2006
seminggu di kampung halaman ku....

aku bertolak dr kota damansara balik ke perlis hari isnin (29/5/2006)... pukul 4 petang... mmg dlm hati x sabar2 nk sampai ke kampung...rindu nya kt najihah.... me & hubby sampai kt perlis pukul 9 mlm... mujur la najihah tidor kt umah mak aku mlm tu... n mujur juga dia x tido lg.. sempat la nk main2 ngan dia dulu... tp, mula2 dia langsung xnak salam & cium aku & hubby... sbb dia malu2.. lama jugak la nk pujuk2 dia.. baru la dia nak... esok nya nk bwk dia gi jln2... selalu nya mmg dia suka naik kereta... tapi kereta tok ayah dia je la... bwk je naik keta aku.. terus dia nangis.. tp kitorg bwk jugak.. separuh perjalanan dia nangis... tp bila aku pujuk2... tanya dia nk blk ke.. dia ckp nk balik... then, aku ckp la.. kalo nk balik... berenti nangis.. lap air mata tu.. baru la dia berenti nangis... tp kitorg bwk gk dia gi pekan kangar... saje nk jln2.. kebetulan masa tu aku nk pegi byr lesen memandu aku.. dh mati la... then, pakngah nye bwk dia masuk pasaraya.... apa lagi... suka la dia.. berlari2 kt dlm tu.. sampai x nk balik... sejak ari tu... sepanjang seminggu ni... kemana kitorg pegi.. dia mesti nk ikut... dh jd mcam anak kitorg plak... adik dia plak.. izzati.. putih melepak.. gebu bukan main.. geram aku tgk... cam nk picit2 jer pipi dia tu...

byk lg cerita aku kt perlis ni... asyik melayan 2 org anak sedara aku ni je la... tp walaupun seminggu... still x cukup lg.... :(
Saturday, June 03, 2006
siti adlin's wedding..
siti adlin ni kawan aku masa sek men derma dulu... kalo x salah aku, aku 1 kelas ngan dia masa form 1... dia ni dulu masa sekolah, kecik jer org nyer... skrg ni... alhamdulillah, sihat walafiat...kebetulan la masa tu aku blk bercuti kt perlis... dpt ler aku makan nasik minyak kt umah dia...
lin, congrats for ur wedding... sorg lagi kwn aku dh selamat jd bini org...
Subscribe to:
Posts (Atom)