Sunday, June 20, 2010

ahad nak habis dah

hari-hari aku bukak jer blog aku ni.. belek-belek dan tekan link 'New Post'.. pastu, terus tutup sebab idea nak bercerita ada.. tapi malas yang melanda.. kenapa yer? dengan keadaan aku tengah selesema lak sekarang ni.. sejak balik dari Cameron Highland hari tu lah ni.. sampai ke hari ni.. masih lagi selesema aku tak hilang.. bila nak tidor jer, aku makan ubat.. baru lah boleh tidor dengan selesa...

pastu lak, sejak dari semalam.. masa on d way ke ipoh, kedahagaan sangat terasa.. boleh dikatakan sepanjang masa tekak aku kering jer.. (sampai lah ke saat aku tengah menaip entry ni) asyik nak kena minum air jer.. bahang panas agak terik di luar.. duduk dalam kereta bukak aircond full blast.. lagi lah tekak cepat kering..

banyak yang nak cerita kat korang pasal aktiviti aku minggu lepas dan minggu ni.. tapi, apa nak buat.. KEMALASAN menguasai diri aku buat masa ni.. bosan lah korang dok baca pasal citer aku MALAS jer kan.. tapi tak best pulak bila tengok blog aku tak berupdate.. aku sendiri lak yang rasa bosan.. biler bukak tengok takder update pun.. huhuhu..

ok lah.. aku nak tido.. ahad dah nak habis.. isnin bakal menjelma.. makna nya, esok keja laa.. huk huk huk.. biler lah aku nak menjadi seorang pekerja yang boleh bekerja di rumah, income masuk setiap bulan sekurang2nya sepertimana income yang aku dapat sekarang.. aku tak perlu lagi nak memandu kereta pegi keja setiap hari.. aku nak live macam tu.. boleh ker? tolong lah bagi cadangan bernas kat aku.. boleh ker aku jadi macam tu? tolong tolong tolong lah aku.. :(



Wednesday, June 16, 2010

perjalanan pagi ini

pagi ni keluar rumah agak terlambat jugak laa.. kol 7.20 pg baru gerak, elok je masuk jln besar en suami call bgtau aku tertinggal kunci rumah.. adesss, dh la lambat.. takper lah.. aku tak patah balik.. just make sure petang ni en suami sampai rumah dulu sebelum aku sampai.. dah tu, singgah petrol pump lak.. nak isi minyak keta dulu.. ada lg 1/2 tank lagi.. tapi aku memang dah biasa.. bila 1/2 tank, aku akan isi sampai penuh.. bukan aper, takut lak tiba-tiba jalan jem teruk.. takder lah aku gelabah minyak nak abih.. huhu.. penah terjadi ok.. tengah sesak-sesak jem, lampu minyak keta dah blink blink.. hihihi..

pagi ni matahari agak terik.. sampai aku kena pakai sunglass laa.. nasib baik matahari dari arah belakang, cuma silau bila nak tengok side mirror.. aku memandu dengan kelajuan 120km/j.. dan berada di lorong kanan.. laju la sikit sebab dah lambat kan.. tengah sedap nak memotong ni.. tiba-tiba datang sebuah keta dengan laju mencocok rapat ke bontot keta ku.. keta saga kaler putih.. siap high beam lagi tu.. so, terpaksa lah aku signal ke kiri.. dah la aku pun tengah laju gak.. kena brake-brake la sket kan.. aku rasa saga tu pun kena brake gak la sebab aku brake.. aku masuk jer ke kiri.. terus aku toleh ke kanan nak tgk sapa la yang sangat ganas memandu keta saga tu.. agak lambat gak la dia nak pick up balik nak potong keta aku.. sekali tengok pemandu nya adalah seorang perempuan bertudung.. rasa nya jururawat kot, sebab tudung nya ada line kaler biru.. ganas bebbb.. pompuan tu.. aku ingatkan lelaki tadi.. memang kebanyakan aku tengok kat sini, pompuan bawak keta agak ganas macam tu.. yer lah, aku kan sedikit sopan santun memandu keta.. takder lah aku nak cocok cocok cam tu.. bahaya wehh.. kang tak sempat brake..

nasib baik jugak jalan tak jem sangat ari ni.. so, aku selamat sampai ke ofis pukul 8.10 pagi.. :)

ok lah.. nak buat keja dah la ni..


Tuesday, June 15, 2010

Trip to Cameron Highland

last weekend.. sabtu, ahad & isnin.. kami bersama-sama dengan family sebelah en suami ku telah mengadakan trip ke Cameron Highland.. perancangan adalah pada awal tahun ini dan mencari masa yang sesuai iaitu masa cuti sekolah.. sebab anak sedara yang sulung dah bersekolah dalam darjah 1.. so, takkan lah nak ponteng sekolah lak semata-mata nak pegi bercuti..

kami berdua bertolak dari kulim.. manakala mereka yang lain bertolak dari jengka 22 termasuk lah adik ipar ku yg bekerja di KL, balik ke jengka semata-mata nak makan durian sebelum datang ke CH.. ini membikinkan kami berdua yang di kejauhan ini jeles.. huhu.. sib baik lah mertua ku ingat kat kami.. tetap jugak bawak durian untuk santapan kami.. walaupun yang dah berkupas.. tapi, aku tetap makan dengan lahap nyaa.. aku & en suami adalah penggemar durian yang sangat kronik.. hahahaha..

kami dalam perjalanan ke CH.. naper muka kami masam jer ni??

ok ker aku pakai tudung ala syria tu aaa.. muka aku nampak sangat bulat.. tapi aku teringin gak nak pakai.. fyi, tudung tu baru jer dibeli di pasar malam.. malam sebelum pegi CH.. gediks dah nak pakai.. hihi..

awan agak mendung.. tapi cerah jugak sikit-sikit.. kerisauan akan hujan mula terasa.. hujan malam ok laa.. bertambah2 sejuk la kt CH nanti..

kami selamat sampai di CH pukul 12.30 tghari.. jalan di atas sana adalah jammed.. tambah2 lagi kat pekan Brinchang.. kereta & bas adalah banyak... kami teruskan perjalanan ke Tanah Rata.. kami dah booking Apartment Greenhill (part of Heritage Hotel).. family dari Jengka belum sampai lagi.. jalan agak sesak dari Tapah.. sementara menanti family sampai, kami makan tengahari (sikit jer) berdua jer di Tanah Rata.. pukul 2 ptg, kami diberikan kunci apartment dan pada masa yg sama jugak, family kami sampai.. terus check in ke apartment dan prepare untuk makan tengahari sekali lagi dengan lauk yang dibawak oleh ibu mertua ku.. :)

lepas lunch, lepak2 kejap... dalam pukul 4 lebih, kami keluar berjalan-jalan.. destinasi pertama adalah MARDI.. sangat dekat la dengan apartment kami.. beruntungnya hari ni, tiket masuk MARDI adalah percuma sebab kebetulan pulak diorang buat hari bersama pelanggan.. kalau tak tiket untuk dewasa adalah RM3 seorang.. orang kat MARDI cakap, kalau datang tengahari, dapat makan free jugak.. sebab diorang sediakan makanan.. rugi rugi.. hihiihiihi..

gambar-gambar semasa di MARDI..







en suami yang sibuk ambik gambar tumbuh-tumbuhan..

yours truly yg terpaksa ambik gmbr diri sendiri sebab en suami sibuk ambik gambar pokok.. hehehe..


lepas habis jalan-jalan kat MARDI, kami menuju ke pasar malam pulak.. jalan agak jammed.. ditambah pulak dengan cuaca hujan .. mula-mula takde lah lebat sangat, kami pun dengan gagahnya berjalan jugak di pasar malam dalam keadaan hujan.. lama-lama makin lebat lak.. agak kebasahan lah jugak kami semua.. dah la air hujan di CH adalah sejuk.. hehehe..

balik apartment, masak untuk dinner lak.. :)

nanti aku sambung lagi lah.. penat dah menaip ni..

takde tajuk

malam tadi awal betul aku tidor.. mandi pas maghrib, konon-konon nya nak baring-baring jap atas katil.. sekali terus tertido sampai lah ke pagi.. kesian cik abg ku kelaparan sebab aku tak masak apa-apa malam tadi.. sampai jer di rumah dari cameron highland, aku dah masak cendawan goreng tepung & rebus jagung.. so, petang tu sblum maghrib dah makan tu.. ingat nya lps maghrib lah baru nak masak makan malam.. tapi aku dah tertido.. dengan keadaan perut ku tak lapar pun, memang aku tidor senyenyak nyerr..

bangun pagi ni, tengok kat dapur.. macam2 makanan telah diselongkar oleh cik abg ku.. sian dia.. kelaparan yerr.. sori lah, isterimu ini kepenatan dan kemengantukan.. hehehe

kami ke cameron highland 3 hari 2 malam.. nanti aku buat entry pasal cuti2 di cameron highland yer.. balik rumah semalam, on modem streamyx.. tapi tak leh connect ke internet, phone line pun xde tone pun.. naper tah.. aku dah call TM, buat report.. so, kena tunggu technician diorg call and datang nak repair apa yg patut kot..

harap2 cepat lah settle.. susah hidup ku kalo takder internet kt umah.. aku suka ngadap internet malam-malam waktu cik abg ku study.. :))



Tuesday, June 08, 2010

The Notebook

aku & en suami baru jer lepas menonton citer The Notebook.. aku dah torrent citer ni 2 malam lepas.. ofcmate aku yg suggest tengok citer ni lepas aku citer kt dia pasal citer P.S I Love You yang menyayat hati aku tu..


cerita ni ditayangkan pada tahun 2004.. kalo korang nak tahu sinopsis nya, sila lah google yer.. hihi..

pada pandangan aku plot cerita ni adalah kisah percintaan yang biasa sahaja.. dan tak membuatkan aku touching pun.. aku lagi suka P.S I Love You.. sebab nya boleh dikatakan sepanjang cerita tu, hati aku rasa sebak jerrr.. nak meleleh jer air mata..

mmm.. lepas ni cerita apa pulak yang best yer?? korang ada ke suggestion loving story yang best nak suggest kat aku?? drop to my comments ok.. :)

** hari ni aku masak mihun goreng togel jerrr.. 

Monday, June 07, 2010

aku cuti hari ni.. best nyerrr..

hari ni aku cuti.. cuti ganti utk hari keputeraan agong sabtu lepas.. bagus betul diorg nak bagi cuti ganti tau.. akak suka laaaa... i like lepak-lepak di rumah walaupun sorang2.. rasa sangat heaven..

so, pagi tadi keje aku adalah.. menyapu lantai atas dan bawah, sambil membasuh baju sebanyak 2 round.. dan membasuh pingan mangkuk periuk belanga besen cawan gelas.. kemas-kemas dapur sikit.. sekadar termampu.. siap baju diputar di dalam mesin basuh.. bawak naik atas utk disidai di balkoni.. banyak sehhh.. penuh penyidai aku.. ni pun ada lagi cadar yg belum berbasuh.. nanti-nantilah aku basuh..

lepas menyidai baju, terus siap-siap nak keluar gi pos ofis.. sebab, aku nak renew driving license aku.. mati nya 9/6/2010... tapi sebab hari ni aku cuti, baik aku terus gi jer.. ramai lak orang kat pos ofis tu.. aku dapat no 1194.. masa tu baru no 1168.. sib baik la laju gak.. bih kurang 1/2 jam aku menunggu giliran..

kuar dari pos ofis.. terus gi ambik cik abg ku.. nak g lunch laa.. kami lunch nasi + set ikan bawal goreng.. sodap laa.. panas-panas ikan bawal tu.. sebab nyer bila kita order.. baru ikan tu digoreng..

perut kenyang... antar cik abg ku pulang ke ofis.. aku balik rumah.. terus rasa sangat sleepy.. biasa laa.. perut kenyang.. masa menaip entry ni aku dah terlelap beberapa kali..

** ada lagi cerita nak di'update'.. nanti aku dah segar bugar.. aku update lagi.. nak charge bateri jap.. 


Saturday, June 05, 2010

bila merajuk, dapat bunga


cerita 2 hari lepas.. bila hati disedihkan oleh seseorang.. seseorang itu dengan ikhlas hati memujuk hati ini dengan sejambak bunga ros kuning.. so touching sampai menitiskan air mata sebab seharian dirundung perasaan sedih.. alhamdulillah kini dah beransur pulih..

pengertian bunga ros kuning:
Yellow Rose
A yellow rose symbolizes friendship and caring. It's the perfect innocent gift to give to a friend or give to a loved one when you simply want to say "I care". When given to a friend it also means "I'm happy with our friendship."



Tuesday, June 01, 2010

Anniversary Dinner

last night, kami pegi dinner for our 7th anniversary.. puas jugak lah aku nak memilih kat mana nak dinner yang best-best sikit kan.. kalo stay kat Kota Dsara, memang banyak pilihan.. kat sini agak terhad dan kalau nak banyak pilihan kena ke Penang Island lah.. tapi disebabkan hari bekerja, aku malas lah nak seberang ke sana pulak.. dah lah aku sememangnya hari-hari berulang alik ke island.. oleh itu, aku mencari hotel yang terdekat lah.. sebelah mainland.. cuba nasib jer lah kan..

so, keputusannya.. lepas solat maghrib di rumah, lebih kurang pukul 8.30 mlm.. kami keluar dari rumah, setelah bersiap-siap dengan agak poyo sikit.. takder lah selekeh macam nak gi makan kat gerai tepi jalan.. hehehe.. kami menuju ke Sunway Hotel, Seberang Jaya..

baru sampai ke Cafe Oriental, Sunway Hotel..



en suami ku order 5 Spice Chicken.. rasa nya OK jer lah.. tak der lah special sangat..

aku lak order Lamb Chop..

selain itu kami jugak order Mushroom Soup.. 1 jer.. kongsi berdua..

ni pulak dessert.. dan juga boleh dikatakan kek untuk anniversary kami.. BlueBerry Cake..


review pasal makanan kat sini adalah biasa sajer.. cuma tempat yang selesa jer lah.. so, kami tak kisah sangat pasal tu.. yang penting kami dapat jugak celebrate anniversary kali ni dengan cara macam ni.. we enjoy the celebration very much.. :)