Tuesday, December 20, 2011

Xmas & New Year Celebration with The Team

dah lama letak kat draft.. cuma masukkan gambar jer..
tak sempat nak cerita ceriti.. :)

event ni masa last week.. sebabkan the team ramai chinese, so memang every year mereka akan adakan function mcm ni..
so, this is my 1st time join this team.. follow jer lah..

actually, diorg buat gift exchange session..
so, setiap team member kena bawak hadiah sorang satu..
minimum harga utk hadiah adalah RM20..
dan tema baju plak merah @ putih.. heheheh..
venue plak kat McDonald depan rumah aku.. hahahha..




ni hadiah yg aku dapat.. letak kat meja ofis jer.. :)



p/s: mood berblogging sekali sekala jer datang.. ;)

Friday, December 16, 2011

Kebun Kami

cewah!! kebun konon.. hahahah
ko ingat ko kaya benor nyer nak ada kebun dusun bagai.. hihi..

just nak show off kat korang ni..
tanam-tanaman yang ktorang tanam di tepi dan belakang rumah..
ada entry yang dulu-dulu aku ada letak masa kitorang baru tanam jer..
kalo korang nak tengok, pandai-pandai usha entry lama-lama yerr...
aku malas.. :P

gambar ni aku ambik pagi semalam.. sebelum pegi keja..
dah lama nak story pasal ni.. tapi biasa laa.. aku kan malas.. hahahah..

ni ha... pokok pisang yang kami tanam..
hampir 2 tahun lah.. baru lah membuahkan hasil...
asyik beranak jer pokok pisang ni.. berbuah nyer tidak..
lama betul kami tunggu..
daun nya memang bercambah-cambah..
penat lah en suami kena buang daunnya.. (dh memang keja dia pun kan.. )
akhirnya.. keluar jugak lah buahnya...
tak sabar lah nak tunggu buah nyer besar.. pastu, leh lah en suami tebang.. :)



benih pokok pisang ni ambik kat rumah ayah aku..
so, tak ingatlah jenis pisang apakah ini..
tunggu lah dia dah masak nanti.. baru lah tahu kot.. :)

lagi satu nak show off ni...
rimbunan pokok pandan..
sangat subur ok!!
mak aku sampai jeles lah tengok pokok pandan aku ni berdaun sgt panjang dan besar2 gitu..
ikut baka tuan nyer la ni.. hihihihi...


bayangkan lah.. aku buat kuih cara.. ambik 10 keping daun pandan ni..
memang tak payah pakai pewarna hijau lagi dah..
warna nya memang dah hijau cantik dah..
original gitu... :)

ada lagi la beberapa jenis pokok yg kitorang tanam lagi..
serai, daun kari, limau purut.. tapi malas nak show off sebab kenit kenit je pokok nya..
kecuali serai lah.. sebab 1 rumpun dah habis kami guna..
en suami dah tanam lagi beberapa rumpun..
tunggu lah nanti dah besar.. aku tunjuk eh..

ok lah.. tu jer nak tunjuk kat korang.. tata..

Wednesday, December 14, 2011

Flyers Tupperware 12 - 31 Dec 2011

Mari.. Mari.. Mari.. 
Jom kita bershopping bersama Tupperware.. :)








Friday, December 09, 2011

rasa ntah apa apa

aku rasa macam nak tutup jer lah blog ni..
ada pun buat menyemak bloglist korang jer..
takder nyer berupdate..
entah kenapa la aku malas nak update..
luahan hati pun selalu nya aku merempan kat twitter jer..
gambar2 pun selalu letak kat FB jer..
so, nak update blog pun cerita yg sama gak..
gambar yg sama gak..
pemalas lipas lah aku..

kalau berupdate blog aku ni pun dengan katalog Tupperware jer lah..
pasal cerita ceriti aku .. jadi malas nak cerita..
lagipun takde yg best nyer pun berlaku dlm hidup aku..
kehidupan mcm biasa jer pun..
nak kata aku bosan dgn hidup.. tak jugak..
bahagia jer..
tapi malas nak share kat blog kot..

bukan tak nak share dengan korang..
kadang2 rasa mcm syok sendiri pulak.. tak tau lah ada orang baca ke tak..
hooiii!!! byk nyer lah aku pikir..

haaa... tiba-tiba dah takde idea nak tulis apa..
usia makin meningkat.. ingatan pun makin tak kuat..
kadang2 aku terpikir nak buat sesuatu.. dalam sekelip mata aku lupa apa yg aku nak buat..
ni penyakit berjangkit en suami la ni.. hihihihi.. (ya ampun!!!)

sudah lah tu.. idea kering kontang dah..
nak pikir samada nak tutup ke tak blog ni..
nanti aku pikir sampai tertido.. zzzZZZZzzz...

Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah

walaupun dah terlewat 1 hari. tapi masih sempat nak mengucapkan Salam Tahun Baru buat semua muslimin dan muslimat.
bila masuk tahun baru, akan ada azam baru.. tapi azam lama dulu dah tercapai ker?
bagi aku, ada yg belum.. ada yg dah.. tapi banyak sangat azam nya.. sampai terlupa dah. main tangkap muat jer mana yg termampu nak dilaksanakan..
untuk tahun baru ni aku berharap semoga kehidupan kami suami isteri lebih diberkati, dimurahkan rezeki dan yg baik2 saja..

kebanyakan negeri dapat replacement cuti hari ni kan? tapi the Co yg aku kerja ni tak ambik la pulak replacement day. so, gigihlah datang kerja hari ni dengan keadaan jalan yang sangat lengang. dan sedikit rasa cemburu sebab en suami cuti.
dan aku memaksa en suami bangun gak pagi tadi suruh hantar ku sampai ke pintu pagar. sebenarnya malas nak bukak & tutup pintu pagar. :D

dah lama kan aku tak menulis di blog terchenta ku ini. bukan apa, malas dan takde cerita menarik yang nak diceritakan. kadang2 tu dah siap karang, pastu sampai separuh jalan jer aku dah kehilangan idea. so, biarlah entry tu berada di dalam draft jer.

sekarang ni aku dah kerja kat Kulim. sgt best lah. sebab perjalanan pergi dan balik kerja adalah tidak jammed. dan kadang2 ada pemandu peribadi yg hantar dan jemput. best nyerrr... harap-harap nya ia berpanjangan. dah lama teringin merasa keadaan begitu sebelum aku terus bersara dan jadi fulltime housewife.. (boleh ke impian tu menjadi kenyataan??)

ok lah.. tu jer sedikit nak cerita.. dah takde idea nak merapu dah.. yg penting hajat nak mengucapkan Salam Maal Hijrah tercapai..
semoga impian kami suami isteri setiap tahun akan tercapai di tahun ini. InsyaAllah.. :)

Tuesday, November 15, 2011

Tupperware: Katalog 8/2011 (14 Nov - 31 Dis 2011)


Emel saya: shaqura@gmail.com .. untuk mendapatkan harga yang menarik dan terhebat.. :)

(sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar dan jelas)



































Jangan malu jangan segan untuk hubungi saya..
Saya sedia menjawap persoalan anda.. :)

Selamat Membeli... :)

Wednesday, October 19, 2011

kerja dan ganjaran

hari sabtu lepas memang banyak menghabiskan masa di rumah sajer. hari ahad jugak, seharian bertapa jer di dalam rumah. sebabnya keadaan cuaca yang mendung-mendung sangat best melepak di rumah sambil berbaring-baring bermalas-malasan. :)

yang nak diceritakan hal hari sabtu. bangun dari tidur, terus mengerah tenaga membersihkan bilik tidur kami. dah lama target nak mengemas membuang habuk habuk yang bertakhta. dan juga mengubah kedudukan barang-barang di dalam nya.

aku dah plan nak ubah katil dan mengubah suai ruang untuk bersolat di dalam bilik tidur kami tu. akhirnya ini lah ruang solat yang terhasil. Alhamdulillah. lebih luas dan selesa. hanya ruang ni jer yang boleh aku nak tunjuk. lain-lain tak boleh yer. hehehehe..


selesai menyapu, menvakum dan mengemop bilik, terasa sangat best. bilik dah bersih dan kemas. so, lepas ni kena lah rajin rajin kan lagi mengubah suai bilik ye. supaya semangat nak tidor.. haha.. kalo tak kemas pun semangat jer bila sampai masa nak tidor. letak jer kepala atas bantal, terus zzzZZZZzzzz..

sebagai ganjaran kami berdua mengemas bilik dan sebahagian ruang rumah yang lain, petang nya kami ke pasar malam. membeli bahan-bahan basah untuk stok di dalam peti ais. dan ganjaran besar nya adalah KETAM. hehe..

en suami terpandang ketam. dia memang hantu ketam. oh pleaseee.. aku suka makan ketam, tapi aku sangat lah malas nak mengupas kulit nya.

teringat masa kecik-kecik dulu, ayah aku selalu beli ketam atau pun udang lipan. mak akan rebus jer. pastu, kami meratah-ratah jer ketam tu. pastu, aku cerita lah kat en suami pasal tu. tu yang en suami excited nak beli ketam. nak suruh aku rebus jer. pastu meratah. best best..

selepas direbus, ini lah ketam nya.. kami beli 5 ekor jer. tu pun dah banyak gak tu. harga nya RM28. Alhamdulillah.. puas hati dapat meratah ketam. :)


ini lah ganjaran kami mengemas rumah.. size ketam yg paling besar tu en suami punya.. :D