Friday, September 07, 2012

gambar Sadiq si budak tecit

lama dah tak letak gambar my hero ni kat blog..
semua gambar ni adalah gambar2 dalam henpon aku..
dan kebanyakannya dah letak dalam fb..
sajer lah nak letak kat sini pulak..
sebagai kenang-kenangan untuk aku tengok nanti..
hari-hari datang ofis pun mesti dok bukak tengok gambar Sadiq kat henpon..
rindu sama kamu lah sayang... ;)

masa balik cuti raya di Perlis.. Sadiq bersama walker nyaa.. bermain di porch kat rumah Tok Ayah..

masa ni lah Sadiq dah pandai bermain walker.. letak dia dalam walker lama-lama pun tak per dah.. dah pandai mengawal keadaan.. :)

on d way balik ke Kulim selepas dah habis cuti beraya di Perlis.. Sadiq baru mula demam hari tu.. tapi Alhamdulillah, dia behave jer masa dalam kereta.. sempat lah Mama terlelap.. hehe

1st day di Kulim selepas hari raya.. Mama & Papa ambik cuti sebab badan Sadiq mula panas.. risau nyaa.. so, letakkan tuala basah di dahi Sadiq dengan harapan suhu badan turun..

masa cuti hari Merdeka.. Sadiq lemah jer.. asyik merengek walaupun dah beberapa hari ambik ubat demam, batuk, selesema.. Sadiq masih batuk.. kesian sangat dia..

budak demam yang baru terjaga dari tidur.. terus nak menangis jer masa ni.. badan tak selesa.. kami sangat lah risau sebab Sadiq asyik merengek.. bila minum & makan akan muntah..

masih belum sihat.. nak tidor meniarap jer.. kalo letak ke meniarap macam ni.. kepala pun tak larat nak angkat..

dah sihat sikit.. selepas balik ke Perlis semula untuk berubat dengan Tok Ayah.. relax ja dok duduk dalam kereta.. pastu, tidorr...

Wednesday, September 05, 2012

cerita pasal raya 2012

lama nya dah aku tak menulis di sini..
sepanjang bulan posa.. memang kemalasan nak menulis blog semakin merudum..
sekarang dah lepas raya.. tapi masih di bulan raya..
nak jugak lah cerita pasal raya..
tapiiii.. sekarang di ofis..
gambar2 raya yang tak seberapa ada di rumah..
hmmmmm...

jadi, kita buat entry kosong jer lah yer...
tulisan tak bergambar..
next entry (kalau rajin) baru aku letak gambar...

nak cerita pasal raya pertama kami bersama hero kecil, Akmal Sadiq..
dan raya pertama untuk Sadiq.. Mama & Papa yg happy nak collect duit raya utk Sadiq..
tahun ni kami beraya di Perlis.. kampung halaman Mama.. yeayyyy!!!
Papa sedih tahun ni.. sebab kami tak berkesempatan balik ke Jengka masa bulan puasa untuk berbuka puasa dengan mak & abah mertua..
sebabnya, Papa adalah bizi dengan assignment dan final exam.. yg mana final exam nya di dalam bulan puasa..
kesian Papa.. takpe Papa.. nanti raya haji kita balik Jengka yer...
tapi paling best, walaupun kami tak dapat balik ke Jengka.. mak & abah mertua datang beraya bersama kami jugak di Perlis masa hari raya ke 3.. (plan yg tiba-tiba ni)
Alhamdulillah.. double happiness..

hari raya 1
bangun pagi, siapkan apa yang patut..
lepas balik solat raya (aku tak gi pun, sbb nanti sapa yg nak jaga hero kecik ku itu), isi perut dulu..
kelaparan.. pastu, tunggu semua bersiap-siap..
sesi bergambar dan bermaaf-maafan..
dan sesi memberi duit raya utk mak, ayah, adik & anak2 sedara ku yg berdua itu..
Sadiq pun dpt duit raya dari semua org.. best best.. :)
lepas tu kami berjalan raya di sekeliling kampung..
tapi sempat beberapa rumah jer lah sebab Sadiq dah mengamuk kemengantukan...
dah la pakaikan dia baju melayu.. dia rimas la tu.. panas..
anak I tu tak tahan panas.. berpeluh2.. mula la nak rimas.. hihi..
pastu, lps tghari tu.. cik mai & family datang beraya di rumah.. 
lama dah tak jumpa.. cik mai pun dah masuk 5 org anak dah..
Alhamdulillah.. murah rezeki mereka..
petang sikit baru lah sambung beraya.. pegi rumah tok sebelah mak dan rumah sepupu..
malam, keluarga mertua kakak pulak datang beraya.. 

hari raya 2
kami berlima (aku, en hubby, sadiq, along, angah).. beraya ke sungai petani..
untuk berjumpa kawan-kawan seUM ku..
so, dapat lah beraya bersama Aizan, Azy & Ina..
best nyaaa.. lama tak jumpa korang..
masa baru sampai SP, abah mertua call bagitau diorang nak bertolak ke Kedah hari tu jugak..
dan kalau kami ada di Kulim, memang diorg akan tidur di rumah kami lah malam tu..
tapi kami nak balik semula ke Perlis..
so, family mertua tidur kat rumah bapak sedara en hubby di Bandar Baharu.. 
kami sampai ke Perlis dah hampir Maghrib..
dalam perjalanan balik, kanak-kanak semua tidur..
senyap sunyi lah dalam kereta.. Mama pun terlentok sama..
Papa memandu bertemankan bunyi radio sahaja.. :)

hari raya 3
aku & family di Perlis buat open house ..
semua makanan dimasak sendiri oleh aku, mak, kakak, sepupu & mak sedara..
menu kami adalah ketupat palas mak (yg mendapat pujian memberangsangkan), rendang daging, nasik minyak, ayam masak merah, asam pedas ikan duri, acar timun, nasik impit, kuah lontong.. cuma sambal bilis yg nak dimakan dgn kuah lontong tak sempat nak buat.. sebab tetamu dah sampai.. hehehe
tapi boleh je makan kuah lontong tu dengan rendang daging.. sedap gak.. hehehhe..
jemputan pulak terdiri dari sedara mara, jiran2 sekampung, kawan2 aku, kawan2 kakak, kawan2 mak, kawan2 ayah, kawan2 adik, jiran2 masa duduk quaters dulu.. dan ramai lagi lah..
dan Alhamdulillah, semua makanan yg kami hidangkan mencukupi dan sold out... takde pembaziran.. legaaa..
next next year boleh buat lagi..
lepas ni tunggu kenduri untuk 1st year birthday Sadiq & akikah dia jugak lah.. maybe nk buat serentak jer nanti..
my in laws sampai ke Perlis dah agak petang.. masa tu tetamu pun dah tak ramai..
so, malam tu diorg bermalam di Perlis..
bersembang-sembang sampai ke tengah malam.. penat asyik kena bancuh kopi.. hehehhe..

hari raya 4
my in laws nak ke Kedah pulak.. so, aku sediakan breakfast pagi tu..
lepas makan, diorg pun bertolak ke Kedah pulak.. 
sambung mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk periuk belanga..
walaupun penat, tapi best sangat buat masak-masak untuk tetamu makan kan..
mak pun suka.. walaupun dalam keadaan dia sakit lutut sendi tu..
petang sikit, aku & en hubby & along pegi ke hotel seri malaysia, kangar..
ada majlis reunion ex-derma batch spm 96..
setelah lebih kurg 17 tahun meninggalkan Sek Men Derma, ini lah reunion pertama yg berjaya dilaksanakan..
dapat lah jumpa kawan-kawan lama walaupun tak ramai kawan-kawan sekelah ku yang hadir..
hopefully, next time akan ada lagi majlis macam ni.. insyaAllah..

hari raya 5
kenduri kahwin jiran sekampung..
kami memang tak ke mana lah.. sebab kawasan rumah ayah jadi tempat parking kereta utk tetamu2 yg datang kenduri..
petang sikit, along & rahmad datang beraya ke rumah kami..
sempat lah sembang-sembang.. macam2 cerita lah yg diborakkan.. :)

hari raya 6
kami ke alor mengkudu, alor star.. ke rumah bapa sedara en suami..
mak & abah mertua buat kenduri arwah di situ..
mak aku pun ikut sekali ke sana..
menghabiskan masa seharian di sana..
lewat petang, kami balik ke Perlis..
dalam perjalanan, my hero kecik tak mau duduk dalam baby car seat..
nak berdukung.. pastu, tak mau duduk belakang dgn aku..
so, masa tu mak aku yg duduk kat depan..
mak pangku lah dia sampai ke Perlis..
ini budak bila dah malam, pandai dia nak tengok lampu..
sebab tu lah nak duduk depan..

hari raya 7
pegi kenduri lagi..
pastu, terus pegi beraya kat kampung yg kami duduk dulu masa kat quarters..

hari raya 8
balik Kulim.. sebab malam tu in laws nak datang tidor kat Kulim sebelum nak bertolak balik ke Jengka pagi isnin..
Sadiq dah mula menunjukkan tanda nak demam.. batuk.. selesema..
oh my anak...
nanti aku sambung cerita pasal kisah Sadiq demam ni.. tragis jugak lah.. huhu..

Tuesday, July 24, 2012

Sadiq meniarap dan solid food

genap berusia 6 bulan 2 hari, Sadiq secara rasminya boleh meniarap...
wah!!! Mama so excited tengok perkembangan Sadiq..
sebelum ni percubaan meniarap Sadiq kebanyakannya gagal..
hanya beberapa kali jer yg berjaya..
tapi kali ni.. setiap kali cubaan memang menjadi jerr..
terus meniarap meninggikan dada dengan bangga nya... hehe..


masa pegi cucuk 6 bulan hari tu... Sadiq menangis..
tak macho la anak Mama ni.. malu kat aweks2 kat klinik tu.. heheh
dah la Sadiq ni jenis nangis sampai terdiam tu..
kesian dia.. sakit ehh!!
tapi kejap jer nangis nyaa.. nasib baik lagi la... :)

dan genap Sadiq berusia 6 bulan 4 hari... Mama dah memperkenalkan Sadiq dengan solid food..


bubur nasi beras perang + puree epal...
nervous gak masa mula2 nak bagi Sadiq makan..
risau dia tak suka..
tapi... Alhamdulillah... dia sangat suka..
tak de buat muka pelik pun masa Mama suap makanan ke dalam mulut dia..
menelan dengan sedap sekali..
good boy Sadiq..

minggu ni Mama tinggalkan Sadiq di Perlis..
Maktok tolong jaga Sadiq sekejap sebab pengasuh Sadiq mintak cuti seminggu..
abang pengasuh Sadiq meninggal hari Ahad lepas..
Innalillah...
so, pengasuh Sadiq perlukan masa untuk pulihkan hati dia.. dia pun tengah sedih2 sekarang ni..
sebab abangnya meninggal mengejut..
ajal maut di tangan Allah.. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.. Al-Fatihah

mujur jugak lah masa pengasuh Sadiq call bagitau nak cuti tu kami memang ada kat Perlis..
so, terus decide untuk mintak Maktok tolong jaga Sadiq lah minggu ni..

sedih jugak nak meninggalkan Sadiq.. ye lah.. dah beberapa bulan kami duduk sekali..
tiba2 nak tinggalkan dia pulak.. dah lah dia memang dah pandai main-main sekarang ni..
rindunya kat Sadiq..
jumaat ni lepas kerja Mama & Papa terus balik yer...
insyaAllah dapat berbuka puasa di Perlis jumaat ni.. :)

ok lah.. tu jer nak membebel..
nanti-nanti sambung lagi...


Wednesday, July 11, 2012

Sadiq bakal masuk 6 bulan..

aduhaii.. apsal malas sangat Mama Sadiq ni..
sebulan sekali baru sibuk nak update blog.. hahaha..
padahal malam-malam Sadiq budak chomel tu tido awal jerr..
ada jer masa nak tengok blog.. tapi.. Mama pun selalu gak mengantuk awal.. hihi..

lagi 6 hari Sadiq akan berumur 6 bulan...
dan ini bermakna, Sadiq dah boleh mula makan solid food..
yeaaahuuu.. Mama tak sabar nak masak-masak untuk Sadiq ni..
(jangan hangat-hangat taik ayam jer lah semangat Mama ni..)
dan hari Ahad ni, Sadiq nak kena cucuk utk 6 bulan pulak...
rasa sekejap jer kan hari tu baru jer cucuk 5 bulan..
tak tau lah berapa banyak berat Sadiq naik kali ni..
dah berketul jugak lah muscle ni... dok mengilik henbeg Mama yg satu ni.. :D

tak habis-habis lagi Mama dok study pasal apa yg nak masak untuk Sadiq ni..
dan yg paling penting.. peralatan pun tak beli lagi ni.. huhu...
sempat ke weekend ni nak pi beli..
dah sempat survey masa weekend lepas..
cuma nak gi beli jer.. "Papa, sila sediakan duit yer... "

pasal perkembangan Sadiq yg dah nak masuk 6 bulan ni..
cubaan meniarap dah berjaya..
sejak dari weekend lepas, di tengah malam.. dan malam tu Sadiq tido agak lewat..
pukul 11 lebih tak mau tidor lagi.. dan... tiba-tiba cubaan meniarap Sadiq berjaya..
Mama & Papa menepuk tangan kegembiraan sampai Sadiq terpinga-pinga..
lama pulak tu dia meniarap dengan gagah nya.. hehhehe..
happy sangat..

perkembangan lain pulak..
Sadiq sekarang ni sangat suka gelak mengekek2..
sebelum ni asyik senyum jerrr.. sekarang ni dah pandai gelak..
pastu, bersembang toksah cakap lah.. sangat suka bersembang..
tambah2 lagi kalau kita duduk sebelah dia.. sembang sama-sama dengan dia..
macam-macam cerita lah keluar..
sampai kan duduk dalam buaian nak tidor pun diajaknya bersembang dulu..


ni masa Papa nak tidurkan Sadiq..

sekarang ni dia banyak nak bersembang & bermain & berangan..
kadang2 bila letak dalam buaian.. bukannya nak tidor..
sampai 1/2 jam dok buai pun, mata dok celik je lagi.. berangan..
sebab apa aku cakap berangan?? sebab kadang2 bila kita pegi tegur dia.. dia tekejut.. hehehhe
berangan apa tu tak tau lah.. hehe.. kelakar la Sadiq ni..
ktorang selalu tergelak tengok gelagat dia..

last week, 1st time kami bawak Sadiq pegi pasar malam..
Sadiq ni kalau bawak pegi jalan-jalan.. dia sangat lah excited...
suka tengok sana sini.. ukur jalan la tu.. hihi..



Sadiq tak tertarik dengan mainan.. pelikkk..
dia lebih tertarik dengan kain-kain & baju..
kalau aku dok baring tepi dia.. mesti dia dok menggapai tangan tarik baju..
bila letak toys dia.. buat tak tau jer... langsung tak nak pegang..
Sadiq.. Sadiq..
kalau bukak TV channel cartoon pun dia tak layan..
tapi kalau TV tengah ada berita ke.. Masterchef ke.. dokumentari ke..
memang khusyuk la dia melayan.. hihi...
tak sabar nak jadi orang besar la ni.. ;)



ni pulak gambar masa dalam kereta.. on d way nak balik Kulim.. dari Perlis..
letak dia dalam baby car seat.. pakaikan seat belt..
senyap jerr..
memang aku tak angkat dukung dia pun sepanjang perjalanan..
dia duduk dengan aman jer dalam car seat dia.. tidor..
jaga kejap untuk menyusu.. then, tido balik.. :)
good boy Sadiq...

ok.. tu jer lah nak update hari ni..

**mengantuk nya aku ni... baru balik dari lunch tadi..**


Wednesday, June 20, 2012

Sadiq 5 bulan

Hari Isnin lepas, bawak Sadiq check up kat Klinik Desa Kg Keladi..
untuk injection 5 bulan...
1st time bawak Sadiq sendiri untuk injection sebab sebelum ni Mak Tok & Tok Ayah yg bawak..
Mak Tok punya pesanan berjela-jela lah kan.. sebab Mama & Papa first time.. :P
bagi cucuk paha sebelah kanan pulak.. masa nak cucuk tu peluk Sadiq kuat2.. nanti dia terkejut..
ok Mak Tok.. Mama paham.. :P

appointment Sadiq pukul 9 pagi.. masa pegi check up 4 bulan, nurse tu dah bagi tahu, kalau datang awal pun tak akan dilayan lagi.. so, kena datang pukul 9 jugak..
ktorg sampai kat klinik pukul 8.50 pagi.. orang ramai nyaaa...
macam tak ambik appoinment pun.. pukul 10.30 baru sampai turn kami... :(

berat: 6.75kg
tinggi: 70cm

belum boleh meniarap sendiri lagi.. tapi kalau kita letak dia meniarap, kepala dah pandai control..
kegemaran: sangat suka tengok tangan dia.. dan ngapp.. masuk mulut..
boleh tidur dengan hanya menghisap jari telunjuk dan jari tengah sekaligus.. sampai berbunyi-bunyi lah..

masa nak cucuk Sadiq.. Mama yg nervous.. tak berani nak tengok masa nurse nak cucuk..
Mama tgk muka Sadiq jer.. risau sgt Sadiq nangis..
sebab dok tengok 2,3 org baby sebelum tu nangis.. cuma ada sorg anak cina sebelum Sadiq tak nangis pun.. kental betul.. pompuan lak tu... hihi..
dan Alhamdulillah.. Sadiq tak nangis pun... muka kerut sket jer...
good boy Sadiq...

pastu, terus hantar Sadiq pegi rumah babysitter.. dan pesan kat bs utk bagi Sadiq ubat demam yg klinik bagi tadi..
pastu, Mama balik rumah jap.. kol 12 keluar pegi kerja.. Mama ambik 1/2 day..
Papa pulak meneruskan urusan2 lain sebab Papa cuti.. bestnya kalau Mama cuti jugak.. heheheh
balik petang tu, pegi ambik Sadiq.. ada demam sikit jer.. badan panas sikit..
pastu, Mama bagi ubat.. malam tu Sadiq tido awal lepas dah puas main-main jari.. hehehhe..

tu jer nak cerita.. ni lah gambar budak yg dah masuk 5 bulan..
melepak dalam buaian.. sambil makan jari.. tapi tak mau tido lagi.. :)



Wednesday, June 13, 2012

mengidam mesin jahit

aku nak bercerita pasal mesin jahit..

masa lepas kawin tahun 2003, aku ada beli 1 mesin jahit portable..
beli kat Carefour, dengan harga RM200 jer..
best giler lah aku masa tu.. sebab dapat mesin jahit dengan harga yang murah cam tu lak tu..
lepas la takat aku nak jahit baju sendiri kan..
untuk pengetahuan, aku boleh la takat nak jahit baju kurung biasa tu..
kalau yang fesyen2 atau kurung moden tu aku tak pandai..
aku boleh menjahit pun sebab masa sekolah dulu mak aku dok ambik upah menjahit..
dari situ lah aku belajar.. masa dok tolong-tolong mak aku menjahit..
masa study kat UM, bila balik cuti semester.. tu jer lah kerja aku.. tolong mak aku siapkan tempahan baju kurung..
kalau masa raya.. memang agak banyak la tempahan berbanding hari2 biasa..
so, zaman anak dara (ecehh!!!) memang aku tak didedahkan dengan memasak.. sebab mak aku yang masak.. aku akan duduk dalam bilik untuk menjahit baju.. hihihi..

ok berbalik kepada cerita mesin jahit ku yg pertama..
dengan mesin jahit ku yg berharga RM200 tu.. aku boleh pulak ambik tempahan dari jiran-jiran aku.. hihi..
masa tu kami menyewa di Aparment Gugusan Dedap, Kota Damansara..
apartment kos rendah.. yang mana ramai golongan isteri yang tidak bekerja..
aku ambik upah murah2 jer.. lagipun tak de lah profesional kan.. hehe..
hanya 1 kali musim raya je yg aku gigih ambik tempahan.. tu pun aku dah tak menang tangan..
kira nya dah balik modal la kos aku membeli mesin jahit tu..
banyak jasa mesin jahit tu dgn aku..
lama jugak lah bertahan.. sampai lah pindah ke Kulim ni pun aku usung jugak laa.. mana bleh tinggal kan..

pastu, masa mak pindah rumah.. aku bawak balik mesin tu balik ke Perlis..
sebab nak jahitkan langsir utk rumah baru mak & ayah..
dan sampai sekarang... mesin jahit tu kekal lah duduk kat Perlis...
mesin jahit mak yang lama tu dah rosak.. berkarat.. sebab dah lama tersimpan dalam kabinet dia tu..
aku plan nak hantar gi repair je mesin jahit mak yg lama tu.. brand Singer..
tapi masih tak terhantar lagi.. tak tahu lah boleh repair ke tak..
kalo tak leh pun.. tolak je lah ke kedai besi buruk.. huhu...

kesinambungan dari cerita mesin jahit tu...
sekarang ni.. memang kat rumah aku dah takde mesin jahit..
dan ketika ini lah pulak aku sangat lah kepingin nak menjahit... hihihi..
hari-hari aku dok mengidam lah nak beli mesin jahit baru..
sekarang ni aku dok survey mesin jahit yang ok dan harga pun tak la mahal sangat..
bukannya aku nak bisnes pun kalo beli yang mahal-mahal ni
setakat nak jahit baju sendiri jer.. (rajin kerr??)
dan jahit baju comel2 utk Sadiq.. hehehe...

tu je lah nak cerita...
nak sambung berangan.. biler lah nak dapat beli mesin jahit ni???

Monday, June 11, 2012

cerita pasal Sadiq.. yang dah nak masuk 5 bulan.. ;)

Hi Kawan-Kawan...

lama nya dah aku tak update kat blog ni...
sibuk ker?? sibuk la jugak...
ker malass?? ye la jugak tu...

dah sebulan lebih kami bertiga hidup berdikari.. (hihihih)
berdikari dalam erti kata kami berdua menjaga Akmal Sadiq sendiri..
cuma waktu kerja sahaja hantar Sadiq ke rumah babysitter...
so, far Sadiq ok jer kat rumah babysitter..
cuma hari tu je masa dia kurang sihat.. dia asyik merengek jer..
tido tak mau.. susu pun tak mau minum.. kesian anak Mama ni..

dari segi perkembangan... Sadiq belum boleh meniarap lagi..
disebabkan Sadiq adalah pre-mature baby..
so, doctor pun bagitau Sadiq akan lambat sikit..
tak boleh ikut graf baby yg cukup bulan lahirnya..

14/6 ni ada appointment dgn pakar kanak-kanak di Hospital Kulim untuk check up Sadiq..
hopefully, semua nya ok..

18/6 pulak appointment di klinik desa Kampung Keladi Kulim.. untuk injection 5 bulan..
kejap jer anak Mama ni dah nak masuk 5 bulan dah..
semoga Sadiq membesar dengan sihat dan baik-baik yer...

hujung bulan lepas kami balik ke Jengka..
ini lah kali pertama bawak Sadiq dalam perjalanan yang jauh..
tujuan balik adalah tok & wan Sadiq di Jengka nak buat majlis marhaban untuk Sadiq..
Alhamdulillah.. murah rezeki Sadiq..
hari tu masa kenduri cukur jambul di Perlis.. takde pun buat marhaban / doa selamat..
just kenduri kecil2 jer... so, untuk melengkapkan upacara yang sepatutnya.. maka majlis marhaban di buat di Jengka pula..
cuma takde lah cukur jambul lagi.. sebab rambut Sadiq pun tak berapa nak tumbuh lagi.. heheh..

cerita pasal rambut.. aku memang malas nak letak minyak apa2 kat kepala Sadiq..
sampai masa rambut tu akan tumbuh jugak.. lagipun baby boy kan.. comel je kepala botak cam tu.. heheheh..

berbalik ke cerita balik Jengka..
balik ke sana kami berenam..
kakak aku & anak2 dia pun ikut sekali..
lagipun cuti sekolah kan.. so, ktorg mmg dah janji dgn anak kakak aku yg sulung tu..
nak bawak dia ikut balik ke Jengka.. happy sangat lah dia..
sempat jugak lalu di KL.. bagi dia tengok KLCC..
on d way balik dari Jengka, lagi sekali cik abg aku bawak kami semua betul-betul di hadapan KLCC..
tgk dari dalam kereta saja.. tak turun pun sebab masa tak mengizinkan..
itu pun Along dah happy sangat.. dia cakap "ini lah kenangan terindah Along".. :)

balik dari Jengka, Sadiq kena batuk & selesema.. dan jugak demam sikit..
2 kali gak la aku bawak Sadiq jumpa doktor kat Klinik Singapore..
masa dia dok batuk tu, sangat kesian bila malam la..
bila dia minum susu.. pastu, batuk.. pastu muntah.. kesian sangat...
sebab ada kahak.. so, dia muntah sebab macam tersedak..
Alhamdulillah.. sekarang dah ok...
dah makin berselera minum susu.. ;)

tu je lah cerita-cerita pasal Sadiq buat kali ni..
nanti aku update lagi..
jom layan gambar Sadiq plak.. heheh

 on d way balik Jengka.. tgh tunggu Umi gi toilet...


on d way balik ke Kulim dari Jengka..


 Sadiq kat Perlis.. balik hantar Along & Angah & Umi..


 Sadiq di pagi Isnin.. nak gi rumah babysitter..


 Sadiq menonton vcd Al-Furqan.. hadiah dari aunty fara.. :)


 Sadiq hari Sabtu lepas.. dalam stroller.. masa Mama & Papa tgh breakfast kat Johnny's AEON Perda..

 itu lah serba sedikit cerita pasal Sadiq.. nanti bila-bila sambung lagi..

Wednesday, May 09, 2012

Sadiq officially in Kulim now.. :)

Alhamdulillah...
Akhirnya kami berjaya jugak mendapatkan pengasuh Sadiq..
jiran setaman jugak la.. tak jauh sangat rumah nya dari rumah kami..
Isnin lepas adalah hari pertama hantar Sadiq ke rumah pengasuh nya..
setelah beberapa hari aku bertangguh..
entah lah..rasa macam tak ready je nak tinggalkan Sadiq dengan org lain..
selama ni Mak aku jer yang jaga dia..
tapi, lepas hari pertama tu, pengasuh Sadiq bagitau yang Sadiq ok jer..
lega nya aku rasa.. sebab nya Sadiq ni susah sikit nak bagi tidur kalau siang hari..
nak kena berhenjut je buai nya..

pengasuh ni kami panggil Maksu.. umurnya lagi muda dari aku..
dia ada sorang anak lelaki, usia dah 3 tahun..
mula-mula ingat nanti anak dia mesti jeles sebab mak nya jaga baby Sadiq..
tapi Maksu cakap, anak dia totally berubah perangai..
dah jadi rajin.. suruh apa-apa pun senang jer..
kalau tak sebelum ni mesti nak melepet dengan mak nye jer...
Alhamdulillah... Sadiq membawa perubahan kepada anak nya.. :)

hari ni dah masuk hari ke3 Sadiq di rumah pengasuh..
semalam Mak aku dah balik ke Perlis..
agak nervous jugak lah aku malam tadi..
sebab Sadiq ni tak pernah lagi tidur hanya dgn kami berdua (papa & mama)..
walaupun tidur dgn kami, Maktok mesti ada jugak dalam rumah tu..
tapi sekali lagi lega... malam tadi Sadiq tidur macam biasa...
pukul 9.30 dah tidur... sampai lah ke pagi tadi..
bangun menyusu je 2 kali..

maka bermula lah hidup kami bertiga beranak..
semoga Allah permudahkan urusan kami..
insyaAllah..

ceria di pagi hari..

 demam rindu kat angah & along di kampung

kantoi.. tengah makan kain..

1st day kami bertiga di rumah.. Papa goyang rocker Sadiq dgn ibu jari kaki sambil layan internet.. :D

p/s: sapa-sapa yg belum jumpa dgn Akmal Sadiq, datang lah rumah Mama Sadiq kat Kulim ni yer... tapi sebelum datang, calling2 lah dulu.. hehehehe.. :)