Tuesday, April 17, 2012

3 bulan sudah..

Alhamdulillah, my little hero hari ni dah berusia 3 bulan..
dah pandai sekarang ni merajuk-rajuk.. tambah-tambah lagi kalau lambat bagi susu..
pastu, bila Mama marah-marah manja kat dia bila dia nangis.. terus mulut nya 'sebek'..
agaknya dah faham lah tu Mama marah dia.. sian my little baby... Mama sayang awak banyak sangat tau..
awak jer lah jantung hati Mama.. :)

sekarang ni Sadiq masih di kampung halaman Mama di Perlis..
masih lagi MakTok menjaga Sadiq.. belum mahu dilepas sepenuhnya ke jagaan Mama & Papa lagi..
nak tunggu Sadiq dah keras lehernya.. baru lah diorg percaya kot..
sambil-sambil tu Mama & Papa mencari jugak pengasuh kat area taman perumahan kami..
masa cuti hari rabu lepas (Mama tak cuti yer..), Papa gi jalan-jalan kat area taman kami tu.. dapat dah lah orang yang sudi nak mengasuh Sadiq..
cuma nya.. Mama belum buat keputusan sebab Mama tak pergi tengok sendiri rumah nya dan berjumpa dengan orang nya lagi..
nanti berkesempatan Mama nak pegi lah.. kena soal siasat jugak lah.. harap-harapnya semua berjalan dengan lancar.. insyaAllah..

pasal perkembangan Sadiq pulak..
sekarang ni kaki kanan dia tu sangat lah kuat.. dah boleh melonjak ke atas kalau letak dia baring atas lantai.. memang aktif anak Mama ni..
selalunya perangai dia berubah-ubah tiap-tiap minggu..
hehe.. macam dia tahu jer bila Jumaat malam, dia akan ubah perangai..
tak nak tidor malam lah, nak nangis-nangis lah..
sebab dia tahu Papa & Mama sampai rumah MakTok dah.. hehe.. clever boy...

pastu, bila pagi Isnin.. Mama & Papa bangun pukul 5.30 pagi nak siap-siap balik Kulim nak kerja.. Sadiq pun bangun...
mata terbukak luas jer... dok tengok jer Mama & Papa bersiap.. nak ikut ke sayang??
kalau MakTok boleh ikut Mama balik Kulim.. dah lama Mama bawak awak balik sekali dengan MakTok tau... senang hati Mama.. hari-hari boleh tengok muka comel awak tu.. :)

bila dah masuk 3 bulan ni.. makanya Sadiq akan kena inject utk 3 bulan la pulakkan...
berdebar-debar nak tahu berat badan dia sekarang..
hari tu kami timbang guna penimbang kati tu... berat dia dah 5.1kg..
selalunya tak sama bila pegi timbang kat klinik..
tak sabar nak tunggu.. hihi...

sekarang ni kalau nak mandikan Sadiq, sangat lah lenguh tangan nak mengampu badan dia kat dalam besen mandi..
dah la dia suka melonjak-lonjak.. risau je terlepas nanti..
badan plak dah bam bam kan.. memang terasa tumbuh muscle dah ni.. heheh..

pagi tadi MakTok bagitau, malam tadi Sadiq selesema..
kebetulan.. masa yang sama.. Mama pun selesema jugak.. ketat hidung Mama masa nak tido malam tadi..
mungkin kami sama-sama terjangkit masa weekend hari tu kot..
patut lah Sadiq asyik meragam jer.. mungkin badan dia lenguh-lenguh kot sebab nak selesema..
hopefully, Sadiq cepat sembuh ok.. tak mo lah selesema lama-lama.. kesian baby Mama ni..
tak nak lah Sadiq tak sihat.. risau lahh..

akhir kata... happy 3rd month birthday to my Akmal Sadiq.. :)


sayang awak banyak sangat!!! xoxo

Wednesday, April 11, 2012

hari ini hari rabu

kebanyakannya bercuti kan hari ni?
aku tak cuti pun... kena kerja..
so, cuti hari ni diganti dengan tambahan annual leave..
ok la jugak.. boleh guna annual leave untuk nak balik Pahang masa cuti sekolah nanti..

planning nak balik Pahang masa cuti Hari Pekerja nanti pun terpaksa ditangguh..
sebab.. sistem yang aku involve ni nak go-live 30/4.. hmmm..
terkubur lah harapan nak bawak Sadiq balik Pahang..

takper lah Sadiq.. Mama tunggu awak besar sikit yer...
cuti sekolah hujung bulan 5 ni kita balik Pahang yer... :)
baru lah Mama confident sikit nak bawak awak travel jauh-jauh..
nervous Mama tau.. hehe..

menghitung hari...
esok khamis.. lusa jumaat..
lepas kerja terus cargas pulang ke kampung halaman di Perlis..
nak jumpa anak teruna ku itu..

rindu sangat-sangat kat Sadiq..
hari-hari dok tengok jer gambar Sadiq kat henpon..
sambil membilang hari.. huhu... OMG.. kronik dah Mama awak ni..
sapa yang tak rindukan anak kan??
tapi Papa cool jer.. sebab Papa tengah struggle final exam sekarang ni..
good luck Papa.. hopefully, Papa score result the best yer this semester..
cover balik last semester.. :)

entry diakhiri dengan gambar buah hati beta yg tengah melayan ABPBH hari ahad malam isnin yang lepas..




Wednesday, April 04, 2012

Tupperware: Katalog 3/2012 (2 Apr- 12 Mei 2012)

Emel saya: shaqura@gmail.com .. untuk mendapatkan harga yang menarik dan terhebat.. :)

(sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar dan jelas)












































Thursday, March 29, 2012

Cerita pasal Sadiq

umur Sadiq sekarang dah 2 bulan lebih..
sekarang ni Sadiq tinggal di Perlis dgn MakTok & TokAyah..
belum bawak Sadiq tinggal dengan kitorang di Kulim lagi, sebab MakTok & TokAyah cakap Sadiq kecik sangat lagi nak bagi pengasuh jaga..
most probably, kami akan bawak Sadiq tinggal bersama-sama dgn kami masa bulan 5 ni..
sekarang ni tengah usha-usha pengasuh yang sesuai untuk jaga Sadiq..
MakTok cakap, tunggu lah leher Sadiq dah keras sikit..
huhuhu.... rindu Sadiq..
setiap Jumaat, ktorang bergegas balik ke Perlis lepas habis kerja..
pagi-pagi Isnin, pukul 5.30 pagi bertolak dari Perlis.. terus ke Kulim, masuk ofis..
macam tu lah rutin kami sekarang ni..

berat Sadiq masa pegi jab 2 bulan hari tu adalah 4.3kg.. sangat membanggakan kami..
sebab knowing Sadiq yang lahir tak cukup bulan.. masa lahir berat nya adalah 2.1kg..
masa jab 1 bulan, berat Sadiq adalah 2.6kg..
dalam tempoh 1 bulan, Sadiq gain weight sebanyak 1.7kg..
memang gebu je pipi Sadiq sekarang ni.. sayang Sadiq banyak sangat..

Sadiq ni kalau lapar, dia akan terus menangis kuat kalau lambat bagi susu..
kalau tengah tidor, dia akan hek hek kejap.. tapi susu tak dapat lagi.. then, terus lah nangis kuat..

mari layan video Sadiq yang mula nak nangis sebab nak susu.. hehe.. :)


tiap-tiap minggu Mama & Papa tunggu hari Jumaat.. sebab tak sabar nak jumpa Sadiq..
tak sabar lah nak bawak Sadiq tinggal sekali dengan kami di Kulim..
hari-hari boleh tengok Sadiq.. boleh tengok perangai Sadiq berubah dari hari ke hari..

nanti-nanti aku sambung lagi cerita pasal Sadiq yer.. :)

Friday, March 09, 2012

Aksi mereka

setiap kali berjumpa.. mesti lah tak pernah lekang..
mesti nak bergusti-gusti dengan Pak Ngah..
mesti nak duduk atas riba Pak Ngah waktu nak tengok tv (especially Along) walaupun banyak lagi tempat lain boleh duduk..
ganas kot Pak Ngah ni... tapi itu lah yang budak-budak tu suka..

mari lah melayan gambar-gambar 'mesra' mereka..







Pak Ngah sentiasa di hati mereka.. walaupun kadang-kadang Pak Ngah garang.. :)