Instagram

Friday, February 16, 2007

Tanggungjawab Seorang Isteri

1. Seorang isteri itu mestilah ada maruah terhadap suaminya. Ertinya,
seorang isteri itu mesti menjaga adab sopan serta tata-tertibnya di
hadapan suaminya. Dia tidak boleh menganggap suaminya macam
kawan-kawannya sahaja dan "tidak boleh sama sekali mengecil-ngecil dan
merendah-rendah martabat" suaminya.

Ini sering berlaku di zaman ini kerana antara suami dan isteri
kebanyakannya sudah kenal mengenal sebelum berkahwin. Perbuatan itu
sangat dilarang oleh syariat dan hukumnya haram. Melalui pergaulan haram
tadi iaitu sebelum berkahwin, apabila mereka sudah diijab kabulkan,
masing-masing seperti dua orang kawan biasa. Jadi si isteri merasakan
suaminya sebagai teman biasa sahaja hinggakan dalam panggilan pun,
kedua-duanya hanya berbahasa "I" dan "You" sahaja.

Padahal syariat menghendaki seorang isteri itu sentiasa rasa malu
terhadap suami, segan dan rasa rendah diri terhadapnya. Isteri mestilah
merasakan yang suami itu adalah orang yang berkewibawaan, yang dapat
memimpin dan mendidiknya kepada jalan selamat samada di dunia mahu pun
di akhirat.

2. Seorang isteri mestilah menutup penglihatannya terhadap orang
laki-laki yang bukan muhrimnya. Ertinya, seorang isteri tidak boleh
memandang orang-orang lelaki lain melainkan suaminya dan lelaki yang
sama muhramnya. Ini adalah kerana bagi mengelakkan para isteri
terpengaruh atau tertarik kepada laki-laki lain.

3. Seorang isteri itu mestilah patuh terhadap perintah suami kecuali
arahan-arahan yang berlawanan dengan Al Quran dan sunnah. Umpamanya
suami menghalang isterinya dari mengerjakan sembahyang. Isteri tidak
boleh patuh kepada arahan itu.

4. Seorang isteri mestilah diam ketika suaminya sedang bercakap. Syariat
melarang para isteri menyampuk-nyampuk cakap suami. Umpamanya, ketika
suami sedang bercakap, si isteri memotong cakap suami itu tadi kerana
maklum sajalah isteri-isteri zaman ini kadang-kala memiliki keilmuan
yang sama taraf dengan suami. Tentulah si isteri merasakan yang dia juga
berhak memberi buah fikirannya. Dan tentulah dia tidak mahu menjadi 'Pak
Turut' sahaja.

Sebenarnya para isteri tidak boleh berbuat demikian, walaupun mungkin
dia lebih pandai daripada suaminya. Dia mestilah diam dan mendengar saja
setiap buah fikir percakapan suaminya. Kalau pun dia perlu bercakap,
hendaklah dia menunggu sampai suami tidak lagi bercakap. Tetapi selagi
suaminya sedang bercakap, dia mesti diam serta tunduk memberi
penghormatan.

5. Seorang isteri itu mestilah berdiri ketika suami datang kepadanya.

6. Seorang isteri itu mestilah mengundurkan diri ketika suami hendak tidur.

7. Si isteri hendaklah sentiasa memakai bau-bauan untuk suami mereka
agar dia dapat menarik kasih sayang suaminya. Yang menjadi satu keanehan
ialah para isteri zaman sekarang, hanya akan berhias dan
berwangi-wangian ketika hendak pergi ke majlis-majlis. Apabila di depan
suaminya, dia tidak kesah tentang dirinya.

"Sedangkan perempuan dilarang oleh syariat untuk memakai bau-bauan
ketika keluar rumah hingga dihidu oleh orang lain".

8. Seorang isteri mesti menjauhkan badannya daripada berbau busuk. Dia
mestilah sentiasa menjaga kebersihan badannya supaya dapat memikat
keinginan para suami. hal ini tidak payah sangat hendak kita sebutkan
pada para perempuan zaman ini kerana sudah memang trend kaum wanita
zaman ini sentiasa menjaga badannya.

Kadang-kadang ada yang menahan dari makan dan minum kerana hendak
menjaga badan supaya sentiasa ada 'potongan'. Sampai kadang-kadang para
suami pun naik bingung melihat isterinya memelihara badan sebegitu rupa.

Padahal kalau difikir-fikirkan, berapa lamalah sangat tahannya badan
kita ini. Paling maksima, 50 tahun. Lepas itu badan pun entah ke mana.
Sepatutnya yang mesti dijaga sungguh-sungguh ialah ruh badan kerana yang
akan berhadapan dengan pertanyaan Allah ialah ruh. Ruh jugalah yang akan
merasai azab.

9. Seorang isteri wajib berhias di hadapan suami. Di belakang suami
isteri tidak wajib berhias, lebih-lebih lagi jika boleh mendatangkan
fitnah.

10. Isteri dilarang berhias ketika suaminya tiada.

11. Si isteri jangan berkhianat kepada suaminya ketika suaminya tiada di
rumah. Juga tidak berkhianat terhadap harta-harta suaminya. malah jika
ada orang datang ke rumah, tidak boleh dibenarkan masuk sekiranya tidak
mendapat keizinan suaminya.

12. Si isteri mestilah merasa puas jika sedikit diberikan suaminya.
Ertinya, penghargaan yang besar haruslah diberi terhadap pemberian yang
kecil oleh suami.

13. Isteri tidak boleh menolak sekiranya suaminya berkeinginan
terhadapnya. Dalam hal ini, Rasulullah sendiri ada menyebutkan betapa
pelawaan suami itu mesti ditunaikan oleh isteri-isteri walaupun di atas
bonggol unta.

Kata Rasulullah lagi,

"kalau seorang isteri itu menolak pelawaan suaminya bila tidur malam dan
suaminya terus tidur dalam keadaan marah, sepanjang malam itulah si
isteri dilaknat para malaikat".

14.

"Seorang isteri tidak boleh keluar rumahnya tanpa izin dari suaminya.
Sekiranya dia keluar juga tanpa izin suaminya, seluruh makhluk di dunia
termasuk para malaikat akan melaknatinya sehinggalah dia bertaubat dan
kembali kepada suaminya".

Demikianlah di antara tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya.
Dan kalaulah para isteri dapat memikul tanggungjawab tersebut, dia akan
menjadi isteri yang solehah. Dan di sini juga, para suami akan dapat
menyuluh para isteri masing-masing sejauh manakah isteri-isteri mereka
telah dapat dididik dan memikul tanggungjawab tersebut.

"Adapun perempuan-perempuan yang soleh itu, mereka yang taat kepada
Allah dan suaminya dan memelihara hak suaminya sewaktu suaminya tidak
ada."

Friday, February 09, 2007

Bahana Orang Tinggal Sembahyang

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dgn sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dgn azab iaitu Neraka Saqar sebagaimana

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Apakah yg menyebabkan kamu diheret ke Neraka Saqar?
Mereka menjawab, "Kami tidak menunaikan sembahyang"

Sementara itu setengah para ulama membuat andaian berdasarkan hadis-hadis....
Orang2 yang meninggalkan sembahyang fardhu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

1- Sembahyang Subuh - Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Subuh, nescaya Allah akan mencampakkannya kedalam neraka selama 60 tahun

2- Sembahyang Zohor - Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

3- Sembahyang Asar - Barang siapa yang meningalkan sembahyang Asar dengan sengaja dosanya sama seperti meruntukan Ka'abah

4- Sembahyang Maghrib - Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi org2 lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi org2 perempuan

5- Sembahyang Isya' - Barang siapa yang meninggalkan Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal didunia ini (bumi Allah) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah.Segala gerak geri adalah semata2 dalam keadaan berdosa kepada Allah swt.

Saturday, February 03, 2007

Adibah Noor :: Terlalu Istimewa

best lagu ni....



Adibah Noor :: Terlalu Istimewa

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

Siti Nurhaliza - Pastikan

suka nye lagu ni....



PASTIKAN
Senilagu: Melly Goeslaw
Senikata: Melly Goeslaw

(1)
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

(2)
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

(3)
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Ulang Chorus

Music Bridge

Ulang Chorus (2X) & (3)