Friday, January 11, 2013

my hero kecik beraksi

sebelum nak sambung kisah ke KK..
mari sini nak tunjuk video my hero kecik memanjat tangga malam tadi..
aktiviti ini dilakukan selepas bangun dari tidor selama 1 jam.. memang betul-betul charge battery laaa..

sengaja ku biarkan dia naik tangga sampai lah hampir tergolek sebab dah penat la tu..


enjoysss...

jangan tiru aksi berbahaya ini yer anak-anak sekalian.. 
 

Thursday, January 10, 2013

Family Trip to KK - part 1

sehari sebelum fly ke KK (khamis - 3/1/2013)
-------------------------------------------------------
hati berdebar-debar menanti esok.. sebab for the 1st time nak bawak hero kecik ni naik flight..
macam-macam petua dikutip supaya si kecik selesa di dalam flight..
tapi apa yg bakal terjadi belum tahu lagi.. huhuhu..

balik dari kerja petang tu.. excited jugak la kami ni.. tapi nervous tetap ada..
dan lagi, baju kami belum packing masuk bag lagi..
kelengkapan hero kecik semua dah setel malam sebelum tu.. legaaaa...

memang aku dah cakap kat encik suami, tak mau masak malam ni..
so, makan kat luar jer lah yerrr..







hero kecik busy main purse mama... lupa nak bawak sebarang mainan..
selalunya purse mama ni dapat menenangkan hero kecik ni dari mengamuk.. dan mama & papa boleh makan dengan selesa..
tapi, kena jugak suapkan dia makan masa mama & papa makan..
selalunya, nasik putih papa lah yg akan disuap.. ataupun order telur goreng kosong.. suap dia.. boleh habis hampir sebiji.. ;)

selesai makan.. balik rumah.. terus memulakan tugasan untuk mempacking baju bajan dan semua kelengkapan..

akhirnyaaa.. siap.. ini lah beg-beg yang bakal kami bawak..
beg merah adalah beg yang mengisi semua barang- barang sadiq.. mampattt...





dah siap semua, papa terus letak beg2 ni ke dalam kereta.. supaya esok pagi kami tak lah kelam kabut..
planning harus lah teratur yerrr..

tengah kami busy dok menyiapkan apa yang patut..
papa: mama, tengok anak kamu tengah buat apa tu? (nada sedikit termenjerit)
mama terus menoleh..





sedap jer dia menunggang baby rocker ni.. siap goyang-goyang buat ala-ala naik kuda..
hai laa anak.. tekejut mama tau.. nasib baik lah tak terbalik.. fuhhh!!!

malam tu, tido awal laaa.. sbb esok nya flight pukul 10.05 pagi..
risau la jugak nak ke airport penang tu kot nanti jalan jem ke apa kan.. kan hari kerja..
so, better tido awal, bangun awal.. gerak awal.. :)

jumaat (4/1/2013)
----------------------
6 pagi bangun solat.. siapkan bubur nasik utk sadiq.. masuk dalam termos..
untuk bekalan sepanjang hari ni.. :)

pastu, bersiap-siap apa yg perlu..
kejutkan si kecil.. tak mandi kan dia pun.. sebab awal pagi..
just cuci muka.. tukar baju.. tukar diapers.. kemaskan apa yg patut..
dalam pukul 7 lebih.. kami memulakan perjalanan menuju ke airport Penang..
sadiq behave je masa dalam kereta..
dan ku tahan dia dari tidur.. hehe..

sampai di airport Penang dalam pukul 8 lebih..
tak kisah kalau terlambat sikit pun sebab dah buat web check in..
tapi.. knowing me.. aku memang tak suka nak kelam kabut..
baik sampai awal dari terkejar-kejar nanti..
kami parking kereta di airport saja..
charge parking adalah RM20 untuk tempoh 24 jam..
hmm.. masih berbaloi charge nya daripada ambik teksi @ limosin..

pastu, pegi drop beg.. dan kami kena tambah bayaran RM75 untuk luggage.. sebab aku hanya beli 20kg jer masa beli online.. tak tau sebenarnya... hehehe.. takper lah, bayar pun bayar lah.. hati dah excited ni.. hehe
tapi masa balik dah beli untuk 45kg.. :D.. sebab dah planning macam banyak jer nak shopping.. heheh..

lepas tu, breakfast dulu kat Mc Donald..
fyi, aku break diet sepanjang pergi bercuti ni..
tapi still jaga laa.. takde lah makan karbohidrat banyak sangat..
berpada-pada...
bestnya dapat makan Double Sausage Mc Muffin with egg.. dan air Hot Chocolate..
sepanjang dok diet ni memang dah tak sentuh semua-semua ni.. :)

masa kitorg breakfast ni.. aku suapkan jugak bubur nasik untuk sadiq..
berselera dia makan.. :)

lepas dah kenyang.. kami pun terus masuk ke balai berlepas..

airport Penang sekarang dah baru dan cantik..
tapi aku tak tau lah masa lama dan tak cantik dulu.. sebab ni lah 1st time aku datang airport Penang.. heheheh..

papa bawak sadiq tawaf kawasan kat balai berlepas tu..
memang tak nak bagi dia tidor.. tunggu tidor dalam flight jer nanti.. 


kami dah kat dalam flight..


three of us..



dah hampir flight nak take off.. sadiq pun tidorrrr... so, selamat lah drama menangis mengamuk kalau2 telinga dia bengang.. 




lepas 1/2 jam perjalanan.. sadiq pun bangun..
nasib baik lah dia tak mengamuk kebosanan.. dan kami tukar tempat ke barisan yg takde orang..
so, senang lah sadiq bebas bergerak..

Alhamdulillah... selamat sampai ke airport KK.. Terminal 2 KKIA..
tengah beratur nak register kat Imigresen... dan diberi pas lawatan sosial..
masa nak balik kena pulangkan semula.. :)


lepas tu, aku terus call driver van yang akan jemput kitorang ke homestay..
kami sampai di airport KK pukul 12.50 ptg..
family dari KL belum sampai.. sebab tu lah mintak driver tu jemput kami dulu dan nanti bila family dari KL dah sampai, kami boleh jemput diorang jer..

disebabkan kami bertiga jer.. kami dijemput menaiki kereta viva untuk ke homestay..
nasib baik la muat dengan luggage lagi.. huhu..
perjalanan dalam 10 minit jer dari airport ke homestay.. yang terletak berdekatan dengan Hospital Queen Elizabeth..
tapi... rumah tu tak seperti yang dilihat dalam iklan.. rumah agak uzur.. tapi OK laaaa.. hmmm..
transport pulak adalah van Nissan Urvan untuk 11 orang penumpang.. dan ber gear manual.. kih kih kih..
terkial-kial jugak lah encik suami memandu di awal2 tu.. sebab dah lama asyik memandu auto jer kan..
kalau bagi aku yg bawak.. memang fail terusss...

sampai jer ke rumah homestay, kami pun pilih bilik mana yg kami nak..
sebelum tu, lupa nak bagitau.. homestay ni adalah di taman perumahan.. rumah jenis semi-d 2 tingkat.. ada 5 bilik.. memang besar.. cuma keadaan dalam rumah jer agak uzur..
sepatutnya owner perlu baiki mana-mana bahagian yang tak OK.. supaya penghuni lebih selesa..

lepas tu, mandikan sadiq.. bagi susu dan beliau tidor lagi.. hihihi..
mama & papa dah lapar ni.. alang-alang tunggu jer lah 1st trip family dari KL sampai.. sekali harung jer boleh terus gi cari makanan..


nasib baik beli kuih cincin masa kat airport.. dapat lah makan masa tunggu sadiq tidor.. ;)

cukup dulu buat setakat ini.. tunggu sambungan seterusnyaa...