Thursday, September 29, 2011

Kemalangan maut di BKE

seperti biasa memang aku keluar rumah agak lambat sekarang ni..
pukul 8 baru terkedek-kedek nak keluar..
smpai ofis biasa nya pukul 9.. so, selalunya aku akan bayar masa lewat aku dengan balik lewat 1 jam...
ataupun kalau aku puasa, lunch time aku memang kat ofis je.. so, berbayar lah masa keja ku..
boleh macam tu eh? boleh je kot.. :P
nasib baik bos adalah tak kisah.. yang penting kerja siap on time..

hari ni pun aku keluar rumah pukul 8.. dah la nak ke Bayan Lepas..
kalau ke Bukit Tengah tu, ok la sikit..
so, aku lalu BKE..
masa menghampiri exit ke Kubang Semang, tiba-tiba je hiway jammed..
kereta semua hampir berhenti..
memang sangat jarang berlaku macam tu..
selalunya hiway BKE ni tak pernah jammed pun..

aku agak mesti ada eksiden ni..
sangkaan ku benar..
ada sebuah kereta Proton Perdana tersadai di tengah-tengah jalan..
punca kejadian aku rasa adalah disebabkan tayar depan belah pemandu pancit..
so, kereta terbabas ke kanan jalan dan berhenti betul-betul di tengah garisan hiway yg ada 2 lorong itu..
ingat kan tu sajer.. ke depan lagi sikit nampak polis dan kereta-kereta di kiri jalan..
banyak jugak kereta yang eksiden bumper to bumper..
tapi tak pasti berapa banyak sebab banyak jugak kereta yang berhenti untuk bagi pertolongan atau bertanya khabar..
dan di lokasi yang sama.. tapi di laluan bertentangan.. ada kemalangan jugak..
dari jauh aku nampak seperti ada sesuatu yang ditutup dengan kanvas hitam..
kalau korang zoom gambar bawah ni korang leh nampak jugak..



ni pun aku main snap jer.. takut kang polis nampak aku dok sibuk nak ambik gambar pulak..
bila aku betul-betul menghampiri tempat kejadian, memang aku nampak mayat dan motornya sekali ditutup di bawah kanvas tu..
dan aku nampak tangan mayat tu sebab kanvas tu terbuka sedikit..
wallahualam.. aku tak tau lah jantina nya dan bangsa nya..
tapi hati berasa sangat sayu..
ajal nya begitu.. dan ditetapkan oleh Yang Pencipta..

sepanjang perjalanan ke ofis.. asyik teringat-ingat dengan kemalangan itu..
mcmana terjadi nya..
walau apa pun.. semoga keluarga mangsa redha dengan ketentuan-Nya..
Innalillah..

Monday, September 26, 2011

Kek Marble.. yang tak marble pun.. :D

selamat membakar kek pada hari Jumaat malam..
terlebih rajin pulak yer.. sebenarnya rasa bosan..
takde apa nak buat.. so, bakar jer lah kek.. best jugak..
dah lama tak buat pun.. en suami memang suka kalo ada makanan ringan mcm ni di rumah..
sebab dia selalu buat air panas masa tgh2 malam.. so, mencari la apa yg boleh dimakan..
siap bakar kek ni lebih kurang pukul 12 tgh malam..
terus hidangkan untuk en suami..
dan terus dia request nak teh o panas.. hahah..
sebagai isteri mithali harus lah buatkan yer.. :D

aku tuliskan bahan-bahan & cara-caranya di sini..
untuk rujukan aku di masa akan datang..
kalau korang nak cuba pun takde hal laa..
kalau tak sedap jgn marah aku lak..
pada aku .. aku rasa sedap.. :D

Bahan-bahan:

250gm butter
250gm gula halus
280gm tepung naik sendiri
1/3 cawan susu cair
4 biji telur
esen vanilla
pewarna

Cara-cara:

1. Pukul butter dan gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan susu dan tepung berselang seli.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan pewarna sesuka hati.
5. Bakar di dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 160 darjah celcius selama 1 jam 15 minit.

Pasal nak marblekan tu aku tak pandai. So, aku belasah jer lah..
1/2 adunan aku masukkan bancuhan pekat nescafe. Sebab tu lah marble nya nampak tak nampak jer.
Tapi rasa nya sedap. I like...





Thursday, September 15, 2011

aku takder gambar raya.. huk huk..

sedihkan bunyi nya..
sememangnya takde gambar raya pun.. :(
tak tahu lah kenapa takder..
tapi yang pasti, bateri kamera kong la pulak di pagi raya itu..
ambik gambar guna kamera abah mertua..
tapi gambar-gambar tu semua dalam kamera itu lah.. dan berada di Jengka..
dan tak ditransfer ke mana-mana device aku pun.. huhu..
dan lagi 1.. gambar-gambar tu semua adalah gambar aku tak bertudung..
sempat berbaju baru jer.. tapi tak sempat nak touch up muka kasi cun dan bertudung..
sebabnya.. abah mertua siap awal.. dan nak pegi solat sunat raya..
masa ni lah yang sempat semua berkumpul dan bersalam-salam..
dan aku.. bangun pagi tak pegi terus mandi dan bersiap..
sebab sibuk nak tolong mak mertua di dapur.. dan jugak seterika baju melayu en suami..
so, memang lambat lah bersiap..
selalu nya macam ni lah kalo beraya di Jengka..
sibuk sangat lah pagi raya tu..

lepas solat raya.. abah mertua memang tak balik rumah pun..
terus tawaf blok.. ikut rombongan berhari raya dari rumah ke rumah..
adik ipar pun sama.. terus hilang..
en suami jer tak hilang.. sebab selalu kena sound dgn aku..
asal raya jer dia hilang gi raya dengan kawan-kawan kampung dia..
tak bawak aku.. aku pulak kena lah tunggu rumah sebab nak tolong mak mertua aku di dapur..
nanti orang datang beraya.. sapa pulak nak layan..
so, tahun ni en suami memang setia menemani aku di rumah..
lepas dah semua orang puas beraya.. baru lah kami pegi beraya dekat-dekat kawasan rumah jer..
tujuan pegi beraya sebab nak merasa menu utama yang dimasak oleh jiran-jiran..
contohnya, laksa, lontong, nasi tomato dan pelbagai lagi..

menu kami pulak.. boleh tengok kat entry ini.. aku dah ceritakan..
kang cerita banyak2 kali bosan pulak nak baca kan.. hihi..

ini adalah satu2 nya gambar berdua kami di hari raya bersama baju raya..


dah la gambar pun kurang cun..
main letak je kamera kat atas sofa.. pakai self timer..
nanti lah nak pakai lagi sekali baju raya.. pastu ambik gmbar syok sendiri.. hihi

sedih laaaa.. tak banyak gambar raya..
jeles tengok kawan-kawan update banyak gambar raya...
sedih sedih sedih..
harap-harap jangan berulang lagi di masa depan yer..
insyaAllah kalau panjang umur.. :)


Friday, September 09, 2011

excited nya anak buah aku ni..

tengah aku nak letak kepala kat meja tadi.. henpon ku berdering..
tertera nama kakak aku di skrin henpon.. 
bila aku "Hello" jer..
terus dengar suara anak sedara ku yang "Hello" di hujung talian..
"Makngah.. Along dapat no. 3.. semua dapat A.. "
"Wah!! pandai nya Along.. sapa dapat no. 1 dan no. 2"
"Takdak sapa pun.. " -- aikkk.. pelik pulak aku.. hihihi... 

happy tak terkira lah anak sedara aku yg sorang ni..
masa last sem dia dapat no. 7.. masa tu pulak 1st time dia exam.. kan baru masuk darjah 1.. 
memang takde pengalaman exam pun.. 
yg aku asyik dok cakap suruh dia dapat no. 1.. 
boleh dia cakap masa tu.. "Along tak mau dapat no. 1"..
atas alasan apa aku tak pasti.. yang pasti nya dia belum faham competition masa exam.. :)

tapi kali ni dia sangat happy sebab dapat no. 3.. 
Alhamdulillah.. ada peningkatan.. 

"Makngah.. Along nak kereta control.."
"Ehh! Bila makngah janji nak bagi? " -- tp dia buat tak dengar pulakk.. hahahah

dari kejauhan dengan suara adik nya pulak..
"Adik pun nak jugak.. Beli kat adik satu.."
aku jawab "Adik mana boleh dapat.. Sebab adik tak periksa pun.."
Along jawab "Betul betul betul... " :D

bebudak ni memang laa.. suka sangat lah nak pow Makngah & Pakngah..
sapa suruh Makngah & Pakngah nya rajin layan.. hihi.. 

yang kelakar nya.. masa minggu sebelum Along exam tu..
kitorang balik Perlis.. 
dia siap cakap kat aku.. "Along takut ni nak periksa... Along nak study lah.. "
so, dah nampak lah masa 2nd sem ni dia bersungguh-sungguh pulun nak exam.. 
kalau tak dia ni dok kerja mengadap tv jer.. hantu TV... huhu
Alhamdulillah... dah besar budak budak ni... 
walaupun bukan anak aku.. tapi aku bangga dengan mereka..
sebab diorang membesar bersama-sama dengan kasih sayang aku & en suami.. 

gambar di bawah sekadar hiasan.. 
masa bawak budak2 berdua ni pegi main bowling kat Kangar.. 
diorang teringin nak main bowling.. tapi sayang nya tak der pulak kasut size budak2 kat situ..
so, tak dapat lah nak ambik 1 lane utk diorang main..
kitorang bawak main kat lane kitorang jer.. 
takper lah, janji dapat menggolong bola bowling tu.. :)


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 01, 2011

Selamat Hari Raya

Baru lah berkesempatan nak jenguk blog ku terchenta ini..
Sakan sungguh beraya.. Tahun ni giliran aku beraya di sebelah en suami.. Jengka 22, Pahang..
Seperti tahun2 yg lepas, kami akan beraya di sebelah pihak sahaja.. Dengan alasan malas nak bersesak2 di jalan raya nak menukar shift.. Hehe..
Macam hari ni, aku baca kat timeline tweet.. Banyak tempat yg mengalami kesesakan lalulintas..
Seperti dijangka, keadaan ini pasti berlaku.. Sebab tu lah kami malas nak raya kedua belah pihak.. Cuma ikut giliran jer..

Mlm ni rasa dah ngantuk ni.. Sambil melayan mata nak tido, saja aku layan blog dulu.. Update apa2 yg patut..

Raya korang best ke?
Aku bias jer.. Takde yg special pun.. Masih lagi berdua dan sabar je lah melayan soalan2 cepu emas.. Naik rimas la aku...

Raya kali ni, kami buat mihun sup masa raya pertama.. Selain tu ada gak lemang dan rendang ayam pencen.. Lain2 biskut2 yg aku beli jer... Dan jugak adik ipar beli...

Agak penat gak.. Sebab dipenuhi dgn aktiviti memasak & makan jer..
Takut la nak naik penimbang lepas ni.. Huhu..

Hari ni... Di raya yg ke3.. Kami gi piknik di Tasik Chini...
Best gak.. Lama tak beraktiviti begitu dgn famili..

Eh!! Aku ngantuk sgt dh ni..
Kalo aku sempat & rajin.. Aku akan.sambung lagi..
Kalo tak, takde lah..

Bye...
Published with Blogger-droid v1.7.4