Thursday, March 31, 2011

dah surut..

lega sikit..
pagi tadi tengah drive datang keja..
sempat lagi sms kat mak aku.. tanya keadaan banjir macamana..
mak aku balas cakap air dah surut..
hari ni nak kena basuh la..
tapi belum la kering sepenuh nya..

lega laa..
jangan makin naik pulak.. risau lak aku.. huhu
aku ni memang over sikit risau nya..
org tersayang aku mesti tahu tahap kerisauan aku ni..
sukar dibendung.. :D

ok lah, nanti aku update lagi..
tunggu kerajinan datang lagi.. :)

Wednesday, March 30, 2011

Banjir di Perlis bertambah buruk

Berita Harian Online | Banjir di Perlis bertambah buruk


Banjir di Perlis bertambah buruk


2011/03/30

KANGAR: Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan 1,294 mangsa daripada 349 keluarga dipindahkan ke 19 pusat pemindahan sehingga 2 petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata, kawasan paling teruk terjejas ialah Kangar dengan 870 mangsa daripada 239 keluarga yang telah dipindahkan.
Seramai 380 mangsa daripada 99 keluarga adalah dari kawasan Padang Besar dan 44 mangsa daripada sebelas keluarga dari kawasan Arau.
Jumlah itu meningkat jauh lebih tinggi berbanding sebanyak 416 mangsa daripada 120 keluarga yang dipindahkan pada pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid, bersama Ketua Polis Perlis, Datuk Tajuddin Md Isa, turut meninjau pusat pemindahan banjir hari ini.

Banjir melanda Perlis sejak semalam berikutan hujan lebat berterusan bermula kelmarin hingga hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut mengadakan bilik gerakan dengan menyediakan perkhidmatan membantu mangsa banjir menggunakan bot dan lori.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 16 sekolah yang terbabit dengan banjir ditutup hari ini dan pelajar diarah pulang pada 10 pagi bagi memastikan keselamatan mereka. - BERNAMA



Dah banjir

pukul 6.15 pagi tadi..
dapat SMS dari mak aku..

        "Kami bah dah, ayaq penuh kampung, dlm rumah pun masuk dah tempat tak sudah"

maknanya air dah bakal masuk dalam rumah..
masa mak aku SMS air dah penuh kat luar..
kat luar rumah tempat yang ayah aku belum siap buat lagi (ayah aku ada buat dapur luar..)
so, kat situ memang air dah penuh laa..

baru jer ni dok SMS lagi dengan mak aku..
air memang dah masuk dalam rumah dah..
kesian family aku..
dah 2 kali kena banjir dalam masa terdekat ni..
tapi yg 1st hari tu, tak masuk sangat dalam rumah.. sikit2 jer..
kat luar je penuh..

banjir kali ni tak tau lah berapa hari pulak..
semoga semua nya tabah dengan ujian dari Allah swt..
marilah sama-sama berdoa semoga semua nya pulih seperti biasa..
InsyaAllah..

Tuesday, March 29, 2011

Hujan lebat di Perlis

pagi tadi Mak sms bagitau hujan tak henti-henti di Perlis..
dari petang semalam hingga ke pagi tadi..
rasa nya masih hujan sampai sekarang berpandukan status FB kawan2 di Perlis..
macam ada tanda-tanda nak banjir jugak..
harap-harap semua nya selamat..
semoga dijauhkan segala musibah dan bencana..
Amin..

Wednesday, March 23, 2011

buang sawang

tak suka nyaa..
blog dah agak lama tak update ni..
mana pegi nya mood aku update blog ni..
bila kat ofis memang teringat nak update..
tapi keje la pulak banyak.. tak sempat nak usha blog..
tapi blogwalking sempat jer.. hih ihi..

ada cerita yang nak dikongsi..
nanti akan cuba jugak update yer..

p/s: macam la orang ternanti-nanti sangat.. :P

Monday, March 14, 2011

coklat utk anak buah

hari khamis lepas, aku bertungkus lumus buat coklat..
untuk Along, anak buah aku.. 
nak meraikan birthday dia yg ke 7 tahun..
actually dah belated..
sebab birthday nya 27/2..
tapi masa tu ktorg memang tak sempat nak balik..
lagipun en suami tengah prepare study utk mid term exam last 2 weeks.. 
takper lah.. walaupun belated, kami tetap meraikannya.. :)

ini lah hasil coklat yg aku buat.. 
cantek tak?? hihihihi.. 




actually, bukan buat 1 kotak ni jer.. ada lagi yg aku buat..
memang buat banyak sikit..
sebab family aku semua suka sangat dengan coklat ni..
harus buat lebih laa..


yg ni aku testing mold.. pastu, sajer letak color..
nak test mcmana hasil nyaa.. ok laa..
tapi pada aku colorful sangat .. hihihi..

weekend lepas dah selamat bwk balik kesemua coklat tu ke Perlis..
penerimaan family aku sangat lah memberansangkan..
ayah, mak, adik, kakak, anak2 buah semua nya suka..

sabtu malam kami buat acara BBQ di rumah..
sambil meraikan belated birthday Along..
Along happy sangat..
dah janji dgn Adik, nanti birthday dia.. m.ngah buat utk Adik pulak.. :)
nanti aku buat entry psl BBQ nite ktorg lak eh..


Friday, March 11, 2011

late lunch / early dinner

ini kisah hari sabtu lepas...
kami takde keluar gi jalan2 ke mana pun... 
dok rumah jer.. 
lagipun aku dok menyimpul popia.. en suami lak study..
sebab ahad tu dia ada mid term exam..

pagi2 sabtu, aku buat cucur oats for breakfast.. 

kenyang kami makan cucur oats sampai lah tengahari.. sampai hampir petang.. 
lepas jer solat asar, kami keluar jalan jalan carik makan..
tak gi jauh pun... kat Kulim jugak laaa
restoran yg dipilih adalah Restoran Cuba Rasa..



aku suka datang sini sebab tempat dia open.. dan best melepak relaxkan badan..
jadi nya, kami order agak banyak laa.. hihihi..
untuk cover lunch & dinner..
sekaligus jer.. senang cerita... :)

kami order kerapu kukus..
ikan kat sini masih hidup-hidup laa
bila order baru diorg tangkap & masak..
actually, aku nak makan ikan sembilang..
tapi takder pulak hari tu.. kerapu je yg ada..
kerapu pun kerapu lah..

ikan kerapu yg bakal kami makan sedang ditangkap.. 
mencabar jugak la diorg nak tangkap tu..


isi udang lipan goreng gajus


tomyam campur.. best.. kuah nya cam pekat-pekat sikit..


kerapu stim halia.. 


selesai makan.. terus je balik rumah...
en suami nak sambung study..
aku lak nak sambung keja menyimpul popia.. :)

p/s: perasaan sedikit down ketika ini.. tapi nak happy kan hati dengan update blog.. :)


Thursday, March 10, 2011

.:||Melts in your mouth ~~ Not in your hands||:.

kepada semua kawan-kawan yg sudi menjenguk ke blog ku ini..
hari ni nak bagitau kat kawan-kawan semua..
secara kurang rasminya, aku dah bukak 1 blog baru..

.:||Melts in your mouth ~~ Not in your hands||:.

http://shaqurachocs.blogspot.com

dengan pembukaan blog ku yg baru ini..
aku nak memulakan satu lagi kemahiran yg telah aku pelajari pada awal tahun 2011 yang lalu..
aku dah belajar membuat coklat..
nak jugak menguji kehebatan diri.. boleh ke tak boleh aku buat kerja-kerja macam ni..
sebelum ni pernah jugak pergi kelas belajar deko cupcake..
tapi, tak praktis.. rasa rugi jer..
insyaAllah, perlahan-lahan akan ku cuba jugak praktiskan nya nanti..

pada awalnya, aku pikir malas lah nak bukak blog baru untuk coklat ni..
nak masuk kan dalam personal blog ku ni jer..
tapi, bila pikir pikir balik.. nanti kan nak tunjuk macam-macam design..
takkan la nak menyemak dalam personal blog pulak..
mensemakkan pikiran la pulak nanti..
oleh itu, baik aku asingkan jer..
baru lah kemas.. :)

aku ambik masa yg lama untuk mula menggiatkan diri dalam pembuatan coklat ni selepas attend kelas hari tu..
rakan-rakan seperjuangan yg sama-sama belajar hari tu, dah mula bisnes coklat masing-masing dah..
tapi aku jer yg tertinggal kapal..
sebab agak sibuk dengan order Popia Simpul Kasih..
so, kena lah fokus 1-1..
sekarang ni agak lega sikit, sebab mak aku juga membantu..
resepi adalah sama.. bahan-bahan pun sama..
sebab stok barang untuk mak aku buat, aku yg belikan..
especially, kulit popia..
kat Kulim masih lagi boleh dapat dengan harga yang mampu milik.. :D
kat Perlis, agak mahal.. tapi kalau dah terdesak kena beli jugak laa..

sekarang ni aku cuba nak fokuskan kemahiran aku untuk membuat coklat..
nak membuatnya mungkin senang.. cuma nak men'deko' nya agak memakan masa..
dan perlu kreatif.. dan juga perlu kemas dan nampak cantik.. :)
aku suka..

sebagai permulaan, sementara aku nak memahirkan diri untuk men'deko' coklat ni..
aku mulakan dulu dengan menjual mold/mould/acuan untuk membuat coklat..
memandangkan harga pasaran yg aku dapat di Kulim adalah rendah berbanding di KL..
sharing is caring kan..
kepada pembuat homemade chocolate di luar sana yg berminat nak beli mold dengan aku..
leh la contact aku yer..
korang gi masuk kat blog baru ku itu..
aku ada letak beberapa design yang aku sendiri dah beli..
dari semasa ke semasa akan ku update lagi senarai tu..
memang banyak lagi design yang cantik-cantik..

buat masa sekarang aku belum tetapkan harga jualan coklat lagi..
sebab nya aku masih lagi mensurvey harga stok yg terbaik.. (murah laaa dan berkualiti)
tapi sekarang ni memang aku banyak fokus pada 1 kedai ni saja..
memang banyak stok coklat & mold kat kedai tu..
memang pada aku agak murah jugak..
cuma harga kotak coklat jer yg agak mahal ..
takper, nanti aku cari dan cari lagi.. :)

malam ni nak buatkan coklat untuk anak buah aku, Along..
esok malam ktorg nak balik Perlis..
so, nak bagi coklat untuk Along celebrate belated birthday dia.. :)
nanti aku update kat ShaquraChocs ya design yang bakal aku porak peranda kan.. hihi..

ok lah..
itu sahaja nak bagitau kat kawan-kawan semua..
marilah support bisnes kecil-kecilan ku ini..

p/s: rasa seronok sangat buat bisnes ni walaupun kecik-kecik.. :)



shawl baru

sajer nak share ngan korg pasal shawl baru aku.. 
cantik tak? hehehe
ini adalah gambar minggu lepas.. (dah ada dlm draft, cuma tak publish je)

actually, ini adalah selendang.. 
baru jer beli hari ahad minggu lepas kat pasar pagi bus stand Kulim..
masa tu en suami tengah beratur nak bayar saman kat balai polis Kulim..
saman aku sebenarnya.. tapi en suami rela hati nak beratur..
ramai betul manusia.. 

aku drop en suami kat situ, pastu aku gi la teruskan niat membeli tudung..
sekarang ni aku suka pakai shawl.. 
dulu pun suka, tapi dulu takde inner macam yg dijual sekarang..
inner yg ada awning.. pastu, tak labuh .. just tutup kepala sikit je.. 
nama pun inner, pastu luarnya pakai shawl kan.. :)

berkisah kepada gambar aku tu..
gambar terbaru diambil pagi ni.. 
memakai inner & shawl baru.. 
sebenarnya, hari sabtu lepas masa g lunch dgn en suami..
ada 1 family yg duduk sebelah meja ktorg.. 
sorang pompuan tu pakai tudung yg macam aku pakai ni..
tapi kaler lain laa.. 
design adalah sama..
aku pulak memang tak penah tengok lagi design tu sebelum ni.. 
terus la terberkenan.. 
dan kebetulan pulak ada jual kat pasar pagi..
terus la sambar 1.. kaler purple + biru + macam2 lagi.. :)
pagi ni test pakai.. 
cantik menarik tertarik laaa..
I Likeeee... 

harga nya adalah RM18..
masa nak beli tu, tak banyak kedai yg jual shawl ni.. 
org kedai tu bgtau, design baru..
aku mintak la kurang harga sikit.. 
org kedai tu ckp.. "akak pi tanya kat gerai depan tu, dia jual 25 tau.. ni saya jual murah ja ni"
aku pun mengiyakan jer lah.. malas la aku nak gi tanya gerai depan tu.. 




last week, sajer g usha kt pasar malam Tmn Selasih lak..
org kedai tu jual RM22.. still yg aku beli lg murah.. heheheh..

ok lah, tu jer nk citer..

Thursday, March 03, 2011

sambung cerita..

sambung cerita di entry balik Perlis 2 minggu lepas.. :)

kalau korang tengok entry yang ni..
tengok gambar tu..
en suami tengah pegang henpon..
itulah henpon baru dia..
konon-konon nya macam hadiah besday dari aku la..
tu pun cam terbeli jer.. hihihi..
sebab tak plan..
so, dengan ikhlas hati aku bayarkan lah..
sib baik lah tidak mahal riban riban..
cuma ratusan sajer..
tapi en suami suka.. puas hati dah dia kata...
Sony Ericson Xperia X8..
Android 2.1..
best.. aku pun suka gak..
tapi.. sabar jer lah dulu..
en suami tak berkeinginan lagi nak hadiah kan aku apa-apa tahun ni..
sedih... :(

tutup cerita henpon Android dia tu..
(sekarang ni dah aktif berFB dah la sejak pakai henpon baru yg ada byk function tu.. :P)

meh aku cerita pulak aktiviti kami sekeluarga di malam minggu..
petang tu, aku + en suami + kakak aku + anak sedara 2 org, keluar pegi ronda2 Kola Perlis..
hajat di hati nak beli belangkas..
(sapa2 yg tak tau rupa belangkas, sila Google yer.. :))
sekarang tengah musim.. sedap tau makan telur belangkas, buat kerabu..
dah lama tak makan.. ayah aku yg buatkan kerabu telur belangkas sebelum ni..
memang layan lah.. aku suka...
tapi, hajat tak kesampaian sebab dah habis..
lagipun kami pegi dah agak lewat..
pastu, kami terus pegi ke pasar malam Jejawi..
masih lagi dengan niat nak cari belangkas..
tapi tak der jugak..
tapi...... kami berjaya membeli udang lipan (sila Google jugak yer kalo tak kenal)

pastu, terus balik rumah..
tengok-tengok mak + adik dah mula nak berBBQ dah.. (ayah takder, kena keja lak malam tu)
aku request buat itik percik (style ayam percik yg mak selalu buat)..
pastu, mak bakar ikan kembung gak..
dan... adik aku suggest bakar jugak udang lipan yg kitorang beli tu..
ini lah hasil nyaa...

itik percik.. (sedap gilos.. pedass)


udang lipan bakar (manisssss.. )


ikan kembong bakar


aku ratah jer... no nasik.. sebab malam kan.. (jaga pemakanan.. :))
tengah kitorang sedap menjamah makanan di luar rumah..
sambil ditiup angin malam.. (memang best sangat..)
ayah pun balik.. join kitorang makan..
kiranya, 1/2 portion udang lipan dihabiskan oleh ayah..
dia mengadap mangkuk besen tu sorang2..
sambil anak sedara aku berdua tu dok mengecek kat tok ayah.. nak makan jugak..
bengang jer ayah.. kena kacau.. hahahah...

selepas selesai makan... masuk dalam rumah..
aku + kakak + mak, sambung menyimpul popia..
sebab kakak aku ada order dari kawan tempat keja nya..
Alhamdulillah.. rezeki kami.. ;)

itu jer lah cerita nya..

p/s: tak reti la nak wat penutup best best.. lantak lah.. :D

Wednesday, March 02, 2011

mengidamkah??

hari ni tengah ada keja ni.. nak diagnose report yg keluar figure salah..
tapi nak jugak luangkan sikit masa nak update sikit jer kat blog ni..

malam tadi sebelum tido..
tiba-tiba en suami bersuara..

"sekarang ni kan... abg teringat nasik lemak pulau..
  ayam goreng dan kentang sambal... "

dang....

kepada kawan-kawan ORI ku..
korang tahu la kat mana nasik lemak pulau tu..
ish ish ish.. kronik..
dah lama stay kat KL..
memang susah nak lupa apa yang kami suka habiskan duit untuk makan di sana..

bila nak turun KL ni.. huhuhu...