Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Masak Lemak Belimbing Buluh & Udang Seroi

last weekend kami yang bekerja di Kedah dapat lah cuti tambahan 1 hari..
disebabkan kami bercuti Sabtu & Ahad, jadi kami dapatlah cuti gantian di hari Isnin..
sebab Ahad tu Hari Keputeraan Sultan Kedah..
di kesempatan itu, dapatlah kami balik ke Perlis.. kampung halaman tercinta.. :)

just nak cerita kat korang yg aku, kakak & mak aku pertama kali nya nak mencuba memasak masakan seperti tajuk yang ku tulis di atas itu.. :)

ni semua sebab hari Sabtu tu pegi makan kenduri kat MATIN .. dan ini adalah salah 1 menu yang dihidangkan.. sangat sedap..

dan kebetulan pulak kat rumah mak aku memang pokok belimbing buloh sedang berbuah dengan lebat nyaa..
so, cuma perlu beli udang seroi (bahasa orang Perlis) ataupun udang kepal (kalau tak salah laa)..
maka.. jadi lah resepi ini.. sangat senang.. dan yang penting.. sedap wooo..


selain dari menu di atas.. kami jugak ada mentarang bakar, ikan terubuk bakar & ikan cencaru bakar..
tak dilupakan sambal belacan mak yang marvelessss...  :)



Monday, January 09, 2012

Al-Araby @ Tesco Extra Seberang Prai

disebabkan baca blog nisa pasal restoran arab ni lah, ku ajak en suami terjah ke sana semalam..
dah tahu portion makanan nya besar & banyak.. so, kami betul-betul laparkan perut.. baru lah pergi makan di situ..
nasib baik lah bukak restoran nya.. kalau tak bukak memang naya laaa..

the interior so nice..


keadaan ruang kerja mereka.. dapur di dalam.. tak nampak pun..


lampu yang betul-betul atas kepala kami..


happy nyer muka.. sebab bakal makan Lamb Mandy.. yahuuu...


en suami dgn Arabian Mint Tea.. :)


our dishes.. Lamb Mandy..



mula-mula ktorang nak order 1 lamb mandy & 1 lagi lamb kabsa..
tapi lamb kabsa takder sebab chef yang bakal diterbangkan khas dari Arab tak sampai lagi..
so, menu tu pun belum ada lagi lah..

lepas perut kenyang hati gembira..
kami meneruskan perjalanan..
pengembaraan ke Bukit Bendera..
nantikan entry seterus nyaa...

Wednesday, October 19, 2011

kerja dan ganjaran

hari sabtu lepas memang banyak menghabiskan masa di rumah sajer. hari ahad jugak, seharian bertapa jer di dalam rumah. sebabnya keadaan cuaca yang mendung-mendung sangat best melepak di rumah sambil berbaring-baring bermalas-malasan. :)

yang nak diceritakan hal hari sabtu. bangun dari tidur, terus mengerah tenaga membersihkan bilik tidur kami. dah lama target nak mengemas membuang habuk habuk yang bertakhta. dan juga mengubah kedudukan barang-barang di dalam nya.

aku dah plan nak ubah katil dan mengubah suai ruang untuk bersolat di dalam bilik tidur kami tu. akhirnya ini lah ruang solat yang terhasil. Alhamdulillah. lebih luas dan selesa. hanya ruang ni jer yang boleh aku nak tunjuk. lain-lain tak boleh yer. hehehehe..


selesai menyapu, menvakum dan mengemop bilik, terasa sangat best. bilik dah bersih dan kemas. so, lepas ni kena lah rajin rajin kan lagi mengubah suai bilik ye. supaya semangat nak tidor.. haha.. kalo tak kemas pun semangat jer bila sampai masa nak tidor. letak jer kepala atas bantal, terus zzzZZZZzzzz..

sebagai ganjaran kami berdua mengemas bilik dan sebahagian ruang rumah yang lain, petang nya kami ke pasar malam. membeli bahan-bahan basah untuk stok di dalam peti ais. dan ganjaran besar nya adalah KETAM. hehe..

en suami terpandang ketam. dia memang hantu ketam. oh pleaseee.. aku suka makan ketam, tapi aku sangat lah malas nak mengupas kulit nya.

teringat masa kecik-kecik dulu, ayah aku selalu beli ketam atau pun udang lipan. mak akan rebus jer. pastu, kami meratah-ratah jer ketam tu. pastu, aku cerita lah kat en suami pasal tu. tu yang en suami excited nak beli ketam. nak suruh aku rebus jer. pastu meratah. best best..

selepas direbus, ini lah ketam nya.. kami beli 5 ekor jer. tu pun dah banyak gak tu. harga nya RM28. Alhamdulillah.. puas hati dapat meratah ketam. :)


ini lah ganjaran kami mengemas rumah.. size ketam yg paling besar tu en suami punya.. :D

Thursday, October 13, 2011

masak & makan

sesuailah tajuk entry dengan tuan punya blog..
aku suka masak dan aku suka makan.. tapi bukan la makan sorang-sorang.. aku suka masak untuk en suami ku makan laa.. kalo aku sorang, takde nyer aku nak masak gedeboommm kan.. hihi..

ni nak cerita pasal dinner malam tadi..
hari tu aku ada buat cili kicap terlebih pulak.. so, aku simpan jer dalam peti ais..
mengingatkan cili kicap tu aku tercari-cari menu apa yang boleh dimakan dengan cili kicap tu..
so, tertimbul idea untuk buat Mee Sup Ayam..

balik kerja semalam, terus singgah kat 1 kedai yang jual barang-barang basah je kat Taman Selasih..
beli ayam dan juga beberapa bahan lain yang sesuai digunakan..
salah 1 sebab aku rajin jugak nak masak bila balik kerja adalah wujudnya kedai ni..
kedai ni baru jugak lah bukak, dalam 4,5 bulan yg lepas (kalo tak salah aku la)
dan aku rasa sangat bagus idea owner kedai tu bukak kedai yg macam ni.. sememangnya tiap-tiap petang ramai orang yg baru balik kerja, singgah membeli di sini..
lagipun dia bukak di shop lot yang senang nak parking kereta kat tepi jalan dan masuk membeli dalam 10 minit dah setel..
daripada pergi ke Giant / Tesco.. mesti terjebak nak membeli barang lain pulak.. tak ke membazir duit dan masa je tu.. :)

aku pulak sekarang ni memang malas nak membeli barang-barang basah ni buat stok dalam peti ais.. sebab mood memasak aku kadang-kadang je ada.. bukan nyer hari-hari..
so, aku takut rosak je barang-barang tu kalau simpan dalam peti ais lama-lama..
sebab tu aku prefer beli bila aku nak masak jer.. :)

dan inilah Mee Sup Ayam yang aku masak untuk dinner semalam.. yang penting en suami suka.. luv it.. :)


dan ada lagi 1 cerita yg aku nak share dengan korang..
sekarang ni, aku boleh dikatakan hari-hari datang ke ofis di Bukit Tengah.. dan perjalanan aku ke ofis dari rumah adalah melalui jalan kawasan kampung.. di mana ramai makcik pakcik yang menjual nasik lemak & kuih muih di tepi-tepi jalan..
dan membuatkan aku tergoda nak membeli.. hihi..
dan sekarang ni.. memang wajib setiap hari kalau aku ke Bukit Tengah, memang aku akan singgah membeli nasik lemak & kuih muih kat sorang makcik ni kat area Machang Bubuk..
nasik lemak nyer simple jer.. tapi memang aku jadi ketagih la pulak.. huhu..
menu biasa.. adalah sambal + ikan bilis + telur goreng..
sampai kadang-kadang tu kalau tak ramai orang, makcik tu nampak je kereta aku berhenti, tak sempat nak keluar kereta lagi.. dah siap dah nasik lemak yg dia dah bungkus utk aku..
kalau ramai orang pun, aku berdiri je sengih-sengih kat situ.. makcik tu terus bungkuskan kat aku.. dah jadi regular customer dah.. hihi..


aku risau jugak asyik makan nasik lemak je ni..
tapi kalau hari bekerja, aku akan makan nasik 1 kali sajer.. hanya di waktu pagi jer lah..
lunch aku mkn kuih muih yg aku dah beli pagi tu.. dan malam selalu nya masak yg light-light jer.. macam yang aku masak malam tadi.. no nasik..
nasik aku masak kat rumah kalau hari minggu jer..
ubat diet pun tetaplah di makan.. tapi exercise jer tak sempat nak konsistenkan tiap tiap hari..
macam kejap jer masa aku kat rumah malam-malam..
entah lah busy dengan apa ntah.. macam-macam hal dipikirkan..
azam aku nak konsistenkan exercise supaya badan lebih mantap bukan gemok gelebeh.. hihi.. :D

ok lah.. tu jer nak cerita..

Tuesday, August 23, 2011

Puasa Hari ke 22

dah lama sangat dah tak update menu masakan ku di hari berbuka puasa..
malasssss sangat nak update tau..
bukan sajer sajer tak mo update.. dah malasss.. takde idea nak cerita..

hari ni aku excited nak cerita..
sebab nya semalam aku berjaya buat kuih yang aku sangat suka makan..
actually, teringin sangat nak makan kuih ni masa bulan posa ni..
dah nama pun tak pegi pasar Ramadhan kan..
mcmana nak beli kuih muih..
lagipun rasanya kalau beli macam kurang sedap dan tak menepati citarasa jer..

balik kerja semalam.. mula-mula plan awalnya aku nak buat roti lenggang..
dan pada pertama kali nya aku mintak en suami belikan lauk untuk berbuka puasa..
aku just balik masak nasi jer di rumah..
angin malas nak masak lauk dah datang la sikit sikit.. :D
lagipun dah takde stok bahan basah kat dalam peti sejuk..
boleh jer nak g beli bahan basah.. tapi sebab dah memang set dalam kepala otak tak mau masak..

pastu, aku singgah kedai jual barang2 bakeri..
mencari acuan untuk membuat kuih cara..
lupa plak nak snap gambar acuan yg aku beli tu..

tapi yang aku snap adalah hasil terakhir .. :)
sempat siap sebelum berkumandang nya Azan untuk berbuka puasa..
memang tak sabar2 jer nak rasa .. ye la kan, sebab 1st time buat sendiri..

lepas Azan jer.. baca doa.. minum air masak.. dan zassss.. sebijik ke dalam mulut..
sedap nyerr.. memang seperti mana yg aku impi-impikan..



mula-mula aku rasa cam banyak nyer aku buat..
sekali tengok.. cukup-cukup jer..
en suami pun suka.. itu yg penting.. :)

menu lain, semua nya beli..
so, malas lah nak show off.. :)

Selamat Berpuasa hari ke 23 yer kawan-kawan..
hari ini nak berbuka puasa di buffet.. hopefully puas hati.. :)


Friday, August 12, 2011

Puasa Hari ke 11

bersiaran lagi dengan gambar-gambar makanan yang dimasak di rumah ku..
korang bukak posa apa semalam?
kitorang semalam agak special sikit..
idea en suami sebenarnya.. nak buat beef steak..
en suami offer diri nak masak.. sebab semalam dia ada exam..
so, ambik half day petang.. lepas exam, dia terus lah gi beli barang-barang nak masak kat Tesco..
plan awal nak beli jer daging yang dah diperap di Tesco..
tapi.. beef takder.. yang ada lamb & chicken jer..
so, aku advice dia beli jer daging mentah yang dah potong cantik tu..
balik rumah marinate lah apa yang patut.. then, settle..
takper lah walaupun marinate kejap jer.. janji ado.. hihihi..

menu aku semalam hanyalah mashed potato..
nak dimakan sekali dengan beef steak en suami..


ini lah rupa pinggan masing-masing semasa lepas hidang..
sekeping daging dan terung (egg plant) bakar..
dua-dua menu ni en suami yang sediakan.. not bad ok rasa nya.. hihi..


air pulak adalah bandung cincau..
pun disediakan oleh en suami..
memang hari-hari pun en suami yang ambik kontrak sediakan air..
so, aku ikut taste dia jer.. :)


full set of our meals.. :D
cuma lupa nak letak garfu & pisau jer.. heheh..


dan sekali lagi tak makan nasik jugak la semalam..
walaupun di waktu sahur..
aku bangun makan mashed potato yg ada lebihan sikit..
dan kejut en suami minum air jer..
ngantuk sangat dia sampai takmo bangun sahur..

ok lah.. tu jer nak story mory..

Selamat Berpuasa hari ke 12 yer kawan-kawan..

hari ni tak tau lagi menu apa.. mungkin tomyam kot..
esok berbuka di Perlis.. yahooo!!

Thursday, August 11, 2011

Puasa Hari ke 10

hi korang..
semalam masak aper??
heheh.. gediks nyer soklan.. sajer la nk show off tu.. :P

just nak update sket jer apa yg aku masak semalam..
sebelum tu nak cerita..
semalam aku gi ofis di Bayan Lepas..
so, kemungkinan sampai rumah lambat sikit adalah biasa..
ye lah.. jauh sket.. kalo kat Bukit Tengah tu, 1/2 jam leh sampai rumah. :)
jadi nya pagi-pagi dah pesan kat en suami suruh keluarkan ikan yg kat tempat beku tu..
letak kat atas.. dgn harapan by the time aku nak masak petang tu ikan dah lembut sket.. takde lah susah nak melembutkan..
balik jer terus tgk dalam peti ais tempat biasa, tengok-tengok takder pun ikan ku itu..
rupa-rupanya my luvly en suami lupa laa..
so, keras macam batu lah ikan aku tu..
kena lah rendam dalam air dulu.. kasi lembut.. :)

sambil tunggu ikan lembut.. dan en suami basuh pinggan mangkuk.. aku potong peria..
nipis-nipis.. rendam dalam air garam..
utk hilangkan rasa pahitnya..
aku suka makan peria.. tapi tak suka part pahit dia tu.. hihi..

akhirnya selepas dah kelentung kelentang di dapur.. dapat lah menghasilkan 2 menu..

Ikan NyokNyok Masak Cuka


dan Peria Goreng Telur


aku tak tau lah apa nama betul ikan nyoknyok tu.. aku beli pun yang dah dipotong-potong..
kalo terbentang sekor ikan tu.. aku tak kenal lah nama ikan tu nyoknyok..

ini adalah kali kedua buat masak cuka.. sebelum ni pernah buat.. tapi kurang menjadi..
en suami sangat suka makan masak cuka ni..
hasil kali kedua ni adalah sangat memberansangkan.. walaupun dimasak di bulan puasa..
rasa nya marveles.. hihihi..
peria goreng tu pun sedap.. i like..

puji diri sendiri la pulak kan.. :P

ok lah.. tu jer nak cerita (padahal dah panjang berjela..)

Selamat Berpuasa Hari ke-11 buat semua... luv u olss.. :)


Wednesday, August 10, 2011

Puasa Hari ke 8 & 9

jangan marah eh.. siang-siang hari puasa ni aku buat entry gambar makanan..
tapi takder lah marveles pun gambar makanan aku ni..
lain lah kalo buka puasa kat hotel ker.. mesti meleleh jer tengok gambar makanan.. hihi..

nak cerita kat korang.. apa yang aku masak untuk puasa hari ke 8 dan ke 9..
Alhamdulillah, masih bertahan ke hari ke 9 tanpa ke bazar Ramadhan..
dan kurang pembaziran yang dilakukan..

buka puasa hari ke 8.. aku masak simple sangat..
1 jenis jer.. Lasagna..
tapi....... full of cheese.. full of daging.. full of cendawan.. hahahah..
puas hati..


nasib baik lah aku masak Lasagna ni agak banyak laa..
boleh makan berulang-ulang..
nak dijadikan cerita.. malam tu perut aku kurang sihat..
lepas maghrib.. mintak en suami sapukan minyak panas..
pastu, aku baring-baring kejap nak hilangkan rasa tak best tu..
baring punya baring.. aku tertidor terus.. dah memang kat atas katil dah.. lagi la heaven..
sedar-sedar en suami dah tutup lampu bilik.. tapi dia tak tidur lagi.. dok menonton tv lagi di bawah..
aku pun.. terus lah sambung tidur.. sampai lah ke waktu sahur..
sebab aku pikir Lasagna masih banyak.. so, tak payah nak masak..
just panaskan jer..
jadinya, seharian tu kitorang hanyalah memakan Lasagna semata-mata.. ditemani oleh buah kurma. :)
Alhamdulillah, mampu bertahan puasa dengan baik sekali..
tapi en suami ada complain jugak semalam, dia kata pedih perut..
hihi.. sorry yer abg, i penat sangat nak masak yg lain utk sahur.. :D

buka puasa hari ke 9..
aku masak gulai daging jer.. :)
tengah sedap-sedap masak.. daging dah empuk..
pastu, masukkan santan & kentang..
tiba-tiba api dapur padam.. masa tu en suami pulak tengah goreng roti canai segera..
alamak!! kalut la we ols..
terus lah en suami call kedai gas, mintak hantar dengan segera.. :D

nasib baik lah ada dapur penyelamat..
memang kitorang selalu standby kan tiub gas nya..
sebab pernah sekali berlaku kecemasan begini jugak. huhu..
sempat lah gulai daging ku masak dengan elok sementara menanti tong gas dihantar..


lepas dah dapat tong gas baru, aku terus sambung goreng roti canai..
en suami sediakan air.. tuang dalam jug je pun..
dia dah beli air tebu.. 1st time dalam bulan puasa ni kami minum air tebu..
tu pun dia singgah beli kat tepi jalan jer..
tak kuasa la nak meredah masuk bazar Ramadhan semata-mata nak beli air tebu jer..


by the time azan berkumandang.. aku ada lagi 1 keping roti canai yg sedang digoreng..
kalo tak disebabkan kejadian gas habis, memang sempat jer siap semua sebelum berbuka..
nasib baik lah masak yang simple jer kan.. takde lah kecoh sangat .. hihihi..

itu jer yang nak story kat korang..
apa menu untuk hari ni pulak yer?

Selamat berpuasa hari ke 10 buat semua... :)

Monday, August 08, 2011

Puasa Hari ke 4,5,6,7 .. gabung je lah sekali

entry pemalas namanya ni..
sebab tak sempat nak update hari-hari..
so, kita combine jer lah..

hari ke-4.. aku masak Ikan Siakap Stim dan nasi putih jer..
memang kami amalkan begitu sahaja..
masak 1 jenis je.. biar tak cukup, jangan tak habis. :)

gambar, aku lupa sangat nak snap..
sebabnya, bila azan jer terus berbuka..
bila ikan dah tertobek baru teringat.. alaaa!! tak ambik gambar lagi..
so, dah tak cantik.. dan dah malas nak bangun ambik camera/hp..
belasah jer lah.. buat je lah entry tanpa gambar..
korang bayangkan jer lah. hihihi...

hari ke-5, aku cuti masak memasak..
sebabnya en suami ku ada majlis berbuka puasa di ofis nya..
so, dengan senang hati.. aku pegi je drive-thru kat mcD kat depan rumah ku itu..
habis cerita..
siap tapau GCB utk en suami ku jugak.. hihi..

hari ke-6.. aku masak Ikan Bawal Sweet Sour + Kailan Ikan Masin..
tak dilupakan Air Sirap Bandung Soda..


tengok dalam gambar tu, memang tak nampak rupa Ikan Bawal Sweet Sour tu sebab banyak sangat bahan-bahan di atas nyaa.. hihi..
paling marveles.. air bandung soda tu lah..
aku asyik minum dan minum sampai sengkak.. hihi..
walaupun duduk rumah jer, tapi aku sangat lah dahaga di hari puasa ke 6 ni.. sebab banyak buat kerja rumah sambil berjalan ke hulu ke hilir..
dan juga cuaca di luar sangatlah panas..
dugaan dari Allah... :)

buka puasa hari ke-7 pula.. iaitu semalam..
pikir punya pikir nak masak apa..
tanya en suami.. dia suruh buat lasagna.. katanya bosan makan nasik..
tapi aku cakap nak buat Nasi Ayam..
sajer nak try cara baru buat ayam tu.. bakar dalam oven lepas rebus..
selalu nya aku buat style Hainan.. kali ni sajer nak tukar sikit.. :)

ni aku show off gambar ayam & nasi jer eh..
sayur-sayuran takde sebab malas nak keluar g beli..
lagipun en suami ku bukan nyer nak makan sangat sayur-sayuran..



itu jer lah aku nak cerita..
terliur lak tengok gambar makanan di hari puasa ni.. hihihi..

planning menu hari ni adalah Lasagna.. dan ingat nak try buat bubur lambuk la jugak..
tunggu update esok-esok pulak yer.. jadi ke tak menu aku ni.. hehehe..

Selamat berpuasa hari ke 8 buat semua... :)

Wednesday, June 01, 2011

dinner for 8th years wedding anniversary ;; :D

hari isnin malam, family mertua datang tidor di rumah..
plan mengejut dari abah mertua ku..
tiba-tiba jer pagi semalam call en suami aku cakap on d way datang Kulim..
wah!! plan memang mengejut..
aku pulak hari isnin tu sakit kepala dari kat ofis lagi..
pukul 2 ptg isnin tu aku inform kat boss aku, nak balik awal sikit..
then, boss aku cakap, "go now la, take some rest"..
wah!! thank you boss..
terus aku zass balik.. drive slow slow dan rasa tak sabar jugak nak sampai rumah.. nak tidor..
Alhamdulillah, selamat sampai rumah..
aku tido sampai lah ke petang.. bangun tu still lagi sakit kepala
cuaca panas agaknya.. tambahan pulak lately agak busy dengan kerja kerja di rumah..
tido pun tak berapa nak cukup..

en suami balik rumah, kitorang keluar pegi beli lauk-lauk untuk dinner malam tu..
takut lak family mertua lambat sampai.. abih pulak gulai kepala ikan kat kedai tu..
baik ktorang beli siap siap.. tinggal masak nasik je kat rumah..

family mertua tido kat rumah ktorang 1 malam jer.. then, semalam diorang pegi Alor Star..
tido sana pulak 1 malam.. hari ni diorang balik Pahang semula..
sangat rajin ok mereka datang berjalan-jalan.. huhu..


petang semalam tepat pukul 5 petang, aku keluar dari ofis..
memang kerja pulak tak banyak..
terus la nak balik..
dah la aku mengantuk yang amat sangat... kena ceri beri pulak..
rasa nya sebab aku minum susu coklat banyak sangat laa.. 
sampai rumah agak awal jugak, dalam kol 6.10 ptg..
sambung lagi ceri beri.. hahahahha.. (jgn terbayang-bayang pulak.. :P)

lepak-lepak sat.. en suami balik..
tanya nak keluar makan tak..
aku macam takde selera nak makan pun..
sebab perut dok memulas jer..
last last tak keluar pun..
en suami pulak nak offer nak masak.. 
apa yang dia masak??
ni haa ----->>>>>>



masa en suami serve nak makan..
then, aku cakap.. "ni lah dinner anniversary kita eh??"
terus en suami aku.. "a'ah kan!!"
boleh pulak macam masing masing baru tersedar diri..
anniversary dinner kita makan maggi.. hahahahah..
so romantic la kan... hahahha.. kelakar OK..

then, en suami bagi alasan.. "ye la, nak ajak ayg keluar jauh jauh pun ayg ada keja nak buat"
memang betul pun, aku memang tengah banyak kerja..
nak menyiapkan order coklat.. :D
dan juga order popia.. :D
Alhamdulillah, rezeki..
nak mengumpul duit untuk memenuhi tuntutan wish list.. :D
semoga aku diberi kesihatan yang baik dan dapat terus boleh melakukan kerja kerja dengan baik..
InsyaAllah..


p/s: pagi tadi aku breakfast roti canai, lama sangat dah tak makan.. memang dah sampai tahap teringin.. lama pun dalam 2 minggu lebih kot.. hahahahha... 


Thursday, April 21, 2011

Nasi Kandar Beratur

sambungan episod The Northam..

dinner kami malam tu.. 
lepas selesai solat Isyak.. 
lebih kurang hampir pukul 10 malam..
baru lah hegeh hegeh nak keluar bilik..
mencari makan.. :D

salah satu tujuan overnight kat Penang Island ni adalah..
nak mencuba gi makan kat Nasi Kandar Beratur.. 
sebabnya kedai yang original tu bukak pukul 10 malam..
sebelum pukul 10 malam yang bukan original.. heheh..
kurang kick laa..

kami pusing pusing cari dengan sendiri..
tanpa bantuan GPS..
sebab, aku tertinggal henpon aku kat bilik..
henpon en suami pulak bateri dah nyawa-nyawa ikan..
adesss..
tapi.. nasib baik la jumpa.. :D
berbekalkan ilmu jalan yang en suami ada tu.. hihi


dah panjang q ni..



memasing mulut ikan.. sebab dah lapar.. lama nyer beratur..

aku punyer

en suami punyer

minum dulu

makan.. habis diet aku.. (excuse.. mlm ni jer.. :D)

pada aku, nasik kandar nya rasa biasa jer..
mungkin aku bukan lah penggemar tegar nasik kandar kot..
so, tak tau nak rasa.. hhihihi..
tapi takper.. at least kami dah merasa Nasi Kandar Beratur..
lama tu kami beratur.. hampir 1 jam..
bila sampai turn makan.. kejap jer.. hihi..

kalo korang pegi, memang korang akan tengok tempat duduk nya tak banyak pun..
mesti pikir.. ada ke tempat aku nak duduk jap g?
tapi percaya lah.. bila sampai turn korang nak duduk memang akan ada tempat..
sebab?? beratur lama sangat..
orang yg awal-awal tu dah blah dah.. baru lah sampai turn ko.. haha
memang bukan tempat ko nak melepak lama2 la..
sudah makan.. balik laaa.. apa lagi..

lepas makan.. kami balik hotel jap..
nak ambik henpon aku..
pastu, kami p feringgi..
masa tu dah kol 12 tgh malam..
ingat night market dia baru buka..
sekali.. dah nak tutup..
kol 12.30 dah nak tutup..
baru lah kami tahu yg night market bukak kol 7 mlm - 12.30 mlm..
hmmmm...
ada 1 kedai yg bukak..
en suami beli seluar pendek.. sebab lupa bawak..
esok pagi nak mandi swimming pool.. :D

dah beli.. balik laaa.. apa lagi.. haha

balik hotel.. mata dah berat..


Friday, March 11, 2011

late lunch / early dinner

ini kisah hari sabtu lepas...
kami takde keluar gi jalan2 ke mana pun... 
dok rumah jer.. 
lagipun aku dok menyimpul popia.. en suami lak study..
sebab ahad tu dia ada mid term exam..

pagi2 sabtu, aku buat cucur oats for breakfast.. 

kenyang kami makan cucur oats sampai lah tengahari.. sampai hampir petang.. 
lepas jer solat asar, kami keluar jalan jalan carik makan..
tak gi jauh pun... kat Kulim jugak laaa
restoran yg dipilih adalah Restoran Cuba Rasa..



aku suka datang sini sebab tempat dia open.. dan best melepak relaxkan badan..
jadi nya, kami order agak banyak laa.. hihihi..
untuk cover lunch & dinner..
sekaligus jer.. senang cerita... :)

kami order kerapu kukus..
ikan kat sini masih hidup-hidup laa
bila order baru diorg tangkap & masak..
actually, aku nak makan ikan sembilang..
tapi takder pulak hari tu.. kerapu je yg ada..
kerapu pun kerapu lah..

ikan kerapu yg bakal kami makan sedang ditangkap.. 
mencabar jugak la diorg nak tangkap tu..


isi udang lipan goreng gajus


tomyam campur.. best.. kuah nya cam pekat-pekat sikit..


kerapu stim halia.. 


selesai makan.. terus je balik rumah...
en suami nak sambung study..
aku lak nak sambung keja menyimpul popia.. :)

p/s: perasaan sedikit down ketika ini.. tapi nak happy kan hati dengan update blog.. :)