Showing posts with label kulim. Show all posts
Showing posts with label kulim. Show all posts

Tuesday, April 09, 2013

entry lama yg lupa nak publish

***ini adalah entry sebulan yg lepas.. dah taip banyak2 dalam entry, pastu save as draft.. pastu terlupa terus nk publish***

terpanggil untuk merajinkan diri meng'update' blog.. ;)

cuma nak cerita sikit-sikit berkenaan aktiviti kami sekeluarga dan perkembangan Sadiq..
sikit-sikit jer tau.. tak boleh banyak-banyak.. nanti macam-macam spekulasi pulakk..
heheheh

hari ni Sadiq dah masuk hari ke-6 berada di nursery..
petang semalam masa ambik Sadiq, sempat lah mama bertanya kat teacher dia mcmana keadaan Sadiq sekarang..
Alhamdulillah.. jawapan teacher dia sungguh memuaskan hati mama..
Sadiq dah ok skrg.. takde lagi nak nangis-nangis masa macam baru hantar minggu lepas..
dah nak main dengan budak-budak lain..
dan report dari teacher dia lagi, kalau lambat suap makan, nanti Sadiq marah..
wah wah wah!! hebat anak mama.. bab makan memang tak boleh lambat.. ;)
lega betul bila dengar macam tu.. takde lah risau-risau lagi tinggalkan Sadiq kat nursery..
good job teacher di Taska Comey ku Ceria.. berjaya meredakan emosi Sadiq.. Alhamdulillah..

sekarang masuk cerita masa weekend yang lepas pulak..
tak balik kampung..
stay di rumah Kulim jer..
dan ini lah peluang nak kemas-kemas rumah..
aku dah rasa rimas...
nak kemas hari kerja.. mcm dah malas & tak larat..
weekend pulak asyik balik kampung jer masa Sadiq kat Perlis.. 
so, minggu ni lah peluang terbaik.. tapi kerja kemas mengemas ni adalah kerja encik suami..
kerja aku adalah membasuh baju (masukkan baju dalam washing machine, tunggu sampai siap)..
lepas tu, encik suami jugak yang menyidainya.. hihi..
pastu, masakkan makanan utk Sadiq..
dan breakfast mama & papa disediakan oleh papa jugakk..
macam banyak jer kerja-kerja yang encik suami buat kan.. terima kasih my dear luvly hubby.. muahhhh sikittt... ;)

breakfast utk Sadiq, bihun sup + sayur + telur... he likee...


jalan-jalan kat Aeon Perda..


sesi menjual peti ais (nanti buat entry lain lah pasal peti ais ni.. tu pun kalo rajin)


mee suah sup.. utk Sadiq jugak.. he like jugak..

1st time bawak Sadiq naik feri nak pi Penang.. nak pi Gurney Plaza sebab papa nak pi MPH..






kat MPH, tengok la tu Sadiq menyambar buku Javascript... awak tak payah la nak jadi programmer mcm papa & mama ok.. awak jadi doktor ke, engineer ke, pilot ke.. ;)




itu jer lah cerita hari minggu kami... see u on next next next entry..

Tuesday, October 23, 2012

Sadiq yang dah 9 bulan..

pada 17/10/2012.. sadiq berusia 9 bulan..
kejap je rasanya masa berlalu..
dah 9 bulan kami bersama-sama membesarkan sadiq..

Alhamdulillah sadiq jenis yang mudah dijaga..
9 bulan yg dulu ramai yg berkata.. "welcome to berjaga malam world"..
tapi Alhamdulillah.. sadiq tak menguji mama & papa terlalu hebat dengan berjaga sepanjang malam.. semoga terus begitu ye sadiq..
malam adalah masa untuk kita tidur dan berehat..
siang hari kita boleh bermain lagi.. :)

perkembangan sadiq sekarang..
- dah pandai menyusur cara komando..
- sambil menyusur, sambil mengangkat badan & bontot cara nak merangkak.. tapi masih belum berani nak mengorak langkah untuk  merangkak..
- kegemaran kepada henpon mama & remote astro.. kalau nampak 2 benda ni laju je dia menyusur..
- naik walker memang tak dinafikan lagi lah.. laju je pegi ke mana-mana yg dia nak.. especially, pintu menuju ke dapur.. sebab kat dapur ada peti ais yg ada mcm2 fridge magnet.. kalau  kita berjalan ke dapur, laju lah dia mengekor..
- pandai duduk dalam rocker dia diam-diam bila nak makan..
- bila dah kenyang, tak mau makan.. dia akan sembur air liur @ makanan yg ada dlm mulut.. not good la sadiq mcm tu..
- susah nak bagi minum susu kalau dia tak tidur lena.. sebab dia akan menolak pada percubaan pertama, kedua, ketiga.. dan akhirnya dia akan minum jugak sehingga habis 5 @ 6 oz susu..
- kalau nak keluar ke mana-mana, kami akan siapkan sadiq terlebih dahulu.. dan letakkan dia meniarap di lantai.. atau pun letak dia dlm baby cot sementara kami bersiap.. bila dia tgk je mama pakai tudung, terus dia akan menjerit-jerit supaya ambik dia.. takut kena tinggal la tu.. huhu..
- pagi-pagi bila hantar sadiq ke rumah pengasuh, kami akan babai dia.. tapi dia buat muka toya jerr. langsung tak mau pandang.. tapi bila petang, masa pegi ambik dia.. kalau dia tengah menyusu.. dgr jer kami bagi salam.. terus berenti minum susu.. dan berusaha nak datang ke pintu bila nampak muka kami.. he so excited nak balik rumah la tu.. (tu yg mama rindu nak ambik sadiq petang2 tu.. muka dia sgt lah ceriaaa )
- tak pandai lagi duduk sendiri.. berdiri sendiri pun tak pandai lagi.. 
- pasal makan pulak, sejak dah gigi 2 batang kat bawah mula tumbuh ni.. mama cuba nk bagi bubur nasik yg tak blend.. tapi, sadiq mkn dgn lah sgt lambat.. dan kadang2 2,3 sudu jer dh tak mau mkn.. then, bila blender halus.. laju je dia mkn.. rupa nya ini budak malas nk kunyah.. nk terus telan..
-  dah makan ikan, ayam, daging, tofu lembut, dan beberapa jenis sayur-sayuran... sadiq ni makan mmg tak cerewet.. cuma dia tak mau yg dia kena kunyah... so, kena lah mama mengusung blender kalau balik kampung..

tu jer lah serba sedikit yang mama teringat.. kalau ada lagi nanti mama update.. hehehhe

meh layan beberapa keping gambar sadiq yang comell ni.. geram nye mama kat awak ni.. miss u sayang...


sadiq kat dalam baby chair.. masa ni mama & papa dinner kat Restoran Qasar Hadramawt, Perda

dalam kereta petang semalam.. mama gi ambik sadiq sorg2 sbb papa bawak keta lagi satu gi buat alignment tayar.. car seat sadiq dlm kereta papa.. nasib baik lah rumah pengasuh dgn rumah mama dkt jer.. berani la mama bawak sadiq mcm ni..

berlagak macam budak besar.. relax je dia.. gerammssss...

Friday, October 12, 2012

si biru ku disondol..

semalam adalah hari kami kena bawak Sadiq ke hospital untuk follow up check up for premature..
walaupun perkembangan Sadiq agak OK, check up still kena pegi jugak sebab pihak hospital nak pantau perkembangan dia sampai lah diorg puas hati..
tapi mengikut kata doktor, check up ni akan berlanjutan sehinggalah Sadiq masuk sekolah.. :)
takper Sadiq, Mama & Papa akan ikut apa yang doktor sarankan..

appointment adalah pukul 8.15 pagi..
mengikut planning awal, Papa yang akan pergi sorang-sorang bawak Sadiq ke hospital..
Papa dah ambik 1/2 day leave.. Mama tak sebab Mama kan baru kerja.. so, cuti nak save untuk nak balik raya haji ke Jengka nanti..
tapi, Mama cuba-cuba jugak bertanya kat senior Mama.. boleh ke nak masuk kerja lambat sikit..
Alhamdulillah, senior Mama cakap ok jer.. lagipun sekarang ni belum ada kerja lagi..
masih lagi on job training tak habis-habis.. pengurusan kurang bagus di situ.. tak efisyen..
padahal Mama dah  masuk kerja 1 bulan lebih dah.. masih lagi training tak habis-habis..
hmmmm.. bosan ok..

ok.. lupakan pasal hal kerja Mama..
nak cerita apa yg berlaku semalam jer..

kami keluar rumah dengan 2 bijik kereta..
Mama bawak kereta biru, Papa bawak kereta putih bersama-sama dengan Sadiq..
kereta Papa kat depan, kereta Mama kat belakang masa berhenti kat trafik light simpang kg keladi..
tiba-tiba jer... berdentum kereta Mama kat belakang..
bila Mama tengok belakang, kereta Mama kena langgar dengan motorsikal.. yang ditunggang oleh seorang India (A)..
Mama bukak tingkap, pastu India tu cakap.. "it's ok kak.. it's ok.. "
pastu, ada seorang penunggang motor lain (B) bagitau.. "kak, teruk dia langgar ni kak.. baik turun tengok"..
yang masa tu si A dah cuba nak lari.. dgn cepat si B cabut kunci motor dia..
so, si A memang tak boleh nak gi mana2 masa tu..
Mama terus high  beam Papa kat depan.. nasib baik lah Papa perasan.. terus kami signal dan berhenti ke tepi..
masa tu si A motor nya dah mati.. dia start start tak mau hidup..
pastu, Papa turun kereta baru lah Mama bagitau yang kereta kena langgar.. dan tunjuk ke arah si A yg langgar tu..
si A tu, terus tolak motor datang ke tempat kami berhenti..
aku tak tau lah apa bangsa si A ni.. sepatah haram apa yg kami cakap dan apa yg dia cakap pun aku tak paham
aku cakap melayu pun dia tak paham.. aku cakap english pun dia tak paham..
takde pulak org India yg berhenti kat situ masa tu.. so, tak boleh nak tolong cakap dengan dia
ktorg syak dia ni pendatang haram.. entah motor sapa dia nak pun tak tau laa..
bila aku cakap, nak pegi balai polis.. dia cakap.. "no police.. no police.. ".. pastu, asyik cakap.. "cool down.. cool down.."
pastu, aku mintak duit.. dia keluarkan RM1 jer dari kocek dia..
memang susah betul communication nya..
aduhaii.. at last, ktorg ambik jer nombor plat motor dia..
pastu, biar jer lah dia pergi..
aku rasa dia tak pandai nak handle motor atau pun motor dia takde brek..
sebab bila nampak masa dia nak pergi tu.. terkangkang jer bawak motor..

tapi apa nak buat.. memang dah bukan rezeki kami kot..
kena lah baiki kereta sendiri..

rosak nya kat bumper belakang.. terkoyak..



lepas tu, kami terus lah pegi ke hospital..
nak selesaikan appointment Sadiq dulu..
nasib baik lah tak lama sangat kat hospital...
pukul 9.30 aku dah sampai ke ofis dengan membawa kereta putih, sementara Papa bawak kereta biru dan hantar Sadiq ke rumah pengasuh..
Papa terus ke bengkel mengetuk & mengecat nak tanya anggaran kos nak baiki..
orang kat bengkel bagitau anggaran dalam RM280 sekali dengan cat..
Alhamdulillah.. tak lah tinggi sangat kos nya.. kalau banyak sangat.. kami terpaksa jugak lah pegi buat report dan claim insurans..
tapi sebab tak banyak, tak payah lah nk claim insurans..
tapi aku rasa nak pegi jugak lah balai polis buat report pasal si A tu.. sebab aku rasa dia memang pendatang haram yang tak ada sebarang pengenalan diri.. motor tu pun tak tau lah motor siapa..

p/s: ujian dari Allah SWT kepada kita

Friday, December 16, 2011

Kebun Kami

cewah!! kebun konon.. hahahah
ko ingat ko kaya benor nyer nak ada kebun dusun bagai.. hihi..

just nak show off kat korang ni..
tanam-tanaman yang ktorang tanam di tepi dan belakang rumah..
ada entry yang dulu-dulu aku ada letak masa kitorang baru tanam jer..
kalo korang nak tengok, pandai-pandai usha entry lama-lama yerr...
aku malas.. :P

gambar ni aku ambik pagi semalam.. sebelum pegi keja..
dah lama nak story pasal ni.. tapi biasa laa.. aku kan malas.. hahahah..

ni ha... pokok pisang yang kami tanam..
hampir 2 tahun lah.. baru lah membuahkan hasil...
asyik beranak jer pokok pisang ni.. berbuah nyer tidak..
lama betul kami tunggu..
daun nya memang bercambah-cambah..
penat lah en suami kena buang daunnya.. (dh memang keja dia pun kan.. )
akhirnya.. keluar jugak lah buahnya...
tak sabar lah nak tunggu buah nyer besar.. pastu, leh lah en suami tebang.. :)



benih pokok pisang ni ambik kat rumah ayah aku..
so, tak ingatlah jenis pisang apakah ini..
tunggu lah dia dah masak nanti.. baru lah tahu kot.. :)

lagi satu nak show off ni...
rimbunan pokok pandan..
sangat subur ok!!
mak aku sampai jeles lah tengok pokok pandan aku ni berdaun sgt panjang dan besar2 gitu..
ikut baka tuan nyer la ni.. hihihihi...


bayangkan lah.. aku buat kuih cara.. ambik 10 keping daun pandan ni..
memang tak payah pakai pewarna hijau lagi dah..
warna nya memang dah hijau cantik dah..
original gitu... :)

ada lagi la beberapa jenis pokok yg kitorang tanam lagi..
serai, daun kari, limau purut.. tapi malas nak show off sebab kenit kenit je pokok nya..
kecuali serai lah.. sebab 1 rumpun dah habis kami guna..
en suami dah tanam lagi beberapa rumpun..
tunggu lah nanti dah besar.. aku tunjuk eh..

ok lah.. tu jer nak tunjuk kat korang.. tata..

Friday, March 11, 2011

late lunch / early dinner

ini kisah hari sabtu lepas...
kami takde keluar gi jalan2 ke mana pun... 
dok rumah jer.. 
lagipun aku dok menyimpul popia.. en suami lak study..
sebab ahad tu dia ada mid term exam..

pagi2 sabtu, aku buat cucur oats for breakfast.. 

kenyang kami makan cucur oats sampai lah tengahari.. sampai hampir petang.. 
lepas jer solat asar, kami keluar jalan jalan carik makan..
tak gi jauh pun... kat Kulim jugak laaa
restoran yg dipilih adalah Restoran Cuba Rasa..



aku suka datang sini sebab tempat dia open.. dan best melepak relaxkan badan..
jadi nya, kami order agak banyak laa.. hihihi..
untuk cover lunch & dinner..
sekaligus jer.. senang cerita... :)

kami order kerapu kukus..
ikan kat sini masih hidup-hidup laa
bila order baru diorg tangkap & masak..
actually, aku nak makan ikan sembilang..
tapi takder pulak hari tu.. kerapu je yg ada..
kerapu pun kerapu lah..

ikan kerapu yg bakal kami makan sedang ditangkap.. 
mencabar jugak la diorg nak tangkap tu..


isi udang lipan goreng gajus


tomyam campur.. best.. kuah nya cam pekat-pekat sikit..


kerapu stim halia.. 


selesai makan.. terus je balik rumah...
en suami nak sambung study..
aku lak nak sambung keja menyimpul popia.. :)

p/s: perasaan sedikit down ketika ini.. tapi nak happy kan hati dengan update blog.. :)


Friday, January 14, 2011

makan2 minum2 petang Ahad

cerita ahad lepas..

banyak jugak agenda nya.. tapi aku nak cerita part makan petang ni jer.. hihi
ada cerita sebelum makan petang tu, tapi nanti lah kalo berkerajinan aku karangkan..
panjangggggg cerita nyaa... :D))

masa ni ktorang rasa cam lapar2 laa.. dah petang kan..
kena lah penuhkan aktiviti weekend dengan full cycle of meal.. hihihi..
en suami ajak g makan pasembor..
dekat jer... kat kulim gak..
berdepan dengan Lembah Impiana (rashid, aku dok usha2 hg, tak kelih pun.. :D)

gerai tenggek tepi jalan jer..
aku penah makan sekali jer kat sini..
so, ni kali ke2 laa..

aku pekena Mee Rebus Special..
sedap siutttt..  i loikeee..
siap ada ketam sekor kat tengah2 pinggan..


ketam tu, en suami la tolong kopek..
sambil dia makan.. dan aku pun diberi makan jugak isi ketam..
serius.. aku malas kopek ketam... :P

en suami lak order Mee Goreng..
sedap jugak.. seperti yg diinginkan..
mee goreng + cucur.. marveles wehh.. :D


air pulak, ktorg dua2 order teh ais..
perghhh.. memang mantop lah teh ais nya..
terasa kepekatan teh dan yg penting kurang manis..
memang aku suka macam tu... lazat lazat...

lupa lak aku nak snap gmbr toke gerai..
nanti lah bila2 aku gi, aku curik2 ambik gambar dia eh..

Wednesday, December 15, 2010

menu hari ahad

Tarikh kejadian - 12/12/2010

cerita hari ahad lepas..
seharian memang duduk kat DALAM rumah jer..
nampak tak aku highlight kan dalam tu..
sebabnyer kitorg memang tak keluar rumah langsung.. even kat tmpt parking keta.. huhu..
dasat ok.. hihi..

en suami nak spend masa utk study..
aku lak, basuh baju.. dan masak..
kemas rumah sikit2 jer.. malas ok nk mengemas.. :P

utk breakfast, aku reheat mozza burger & coney dogs yg dibeli di A&W malam sblum tu..
order byk sgt.. burger nyer tak larat nk mkn dh.. hihi..
save time aku, tak payah masak for breakfast..

menu tengahari adalah...
taraaaa....

1 ekor ayam yg dilumur dengan bahan kisar (bwg besar, bwg putih, garam, gula, rosemary, olive oil)
perap selama lebih kurang 2 jam..
bakar dalam oven selama 1 jam.. 
kulit nya terhitam kerana, aku letak api atas jer selama 20 minit.. (sepatutnya 10 minit pun dah cukup)
tapi daging nyer masak dengan elok sekali.. 
aku bakar 20 minit api bawah, 20 minit api atas, 20 minit api bawah.. cukup lah 1 jam.. :)
pastu, letak la kentang kecik2 sekali.. bawang malas nk letak.. sebab nanti xde org makan pun.. 


jadi, itu lah lunch kami.. meratah ayam jer.. sorang 1/2 ekor.. no nasik .. :)

petang membawa ke hampir malam, aku wat pulak cream puff..



nak kata tak jadi, jadi kot.. cuma nyer, aku guna nozzle bunga ros utk icing.. hahaha..
takder nozzle lain yg sesuai, hentam sajer lah..
hasil nya, terketar2 jugak la tangan aku memicit puff ni..
lubang nozzle agak kecik.. nanti nk g kedai kek, nak beli nozzle baru.. :)

custard pulak, jadi... tapi berketul2.. naper eh??
kena more practice ni..

walaupun macam kurang menjadi, rasa nyer sedap..
habih jugak kami bedal.. hehehe..

Friday, November 05, 2010

aku suka makan sotong

korang suka tak makan sotong?

sotong ni macam2 jenis kan ada.. dan macam2 jenis sotong itu jugak aku suka..
sotong kembang tu pun aku suka.. tambah2 kalo buat sambal..
sotong kering pun suka jugak.. ayah aku selalu bakar.. makan ratah2 sambil tengok tv.. best..

hari ni nak cerita aku masak sotong.. beli masa g pasar malam ari tu.. simpan dalam peti beku sampai beku la sotong tu..
keluarkan dari peti beku dan rendam dalam air.. supaya proses nyahbeku lebih cepat..
air yang direndam tu kena lah selalu tukar.. sebab air akan bertukar menjadi sejuk..
dan proses nyahbeku menjadi bertambah lambat.. (ini adalah teori aku sendiri.. hihi)

aku sebenarnya malas kalo nak masak sotong.. sebab nya adalah..
sotong putih yang dibeli di pasar malam semestinya lah belum diproses..
nak membersih sotong adalah leceh..
kena cabut kepala dari badan..
cabut tulang belakang sotong..
buang gigi sotong (kt celah2 janggut sotong ada 1 benda yg keras2 sket tu.. aku panggil gigi sotong)
buang benda hitam..

kan ker byk keja tu? tapi makan sotong adalah best...
aku sgt suka.. tambah2 lagi kalo org lain yg proses dan aku just masak jer..
tambah lagi best kalo orang masak, aku makan jer.. hihihi..

hari ni aku masak Sotong Goreng Kari.. resepi dari blog Cik Mat Gebu..


presentation Cik Mat Gebu lagi menarik.. aku nyer takder hiasan pun.. tapi rasa nya sedap.. i likeee..

korang cuba la buat.. makan dgn nasik panas2.. letak kicap sket kat nasik.. bertambah2 best.. lagi best, kalo ada sambal belacan.. hi hi..

so, hari ni kami selamat menyempurnakan lunch pada pukul 3 petang..
selain Sotong Goreng Kari, aku menggoreng ayam jugak.. hehehe.. 2 jer lauk nyer.. sambal belacan takder, sebab aku dah malas nak buat.. boleh?? hihi

Alhamdulillah.. kenyang sudah...

Tuesday, October 26, 2010

cerita gula dan semut

ini adalah cerita minggu lepas jugak.. disebabkan keadaan blogspot yang asyik tak leh nak upload gambar minggu lepas, kemalasan untuk aku update blog adalah sangat menebal.. (alasan di situ, orang lain rajin jer.. hihi)

kisah ini berlaku di pagi hari.. rentetan dari peristiwa pada malam itu.. 

lepas dah bersiap pagi tu, aku pegi dapur sblum keluar rumah.. terus aku terpandang kepada bekas gula kat kabinet tu.. naper terbukak eh.. 

cam ni lah keadaan nyer.. 


dan begini lah keadaan di dalam nyer... grrrrr..



setelah diingat-ingat.. rupa nyer en suami buat air kopi malam tadi.. masa tu aku dah ada kat atas.. dia adalah rajin turun ke bawah untuk buat air panas.. ok.. part tu aku suka.. berdikari.. hehe..
tapi yg menjadi kemurkaan di situ adalah.. kenapa tak tutup rapat bekas gula tu... kan dah masuk semut.. ish laaa.. geram nyer aku..
masa tu jugak lah aku ambik gambar sebagai bahan bukti sebelum aku keluarkan semut-semut dari gula tu.. kalo takder bahan bukti, en suami tak percaya pulak nanti.. huhu..

hajat di hati nak terus upload gmbr masuk dalam FB jer.. dah tu tag nama en suami.. tapi nanti kengkwn ofis dia tau lak.. kang tak pasal2 kena kutuk.. hihihi..
tapi, hari ni aku update kat blog.. bebudak opis dia pun baca blog aku gak.. hihi.. sorry yer bang.. i terpaksa carik bahan cerita.. kalo tak blog ni tak berupdate lak.. hahahahha.. (peace!!)

panas

ini adalah entry tertunggak yg patutnya aku publish minggu lepas, tapi sebab gambar tak leh upload.. terus terbantut.. check tengok dalam draft still ada.. so, lengkapkan dan publish jer.. hehe

semenjak dua menjak ni terasa cuaca adalah panas.. masa balik ke perlis weekend hari tu.. cuaca adalah sangat best..
angin sepoi sepoi .. kuat jugak laa.. mendamaikan badan ku..
dah la rumah tepi sungai.. dekat dengan sawah padi lak tu.. best sangat..
terasa nak balik lagi.. tengah hari lepas makan tghari, keluar melepak di tepi sungai bawah pokok buluh.. best nyerr..
malam2 pun sama jugak.. melepak bersama2 mak ayah di tepi sungai.. ditemani cahaya bulan dan deruan air sungai.. :)
damai nyer suasana itu..

alahai.. nak citer pasal cuaca panas.. tercerita pasal rumah kampung ku di perlis pulak.. hi hi hi..

kat rumah aku ni kalo kena masa panas.. siang nyer tak hujan, panas terik.. memang la tido malam adalah sangat panas.. ye laa.. umah xder aircond pun.. malas la nk letak aircond sebab rumah sewa kan.. :)

jadi nyer, sebelah katil aku memang aku letakkan kipas berdiri supaya angin direct kena kat bahagian badan hingga ke kepala.. baru lah aku boleh tido dengan selesa dan tak belengas badan.. hihi..

ini lah kipas yang banyak berjasa itu.. 



tapi hari ni hujan laa.. harap2 tak panas la petang nanti.. boleh lah tido malam ni dengan best sekali.. hehe.. 


p/s: ptg semlm & mlm td masa on d way back dr KL ke Kulim, hujan adalah sepanjang jalan.. kesian en suami kesakitan selepas kena cabut gigi.. dah la kena drive lak tu.. :D

Tuesday, October 12, 2010

Miyao Toki

apa itu Miyao Toki? aku pun dah datang Kulim baru lah aku tau apa dia... tapi takder lah tau banyak pun.. kalo tak salah, kilang pengedar pinggan mangkuk berjenama seperti Mikasa.. aku mana la pandai sangat hal-hal jenama pinggan mangkuk ni.. kalo Corelle ker.. Pyrex ker.. tau la sikit-sikit.. tu pun takder ambik hal sangat pun.. hehehe.. (sapa-sapa yang bijak pandai pasal jenama pinggan mangkuk ni, datang lah sharing ngan aku eh!)

actually, diorg buat sale pinggan mangkuk kat Miyao Toki ni.. paling famous yang aku tau pun brand Mikasa.. lain2 ada GrillPro, Bella.. macam2 lagi laa.. yang menyebabkan dia murah adalah sebab pinggan mangkuk ni ada defect.. tapi sangat minor.. hampir tak nampak pun..

diorang ada jugak jual yang elok.. yang Grade 1 punya.. no defect at all.. dan ada discount 10% - 20%.. masih lagi murah untuk dibeli.. tapi aku tak beli pun yang elok-elok tu... beli yang biasa2 jer...

masa ni aku dalam bilik yang jual Grade 1.. cantik-cantik gak design nyer.. tapi aku tak berkenan pun.. hahaha.. (kata jer lah tak cukup bajet)

ha.. kat sini semua yang ada defect lah.. macam-macam jenis ada.. aku tengah usha-usha la ni sambil paparazzi mengekori di belakang.. :P



untuk pembelian RM100 ke bawah.. dapat free gift talam 2 keping.. talam nyer adalah ceramic/kaca.. aku tak sure lak apa material nyer.. tapi memang aku nak sangat laa.. sebab tengok talam tu kat rumah cikgu cupcakes ku..

masa nak redeem free gift, kira-kira aku nya total.. RM99.. kalo lebih dari RM100, leh dapat 4 bijik talam.. aku pun, masuk balik.. gi tambah lg sket barang.. pastu, total barang aku menjadi RM103.. hihihi.. dapat la redeem 4 biji talam..

nanti aku ambik gambar barang-barang yang aku beli yer... wait for next entry...


Monday, August 16, 2010

makan cheese cake

hari ni en suami pulang awal ke rumah.. sebab dia ada exam kol 2 ptg.. habis exam kol 3.10 ptg.. pastu, dia blk rumah.. aku lak sampai rumah kol 5.30 ptg.. senyap sunyi je rumah.. keta en suami ada kt depan.. tak dengar suara tv pun.. selalu nya en suami balik rumah, mesti tv lah yg akan dibukak dulu.. hantu tv laki aku tu.. huhu..

aku bukak jer pintu, tengok dia sedang terbongkang di atas sofa dan tiba-tiba terkejut dengar pintu rumah dibukak.. huhu.. bila dia terkejut, dia cuba menterbeliakkan mata nya yg agak kecit itu.. so funny la my dear.. heheh

kol 6 lebih kitorg keluar g pasar ramadhan kilang lama.. beli apa2 yg patut.. tapi hari ni kami berdua adalah kepingin nak makan cheese cake.. mana lagi kalo bukan dari secret recipe.. lepas ke param, kami terus ke secret recipe.. nk tapau kek.. balik bukak puasa di rumah.. layannn...

kami dengan tamaknya membeli 3 jenis cheese cake yg berlainan.. semuanya berasaskan cheese.. 1 slice jer tiap situ.. sharing is caring..

1) oreo cheese cake

2) new york cheese cake


3) caramel cream cheese cake



** credit to google for the images

bukak puasa tadi kami makan laksa.. pastu, terus menghabiskan 3 slice cheese cake ini.. ish!! pelahap betul laaa..