Instagram

Friday, March 15, 2013

Weekend...

Selamat hari jumaat yg tinggal lagi 1 jam nak habis...
Bestkan esok hari sabtu.. bleh lajak tidor.. hihi
Si kecik dah tido.. papa nyer pulak dok study sambil sekali sekala menjeling ke tv..
Mama pulak dok main Candy Crush.. ni pun break jap main sbb dh xder life.. hihi..
Menunggu ihsan dr sesiapa yg sudi sedekah life kt aku..
Stuck at level 33 skrg.. huhuhu...

Apa plan hari minggu korg?
Ktorg ni mcm bnyak je plannya..
Ye lah.. sbb dh lama tak berhujung minggu di kulim..
Dh sebulan dok ulang alik blk Perlis tiap kali weekend sbb Sadiq kat Perlis..
So, minggu ni yg paling utama nk kemas rumah.. sgt rimas dh rasanya sbb rumah tak bervakum lagi..
Skrg ni tgh basuh baju.. esok bgn pagi2 terus sidai..

Takde apa lah nk update sebenarnya.. saja mengisi masa terluang sebelum nk tido ni..
Nnt berkelapangan aku update lg pasal perkembangan Sadiq yer..
Pasal Sadiq kat nursery skrg ni aku dh tawakal.. semoga dia ok & dpt sesuaikan diri di nursery tu.. In shaa Allah...

Happy weekend u olsss...
posted from Bloggeroid

Wednesday, March 13, 2013

Hari ke-2 Sadiq di nursery

hari ni hari ke-2 hantar Sadiq ke nursery Comey Ku Ceria..
semalam adalah hari pertama.. waktu lunch tengah hari aku pegi jengok dia..
plan awalnya memang aku tak mau pegi tengok pun.. 
sebab kalau pegi, mesti nanti Sadiq nak melekat je kat aku..
tu pun aku suruh Papa Sadiq tunggu dalam kereta jer..
kalau tak, lagi teruk keadaan nya nanti..
tapi, masa aku call pengasuh kat situ, diorg cakap Sadiq asyik menangis nak suruh dukung..
pastu, aku dengar pulak suara Sadiq tengah menangis..
dah tak senang duduk la aku..

masa aku pegi jengok tu, Sadiq ok jer..
aku dok pesan kat dia.. "Sadiq jgan lah nangis2 dok sini.. nanti petang Papa ambik Sadiq.. "
Sadiq pun dok "hmm.. hmm.." bila aku dok pesan cam tu..
macam paham je apa yg aku cakap..
lebih kurang 10 minit aku duduk situ, aku pun nak gerak lah..
masa aku bangun jer, dia pun mula nangis..
tapi aku tinggal jugak lah..

petang nya, Papa nya jemput.. sebab aku tak balik sekali petang semlm..
ada agenda lain ke Mayfair.. hehehhe.. (lain entry lah cerita, tu pun kalo rajin.. hihihi)

pastu, pagi tadi aku hantar Sadiq sendirian..
sebab incik suami pegi keja naik keta lagi satu.. sebab ptg ni dia nak main futsal..
so, tak balik sama-sama lah petang nanti..
on d way tu, macam2 la aku dok pesan kat Sadiq..
dia pulak mengaku je bila aku pesan-pesan kat dia..
macam sangat paham..

sampai kat depan gate nursery, aku keluarkan Sadiq dari kereta..
pastu, dia asyik la dok tengok budak-budak lain dok main kat depan rumah..
pastu, bila aku bagi kat salah sorang pengasuh situ, laju je dia nak pegi..
aku tak hantar Sadiq sampai ke dalam rumah.. risau dia menangis..
nampak dia ok je bila diorg masukkan dia ke dalam rumah..

then, pukul 10 tadi aku sms la tnya pengasuh situ, mcmana Sadiq hari ni..
dia reply bgtau "sama macam semalam, nak dukung"..
then, aku reply "cuba bawak dia main dgn budak2 kat bawah, sebab rasanya dia nak main. kalau dia main, dia tak gaduh la nk dukung.. dia baru nk biasakan diri kat situ.."
then, dia reply "ok. sadiq tengah tido skrg."

nursery tu adalah rumah 2 tingkat..
kat bawah diorg letak budak2 yg umur 2,3 thn..
kat atas diorg letak baby yg bawah 2 thn.. atau yg manja2 tu.. diorg letak kt atas..
termasuk la Sadiq pun dok kt atas jugak..
so, total baby yg duduk dlm bilik kat atas tu adalah dlm 7 org..

mungkin Sadiq bosan duduk dalam bilik kat atas tu..
mungkin dia nak main-main..
aku pun tak pasti lah..
so, pada pendapat aku.. pengasuh kat situ kena lah try & error nak pujuk dia..
ni boleh reply sms aku bgtau keadaan Sadiq mcm semalam jugak..
timbul rasa kurang puas hati aku di situ..

tapi walau bagaimana pun.. aku masih lagi nak cuba bagi Sadiq sesuaikan diri kat nursery tu..
biasa lah bila kat tempat baru..
walau kita sekali pun.. mesti akan rasa kekok bila berada di tempat baru..
dengan keadaan sekeliling yang baru dan orang yang baru..

aku harap sangat Sadiq tak stress..

Ya Allah, permudahkan lah urusan kami untuk memberikan keperluan yang terbaik kepada Sadiq.. Amin..

Tupperware: Flyers Anniversary March 2013. Promotion starts 11 - 31 March 2013

Ini adalah flyers sempena ulangtahun Tupperware ke 48 edisi Semenanjung Malaysia. Stok adalah terhad. Siapa cepat dia dapat. Tarikh promosi adalah dari 11 - 31 Mac 2013. Jangan lepaskan peluang..









Monday, March 11, 2013

Kembali bertiga

Semalam hari ahad.. balik dari Perlis..
Bertiga dengan Sadiq...
Alhamdulillah dah dapatkan daycare utk Sadiq..
Nama tempatnya adalah Taska Comey Ceria, under BondaMama..
Near to our office.. memang laluan pegi keja hari2..
Sepatutnya hari ni adalah hari pertama nak hantar si kecik ni..
Tapi demam pulak.. start dari hari ahad lagi..
So, papa ambik E.L sbb nak jaga Sadiq pada hari ni..
Mama x boleh nak cuti @ wfh sbb ada training pulak kat ofc...
Risau pulak nak hantar Sadiq g taska walaupun badan dia dah kurg panas..
Dah la 1st day.. nanti mama tak boleh concentrate keja, dok teringat Sadiq pulak..
Takut kalau2 demam dia datang balik..
So, baik stay kat rumah dulu.. dan monitor sendiri..

Dan... esok mungkin adalah hari pertama nak hantar Sadiq ke taska..

Eh!! Tak tau lah dah cerita ke belum kenapa we ols cari pengasuh baru utkSadiq.,
Dalam fb dh mmg selalu cerita dah.. malas nak ulang cerita dah.. boleh?? Hihi

Mama yg lebih neves ni.. tak ready nak lepaskan Sadiq masuk taska..
Tak tau lah dia boleh nak sesuaikan diri ke tak..
Yang pasti pagi esok memang drama jugak laaa... huhu..
Jgn mama tumpang drama sekali dah la.. huhu...

Malam ni awal betul Sadiq tido..
Belum masuk pukul 8 tadi lagi dah tido..
Sampai lah skrg... jangan bangun berjaga nak main di tengah pagi buta yer Sadiq..
Sebab tido awal adalah... petang tadi tak tido..
Tido sekali jer, masa tghari..
Papa bgtau, dah cuba tidokan dia.. tapi dia tak nak..

Ok lah.. tu jer nak cerita..
Nanti bile free lagi, nak cerita pasal perkembangan Sadiq..

Banyak hutang entry aku ni..
Cerita pegi KK pun tak habis lagi.. dah basi pun...
Malasssssss sangatttttt...

Kegilaan aku skrg main Candy Crush la pulak..
Sapa2 yg sama2 addicted game ni, meh la bagi life kat aku.. selalu sgt kehabisan life..
So, kena tggu dpt new life baru bleh sambung main lagi..

Ok u olsss.. nk join Sadiq tidor...
Gud nite!!!

posted from Bloggeroid