Instagram

Wednesday, April 10, 2013

Portable Child Car Seat

yeayyy!! semalam dapat parcel dari Marissa Shoppe..
mama belikan Sadiq portable child car seat..
Sadiq mmg dh ada car seat.. mama beli setahun yg lepas ..
sejak 2 menjak ni safety belt car seat yg lama tu mcm buat perangai sikit..
boleh tercabut dgn sendiri hanya dengan kekuatan Sadiq yg menarik nya..
oleh itu, mama sangat lah tak confident bila memandu berdua jer dengan Sadiq bila pagi2 nak hantar ke nursery bila papa was not around with us..
so, setelah melakukan survey di beberapa kedai online, lalu mama pun membeli portable child car seat di Marissa Shoppe, dengan harga RM68.. paling murah lah yg mama jumpa di online..
tak tau lah kot ada yg lagi murah kan..
selepas buat short discussion dengan papa, terus mama order & bayar & esok nya (semlm lah) terus dh dapat barang.. pantass!!!! i likeee...

so hari ni secara rasminya merasmikan car seat Sadiq yg baru.. sebab hari ni memang kami berdua jer.. papa tak kerja hari ni, sebab ada exam.. kol 11.45.. (good luck papa.. u can do it!!)

meh tengok gambar Sadiq bergaya di car seat nya yg baru itu.. mama sempat buat Keek jugak.. hehhehe..







Tuesday, April 09, 2013

What I Keek??

ramai ke yg terjebak dengan Keek ni?
aku ramai follow artis2 lah.. best jugak tengok diorg berKeek..
pastu, ada follow a few bloggers.. dapat la dengar suara2 diorg ni..
selama ni dok baca jer luahan hati melalui penulisan..
skrg boleh pulak dengar suara.. hihi..

ni sajer nk share apa yg aku Keek..
semua nya Keek pasal Sadiq jer lah..
cuma video aku boleh dikatakan gelap..
sebab tak boleh nak bukak lampu flash kat henpon..
nanti si Sadiq tu sibuk  nak ambik henpon aku kalau dia nampak lampu flash tu..
so, tak dapat nk merakam video dia dok main main tu..

jom enjoy my Keek..

Sadiq skrang ni suka sangat pi berdiri depan tv.. bila ada rancangan yg dia suka, laju je dia pegi berdiri kat depan tv sambil membebel.. tengok la ni..




Apr 6, 2013 | keek him again... by aizura on Keek.com



jom kita berKeek.. hihi..

 

entry lama yg lupa nak publish

***ini adalah entry sebulan yg lepas.. dah taip banyak2 dalam entry, pastu save as draft.. pastu terlupa terus nk publish***

terpanggil untuk merajinkan diri meng'update' blog.. ;)

cuma nak cerita sikit-sikit berkenaan aktiviti kami sekeluarga dan perkembangan Sadiq..
sikit-sikit jer tau.. tak boleh banyak-banyak.. nanti macam-macam spekulasi pulakk..
heheheh

hari ni Sadiq dah masuk hari ke-6 berada di nursery..
petang semalam masa ambik Sadiq, sempat lah mama bertanya kat teacher dia mcmana keadaan Sadiq sekarang..
Alhamdulillah.. jawapan teacher dia sungguh memuaskan hati mama..
Sadiq dah ok skrg.. takde lagi nak nangis-nangis masa macam baru hantar minggu lepas..
dah nak main dengan budak-budak lain..
dan report dari teacher dia lagi, kalau lambat suap makan, nanti Sadiq marah..
wah wah wah!! hebat anak mama.. bab makan memang tak boleh lambat.. ;)
lega betul bila dengar macam tu.. takde lah risau-risau lagi tinggalkan Sadiq kat nursery..
good job teacher di Taska Comey ku Ceria.. berjaya meredakan emosi Sadiq.. Alhamdulillah..

sekarang masuk cerita masa weekend yang lepas pulak..
tak balik kampung..
stay di rumah Kulim jer..
dan ini lah peluang nak kemas-kemas rumah..
aku dah rasa rimas...
nak kemas hari kerja.. mcm dah malas & tak larat..
weekend pulak asyik balik kampung jer masa Sadiq kat Perlis.. 
so, minggu ni lah peluang terbaik.. tapi kerja kemas mengemas ni adalah kerja encik suami..
kerja aku adalah membasuh baju (masukkan baju dalam washing machine, tunggu sampai siap)..
lepas tu, encik suami jugak yang menyidainya.. hihi..
pastu, masakkan makanan utk Sadiq..
dan breakfast mama & papa disediakan oleh papa jugakk..
macam banyak jer kerja-kerja yang encik suami buat kan.. terima kasih my dear luvly hubby.. muahhhh sikittt... ;)

breakfast utk Sadiq, bihun sup + sayur + telur... he likee...


jalan-jalan kat Aeon Perda..


sesi menjual peti ais (nanti buat entry lain lah pasal peti ais ni.. tu pun kalo rajin)


mee suah sup.. utk Sadiq jugak.. he like jugak..

1st time bawak Sadiq naik feri nak pi Penang.. nak pi Gurney Plaza sebab papa nak pi MPH..






kat MPH, tengok la tu Sadiq menyambar buku Javascript... awak tak payah la nak jadi programmer mcm papa & mama ok.. awak jadi doktor ke, engineer ke, pilot ke.. ;)




itu jer lah cerita hari minggu kami... see u on next next next entry..