Instagram

Friday, November 23, 2007

tgh mood malas...


hari ni aku stay kt rumah.. rasa malas sgt nk buat apa2 pun... hari ni aku tido.. tgk tv.. layan internet.. x buat keja pun.. sbb aku pikir mlm ni nk g ofis.. nk stay 2 mlm kt ofis.. nk siapkan keja ngan opismate aku.. semangat berjuang utk kerja.. mujur la ktorg ni xde anak lg.. kalo x mmg x leh nk cara kerja mcm ni... keja smpi lewat mlm... hubby pun ikut sekali g ofis.. tido sana sekali la.. mana leh g sorg2.. nnt sian abg kena tinggal.. hihi..

Thursday, November 22, 2007

KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

got this article email from my colleague... happy reading...

KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Wednesday, November 21, 2007

catatan hari ini..

lps setel UAT for DKOOP isnin lps... semlm aku berehat sehari kt umah.. langsung x tgk psl hal keja.. dok umah tgk tv sambil browsing internet la.. ari ni aku g ofis.. tp still xde mood sgt nk buat keja.. buat sket jer.. pastu dok sembang2 & browsing internet... skrg ni aku dh kat umah.. baru jer smpi dr ofis.. terus g dapur.. kuarkan daging & sotong dr freeze.. kena unfreeze dulu la psl dh beku... hihi.. plan mlm ni nk masak mihun goreng jer... abg x blk lg.. ari ni dia lmbt sket blk.. psl ada meeting plak.. xper la.. aku pun x msk lg.. aku lg suka kalo by the time dia smpi umah.. aku dh setel msk.. so, concentratekan masa utk layan dia jer.. smbil layan tgk tv jer... bleh rehat2..

2,3 minggu lps mmg quite bz.. sbb nk setelkan module DKOOP.. last weekend ktorg berkampung la kt ofis.. mensetelkan semua nya.. Alhamdulillah siap la jgk.. walaupun masa UAT tu user yg attend mcm byk hal gk la.. very particular.. xper la.. sbb diorg user kan.. ktorg vendor kan... kena la follow.. so, maybe dlm 2 minggu lg akan ada re-uat... hopefully, semuanyer berjln lancar... module yg aku involve ni akan digunakan oleh koperasi seluruh Malaysia.. kalo berjaya.. mmg best la...

ok lah.. aku nk g mandi ni... jap g nk msk lak.. kang kelaparan la cik abg aku blk jap g.. see ya...