Instagram

Thursday, April 28, 2011

hari minggu yg bizi bee..

hari sabtu ahad lepas agak busy.. 
macam-macam kena buat.. 
dengan en suami last minute study sbb ada last paper exam hari ahad..
dengan urusan luar yg perlu dilangsaikan.. 
wah!! mcm bisnes besar bunyinya..
tapi semua urusan adalah urusan menghabiskan duit jer.. hahaha..

pagi & tghari sabtu ada urusan yg dibuat yg mana tak mau publishkan kat sini.. 
hihihi.. 
personal la sket.. tak kan semua nak cerita kot.. :P

urusan seterusnya adalah.. 
pasang tinted cermin depan kereta aku.. 
kan hari tu aku ada FB yg cermin kereta ku keretakan.. 
(cerita selanjutnya, nanti aku buat entry lain)
agak besar retak itu.. sebab tu lah kena tukar..
kalo kecik2 tu leh la tahan lagi.. 
nasib baik lah masa renew insurans aku dah ambik utk cover windscreen..
so, tukar windscreen ni insurans cover lah.. Alhamdulillah.. 

oleh itu, kena lah pasang tinted lain.. 
kalo tak panas laa.. lagi pun weekend ni nak travel balik ke Jengka..
so, kena lah pasang siap-siap.. 
nanti kami kepanasan dan kesilauan..

lama jugak tunggu kedai aksesori tu nak tinted.. 
sempat lah en suami habiskan masa menunggu dengan study.. 
bawak buku hulu hilir.. hihihi..
aku lak, layan perasaan sendiri.. :D

selesai tinted, kami g kedai tayar pulak..
tayar keta ku itu perlu jugak ditukar..
dah kekurangan bunga tayar dah..
sampai masa jugak nak tukar..
mula-mula nak tukar 2 jer..
tapi.. akhirnya tukar 4-4 tayar..
wah!!! banyak kehabisan kewangan ni..
kena cover balik bulan ni.. so, no shopping2 yer.. :(


hari ahad..
pagi2 pegi JPJ sebab nak renew lesen memandu en suami..
hampir seminggu lewat tarikh..
dia tak sedar a.k.a LUPA.. :D

pastu, balik lepak di rumah ..
en suami perlu rehat-rehat sebelum nak pegi exam pukul 2 ptg..

petang nya pulak.. menerima tetamu ke teratak kami..
En Wai & Puan Aizan.. :)
sorry ye korang tak dapat bermalam di rumah aku kali ni..
tapi still En Wai dapat tido jugak di rumah aku.. hahahah..
take a nap di petang hari.. :D

lepas maghrib, kami bawak mereka dinner di Char Ko Tiaw Sg Dua di Kulim..
Puan Aizan kemaruk nak makan char ko tiaw.. :P




geram sangat tengok Zara yg tembam & chomel..
last time jumpa tak pandai gerak lagi.. dok baring jer..
skrg ni bukan main melasak dah..
nanti kita jumpa lagi eh Zara.. cute la awak.. :)


Thursday, April 21, 2011

Nasi Kandar Beratur

sambungan episod The Northam..

dinner kami malam tu.. 
lepas selesai solat Isyak.. 
lebih kurang hampir pukul 10 malam..
baru lah hegeh hegeh nak keluar bilik..
mencari makan.. :D

salah satu tujuan overnight kat Penang Island ni adalah..
nak mencuba gi makan kat Nasi Kandar Beratur.. 
sebabnya kedai yang original tu bukak pukul 10 malam..
sebelum pukul 10 malam yang bukan original.. heheh..
kurang kick laa..

kami pusing pusing cari dengan sendiri..
tanpa bantuan GPS..
sebab, aku tertinggal henpon aku kat bilik..
henpon en suami pulak bateri dah nyawa-nyawa ikan..
adesss..
tapi.. nasib baik la jumpa.. :D
berbekalkan ilmu jalan yang en suami ada tu.. hihi


dah panjang q ni..



memasing mulut ikan.. sebab dah lapar.. lama nyer beratur..

aku punyer

en suami punyer

minum dulu

makan.. habis diet aku.. (excuse.. mlm ni jer.. :D)

pada aku, nasik kandar nya rasa biasa jer..
mungkin aku bukan lah penggemar tegar nasik kandar kot..
so, tak tau nak rasa.. hhihihi..
tapi takper.. at least kami dah merasa Nasi Kandar Beratur..
lama tu kami beratur.. hampir 1 jam..
bila sampai turn makan.. kejap jer.. hihi..

kalo korang pegi, memang korang akan tengok tempat duduk nya tak banyak pun..
mesti pikir.. ada ke tempat aku nak duduk jap g?
tapi percaya lah.. bila sampai turn korang nak duduk memang akan ada tempat..
sebab?? beratur lama sangat..
orang yg awal-awal tu dah blah dah.. baru lah sampai turn ko.. haha
memang bukan tempat ko nak melepak lama2 la..
sudah makan.. balik laaa.. apa lagi..

lepas makan.. kami balik hotel jap..
nak ambik henpon aku..
pastu, kami p feringgi..
masa tu dah kol 12 tgh malam..
ingat night market dia baru buka..
sekali.. dah nak tutup..
kol 12.30 dah nak tutup..
baru lah kami tahu yg night market bukak kol 7 mlm - 12.30 mlm..
hmmmm...
ada 1 kedai yg bukak..
en suami beli seluar pendek.. sebab lupa bawak..
esok pagi nak mandi swimming pool.. :D

dah beli.. balik laaa.. apa lagi.. haha

balik hotel.. mata dah berat..


The Northam

ini adalah cerita 2 minggu lepas..
ish laaa.. nampak sangat lah kemalasan men'update' blog chomel ku ini..
asyik tak up to date jer.. 

meh sini aku nak cerita perihal honeymoon kitorang..
kali ni kami pegi dekat2 jer..
pegi Penang jer pun.. 
seberang laut.. padahal hari-hari aku ulang alik datang keja.. haha..

aku memilih Hotel The Northam untuk penginapan 2 hari 1 malam kami..
memang tujuan nak melepak di hotel saja..
nak pusing pusing Penang pun dah banyak kali pusing dah..
dah tak tau nak ke mana dah.. heheh..
kebetulan pulak The Northam tengah ada promotion price..
so, harus la aku grab.. 
nak tahu details pasal The Northam ni.. gi tengok sendiri kat website nya.. 
kalo tak salah 4 star kot.. ntah la, aku kurang pasti.. 

yang menjadi daya tarikan aku nak ke sini adalah disebabkan dalam biliknya ada jacuzzi..
hihi.. teringin nak dok berendam-rendam.. 
kat rumah takder kan.. sekali sekala buang duit sikit utk bersama yg terchenta.. bagus gak kan?
menyemarakkan kasih sayang.. ecehh!!

perjalanan kami ke Penang adalah selepas aku deliver chocs kat customer sulung ku itu. :)
terus kami menyeberangi Jambatan Pulau Pinang..
dan lunch di Astaka Seagate.. lama dah tak makan sini..
dulu selalu gi makan ngan Ima waktu kami keja sama-sama.. :)
1st time bwk en suami makan di situ..
en suami suka laa.. nanti kita datang lagi yer.. :)

sepatutnya kami check in kol 2 ptg..
lepas lunch, mcm awak gak lagi.. dlm 12.30 cam tu..
aku call hotel.. tanya leh ker nak check in awal..
dia suruh ktorang datang jer..
terus datang.. nasib baik bilik dah available.. 
kami pun terus check in..
yahoooo.. 



our room


the katil.. king size.. :D

jacuzzi... ku ingatkan jenis yg 1/4 bulatan tu.. takper lah.. yg ni pun OK..

wish to have bilik air macam ni.. :D


view from our room


welcome pics from us.. :)

kami lepak di bilik jer sampai kol 3.30 cam tu..
pastu, en suami ajak keluar sebab nak g beli kacang untuk kudap-kudapan..
yg disediakan di hotel tu.. kena bayar..
dah la kecik kecik jer bekas nyer.. baik g beli sendiri lagi murah..
so, kami ke Gurney Plaza kejap..
pastu, balik bilik.. aku tido.. hahahah..
best nyaaa.. tak payah nak tengok rumah yg tengah sepah tu.. :D

malam nya.. kami keluar dinner..
nak tau kat mana?
tunggu next entry.. :)

Thursday, April 14, 2011

Kerana Menolong.... (episod lepas geram)

pagi tadi dengar topik kat HotFM..
tajuk nyer: "Menolong dengan hati murni tapi berakhir dengan tragedi / dipandang tak baik"..
diorang ambik dari tajuk Harian Metro Hilang kaki kerana menolong

masa tu tengah drive nak datang keja..
rasa tergedik-gedik sangat nak call HotFM..
nombor dah dail ni.. tapi aku tak pakai handsfree pulak..
kang dah dapat talian, susah pulak nak cakap kan..
so, kuburkan saja niat ku itu..

sebenarnya aku nak bercerita pun ada kaitan dengan topik yang dibicarakan..
pasal menolong jugak.. tapi dibalas racun.. boleh??

cerita dah lama.. tapi akibat nya kami suami isteri merasa sampai lah sekarang..
mungkin ramai kawan-kawan rapat yg dah tahu cerita ni
tapi aku tak pernah pulak nak cerita kat blog ni..
memang kalo pikir jer pasal hal ni.. rasa geram yang amat..

ceritanya macam ni..

en suami ada seorang kawan (F) yang boleh dikatakan rapat lah jugak..
diorang berkawan sejak dari study kat Twintech dulu..
sampai bekerja.. masa masih bujang.. sewa rumah sama-sama..
sampai 1 masa kawan dia ni sewa rumah sorang2.. walaupun masih bujang..
nampak agak berduit jugak lah ye. walaupun masih bujang mampu sewa rumah sorang2 jer..
pastu, dia tolong en suami dapat kan kerja baru di tempat dia bekerja..
so, bekerja lah sama-sama mereka di situ..
sampai lah aku pulak lepas habis belajar, ambik kursus kat SHRDC..
pastu, praktikal kat company en suami bekerja (masa ni kami dah bertunang)..
lepas tu, habis je praktikal aku.. terus aku kerja kat situ jugak..
sampai lah kami kahwin.. masih lagi kerja di tempat yg sama..

berbalik kepada kawan en suami tu.. si F tu..
kebetulan pulak dia pun kahwin pada tarikh yg sama aku & en suami kawin..
dia pulak kawin dengan orang kampung dia.. Kelantan..
dan wife dia pulak tak kerja..
lepas kawin, F bawak wife dia datang duduk sekali kat KL..
diorang ni pulak takde transport sendiri..
F ni datang keje naik LRT dan bas je hari-hari..
so, tiap-tiap hari wife dia duduk la rumah sorang2 bila F datang keja..
sampai lah diorang pun ada rezeki, isteri dia mengandung..
boleh dikatakan bunting pelamin lah agaknya..

si F ni rajin bekerja part time.. masa tu dia buat MLM..
memang rajin betul la.. pandai convince orang.. ramai yg join dia..
termasuk en suami jugak.. tapi ktorang ni tak pandai sangat nak keja-keja macam tu..
pegi lah kelas MLM tu 2,3 kali.. pastu, kami senyap jer.. malas lah..
si F ni, selalu lah sembang-sembang dengan ktorang pasal nak buat bisnes lah..
nak bukak kedai buku lah.. nak buat francais laksa lah.. macam2 lah plan dia..

dah tu, sampai masa wife dia bersalin..
kat Kelantan lah.. pastu, rasanya wife dia dah tak nak balik ke KL dah la..
so, si F ni bertungkus lumus lah nak mulakan bisnes..
sebab nak balik kerja di Kelantan.. takkan la nak duduk jauh-jauh dengan bini kan..
idea bisnes dia memang banyak la dalam kepala otak..
dia pulak jenis pandai mengayat orang.. cerita semua nya macam real jer..
Alhamdulillah dia dianugerahkan bakat tu ...

pastu, 1 hari.. dia nak buat personal loan dengan Bank Rakyat..
nak buat pinjaman 20k untuk mulakan berniaga..
dia mintak en suami jadi penjamin..
ktorang pun masa tu tanpa pikir panjang.. setuju je nak jadi penjamin dia..
langsung tak pikir risiko jadi penjamin..
sebab kami penah buat loan Bank Rakyat.. dan abg ipar en suami jadi penjamin..
takde masalah apa-apa pun.. so, kami pun ingat benda yg sama..
lagi pun masa tu usia agak muda.. kurang pengalaman..

dah siap dia dapat duit loan dia.. dia resign dari company tu..
terus balik kampung.. nak mulakan bisnes dia tu..
so, bulan berganti bulan..
ktorang pun taktau lah apa yg dah dia bisneskan di Kelantan tu..
tapi ada unsur-unsur yg kurang menyenangkan bermula..
tiap2 bulan kami akan ke Bank Rakyat untuk bayar hutang kami sendiri dengan Bank Rakyat..
pegawai yg menguruskan hutang si F ni bgtau.. yg si F ni tak bayar hutang bulan-bulan dengan B.Rakyat..
dah sah-sah en suami penjamin kan.. so, B.Rakyat memang terus carik en suami lah..
aku dah tak ingat lah masa tu B.Rakyat dapat carik si F ni ke tak..
memang si F ni tak bayar hutang dengan B.Rakyat..
aku tak pasti samada tak bayar langsung, atau ada sangkut beberapa bulan..
tapi.. memang siot la kan..

satu hari kalo tak salah tahun 2005..
en suami dapat surat untuk naik court disebabkan kes si F ni..
so, dapat lah contact si F ni..
utk pengetahuan korang, memang susah kami nak contact si F ni lepas kes dia tak bayar kt B.Rakyat ni terbongkar..
bila kami call.. tak berjawab..
pastu, bukan nak return call...
akhirnya bila dah dapat call dia, memang panggil dia datang KL untuk naik court..
dia datang KL naik bas/keretapi.. en suami jemput dia.. bawak pi court..
masa kat court, diorang deal dengan B.Rakyat untuk si F ni bayar RM200+ sebulan..
sebelum ni dia kena bayar RM400+ sebulan..
then, si F ni pun setuju.. dan janji dengan en suami dia akan bayar..
pastu, bawak balik rumah.. masa tu aku keja.. so, memang tak jumpa dia..
tapi masa tu mak & abah mertua aku ada kat rumah..
ptg nya en suami hantar dia g stesen bas.. dia balik Kelantan..

lepas tu, kami ingatkan dia bayar lah..
rupa-rupanya.. hampeh..
tak bayar jugak..

kami contact dia lagi..
seperti biasa.. memang susah nak dapat call..
berbekalkan bantuan kawan-kawan yang kenal dia..
dapat jugak kami call dia..
masa tu en suami bincang dengan dia..
macamana nak setel masalah ni..
sebab kan hal penjamin ni..
nama en suami dah blacklist.. langsung tak boleh buat apa-apa pinjaman lagi..
nasib baik kami dah beli rumah + kereta atas nama en suami sebelum en suami kena blacklist..
sekarang ni kami ada plan nak menambah harta lagi.. tapi nama en suami tetap tak lepas untuk nak buat pinjaman..
kalo submit loan @ credit card.. memang sangkut kat B.Rakyat..
hutang kami dengan B.Rakyat dah habis.. dan dah dapat release letter pun..
memang problem pasal jadi penjamin ni jer lah..

en suami bincang dengan dia.. tujuan kami nak tolong dia..
en suami cakap macam orang tak marah pun dengan dia..
kami bincang kalo boleh kami tolong.. kami tolong..
tujuan kami cuma nak clearkan nama en suami jer..
kami bgtau dia masa tu.. cuba lah buat pinjaman dengan Tekun..
sebab kan dia kata dia bisnes kan..
masa tu dia bgtau dia bisnes kedai stationaries..
mesti lah ada income kan..
habis jer conversation tu.. kami tunggu gak lah kot2 ada feedback dari dia..
dah tu, senyap jer..
kami cuba contact dia.. dah tak dapat..
no dia dah tukar ker?
no lama tu memang la dah tak dapat..
hantar mesej kat facebook pun takde respon..

sekarang ni kami pun taktau lah dia masih hidup or tak..
bukan nak mendoakan orang supaya mati.. tapi korang paham lah apa yg kami rasa..
aku sedih sangat..
sampai hati dia buat kami macam ni..
kalau tak mampu nak bayar pun.. cuba lah contact kami..
bincang dengan kami.. mana tau kami boleh tolong dia..
bila senyap macam ni.. macam mana masalah nak selesai..
dia tak rasa bersalah ker dengan hidup dia..
kalau aku jadi dia.. mesti aku rasa tak senang duduk..
sebab buat sesuatu yg menyusahkan orang lain ..
buat aniaya pada orang lain..
macamana dia menyara hidup anak-anak dia dan isteri dia dengan keadaan ada hutang dengan orang..

sekarang ni B.Rakyat call en suami jer..
mintak en suami bayarkan kat diorg..
ktorg bayar kan jugak lah..
sedih jugak bila pikir..
orang dah sedap-sedap habiskan duit tu..
kita pulak kena bayar hutang dia..

banyak plan kami yang tersangkut.. disebabkan nama en suami tak release..
takkan nak pakai nama aku sorang jer..
nak beli rumah besar.. kena lah combination gaji kan.. baru lah lepas.. huhu..sedih..

kami cuba mencari jalan sebaik mungkin macamana nak setelkan masalah ni..
macamana nak cari dia..
macamana nak contact dia..
sedih sangat kalau pikir hal ni..

ingat senang ke hal hutang piutang ni..
kalau orang tak halalkan duit yg ko makan tu, macamana?
Wallahualam..


** panjang betul cerita aku ni.. tapi tak puas hati lagi ni.. nanti lah bila-bila akan ku sambung lagi..


Tuesday, April 12, 2011

Order Sulung

Hari jumaat lepas.. balik keje.. gi dinner..
balik rumah, prepare untuk buat order coklat yg pertama..
yg pertama yg sangat mendebarkan aku..
sbb risau dengan design tak jadi..
end up.. ini lah hasil nya..




rasa puas hati bila deliver, my 1st customer, Ayu, cakap cantik.. :D
walaupun pada awalnya aku cakap kat en suami.. kurang puas hati dengan design..
sebab nampak comot..
tapi en suami cakap OK lak..
aku pun tawakal jer.. harap2 Ayu suka.. :)

sila lawati http://shaqurachocs.blogspot.com untuk update pasal chocs. :)

setel buat order coklat ni jumaat malam tu jugak..
sebab esok harinya.. hari sabtu.. kami dah ada plan hanimun kecil-kecilan..
tak sabar..
nanti aku cerita kat next entry lak..

Monday, April 04, 2011

Red Velvet Cuppies

hari ahad di rumah jer..
keluar pagi for breakfast and pergi Pejabat Zakat..
en suami menunaikan tanggungjawab membayar zakat pendapatan..
pastu, gi beli barang sikit..
dan pegi beli lauk untuk lunch.. (kes malas nak masak, rajin nak masak nasik je)

balik rumah.. aku dok layan internet.. layan tv..
kemas-kemas dapur..
dan akhirnya tertido.. hahaha..
en suami lak study laa.. rabu khamis ni dia exam..

bangun tido, solat zohor.. pastu giler lapar dah ni..
nasib baik dah masak nasik..
terus lah en suami menghidang lauk pauk yg dibeli..

lepas masing-masing perut dah kenyang..
aku pun dengan kerajinan yg ada sikit..
terus ke dapur..
nak mulakan projek buat Red Velvet Cuppies..
menarik jer tengok gambar red velvet ni..
teringin sangat nak cuba buat..

resepi aku ambik kat sini..
memang tiru sebijik sebijik..

dan inilah hasilnya..

keluar jer dari oven, tak cantik nyer rupa..
terlebih naik kot.. aku letak dalam cup tu agak terbanyak..
patutnya aku letak 1/4 jer dah elok..
aku letak 1/2 cup.. ada gk yg terlebih sket..

untuk bagi cantik nak deko..
aku potong bahagian yg terkeluar tu..
pastu, letak topping.. :D

yg ni lah yg berjaya aku nak tayang utk korang tengok..

ni plak isi dalaman nyaa..

aku pun tak penah rasa pun mcmana rasa red velvet ni..
tapi rupa paras nya sangat menarik.. sebab tu teringin sangat nak mencuba buat..
memang aku tiru resepi tu sebijik..

red velvet ni ada rasa coklat..
sebab menggunakan serbuk coklat..
yg menjadikan dia red velvet sbb warna nyaa..
warna coklat + merah..

rasa nya OK.. cuma en suami cakap, kurang gebu..
tapi rasa dia macam muffin..
muffin kan mmg kurang gebu mcm kek..
dia cam padat-padat gitu..
ntah lah.. betul kot cam tu hasil nya..

yg menambahkan rasa sedapnya adalah kombinasi rasa topping nya..
sebab tu lah agak lazat.. :)

ada sapa-sapa penah buat tak red velvet cake/cupcake ni..
leh komen kat aku apa rasa sebenarnya..
dan jugak any suggesstion resepi yang sedap/betul..


Friday, April 01, 2011

ada betulnya cakap orang tua-tua.. tetamu tak diundang.. :D

tengah kami sekeluarga menikmati juadah tengahari..
menu kami hari tu adalah..
ikan terubuk bakar.. ikan tuka rebus cicah ayaq asam.. gulai kepala ikan duri (seludu) rampai dgn bendi..
semua nya mak masak..
sebab aku & kakak sibuk menyimpul popia jer.. hihi..
masa tengah makan tu..
beberapa kali lah kami ni berlaga tangan nak ambik lauk..
orang tua-tua cakap.. tanda ada tetamu nak datang rumah..

elok jer lepas makan..
tengah dok kemas-kemas meja..
tiba-tiba aku nampak biawak besar sedang bergerak datang ke arah rumah kami..
besar nyaaaa.. berjalan dengan gagah nyaa..

besar betul.. sebab nya dari jauh lagi aku nampak dia jalan..

terus panggil ayah aku..
semua yang dalam rumah bangun nak tengok..

ayah aku terus masuk ambik senapang.. masuk peluru..
en suami & adik aku terus keluar pi usha mana biawak tu pegi..
biawak tu lari masuk dalam bendang yang ada air..
kitorang tengok dari jauh jer..
yang pegi memburu adalah ayah, adik & en suami.. hihi..

ayah aku memang penembak tepat OK..
dah beberapa kali jugak dah dia tembak biawak yang masuk ke kampung ktorang..
ular pun penah jugak..

hasil berhempas pulas diorang..
maka terbunuh jugak lah biawak itu...
ayah aku tembak tepat di kepala..
pastu, adik aku terus gi tangkap biawak tu..
bergelut jugak lah..
sebab biawak tu besar dan masih kuat walaupun kena tembak..
en suami pulak jadi pom pom boy kat situ..
dan jurukamera.. hahahha..

ayah cakap.. yang kali ni lagi besar dari yang dia dah tembak sebelum ni..
kenyang makan la tu..
nasib baik kami belum lagi bela itik..
kalau tidak, habis la telur itik kena makan dengan biawak..







tertewas jugak akhirnya biawak itu..

lepas dah selesai semua..
aku terpikir..
ini lah rupa-rupanya tetamu yang tak diundang itu..


p/s: ending ntah apa apa.. :P


Tupperware: Katalog 1 April 2011 - 15 Mei 2011

Mari kawan-kawan..
Katalog terbaru edisi Semenanjung Malaysia (3/2011) Tupperware & Tupperchef dah keluar..
Katalog ni valid untuk tarikh 1/4/2011 - 15/5/2011..
Jom kita mengumpul barang-barang Tupperware lagi..
Jangan lupa contact saya untuk mendapatkan harga yang menarik..
Lebih murah dari harga dari dalam katalog ni..

Email : shaqura@gmail.com
















Mari.. Mari.. Mari..
Anda pasti berpuas hati.. :)