Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah

walaupun dah terlewat 1 hari. tapi masih sempat nak mengucapkan Salam Tahun Baru buat semua muslimin dan muslimat.
bila masuk tahun baru, akan ada azam baru.. tapi azam lama dulu dah tercapai ker?
bagi aku, ada yg belum.. ada yg dah.. tapi banyak sangat azam nya.. sampai terlupa dah. main tangkap muat jer mana yg termampu nak dilaksanakan..
untuk tahun baru ni aku berharap semoga kehidupan kami suami isteri lebih diberkati, dimurahkan rezeki dan yg baik2 saja..

kebanyakan negeri dapat replacement cuti hari ni kan? tapi the Co yg aku kerja ni tak ambik la pulak replacement day. so, gigihlah datang kerja hari ni dengan keadaan jalan yang sangat lengang. dan sedikit rasa cemburu sebab en suami cuti.
dan aku memaksa en suami bangun gak pagi tadi suruh hantar ku sampai ke pintu pagar. sebenarnya malas nak bukak & tutup pintu pagar. :D

dah lama kan aku tak menulis di blog terchenta ku ini. bukan apa, malas dan takde cerita menarik yang nak diceritakan. kadang2 tu dah siap karang, pastu sampai separuh jalan jer aku dah kehilangan idea. so, biarlah entry tu berada di dalam draft jer.

sekarang ni aku dah kerja kat Kulim. sgt best lah. sebab perjalanan pergi dan balik kerja adalah tidak jammed. dan kadang2 ada pemandu peribadi yg hantar dan jemput. best nyerrr... harap-harap nya ia berpanjangan. dah lama teringin merasa keadaan begitu sebelum aku terus bersara dan jadi fulltime housewife.. (boleh ke impian tu menjadi kenyataan??)

ok lah.. tu jer sedikit nak cerita.. dah takde idea nak merapu dah.. yg penting hajat nak mengucapkan Salam Maal Hijrah tercapai..
semoga impian kami suami isteri setiap tahun akan tercapai di tahun ini. InsyaAllah.. :)

Tuesday, November 15, 2011

Tupperware: Katalog 8/2011 (14 Nov - 31 Dis 2011)


Emel saya: shaqura@gmail.com .. untuk mendapatkan harga yang menarik dan terhebat.. :)

(sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar dan jelas)



































Jangan malu jangan segan untuk hubungi saya..
Saya sedia menjawap persoalan anda.. :)

Selamat Membeli... :)