Thursday, May 16, 2013

Sadiq dah 'dapat kaki'..

lama Mama tunggu..
selalu bila jumpa sapa-sapa pun, mesti akan tanya..
"dah pandai jalan ke?"
aduhai, soalan keramat.. geram pun ada.. huhu..
bukan apa, anak bujang ku ini walaupun berumur 1 tahun 3 bulan, tapi badan nya macam dh 2 tahun..
ramai yg komen macam tu.. sebab dia agak tinggi..
tengok lah Mama & Papa nya macam mana kan..

tapi kan.. sejak 5/5 (hari mengundi).. tiba2 jer Sadiq dah mula melangkah berjalan tanpa bantuan sesiapa..
sebelum ni memang dah cekap berjalannya.. tapi perlukan tangan sapa2 untuk pimpin dia..
punya lah excited Mama masa tu.. dah la masa tu kat Perlis.. dan Papa pulak kat Pahang..
so, kesian la Papa tak dapat tengok 1st step Sadiq on his own feet.. ;)

video ada lah anak sedara aku ambik, tapi dari henfon dia..
pastu, tak boleh pulak nak bluetooth ke henfon aku.. alahaiii..
takpe lah Papa.. dengar jer lah Mama bercerita.. hehe..

so, bila balik ke Kulim.. dapat jugak lah Papa tengok cubaan Sadiq berjalan sendiri..
tapi dia berjalan sikit, then jatuh.. pastu give up.. pastu merangkak.. lagi laju.. hihi..

then, sampai lah ke hari minggu yang lepas.. hari sabtu..
kami pegi ke Suzuki Service Centre.. lama jugak lah kat situ..
dan di situ lah.. Sadiq mencurahkan bakat berjalan yang lama sangat dipendam..
berpusing-pusing lah dia kat dalam service center tu.. nasib baik lah tempat tu agak besar & luas..
dapat lah dia berjalan sepuas hati..

meh tengok video anak bujang kami yang happy dapat berjalan sendiri..


hari Ahad malam berlaku kisah di entry sebelum ni..

hari Isnin, Sadiq kat rumah dengan Papa.. dan seharian Papa bagitau Sadiq dok praktis berjalan kat dalam rumah.. bangun sendiri dan berjalan.. Alhamdulillah..

hari Selasa, hantar ke taska.. petang masa ambik Sadiq, teacher bagitau hari ni Sadiq asyik berjalan jerr.. dah tak merangkak.. teacher happy... Mama lagi lah happy...

tak sabar nak balik Perlis esok... mesti tok ayah, mak tok, mak long, along, angah nak tengok Sadiq berjalan sendiri...

dan secara rasmi nya.. di usia 1 tahun 3 bulan dan sangat hampir ke 4 bulan (esok), Sadiq dah boleh berjalan dengan sendiri..
tahniah anak Mama!!!
so, next achievement???

ada lagi cerita pasal Sadiq yg akan Mama ceritakan nanti.. tunggu next entry plak yerrr..


hampir terhenti detik jantungku..

Mama mula demam dari hari rabu lepas..
demam yang on off.. selalu nya bila petang baru mula demam..
makan ubat.. ok balik then malam sikit demam balik..
sampai lah ke hari sabtu malam, dah tak tahan sangat baru lah ajak Papa bawak gi klinik..
dapat ubat antibiotik.. baru lah kebah demam..

Sadiq pulak petang Jumaat lepas mula selesema..
tak pasti jangkit dari Mama atau jangkit dari kawan-kawan di taska..
sabtu malam ada la dia demam sikit.. so, kitorg bagi dia ubat demam yg dah ada dalam simpanan..
dan juga ubat batuk/selesema..
esoknya nampak dia ok ... cuma selesema memang ada lagi laa..

dan yang kami perasan, hari sabtu Sadiq langsung tak berak..
hari Ahad tu pun sampai lah ke malam.. baru dia berak..
dan keadaan dia berak masa tu sampai menangis..
sebab najis nya susah nak keluar..
Papa bawak Sadiq ke toilet, dan bantu tekan2 sikit kat buntot dia bagi najis keluar..
tapi.. kesian la, buntot dia berdarah sikit.. sebab sembelit..
kesian anak Mama..
lepas dah berak, baru lah Sadiq nak tidor..
minum susu gak masa nak tidor tu..

lepas sejam dia tido.. pastu, Sadiq asyik batuk batuk..
tiba-tiba dia muntah dengan banyak sekali..
habis semua makanan yang aku suap siang tadi nya pun keluar jugak..
kesian nya Sadiq..
terus angkat dia pegi toilet.. cuci-cuci apa yg patut..
tukar pampers, tukar baju..
pastu, baringkan dia balik..
aku bagi dia minum air.. tapi dia taknak..
pastu, dia tidor..

masa tu dah pukul 1 pagi lebih..
ktorg mmg tak tidor lagi, sebab tengah buat kerja sket..
Mama depan laptop, Papa pun depan laptop..
masa tu, Sadiq asyik dok bunyi merengek-rengek je masa tidor..
pastu dok berguling-guling..
Mama cuba bagi dia air lagi.. tapi dia tak nak..
pastu Mama pegang kaki & tangan Sadiq..
rasa sangat sejukkk..
then, Mama angkat & riba dia sambil goyang-goyang badan nak bagi dia selesa tidor..
tapi kan.. Mama terasa badan Sadiq mengigil..
Mama rasa betul-betul.. ya betul!! memang menggigil..
pastu, Mama panggil Papa suruh rasa, betul ke apa yg Mama rasa..
Papa pun kata yang sama.. pastu, Papa terus ambik Sadiq...
Mama bangun ambik termometer.. dan check suhu Sadiq..
bacaan masa tu adalah 37.2 c...  badan Sadiq pun tak panas.. dan kami tak suspek dia demam..
pastu, Papa cakap jom kita pegi emergency..
dan Papa terus dukung Sadiq bawak naik atas, then Mama ikut sekali sebab nak tukar baju..
masa kat atas, bila bukak lampu bilik.. Papa nak ambik selimut utk selimutkan Sadiq, sebab kami memang rasa dia sangat sejuk.. Mama tengok bibir Sadiq dah mula kebiruan..
Ya Allah!!!! Mama dah menggeletar.. air mata mula bertakung dah ni..
pastu, Mama panggil Sadiq!!! Sadiq!!! berkali-kali sebab tak nak bagi dia tertidur..
Papa pun sama.. kejut kejut Sadiq.. tiap kali kami panggil nama dia, dia akan celik mata..
pastu, nak tertutup balik mata dia..
masa tu, badan dia sangat lembik.. kesian sangat..
Mama cepat2 tukar baju.. terus keluar naik kereta..
dalam kereta Mama bagi Sadiq minum air..
Alhamdulillah Sadiq mahu minum...
Papa bawak kereta selaju yang boleh..
nasib baik lah masa tu pukul 2 pagi dan jalan dah lengang..
semua lampu merah dilanggarnya.. Alhamdulillah selamat sampai ke Hospital Kulim..

sampai di hospital, terus daftar.. kena bayar RM1..
pastu, tunggu nak jumpa doktor dalam 15 minit jgk laa..
bila doktor check, suhu badan Sadiq dah 38 c lebih..
dan memang Sadiq demam..
doktor masukkan ubat bontot.. dan suruh ktorg jelum dengan air sejuk seluruh badan Sadiq sampai suhu turun..
lepas tu, doktor bagi ubat demam & antibiotik..
dan kami dibenarkan pulang ke rumah..
dan kena monitor keadaan Sadiq sebaik mungkin...

dan esok nya hari Isnin, Papa ambik cuti jaga Sadiq kat rumah..
Mama pulak tak boleh nak cuti sebab ada training Asp.Net utk hari yg terakhir..

sehari di rumah, Alhamdulillah.. kesihatan Sadiq dah kembali normal..
hari Selasa dah hantar Sadiq ke taska lepas Mama call teacher Sadiq bertanya ada ke budak2 lain yang demam, batuk @ selesema..
dan teacher bagitau, budak lain semua sihat kecuali seorang baby 4 bulan yg selesema..
so, Mama tawakal dan berharap Sadiq ok bila kat Taska nanti..

sesungguhnya, pengalaman yang tak dapat kami lupakan...
dan lepas ni akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga bila menjaga Sadiq..

Ya Allah, terima kasih atas kurniaan Mu.. akan ku jaga amanah ini sebaik mungkin..