Instagram

Monday, May 09, 2005

Jari Anda...

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam
keadaan terbuka.

Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.....

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia
dan
apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.

Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa
hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.

Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus
ini.

Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan
berlian,
bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan
dugaan.

Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.

Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul
Jalil.

Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga.

Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.

Zaman remaja ditinggalkan.

Alam dewasa kian menjengah.

Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti
dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.

Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda.

Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu
macam
hantu lagi.

Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan
syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.

Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.

Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model
kepada
generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang
hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang
membanggakan.

Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.

Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada,
semua urusan berjalan lancar.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.

Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.

Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"

No comments: