Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10
saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan
antara sentuhan dan tahap kesihatan.
"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia
mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk
kesihatan tubuh."
"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan
maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan
bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak
Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam
anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang
di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang
bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan
kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri
juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati
pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan
kesihatan isteri.
"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan
digalakkan memeluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan
gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan
lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah.
No comments:
Post a Comment