Instagram

Wednesday, September 06, 2006

story for today...

MESTI BACA UTK TAULADAN !!!!
SEDIH..... SEDIH..... 'SSGGGTTT...

'Suatu petang di sebuah 'supermarket'.... Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila diaterperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya denganmata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanyadia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang danmengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer,sebab diaingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan limabijiepal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayarbarang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadituh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan makcik nak!!"kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesadengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tuaitu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik?maaflah saya tak tahu.

Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu."Aaaa.......mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan"kata perempuan itu."... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap'babai... mak!!'?"Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anakmakcik selalu buat macam tu pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashiermemasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tuaitu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki mudaitu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali danmelaung "Babai,mak!!!!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilangdari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerakke cashier untuk membayar barang-barangnya."Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh.Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamanapulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu."Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh."Haah???????!!!!"....

+++Moralnya,Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali, ada paham+++
Sedih kannn.....

No comments: