Friday, December 08, 2006

Wanita...

"Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak

Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan

Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam

Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

No comments: