There is only one happiness in life, to love and be loved.
Friday, March 16, 2007
yahooo... it's friday
syok nyer ari ni dh jumaat... penat nya mengharungi hari2 yg penuh dgn kemalasan dan kebosanan.... bila jumaat jer.. seronok nyer...
lgpun ari ni boleh melalak menyanyi kt opis kuat2.. sonot nyer... xde sapa nk tegor.. xde sapa nk bising... aman sket telinga den...
so, what's plan for this weekend... rasa nk g memancing la.. tp kena la tanyer cik abg dulu... ayg follow plan abg jer.. tp ayg plan nk buat kek coklat kukus la minggu ni... ikut resipi fara.. hehehe... dh lama x wat testing2 memasak ni... apa2 aktiviti yg kitorg wat minggu ni.. akan diupdate later.. see ya... selamat berhujung minggu semua... i'm loving it..
Thursday, March 08, 2007
boring...
sejak akhir2 ni boring sangat dengan kerja ni.. masuk keja... asyik pikir bila nk balik ni.. bosan keja.. bosan nk browse internet.. semua nya bosan.. mungkin aku dh xder apa2 sebab yg boleh aku jadikan sebagai satu semangat utk aku bekerja.. apa yg aku nk sebenarnya.. mungkin sesuatu yg baru.. sesuatu yg berbeza... sesuatu yg boleh menaikkan semangat aku.. sesuatu yg dpt menceriakan hidup aku..
bila di rumah.. aku bahagia bersama seorang insan yg bergelar suami.. bahagia sgt wpun kami dh hampir 4 tahun hidup berdua.. tanpa kehadiran insan yg bernama anak.. kami redha dengan ketentuan Allah.. mungkin kami belum ada rezeki utk menimang cahaya mata.. apa yg boleh kami lakukan.. hanyalah berusaha seadanya dan memohon doa dari Allah s.w.t supaya hidup kami dilengkapi dengan tangisan bayi... buat masa sekarang kami masih bahagia berdua.. mcm2 aktiviti boleh kami lakukan berdua.. ye la.. mcm org selalu ckp.. sementara berdua ni.. boleh la nk enjoy & honeymoon.. aku masih blum jemu wpun kami masih berdua.. biar lah apa org ckp.. apa org nk tanya.. telinga aku dh lali.. mulut aku dh penat nk menjawab.. yg penting kami bahagia.. kami gembira..
berbalik pasal kerja.. mcm2 perkara yg boleh membuatkan aku berasa sangat bosan.. sangat jemu.. sangat malas... keadaan sekeliling yg kadang2 membuatkan aku terasa mual.. bila ada manusia2 yg suka menyibuk hal org.. bila ada manusia2 yg tak pernah pikir hal susah senang org lain.. asyik jaga periuk nasik sendiri saja.. kadang2 aku x paham la dgn perangai org.. diorg x pikir ker mcmana yg aku pikir... ye la.. nama pun manusia... rambut sama hitam.. hati lain2.. oleh sebab itu, aku perlu mencari jalan supaya hidup aku lebih bermakna, lebih bahagia, lebih ceria...
lastly, buat suami terchenta...
abg, ayg sayang abg sampai bila2.. hanya abg lah tempat ayg mengadu, tempat ayg bercerita, tempat ayg melepas geram.. segala2nya pada abg.. abg jgn jelak dgn sikap ayg mcm ni.. ayg tau.. ayg selalu marah2 kt abg.. selalu ckp kuat2 kt abg.. tp abg sabar jer.. abg terima jer apa yg ayg ckp.. abg xde marah2 ayg pun.. xde nk tengking2 ayg pun... ayg syg sgt ngan abg...
.. cukup dulu buat ari ni.. utk menghilangkan kebosanan ku ..
Monday, March 05, 2007
TIP PIKAT ISTERI
1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri.
2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.
3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.
4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin.
5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri.
6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri.
7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.

Subscribe to:
Posts (Atom)