Instagram

Tuesday, April 17, 2012

3 bulan sudah..

Alhamdulillah, my little hero hari ni dah berusia 3 bulan..
dah pandai sekarang ni merajuk-rajuk.. tambah-tambah lagi kalau lambat bagi susu..
pastu, bila Mama marah-marah manja kat dia bila dia nangis.. terus mulut nya 'sebek'..
agaknya dah faham lah tu Mama marah dia.. sian my little baby... Mama sayang awak banyak sangat tau..
awak jer lah jantung hati Mama.. :)

sekarang ni Sadiq masih di kampung halaman Mama di Perlis..
masih lagi MakTok menjaga Sadiq.. belum mahu dilepas sepenuhnya ke jagaan Mama & Papa lagi..
nak tunggu Sadiq dah keras lehernya.. baru lah diorg percaya kot..
sambil-sambil tu Mama & Papa mencari jugak pengasuh kat area taman perumahan kami..
masa cuti hari rabu lepas (Mama tak cuti yer..), Papa gi jalan-jalan kat area taman kami tu.. dapat dah lah orang yang sudi nak mengasuh Sadiq..
cuma nya.. Mama belum buat keputusan sebab Mama tak pergi tengok sendiri rumah nya dan berjumpa dengan orang nya lagi..
nanti berkesempatan Mama nak pegi lah.. kena soal siasat jugak lah.. harap-harapnya semua berjalan dengan lancar.. insyaAllah..

pasal perkembangan Sadiq pulak..
sekarang ni kaki kanan dia tu sangat lah kuat.. dah boleh melonjak ke atas kalau letak dia baring atas lantai.. memang aktif anak Mama ni..
selalunya perangai dia berubah-ubah tiap-tiap minggu..
hehe.. macam dia tahu jer bila Jumaat malam, dia akan ubah perangai..
tak nak tidor malam lah, nak nangis-nangis lah..
sebab dia tahu Papa & Mama sampai rumah MakTok dah.. hehe.. clever boy...

pastu, bila pagi Isnin.. Mama & Papa bangun pukul 5.30 pagi nak siap-siap balik Kulim nak kerja.. Sadiq pun bangun...
mata terbukak luas jer... dok tengok jer Mama & Papa bersiap.. nak ikut ke sayang??
kalau MakTok boleh ikut Mama balik Kulim.. dah lama Mama bawak awak balik sekali dengan MakTok tau... senang hati Mama.. hari-hari boleh tengok muka comel awak tu.. :)

bila dah masuk 3 bulan ni.. makanya Sadiq akan kena inject utk 3 bulan la pulakkan...
berdebar-debar nak tahu berat badan dia sekarang..
hari tu kami timbang guna penimbang kati tu... berat dia dah 5.1kg..
selalunya tak sama bila pegi timbang kat klinik..
tak sabar nak tunggu.. hihi...

sekarang ni kalau nak mandikan Sadiq, sangat lah lenguh tangan nak mengampu badan dia kat dalam besen mandi..
dah la dia suka melonjak-lonjak.. risau je terlepas nanti..
badan plak dah bam bam kan.. memang terasa tumbuh muscle dah ni.. heheh..

pagi tadi MakTok bagitau, malam tadi Sadiq selesema..
kebetulan.. masa yang sama.. Mama pun selesema jugak.. ketat hidung Mama masa nak tido malam tadi..
mungkin kami sama-sama terjangkit masa weekend hari tu kot..
patut lah Sadiq asyik meragam jer.. mungkin badan dia lenguh-lenguh kot sebab nak selesema..
hopefully, Sadiq cepat sembuh ok.. tak mo lah selesema lama-lama.. kesian baby Mama ni..
tak nak lah Sadiq tak sihat.. risau lahh..

akhir kata... happy 3rd month birthday to my Akmal Sadiq.. :)


sayang awak banyak sangat!!! xoxo

1 comment:

naniklang said...

sekejap je sadiq dah besar..
besar lg bak juara yer sadiq..hehe