Instagram

Thursday, December 13, 2012

cerita hari ini

mari meng'up'kan entry baru.. sebab tengah bosan takdak kerja..
buat kerja production support.. tunggu ticket masuk baru ada kerja..
minggu ni memang takde ticket baru.. so, baik aku melangok jer lah..
carik idea nak update blog, carik idea nak buat menu baru untuk Sadiq..

mesti kengkawan aku heran kan.. di usia ku yang dah kertu ni aku kena buat production support..
nak buat mcmana.. itu jer lah kerja yang menjamin masa depan aku di sini..
janji dapat gaji yang ok dan halal.. kerja apa pun takpa.. :)
dan yang penting, janji dapat stay kat Kulim ni dengan aman bahagia di samping keluarga terchenta..

apa lah yg mengarut-ngarut ni??

bila bosan-bosan macam ni.. asyik lah dok tengok jam.. lagi berapa jam nak balik..
nak balik jumpa hero kecik yang semakin hari semakin macam-macam akalnya..
nak menatap muka comel hero kecik ku itu..
nak dengar dia membebel.. alahaiii.. comel nyaa..

skill terbaru dan terkini adalah...
cubaan memanjat tangga..
ceritanya mcm ni..
malam tadi lepas habis tengok cerita kat TV3 yg pukul 7 tu..
aku pun nak naik atas.. nak mandi dan kemas2 kat atas sikit..
papa nya ada kat bawah.. masa tu Sadiq dok merangkak ke sana sini mencari bahan nak mengemas..
bila nampak jer aku naik atas, terus dia meluru ke tangga..
dan terus aku panggil papa nya.. tapi aku suruh monitor jer tengok apa yg dia nk buat..
dan sempat jugak lah aku snap gambar cubaan dia nak panjat tangga..
sempat 1 anak tangga jer.. papa nya dah ambik Sadiq.. risau anak dia jatuh tergolek la tu..
hehe..


pastu aku ada ambik video Sadiq tengah dok mengeluarkan bunyi "pa pa pa papa..."
dan jugak video dia berjalan dipimpin oleh papa..
tapi video tu kat dalam henpon papa.. kalo sempat malam ni aku upload & share kat sini.. :)

malam tadi jugak hero kecik ni tido agak awal la.. dalam kol 9 lebih...
masa tido dia selalu nya kol 10 - 11.. tu pun kalo dia tido sekejap dlm kol 7 tu..
disebabkan tido awal, beberapa kali jugak la dia terjaga..
yang kelakar nya.. masa aku tengah dok layan Adam & Hawa.. masa tu dia dok alih-alihkan badan..
pusing ke kanan ke kiri.. tiba-tiba dia bangun duduk.. tapi mata dok pejam.. hahahha
pastu, cepat-cepatlah aku baringkan dia balik.. tepuk-tepuk sikit dan dia tidur semula..
pastu, pukul 3 pagi bunyi-bunyi menangis sebab nak susu..
aku bangun buat susu, pastu bagi dia menyusu dan aku tertidur..
sekali pagi tadi encik suami cerita, masa dia sedar dalam kol 3 lebih tu.. susu Sadiq dah habis minum.. tapi dia takde kat tempat tidor dia..
untuk pengetahuan, kami tidor bentang toto kat depan tv jer.. heheheh..
rupa-rupanya Sadiq tengah main sorang-sorang kat atas karpet kat hujung kaki kitorng..
dok merangkak dan main-main..
dah tu, encik suami ambik dia.. dodoi dodoi.. sampai lah dia tertidur..
semangat nak main lagi tu walaupun dah tengah malam.. huhu..

ok lah.. tu jer nak cerita.. bye.. ;)

3 comments:

JunAina said...

Tunggulah Sadiq dapat kaki nanti mama...akan Sadiq balas dendam...eheheee...

Comeynyaaa...

Aizura said...

harap2 boleh kuruih la mama pas ni.. hehehhe

ctfarazila said...

dah kena pasang safety gate kt tangga tu... bahaya...