Instagram

Wednesday, January 30, 2008

peringatan untuk diri sendiri...

artikel ini forward by Fara.. thanks..

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh
ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku
mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu....



bila baca artikel ni.. aku teringat akan susah payah mak aku besarkan aku & kakak aku smpi ke tahap sekarang di mana kala itu kami ada mslh keluarga yg agak peribadi untuk aku kongsi bersama... byk sgt jasa mak pada kami.. mak sanggup berkorban hati dan perasaan semata-mata untuk melihat kami berjaya dalam hidup.. mak selalu berpesan supaya berusaha keras mencari ilmu supaya kami boleh mencari pekerjaan sendiri.. walaupun dah berkahwin.. tapi kalau kita ada mata pencarian sendiri, hidup lebih senang.. mak berpesan berdasarkan pada pengalaman mak sendiri... aku & kakak tahu apa yang mak lalui sepanjang kehidupan mak.. tapi mak mmg seorg yang penyabar.. aku rasa aku pun tidak sesabar mak.. pengorbanan mak mmg akan aku kenang smpi bila..

di saat aku menulis ini.. mata ku bergenang air mata teringatkan apa yang mak dh korbankan untuk kami sekeluarga... alhamdulillah.. selama aku dah bekerja.. aku x pernah terlupa untuk mengirim wang buat mak.. walaupun sedikit, mak x pernah nk merungut.. aku mahu lihat mak bahagia sekarang.. dgn usia sekarang mak dah boleh bergembira dan berbahagia.. usah dikenang perkara yang dah lepas dan akan datang.. kita boleh tangani bersama-sama.. aku & kakak amat sayangkan mak.. disebabkan mak lah kami boleh hidup seperti sekarang.. walaupun tak mewah, tp alhamdulillah boleh mencari rezeki sendiri... MAK, ADIK SAYANG MAK SEPENUH HATI...

2 comments:

Harni Safarina said...

Weh..sedihnya baca artikel ibu nie.

Teringat kat mak aku..uwaaaaaaaaa

Aizura said...

tu la.. aku sedih sampai dok teryak sorg2.. seb baik laki aku xdak..