Wednesday, July 27, 2011

hik hik....

Sedang chatting...

Nanti lah cerita pasal apa yg dichatting.. Keputusan yg tak best.. :-[
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 22, 2011

Biskut Oat ku yang hangit

dari kat ofis lagi aku dah semangat ni. sebab terjumpa resepi Biskut Oat. pikir punya pikir, banyak oat tersadai kat rumah. hari tu masa semangat makan oats, aku beli pack besar. tapi takper, tak rugi pun. :)

lepas dah tengok resepi, eh! senang jer lah. apa kata kita try test tengok. :D
lepas balik kerja, tunggu en suami balik. pastu, pergi kedai bakeri sebab nak beli bekas untuk isi popia simpul untuk raya ni. nak bawak balik untuk mak. pastu, beli sekali minyak sapi. semangat berkobar-kobar ni.

balik rumah, lepak kejap. lepas maghrib, mandi dan sebagai nya. terus menjalankan aktiviti menguli tepung untuk membuat Biskut Oat. sambil mata melayan bola Malaysia vs Chelsea. 

akhirnya jadi lah biskut ku ini. semangat nak raya ke? padahal puasa pun belum. takde lah, sajer nak cuba. mana lah tahu boleh buat jadi biskut raya nanti (kalo rajin laaaa)

yang ni 1st edition yang keluar dari oven.. ikut resepi bakar 180 degree selama 20-25 minit.. aku letak 25 minit.. sekali masa 20 minit tu jer dah bau hangit.. hahahah.. 


edisi kedua, aku letak 15 minit jer. so, well cooked. cuma part hitam-hitam tu adalah telur kuning. naper tak jadi kuning gold eh? naper lah jadi hitam. tak cantik aaa...


tapi rasa dia ok la. sedap.. aku suka.. en suami pun suka..
hari nak bawak balik perlis nak bagi family aku pulak rasa. :)

cuma nya aku letak semua minyak sapi 200gm tu, so adunan jadi lembik sket. tak boleh nak canai. aku buat jer lah bulat-bulat pastu penyekkan dengan garpu. hihi..


ni resepi nya..

Bahan-bahan ( 50-60biji )

200gm oat (kisar halus)
100gm gula halus
200gm tepung gandum
200gm minyak sapi (di cairkan)
secubit garam
kuning telur (disapu di atas biskut)
kepingan oat sebagai hiasan(optional)

Cara-cara

Gaul sebati semua bahan kering
Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga boleh di uli menjadi doh...awas, tidak perlu di habiskan kesemua minyak sapi sekiranya doh sudah lembut dan boleh di canai
terap dan sapukan kuning telur di atas biskut tadi, taburkan kepingan oat jika suka...
bakar dengan api 180c selama 20-25 min atau hingga masak -- aku bakar 15 minit je, sebab nanti hangit

Selamat mencuba...


Thursday, July 14, 2011

jerebu, jammed dan mee tomyam

ini cerita semalam. aku ke Bayan Lepas, setelah beberapa minggu stay kat Bukit Tengah. dan aku sangat suka sebab tak perlu nak menempuh jammed. tapi semalam, sebab ada meeting yang nak kena face-to-face, aku pegi lah jugak ke Bayan Lepas. pagi-pagi lagi memang dah jammed kat bridge. dah la jerebu agak tebal.


aku sampai kat ofis dah hampir sangat ke pukul 9. padahal aku masuk keje pukul 8. keluar rumah pukul 7.30 (nge he he he). selalu nya aku lewat dalam 15 minit ke 30 minit jer. :D
penat rasa badan bila tengok jammed macam tu. baru je keluar tol jambatan, terus jammed. benci betul.

petang pulak, tepat pukul 5 keluar ofis. keadaan jammed sangat masa nak masuk jambatan. oh tidak!! tak suka nya. dah la aku berangan nak balik masak ni. sempat ke tak nak masak. dah la sotong dan udang masih di tempat beku. hajatnya nak habiskan stok barang basah dalam peti sejuk. sebab esok/hari ini nak balik Jengka. kami naik bas malam ni. pukul 10.15 malam. semoga selamat sampai ke Jengka dengan selamat yer. InsyaAllah.


selingan: tujuan nak balik Jengka dengan bas adalah sebab nya sekejap je kami balik. Ahad balik semula ke Kulim. sebab Sabtu ada kenduri kawin adik ipar. so, rasa penatnya nak memandu. baik naik bas, boleh tidur sepanjang jalan. :) nak naik flight, takde pulak yang turun kat Jengka. yang ada turun kat Kuantan, 2 jam lebih perjalanan dari Jengka ke Kuantan. keretapi pun takder yang direct, kena turun KL dulu pastu hampir seharian kena tunggu untuk naik keretapi yang menghala Timur. oh tidak!!! last choice, bas je lah. :)

on the way balik, en suami call bagitau dia dah nak balik. aku masih di jambatan. so, aku mintak en suami lembutkan sotong dan udang menggunakan kaedah merendam dengan air. supaya cepat lembut.

dalam kepala otak aku dok terbayang nak buat mee tomyam je. aku sampai kat Kulim dah hampir pukul 7. terus pegi kedai barang basah. beli limau nipis, mee, daun sup, susu cair. pastu, terus balik rumah. bagus lah en suami ku, berjaya melembutkan udang sotong yang sejuk beku itu dengan cara dia letak je bekas udang sotong tu kat bawah paip air yang dibuka air nya. dia biarkan air mengalir tak berhenti kat udang sotong beku, sampai lah udang sotong lembut dan boleh diproses. :)

pastu, terus lah aku bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan nak dimasak. sambil dibantu en suami. kerja bertambah cepat bila sama-sama buat. tolong menolong. nak makan pun sama-sama kan. :)

dah siap masak, solat maghrib dulu. lepas tu terus lah dinner. aku tak boleh dinner lambat sangat sebab nak jaga pemakanan. diet lah katakan. tapi tak jugak kurus kurus.


dah kenyang makan. rehat rehat dulu. sambil tengok streaming kat laptop football match antara Malaysia vs Arsenal. punya la frust en suami ku sebab takde siaran langsung kat TV. nasib baik lah aku jumpa link streaming. dapat lah kami tengok. walaupun kekadang buffer. sabar menanti.

sebelum tidur, kemas kain baju yang nak dibawa balik ke kampung malam ni.

Tuesday, July 12, 2011

dinner malam ini...


Rendang daging + nasi putih beras herbaponi

Aku guna pes rendang segera jenama Aliff. Boleh tahan jugak rasanya. Ok la untuk tukang masak ekspress macam aku ni. Nak makan di rumah tapi nak masak dengan cepat.

Dah bagitau kat en suami nanti nak beli lagi pes segera ni untuk stok bulan puasa. Senang nak masak untuk sahur. Memandangkan mungkin puasa tahun ni agak sibuk dengan bisnes sampingan. Dan berharap jugak dapat menunaikan solat tarawih dengan penuh tahun ini. InsyaAllah.

Deal for today - ayg masak, abg gedik kaki.. Abg basuh kereta, ayg gedik kaki.. ;-)

Gedik = goyang

Published with Blogger-droid v1.7.2

pulut kukus + gulai udang


Akhirnya tercapai keinginan nak makan pulut dgn gulai udang. Sangat rajin aku, dari jumaat malam lagi aku dah buat gulai udang. Sambil merebus tulang rusuk nak buat sup. Dan malam tu jugak stay up sampai pukul 2 pagi menolong menyiapkan assignment untuk en suami. Alhamdulillah, siap semuanya.

Pagi sabtu, bangun dari tidur terus mengukus pulut. Untuk sarapan pagi. Sambil en suami sedang print assignment nya untuk dihantar ke lecturernya. Selesai pulut dikukus, kami pun sarapan. En suami tak pernah makan macam ni. Aku pernah sebab dulu mak aku pernah buatkan. Sebab tu lah tetiba teringin nak makan lagi.

Tengahari kami keluar ke Penang sebab nak hantar assignment en suami di rumah lecturernya. Balik dari Penang, terus g tempah sticker, terus balik ke rumah. Bersiap-siap nak balik Perlis pulak. Yahooo..

Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 08, 2011

bercita-cita...

eh? blogger macam dah upgrade lah..
interface untuk new post dah baru..
aku suka benda benda baru ni... :)

sebenarnya dok tunggu masa nak balik keje ni..
lagi 1/2 jam nak balik.. bosan giler lah keje takde.. hahahaha..
biasa laa.. jumaat kan..
mood cuti mari dari malam tadi lagi.. hahah..
lagi pulak minggu ni aku cuti sampai Isnin..
sebab apa? sebab esok adalah Birthday Yg DiPertua Penang..
so, Isnin dapat replacement leave..
i like..

eh, yg sebenarnya nak cerita.. (berapa kali sebenarnya daaaa..)
aku teringin nak makan pulut kukus bersama sama dengan gulai udang besar..
korang penah makan tak?
aku penah... sebab mak aku dulu penah buat..
sedapnya gulai udang mak aku masak..
kemanisan udang itu menjadikan gulai itu sangat lah sedap..
suka nyaaaa...
tak sabar nak buat..

kalau nak diikutkan minggu ni ingat nya nak balik Perlis..
so, aku dah berangan-angan dari awal minggu lagi nak mintak mak aku buat..
tapi, kemarin dah dapat confirmation dari en suami..
assignment dia tak sempat nak siapkan...
weekend ni lah jugak nak kena hantar..
2 assignment lak tu..
aku pun tolong buat jugak..
dah lah hari ni dia ada exam.. sampai demam lah en suami ku itu...
agaknya stress study + assignment + kerja kot..
kesian sangat kat dia.. sayang sangat kat dia.. :)
oleh itu, kami tak jadi lah nak balik Perlis minggu ni..
minggu depan nak balik Jengka.. kenduri adik ipar kahwin..
buat kecil-kecilan saja..

so, minggu sebelum puasa lah boleh nak balik Perlis pun..
maka, baik lah aku masak sendiri jer..
nanti kempunan pulak..
semalam dah beli beras pulut 1 kilo.. :)
hari ni.. aku ingat kejap lagi nak singgah pasar malam dekat rumah..
nak belikan udang.. harap harap adalah udang yang besar sedang sedang.. :)

nanti kalau menjadi masakan ku itu, akan ku update untuk tatapan korang yer..

Thursday, July 07, 2011

You Saka... Pergi Jauh jauh

Korang layan tak citer ni?
Aku tengah tengok ni..
Kelakar la cerita ni..
Last week aku takut nak tengok, sebab ingat citer hantu seram-seram..
Rupanya hantu citer kelakar..

Ada nabil.. Lawak la..
So, aku suka la nak layan lagi..

Dah la tu.. Merepek lak aku..

Published with Blogger-droid v1.7.2

Wednesday, July 06, 2011

pelikss!!

Hari ni macam biasa aku mkn mlm pukul 7 ptg. Makan nasik yer hari ni.
Biler balik rumah, perut berbunyi-bunyi tanda lapar.
Memang dah lama tak macam ni sejak aku berdiet (konon....) ni...
Apa yg aku makan petang tu memang cukup untuk menampung perut sampai waktu tidur..
Malam ni sangat tak tahan..
Lalu mengajak en suami pegi drive thru McD kat depan rumah ni..
Craving for ice cream.. No good la..
End up aku beli sundae chocs.. En suami ambik strawberry..
Tambah apple pie & nugget...
Haha... Hambik ko..

Risau!!
Jangan nafsu makan ku begini lagi esok..
Tak mau layan dah..

Ok lah..
Got to go.. Nak siap siap untuk tido..
Nite!!
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, July 05, 2011

hari minggu kami dengan menonton wayang.. :D

cerita terkini di panggung wayang yang kami tonton adalah SEKALI LAGI...


kami adalah peminat cerita melayu..
yang sebenarnya aku lah peminat setia cerita melayu.. tapi en suami pada awalnya terpaksa ikut..
tapi dah lama lama.. (dah 8 tahun kahwin dah pun).. en suami makin suka dengan cerita melayu..
cerita melayu yang dimaksudkan adalah drama, drama bersiri dan jugak filem..
marilah kita menyokong cerita melayu.. hehehhehe..

yang aku perasan, tahun ni banyak betul kan filem-filem melayu yang keluar di pawagam..
dan aku suka.. heheheh..

filem kedua terkini yang kitorang menonton adalah.. TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON 3D


kami menonton filem ni pada hari Jumaat malam.. di Big Cinemas, Giant Kulim..
balik kerja, en suami terus pegi beli tiket...
balik rumah, lepak-lepak.. lepas maghrib keluar gi makan dan terus gi menonton..
sebenarnya aku tak suka sangat nak layan cerita cerita action ni..
tapi lepas tengok Transformers siri 2 dulu.. terus jatuh chenta.. memang ternanti nanti nak tengok lagi..
en suami beli tiket untuk 3D.. memang kami over excited nak tengok effect 3D kat filem Transformers ni..
memang best effect nya.. leh nampak la air liur robots tu merecik-recik sampai depan mata.. hahaha
tapi yang tak best, aku tak selesa dengan spek 3D tu.. dah la besar.. tak selesa.. berat lak tu..
sampai menyempit kan pernafasan aku.. sebab spec tu menyepit hidung kemek ku ini..
sepanjang cerita, aku terpaksa menongkat spec tu dari melorot ke bawah hidung.. hahahah.. (korang bayangkan lah sendiri macamana.. )

lepas habis cerita.. en suami pun complain yang sama gak..
oleh itu.. kami bertekad nak tengok lagi cerita ni.. tapi yang bukan 3D version..
balik tu terus lah check schedule untuk hari Sabtu (esoknya)..
kali ni nak pegi tengok kat Sunway Carnival lak..
nak booking.. memang dah takde laa.. fully book..
show dari pagi sampai ke tengah malam memang dah full..
so, esok nya kami terus je lah pegi ke Sunway Carnival..
gi beratur nak beli tiket Transformers lagi..
yang tinggal semuanya seat depan sekali.. sampai lah ke show malam..
hmmm.. kuciwa..
so, plan B.. kami beli tiket Sekali Lagi.. layan gaks.. heheh..


Friday, July 01, 2011

Tupperware: Katalog 5/2011 (1 Julai - 6 Ogos 2011)

Tupperware set Hijau.. untuk Raya.. Hijau menarik tertarik.. 
mari.. mari.. mari..

Mari kita mengumpul barang-barang Tupperware yang pelbagai warna dan menarik ini..
Contact saya untuk mendapatkan harga yang lebih murah berbanding harga pada katalog..

Emel saya: shaqura@gmail.com

(sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar dan jelas)


















Jangan malu jangan segan untuk hubungi saya..
Saya sedia menjawap persoalan anda.. :)