Tuesday, July 12, 2011

pulut kukus + gulai udang


Akhirnya tercapai keinginan nak makan pulut dgn gulai udang. Sangat rajin aku, dari jumaat malam lagi aku dah buat gulai udang. Sambil merebus tulang rusuk nak buat sup. Dan malam tu jugak stay up sampai pukul 2 pagi menolong menyiapkan assignment untuk en suami. Alhamdulillah, siap semuanya.

Pagi sabtu, bangun dari tidur terus mengukus pulut. Untuk sarapan pagi. Sambil en suami sedang print assignment nya untuk dihantar ke lecturernya. Selesai pulut dikukus, kami pun sarapan. En suami tak pernah makan macam ni. Aku pernah sebab dulu mak aku pernah buatkan. Sebab tu lah tetiba teringin nak makan lagi.

Tengahari kami keluar ke Penang sebab nak hantar assignment en suami di rumah lecturernya. Balik dari Penang, terus g tempah sticker, terus balik ke rumah. Bersiap-siap nak balik Perlis pulak. Yahooo..

Published with Blogger-droid v1.7.2

No comments: