Instagram

Thursday, July 14, 2011

jerebu, jammed dan mee tomyam

ini cerita semalam. aku ke Bayan Lepas, setelah beberapa minggu stay kat Bukit Tengah. dan aku sangat suka sebab tak perlu nak menempuh jammed. tapi semalam, sebab ada meeting yang nak kena face-to-face, aku pegi lah jugak ke Bayan Lepas. pagi-pagi lagi memang dah jammed kat bridge. dah la jerebu agak tebal.


aku sampai kat ofis dah hampir sangat ke pukul 9. padahal aku masuk keje pukul 8. keluar rumah pukul 7.30 (nge he he he). selalu nya aku lewat dalam 15 minit ke 30 minit jer. :D
penat rasa badan bila tengok jammed macam tu. baru je keluar tol jambatan, terus jammed. benci betul.

petang pulak, tepat pukul 5 keluar ofis. keadaan jammed sangat masa nak masuk jambatan. oh tidak!! tak suka nya. dah la aku berangan nak balik masak ni. sempat ke tak nak masak. dah la sotong dan udang masih di tempat beku. hajatnya nak habiskan stok barang basah dalam peti sejuk. sebab esok/hari ini nak balik Jengka. kami naik bas malam ni. pukul 10.15 malam. semoga selamat sampai ke Jengka dengan selamat yer. InsyaAllah.


selingan: tujuan nak balik Jengka dengan bas adalah sebab nya sekejap je kami balik. Ahad balik semula ke Kulim. sebab Sabtu ada kenduri kawin adik ipar. so, rasa penatnya nak memandu. baik naik bas, boleh tidur sepanjang jalan. :) nak naik flight, takde pulak yang turun kat Jengka. yang ada turun kat Kuantan, 2 jam lebih perjalanan dari Jengka ke Kuantan. keretapi pun takder yang direct, kena turun KL dulu pastu hampir seharian kena tunggu untuk naik keretapi yang menghala Timur. oh tidak!!! last choice, bas je lah. :)

on the way balik, en suami call bagitau dia dah nak balik. aku masih di jambatan. so, aku mintak en suami lembutkan sotong dan udang menggunakan kaedah merendam dengan air. supaya cepat lembut.

dalam kepala otak aku dok terbayang nak buat mee tomyam je. aku sampai kat Kulim dah hampir pukul 7. terus pegi kedai barang basah. beli limau nipis, mee, daun sup, susu cair. pastu, terus balik rumah. bagus lah en suami ku, berjaya melembutkan udang sotong yang sejuk beku itu dengan cara dia letak je bekas udang sotong tu kat bawah paip air yang dibuka air nya. dia biarkan air mengalir tak berhenti kat udang sotong beku, sampai lah udang sotong lembut dan boleh diproses. :)

pastu, terus lah aku bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan nak dimasak. sambil dibantu en suami. kerja bertambah cepat bila sama-sama buat. tolong menolong. nak makan pun sama-sama kan. :)

dah siap masak, solat maghrib dulu. lepas tu terus lah dinner. aku tak boleh dinner lambat sangat sebab nak jaga pemakanan. diet lah katakan. tapi tak jugak kurus kurus.


dah kenyang makan. rehat rehat dulu. sambil tengok streaming kat laptop football match antara Malaysia vs Arsenal. punya la frust en suami ku sebab takde siaran langsung kat TV. nasib baik lah aku jumpa link streaming. dapat lah kami tengok. walaupun kekadang buffer. sabar menanti.

sebelum tidur, kemas kain baju yang nak dibawa balik ke kampung malam ni.

No comments: