Tuesday, October 23, 2012

Sadiq yang dah 9 bulan..

pada 17/10/2012.. sadiq berusia 9 bulan..
kejap je rasanya masa berlalu..
dah 9 bulan kami bersama-sama membesarkan sadiq..

Alhamdulillah sadiq jenis yang mudah dijaga..
9 bulan yg dulu ramai yg berkata.. "welcome to berjaga malam world"..
tapi Alhamdulillah.. sadiq tak menguji mama & papa terlalu hebat dengan berjaga sepanjang malam.. semoga terus begitu ye sadiq..
malam adalah masa untuk kita tidur dan berehat..
siang hari kita boleh bermain lagi.. :)

perkembangan sadiq sekarang..
- dah pandai menyusur cara komando..
- sambil menyusur, sambil mengangkat badan & bontot cara nak merangkak.. tapi masih belum berani nak mengorak langkah untuk  merangkak..
- kegemaran kepada henpon mama & remote astro.. kalau nampak 2 benda ni laju je dia menyusur..
- naik walker memang tak dinafikan lagi lah.. laju je pegi ke mana-mana yg dia nak.. especially, pintu menuju ke dapur.. sebab kat dapur ada peti ais yg ada mcm2 fridge magnet.. kalau  kita berjalan ke dapur, laju lah dia mengekor..
- pandai duduk dalam rocker dia diam-diam bila nak makan..
- bila dah kenyang, tak mau makan.. dia akan sembur air liur @ makanan yg ada dlm mulut.. not good la sadiq mcm tu..
- susah nak bagi minum susu kalau dia tak tidur lena.. sebab dia akan menolak pada percubaan pertama, kedua, ketiga.. dan akhirnya dia akan minum jugak sehingga habis 5 @ 6 oz susu..
- kalau nak keluar ke mana-mana, kami akan siapkan sadiq terlebih dahulu.. dan letakkan dia meniarap di lantai.. atau pun letak dia dlm baby cot sementara kami bersiap.. bila dia tgk je mama pakai tudung, terus dia akan menjerit-jerit supaya ambik dia.. takut kena tinggal la tu.. huhu..
- pagi-pagi bila hantar sadiq ke rumah pengasuh, kami akan babai dia.. tapi dia buat muka toya jerr. langsung tak mau pandang.. tapi bila petang, masa pegi ambik dia.. kalau dia tengah menyusu.. dgr jer kami bagi salam.. terus berenti minum susu.. dan berusaha nak datang ke pintu bila nampak muka kami.. he so excited nak balik rumah la tu.. (tu yg mama rindu nak ambik sadiq petang2 tu.. muka dia sgt lah ceriaaa )
- tak pandai lagi duduk sendiri.. berdiri sendiri pun tak pandai lagi.. 
- pasal makan pulak, sejak dah gigi 2 batang kat bawah mula tumbuh ni.. mama cuba nk bagi bubur nasik yg tak blend.. tapi, sadiq mkn dgn lah sgt lambat.. dan kadang2 2,3 sudu jer dh tak mau mkn.. then, bila blender halus.. laju je dia mkn.. rupa nya ini budak malas nk kunyah.. nk terus telan..
-  dah makan ikan, ayam, daging, tofu lembut, dan beberapa jenis sayur-sayuran... sadiq ni makan mmg tak cerewet.. cuma dia tak mau yg dia kena kunyah... so, kena lah mama mengusung blender kalau balik kampung..

tu jer lah serba sedikit yang mama teringat.. kalau ada lagi nanti mama update.. hehehhe

meh layan beberapa keping gambar sadiq yang comell ni.. geram nye mama kat awak ni.. miss u sayang...


sadiq kat dalam baby chair.. masa ni mama & papa dinner kat Restoran Qasar Hadramawt, Perda

dalam kereta petang semalam.. mama gi ambik sadiq sorg2 sbb papa bawak keta lagi satu gi buat alignment tayar.. car seat sadiq dlm kereta papa.. nasib baik lah rumah pengasuh dgn rumah mama dkt jer.. berani la mama bawak sadiq mcm ni..

berlagak macam budak besar.. relax je dia.. gerammssss...

Friday, October 12, 2012

si biru ku disondol..

semalam adalah hari kami kena bawak Sadiq ke hospital untuk follow up check up for premature..
walaupun perkembangan Sadiq agak OK, check up still kena pegi jugak sebab pihak hospital nak pantau perkembangan dia sampai lah diorg puas hati..
tapi mengikut kata doktor, check up ni akan berlanjutan sehinggalah Sadiq masuk sekolah.. :)
takper Sadiq, Mama & Papa akan ikut apa yang doktor sarankan..

appointment adalah pukul 8.15 pagi..
mengikut planning awal, Papa yang akan pergi sorang-sorang bawak Sadiq ke hospital..
Papa dah ambik 1/2 day leave.. Mama tak sebab Mama kan baru kerja.. so, cuti nak save untuk nak balik raya haji ke Jengka nanti..
tapi, Mama cuba-cuba jugak bertanya kat senior Mama.. boleh ke nak masuk kerja lambat sikit..
Alhamdulillah, senior Mama cakap ok jer.. lagipun sekarang ni belum ada kerja lagi..
masih lagi on job training tak habis-habis.. pengurusan kurang bagus di situ.. tak efisyen..
padahal Mama dah  masuk kerja 1 bulan lebih dah.. masih lagi training tak habis-habis..
hmmmm.. bosan ok..

ok.. lupakan pasal hal kerja Mama..
nak cerita apa yg berlaku semalam jer..

kami keluar rumah dengan 2 bijik kereta..
Mama bawak kereta biru, Papa bawak kereta putih bersama-sama dengan Sadiq..
kereta Papa kat depan, kereta Mama kat belakang masa berhenti kat trafik light simpang kg keladi..
tiba-tiba jer... berdentum kereta Mama kat belakang..
bila Mama tengok belakang, kereta Mama kena langgar dengan motorsikal.. yang ditunggang oleh seorang India (A)..
Mama bukak tingkap, pastu India tu cakap.. "it's ok kak.. it's ok.. "
pastu, ada seorang penunggang motor lain (B) bagitau.. "kak, teruk dia langgar ni kak.. baik turun tengok"..
yang masa tu si A dah cuba nak lari.. dgn cepat si B cabut kunci motor dia..
so, si A memang tak boleh nak gi mana2 masa tu..
Mama terus high  beam Papa kat depan.. nasib baik lah Papa perasan.. terus kami signal dan berhenti ke tepi..
masa tu si A motor nya dah mati.. dia start start tak mau hidup..
pastu, Papa turun kereta baru lah Mama bagitau yang kereta kena langgar.. dan tunjuk ke arah si A yg langgar tu..
si A tu, terus tolak motor datang ke tempat kami berhenti..
aku tak tau lah apa bangsa si A ni.. sepatah haram apa yg kami cakap dan apa yg dia cakap pun aku tak paham
aku cakap melayu pun dia tak paham.. aku cakap english pun dia tak paham..
takde pulak org India yg berhenti kat situ masa tu.. so, tak boleh nak tolong cakap dengan dia
ktorg syak dia ni pendatang haram.. entah motor sapa dia nak pun tak tau laa..
bila aku cakap, nak pegi balai polis.. dia cakap.. "no police.. no police.. ".. pastu, asyik cakap.. "cool down.. cool down.."
pastu, aku mintak duit.. dia keluarkan RM1 jer dari kocek dia..
memang susah betul communication nya..
aduhaii.. at last, ktorg ambik jer nombor plat motor dia..
pastu, biar jer lah dia pergi..
aku rasa dia tak pandai nak handle motor atau pun motor dia takde brek..
sebab bila nampak masa dia nak pergi tu.. terkangkang jer bawak motor..

tapi apa nak buat.. memang dah bukan rezeki kami kot..
kena lah baiki kereta sendiri..

rosak nya kat bumper belakang.. terkoyak..



lepas tu, kami terus lah pegi ke hospital..
nak selesaikan appointment Sadiq dulu..
nasib baik lah tak lama sangat kat hospital...
pukul 9.30 aku dah sampai ke ofis dengan membawa kereta putih, sementara Papa bawak kereta biru dan hantar Sadiq ke rumah pengasuh..
Papa terus ke bengkel mengetuk & mengecat nak tanya anggaran kos nak baiki..
orang kat bengkel bagitau anggaran dalam RM280 sekali dengan cat..
Alhamdulillah.. tak lah tinggi sangat kos nya.. kalau banyak sangat.. kami terpaksa jugak lah pegi buat report dan claim insurans..
tapi sebab tak banyak, tak payah lah nk claim insurans..
tapi aku rasa nak pegi jugak lah balai polis buat report pasal si A tu.. sebab aku rasa dia memang pendatang haram yang tak ada sebarang pengenalan diri.. motor tu pun tak tau lah motor siapa..

p/s: ujian dari Allah SWT kepada kita

Monday, October 08, 2012

hari minggu kami (kalau tak balik kampung)

weekend yg lepas memang kami takde ke mana pun..
pagi Sabtu tu Mama masakkan rolled oats + mangga untuk breakfast Sadiq..


disebabkan bangun awal, makan separuh jalan.. Sadiq terlentok..


petang jer keluar.. pegi melawat kawan Sadiq yang baru lahir di Balik Pulau..
Iqbal Hakim nama diberi oleh Mama & Papa nya..
tapi lupa betul nak ambik gambar Iqbal..

he so chomel and kecik jer.. tapi 3 kg tau..
teringat 7 bulan yg lalu masa mengendongkan Akmal Sadiq yg seberat 2.1kg jer masa tu..
how time flies.. sekarang Sadiq dah pun 8 bulan 3 minggu.. dan berat mengikut digital scale kami kat rumah tu adalah 8.9kg pagi ni..
betul ke aaa??
apa2 pun tunggu hari khamis ni sebab nak bawak Sadiq ke Hospital Kulim untuk follow up check up.. nanti kita timbang Sadiq dan update lagi kat sini.. :)

1st time jugak bawak Sadiq merentasi laut ke Pulau Pinang menaiki jambatan..
nanti-nanti Papa cakap nak bawak Sadiq naik feri pulak..
tapi, Sadiq ni bila dah naik kereta.. harus lah tidur..
dia terbangun bila dah di penghujung Jambatan Pulau Pinang dah..
sementara nak sampai ke Balik Pulau tu, 2 kali lah Sadiq terlelap di dalam kereta..

Sadiq so behave masa kat rumah orang dan membuatkan semua org memuji Sadiq.. :)
kembang kuncup hati Mama bila orang puji Sadiq tau..
kitorg biarkan dia meniarap kat ruang tamu rumah, dan kami bersembang2..
dia langsung tak bunyi ekk ekk macam kat rumah kami..
leka jer bermain..
kalau kat rumah, bila tak nampak muka Mama atau Papa.. terus melalak..
kadang2 kita kat sebelah dia pun dia nak bunyi jugak.. memang mencari perhatian la tu..
apa-apa pun Sadiq.. kamu sangat comel di hati Mama & Papa.. kamu lah racun & penawar buat kami.. :)

hari ahad.. pagi-pagi Sadiq dok bergolek-golek..
sebab selalunya dia suka bangun sebelum Mama & Papa bangun..
tapi dia tak menangis pun.. cumaaa.. dia akan bergolek ke sana ke sini..
sampai lah dia dapat menyentuh mana-mana bahagian badan Mama & Papa, dan terus ditepuk2 menggunakan tangan atau kaki dia..
cara dia nak mengejutkan kitorang bangun la tu..

selalunya bila weekend, kami adalah malas nak naik ke atas..
so, bentang toto.. tidur jer lah kat bawah..
berleluasa lah hero kecik tu menjelajah kalau dia yang bangun dulu..

dia dah pandai cari puting dia kalau dok bergolek-golek atas toto tu..
dah pandai suap sendiri ke dalam mulut..
kadang2 ada jugak lah tersasar ke lain.. hehe..


Mama sekarang ni memang lah sangat malas nak memasak..
rajin masak untuk Sadiq jer..
tapi pagi ahad tu Mama malas jugak walaupun nak masak untuk Sadiq..
so, Sadiq breakfast Cerelac jer lah yer.. ;)

lepas dah setel bagi Sadiq sarapan, kami keluar..
sebab Mama & Papa pulak nak breakfast..

lepas tu, balik rumah... Papa tinggalkan kami berdua di rumah dan Papa keluar bawak kereta Mama pegi basuh..
Sadiq ni behave je kalau Papa takde kat rumah..
dia selalu nak merengek2 dengan Papa sebab Papa lah yang selalu main dengan dia..
Mama jaga hal makan pakai Sadiq jer.. hihi..

untuk lunch Sadiq, Mama masakkan bubur nasi + taufu lembut + ayam + kacang buncis + bayam..
Sadiq sangat sukaaa... makan bertambah2..

petang sikit dalam kol 2 lebih.. keluar lagi..
mencari makan lunch untuk Mama & Papa pulak..
memang Mama cuti memasak untuk kami berdua.. hanya untuk Sadiq jer yang dimasak. hihi..
lagipun masa cuti lah masa nya Mama nak prepare makanan seminggu untuk Sadiq..

lepas Mama & Papa mengenyangkan perut.. kami ke car wash..
bawak kereta Papa pulak untuk dicuci..
so, ini hero kecik menjadi big boss.. terus je angkat car seat dia keluar..


dah setel basuh kereta Papa.. balik rumah..
Mama prepare untuk buat chicken stock pulak.. once again.. untuk my dearest hero kecik..
2 jam didihkan stock ni.. baru lah betul-betul rasa umphhh... :)


dah malam.. lihat lah apa hero kecik ni dok buat..
kami dok layan tv.. dia pulak melawat kawasan..
ni adalah tempat feveret dia..
stor kat bawah tangga.. suka sangat dok perhati barang2 kat situ..
agaknya tengah buat plan bila dah pandai 'mengemas' nanti..
get ready Papa!!! eh.. Papa pulak.. hihihi..