Monday, October 08, 2012

hari minggu kami (kalau tak balik kampung)

weekend yg lepas memang kami takde ke mana pun..
pagi Sabtu tu Mama masakkan rolled oats + mangga untuk breakfast Sadiq..


disebabkan bangun awal, makan separuh jalan.. Sadiq terlentok..


petang jer keluar.. pegi melawat kawan Sadiq yang baru lahir di Balik Pulau..
Iqbal Hakim nama diberi oleh Mama & Papa nya..
tapi lupa betul nak ambik gambar Iqbal..

he so chomel and kecik jer.. tapi 3 kg tau..
teringat 7 bulan yg lalu masa mengendongkan Akmal Sadiq yg seberat 2.1kg jer masa tu..
how time flies.. sekarang Sadiq dah pun 8 bulan 3 minggu.. dan berat mengikut digital scale kami kat rumah tu adalah 8.9kg pagi ni..
betul ke aaa??
apa2 pun tunggu hari khamis ni sebab nak bawak Sadiq ke Hospital Kulim untuk follow up check up.. nanti kita timbang Sadiq dan update lagi kat sini.. :)

1st time jugak bawak Sadiq merentasi laut ke Pulau Pinang menaiki jambatan..
nanti-nanti Papa cakap nak bawak Sadiq naik feri pulak..
tapi, Sadiq ni bila dah naik kereta.. harus lah tidur..
dia terbangun bila dah di penghujung Jambatan Pulau Pinang dah..
sementara nak sampai ke Balik Pulau tu, 2 kali lah Sadiq terlelap di dalam kereta..

Sadiq so behave masa kat rumah orang dan membuatkan semua org memuji Sadiq.. :)
kembang kuncup hati Mama bila orang puji Sadiq tau..
kitorg biarkan dia meniarap kat ruang tamu rumah, dan kami bersembang2..
dia langsung tak bunyi ekk ekk macam kat rumah kami..
leka jer bermain..
kalau kat rumah, bila tak nampak muka Mama atau Papa.. terus melalak..
kadang2 kita kat sebelah dia pun dia nak bunyi jugak.. memang mencari perhatian la tu..
apa-apa pun Sadiq.. kamu sangat comel di hati Mama & Papa.. kamu lah racun & penawar buat kami.. :)

hari ahad.. pagi-pagi Sadiq dok bergolek-golek..
sebab selalunya dia suka bangun sebelum Mama & Papa bangun..
tapi dia tak menangis pun.. cumaaa.. dia akan bergolek ke sana ke sini..
sampai lah dia dapat menyentuh mana-mana bahagian badan Mama & Papa, dan terus ditepuk2 menggunakan tangan atau kaki dia..
cara dia nak mengejutkan kitorang bangun la tu..

selalunya bila weekend, kami adalah malas nak naik ke atas..
so, bentang toto.. tidur jer lah kat bawah..
berleluasa lah hero kecik tu menjelajah kalau dia yang bangun dulu..

dia dah pandai cari puting dia kalau dok bergolek-golek atas toto tu..
dah pandai suap sendiri ke dalam mulut..
kadang2 ada jugak lah tersasar ke lain.. hehe..


Mama sekarang ni memang lah sangat malas nak memasak..
rajin masak untuk Sadiq jer..
tapi pagi ahad tu Mama malas jugak walaupun nak masak untuk Sadiq..
so, Sadiq breakfast Cerelac jer lah yer.. ;)

lepas dah setel bagi Sadiq sarapan, kami keluar..
sebab Mama & Papa pulak nak breakfast..

lepas tu, balik rumah... Papa tinggalkan kami berdua di rumah dan Papa keluar bawak kereta Mama pegi basuh..
Sadiq ni behave je kalau Papa takde kat rumah..
dia selalu nak merengek2 dengan Papa sebab Papa lah yang selalu main dengan dia..
Mama jaga hal makan pakai Sadiq jer.. hihi..

untuk lunch Sadiq, Mama masakkan bubur nasi + taufu lembut + ayam + kacang buncis + bayam..
Sadiq sangat sukaaa... makan bertambah2..

petang sikit dalam kol 2 lebih.. keluar lagi..
mencari makan lunch untuk Mama & Papa pulak..
memang Mama cuti memasak untuk kami berdua.. hanya untuk Sadiq jer yang dimasak. hihi..
lagipun masa cuti lah masa nya Mama nak prepare makanan seminggu untuk Sadiq..

lepas Mama & Papa mengenyangkan perut.. kami ke car wash..
bawak kereta Papa pulak untuk dicuci..
so, ini hero kecik menjadi big boss.. terus je angkat car seat dia keluar..


dah setel basuh kereta Papa.. balik rumah..
Mama prepare untuk buat chicken stock pulak.. once again.. untuk my dearest hero kecik..
2 jam didihkan stock ni.. baru lah betul-betul rasa umphhh... :)


dah malam.. lihat lah apa hero kecik ni dok buat..
kami dok layan tv.. dia pulak melawat kawasan..
ni adalah tempat feveret dia..
stor kat bawah tangga.. suka sangat dok perhati barang2 kat situ..
agaknya tengah buat plan bila dah pandai 'mengemas' nanti..
get ready Papa!!! eh.. Papa pulak.. hihihi..


No comments: