Instagram

Friday, October 12, 2012

si biru ku disondol..

semalam adalah hari kami kena bawak Sadiq ke hospital untuk follow up check up for premature..
walaupun perkembangan Sadiq agak OK, check up still kena pegi jugak sebab pihak hospital nak pantau perkembangan dia sampai lah diorg puas hati..
tapi mengikut kata doktor, check up ni akan berlanjutan sehinggalah Sadiq masuk sekolah.. :)
takper Sadiq, Mama & Papa akan ikut apa yang doktor sarankan..

appointment adalah pukul 8.15 pagi..
mengikut planning awal, Papa yang akan pergi sorang-sorang bawak Sadiq ke hospital..
Papa dah ambik 1/2 day leave.. Mama tak sebab Mama kan baru kerja.. so, cuti nak save untuk nak balik raya haji ke Jengka nanti..
tapi, Mama cuba-cuba jugak bertanya kat senior Mama.. boleh ke nak masuk kerja lambat sikit..
Alhamdulillah, senior Mama cakap ok jer.. lagipun sekarang ni belum ada kerja lagi..
masih lagi on job training tak habis-habis.. pengurusan kurang bagus di situ.. tak efisyen..
padahal Mama dah  masuk kerja 1 bulan lebih dah.. masih lagi training tak habis-habis..
hmmmm.. bosan ok..

ok.. lupakan pasal hal kerja Mama..
nak cerita apa yg berlaku semalam jer..

kami keluar rumah dengan 2 bijik kereta..
Mama bawak kereta biru, Papa bawak kereta putih bersama-sama dengan Sadiq..
kereta Papa kat depan, kereta Mama kat belakang masa berhenti kat trafik light simpang kg keladi..
tiba-tiba jer... berdentum kereta Mama kat belakang..
bila Mama tengok belakang, kereta Mama kena langgar dengan motorsikal.. yang ditunggang oleh seorang India (A)..
Mama bukak tingkap, pastu India tu cakap.. "it's ok kak.. it's ok.. "
pastu, ada seorang penunggang motor lain (B) bagitau.. "kak, teruk dia langgar ni kak.. baik turun tengok"..
yang masa tu si A dah cuba nak lari.. dgn cepat si B cabut kunci motor dia..
so, si A memang tak boleh nak gi mana2 masa tu..
Mama terus high  beam Papa kat depan.. nasib baik lah Papa perasan.. terus kami signal dan berhenti ke tepi..
masa tu si A motor nya dah mati.. dia start start tak mau hidup..
pastu, Papa turun kereta baru lah Mama bagitau yang kereta kena langgar.. dan tunjuk ke arah si A yg langgar tu..
si A tu, terus tolak motor datang ke tempat kami berhenti..
aku tak tau lah apa bangsa si A ni.. sepatah haram apa yg kami cakap dan apa yg dia cakap pun aku tak paham
aku cakap melayu pun dia tak paham.. aku cakap english pun dia tak paham..
takde pulak org India yg berhenti kat situ masa tu.. so, tak boleh nak tolong cakap dengan dia
ktorg syak dia ni pendatang haram.. entah motor sapa dia nak pun tak tau laa..
bila aku cakap, nak pegi balai polis.. dia cakap.. "no police.. no police.. ".. pastu, asyik cakap.. "cool down.. cool down.."
pastu, aku mintak duit.. dia keluarkan RM1 jer dari kocek dia..
memang susah betul communication nya..
aduhaii.. at last, ktorg ambik jer nombor plat motor dia..
pastu, biar jer lah dia pergi..
aku rasa dia tak pandai nak handle motor atau pun motor dia takde brek..
sebab bila nampak masa dia nak pergi tu.. terkangkang jer bawak motor..

tapi apa nak buat.. memang dah bukan rezeki kami kot..
kena lah baiki kereta sendiri..

rosak nya kat bumper belakang.. terkoyak..



lepas tu, kami terus lah pegi ke hospital..
nak selesaikan appointment Sadiq dulu..
nasib baik lah tak lama sangat kat hospital...
pukul 9.30 aku dah sampai ke ofis dengan membawa kereta putih, sementara Papa bawak kereta biru dan hantar Sadiq ke rumah pengasuh..
Papa terus ke bengkel mengetuk & mengecat nak tanya anggaran kos nak baiki..
orang kat bengkel bagitau anggaran dalam RM280 sekali dengan cat..
Alhamdulillah.. tak lah tinggi sangat kos nya.. kalau banyak sangat.. kami terpaksa jugak lah pegi buat report dan claim insurans..
tapi sebab tak banyak, tak payah lah nk claim insurans..
tapi aku rasa nak pegi jugak lah balai polis buat report pasal si A tu.. sebab aku rasa dia memang pendatang haram yang tak ada sebarang pengenalan diri.. motor tu pun tak tau lah motor siapa..

p/s: ujian dari Allah SWT kepada kita

1 comment:

Mazatul Azura Muhamad said...

Rasanya elok jugak report tu cik Zura.. Bukan untuk kite jer.. tapi manalah taw kalau kene kat org lain jugak... Agak-agaknya dia buat tak faham jer kot.. huhuhu (Fikiran jahat sudah datang..)