Instagram

Wednesday, March 13, 2013

Hari ke-2 Sadiq di nursery

hari ni hari ke-2 hantar Sadiq ke nursery Comey Ku Ceria..
semalam adalah hari pertama.. waktu lunch tengah hari aku pegi jengok dia..
plan awalnya memang aku tak mau pegi tengok pun.. 
sebab kalau pegi, mesti nanti Sadiq nak melekat je kat aku..
tu pun aku suruh Papa Sadiq tunggu dalam kereta jer..
kalau tak, lagi teruk keadaan nya nanti..
tapi, masa aku call pengasuh kat situ, diorg cakap Sadiq asyik menangis nak suruh dukung..
pastu, aku dengar pulak suara Sadiq tengah menangis..
dah tak senang duduk la aku..

masa aku pegi jengok tu, Sadiq ok jer..
aku dok pesan kat dia.. "Sadiq jgan lah nangis2 dok sini.. nanti petang Papa ambik Sadiq.. "
Sadiq pun dok "hmm.. hmm.." bila aku dok pesan cam tu..
macam paham je apa yg aku cakap..
lebih kurang 10 minit aku duduk situ, aku pun nak gerak lah..
masa aku bangun jer, dia pun mula nangis..
tapi aku tinggal jugak lah..

petang nya, Papa nya jemput.. sebab aku tak balik sekali petang semlm..
ada agenda lain ke Mayfair.. hehehhe.. (lain entry lah cerita, tu pun kalo rajin.. hihihi)

pastu, pagi tadi aku hantar Sadiq sendirian..
sebab incik suami pegi keja naik keta lagi satu.. sebab ptg ni dia nak main futsal..
so, tak balik sama-sama lah petang nanti..
on d way tu, macam2 la aku dok pesan kat Sadiq..
dia pulak mengaku je bila aku pesan-pesan kat dia..
macam sangat paham..

sampai kat depan gate nursery, aku keluarkan Sadiq dari kereta..
pastu, dia asyik la dok tengok budak-budak lain dok main kat depan rumah..
pastu, bila aku bagi kat salah sorang pengasuh situ, laju je dia nak pegi..
aku tak hantar Sadiq sampai ke dalam rumah.. risau dia menangis..
nampak dia ok je bila diorg masukkan dia ke dalam rumah..

then, pukul 10 tadi aku sms la tnya pengasuh situ, mcmana Sadiq hari ni..
dia reply bgtau "sama macam semalam, nak dukung"..
then, aku reply "cuba bawak dia main dgn budak2 kat bawah, sebab rasanya dia nak main. kalau dia main, dia tak gaduh la nk dukung.. dia baru nk biasakan diri kat situ.."
then, dia reply "ok. sadiq tengah tido skrg."

nursery tu adalah rumah 2 tingkat..
kat bawah diorg letak budak2 yg umur 2,3 thn..
kat atas diorg letak baby yg bawah 2 thn.. atau yg manja2 tu.. diorg letak kt atas..
termasuk la Sadiq pun dok kt atas jugak..
so, total baby yg duduk dlm bilik kat atas tu adalah dlm 7 org..

mungkin Sadiq bosan duduk dalam bilik kat atas tu..
mungkin dia nak main-main..
aku pun tak pasti lah..
so, pada pendapat aku.. pengasuh kat situ kena lah try & error nak pujuk dia..
ni boleh reply sms aku bgtau keadaan Sadiq mcm semalam jugak..
timbul rasa kurang puas hati aku di situ..

tapi walau bagaimana pun.. aku masih lagi nak cuba bagi Sadiq sesuaikan diri kat nursery tu..
biasa lah bila kat tempat baru..
walau kita sekali pun.. mesti akan rasa kekok bila berada di tempat baru..
dengan keadaan sekeliling yang baru dan orang yang baru..

aku harap sangat Sadiq tak stress..

Ya Allah, permudahkan lah urusan kami untuk memberikan keperluan yang terbaik kepada Sadiq.. Amin..

No comments: