Instagram

Monday, March 11, 2013

Kembali bertiga

Semalam hari ahad.. balik dari Perlis..
Bertiga dengan Sadiq...
Alhamdulillah dah dapatkan daycare utk Sadiq..
Nama tempatnya adalah Taska Comey Ceria, under BondaMama..
Near to our office.. memang laluan pegi keja hari2..
Sepatutnya hari ni adalah hari pertama nak hantar si kecik ni..
Tapi demam pulak.. start dari hari ahad lagi..
So, papa ambik E.L sbb nak jaga Sadiq pada hari ni..
Mama x boleh nak cuti @ wfh sbb ada training pulak kat ofc...
Risau pulak nak hantar Sadiq g taska walaupun badan dia dah kurg panas..
Dah la 1st day.. nanti mama tak boleh concentrate keja, dok teringat Sadiq pulak..
Takut kalau2 demam dia datang balik..
So, baik stay kat rumah dulu.. dan monitor sendiri..

Dan... esok mungkin adalah hari pertama nak hantar Sadiq ke taska..

Eh!! Tak tau lah dah cerita ke belum kenapa we ols cari pengasuh baru utkSadiq.,
Dalam fb dh mmg selalu cerita dah.. malas nak ulang cerita dah.. boleh?? Hihi

Mama yg lebih neves ni.. tak ready nak lepaskan Sadiq masuk taska..
Tak tau lah dia boleh nak sesuaikan diri ke tak..
Yang pasti pagi esok memang drama jugak laaa... huhu..
Jgn mama tumpang drama sekali dah la.. huhu...

Malam ni awal betul Sadiq tido..
Belum masuk pukul 8 tadi lagi dah tido..
Sampai lah skrg... jangan bangun berjaga nak main di tengah pagi buta yer Sadiq..
Sebab tido awal adalah... petang tadi tak tido..
Tido sekali jer, masa tghari..
Papa bgtau, dah cuba tidokan dia.. tapi dia tak nak..

Ok lah.. tu jer nak cerita..
Nanti bile free lagi, nak cerita pasal perkembangan Sadiq..

Banyak hutang entry aku ni..
Cerita pegi KK pun tak habis lagi.. dah basi pun...
Malasssssss sangatttttt...

Kegilaan aku skrg main Candy Crush la pulak..
Sapa2 yg sama2 addicted game ni, meh la bagi life kat aku.. selalu sgt kehabisan life..
So, kena tggu dpt new life baru bleh sambung main lagi..

Ok u olsss.. nk join Sadiq tidor...
Gud nite!!!

posted from Bloggeroid

1 comment:

Marina Dahlan said...

hahaha...saya baru start main candy crash...