Friday, July 22, 2011

Biskut Oat ku yang hangit

dari kat ofis lagi aku dah semangat ni. sebab terjumpa resepi Biskut Oat. pikir punya pikir, banyak oat tersadai kat rumah. hari tu masa semangat makan oats, aku beli pack besar. tapi takper, tak rugi pun. :)

lepas dah tengok resepi, eh! senang jer lah. apa kata kita try test tengok. :D
lepas balik kerja, tunggu en suami balik. pastu, pergi kedai bakeri sebab nak beli bekas untuk isi popia simpul untuk raya ni. nak bawak balik untuk mak. pastu, beli sekali minyak sapi. semangat berkobar-kobar ni.

balik rumah, lepak kejap. lepas maghrib, mandi dan sebagai nya. terus menjalankan aktiviti menguli tepung untuk membuat Biskut Oat. sambil mata melayan bola Malaysia vs Chelsea. 

akhirnya jadi lah biskut ku ini. semangat nak raya ke? padahal puasa pun belum. takde lah, sajer nak cuba. mana lah tahu boleh buat jadi biskut raya nanti (kalo rajin laaaa)

yang ni 1st edition yang keluar dari oven.. ikut resepi bakar 180 degree selama 20-25 minit.. aku letak 25 minit.. sekali masa 20 minit tu jer dah bau hangit.. hahahah.. 


edisi kedua, aku letak 15 minit jer. so, well cooked. cuma part hitam-hitam tu adalah telur kuning. naper tak jadi kuning gold eh? naper lah jadi hitam. tak cantik aaa...


tapi rasa dia ok la. sedap.. aku suka.. en suami pun suka..
hari nak bawak balik perlis nak bagi family aku pulak rasa. :)

cuma nya aku letak semua minyak sapi 200gm tu, so adunan jadi lembik sket. tak boleh nak canai. aku buat jer lah bulat-bulat pastu penyekkan dengan garpu. hihi..


ni resepi nya..

Bahan-bahan ( 50-60biji )

200gm oat (kisar halus)
100gm gula halus
200gm tepung gandum
200gm minyak sapi (di cairkan)
secubit garam
kuning telur (disapu di atas biskut)
kepingan oat sebagai hiasan(optional)

Cara-cara

Gaul sebati semua bahan kering
Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga boleh di uli menjadi doh...awas, tidak perlu di habiskan kesemua minyak sapi sekiranya doh sudah lembut dan boleh di canai
terap dan sapukan kuning telur di atas biskut tadi, taburkan kepingan oat jika suka...
bakar dengan api 180c selama 20-25 min atau hingga masak -- aku bakar 15 minit je, sebab nanti hangit

Selamat mencuba...


2 comments:

MiZ Rayy said...

bley try nie.. sy bru blajar buat kuih popia nestum bru2 nie. lg sng.. hehe.

Aizura said...

hi miz rayy.. cuba lah resepi biskut oat tu. sedap.. anak2 sedara sy sumernya suker sngt..
salam perkenalan. :)