Tuesday, July 05, 2011

hari minggu kami dengan menonton wayang.. :D

cerita terkini di panggung wayang yang kami tonton adalah SEKALI LAGI...


kami adalah peminat cerita melayu..
yang sebenarnya aku lah peminat setia cerita melayu.. tapi en suami pada awalnya terpaksa ikut..
tapi dah lama lama.. (dah 8 tahun kahwin dah pun).. en suami makin suka dengan cerita melayu..
cerita melayu yang dimaksudkan adalah drama, drama bersiri dan jugak filem..
marilah kita menyokong cerita melayu.. hehehhehe..

yang aku perasan, tahun ni banyak betul kan filem-filem melayu yang keluar di pawagam..
dan aku suka.. heheheh..

filem kedua terkini yang kitorang menonton adalah.. TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON 3D


kami menonton filem ni pada hari Jumaat malam.. di Big Cinemas, Giant Kulim..
balik kerja, en suami terus pegi beli tiket...
balik rumah, lepak-lepak.. lepas maghrib keluar gi makan dan terus gi menonton..
sebenarnya aku tak suka sangat nak layan cerita cerita action ni..
tapi lepas tengok Transformers siri 2 dulu.. terus jatuh chenta.. memang ternanti nanti nak tengok lagi..
en suami beli tiket untuk 3D.. memang kami over excited nak tengok effect 3D kat filem Transformers ni..
memang best effect nya.. leh nampak la air liur robots tu merecik-recik sampai depan mata.. hahaha
tapi yang tak best, aku tak selesa dengan spek 3D tu.. dah la besar.. tak selesa.. berat lak tu..
sampai menyempit kan pernafasan aku.. sebab spec tu menyepit hidung kemek ku ini..
sepanjang cerita, aku terpaksa menongkat spec tu dari melorot ke bawah hidung.. hahahah.. (korang bayangkan lah sendiri macamana.. )

lepas habis cerita.. en suami pun complain yang sama gak..
oleh itu.. kami bertekad nak tengok lagi cerita ni.. tapi yang bukan 3D version..
balik tu terus lah check schedule untuk hari Sabtu (esoknya)..
kali ni nak pegi tengok kat Sunway Carnival lak..
nak booking.. memang dah takde laa.. fully book..
show dari pagi sampai ke tengah malam memang dah full..
so, esok nya kami terus je lah pegi ke Sunway Carnival..
gi beratur nak beli tiket Transformers lagi..
yang tinggal semuanya seat depan sekali.. sampai lah ke show malam..
hmmm.. kuciwa..
so, plan B.. kami beli tiket Sekali Lagi.. layan gaks.. heheh..


2 comments:

BaggieSue said...

cube cik aizura try kat gsc plak, spek 3D dia okay... cam sunglasses biasa jerr :)

Aizura said...

hari tu mmg igt nk p tgk kt gsc sunway carnival, tp nk tgk yg non-3D. rasa lg puas kot. hehe. tp dh sold out pulak. huhu