Wednesday, October 19, 2011

kerja dan ganjaran

hari sabtu lepas memang banyak menghabiskan masa di rumah sajer. hari ahad jugak, seharian bertapa jer di dalam rumah. sebabnya keadaan cuaca yang mendung-mendung sangat best melepak di rumah sambil berbaring-baring bermalas-malasan. :)

yang nak diceritakan hal hari sabtu. bangun dari tidur, terus mengerah tenaga membersihkan bilik tidur kami. dah lama target nak mengemas membuang habuk habuk yang bertakhta. dan juga mengubah kedudukan barang-barang di dalam nya.

aku dah plan nak ubah katil dan mengubah suai ruang untuk bersolat di dalam bilik tidur kami tu. akhirnya ini lah ruang solat yang terhasil. Alhamdulillah. lebih luas dan selesa. hanya ruang ni jer yang boleh aku nak tunjuk. lain-lain tak boleh yer. hehehehe..


selesai menyapu, menvakum dan mengemop bilik, terasa sangat best. bilik dah bersih dan kemas. so, lepas ni kena lah rajin rajin kan lagi mengubah suai bilik ye. supaya semangat nak tidor.. haha.. kalo tak kemas pun semangat jer bila sampai masa nak tidor. letak jer kepala atas bantal, terus zzzZZZZzzzz..

sebagai ganjaran kami berdua mengemas bilik dan sebahagian ruang rumah yang lain, petang nya kami ke pasar malam. membeli bahan-bahan basah untuk stok di dalam peti ais. dan ganjaran besar nya adalah KETAM. hehe..

en suami terpandang ketam. dia memang hantu ketam. oh pleaseee.. aku suka makan ketam, tapi aku sangat lah malas nak mengupas kulit nya.

teringat masa kecik-kecik dulu, ayah aku selalu beli ketam atau pun udang lipan. mak akan rebus jer. pastu, kami meratah-ratah jer ketam tu. pastu, aku cerita lah kat en suami pasal tu. tu yang en suami excited nak beli ketam. nak suruh aku rebus jer. pastu meratah. best best..

selepas direbus, ini lah ketam nya.. kami beli 5 ekor jer. tu pun dah banyak gak tu. harga nya RM28. Alhamdulillah.. puas hati dapat meratah ketam. :)


ini lah ganjaran kami mengemas rumah.. size ketam yg paling besar tu en suami punya.. :D

Thursday, October 13, 2011

masak & makan

sesuailah tajuk entry dengan tuan punya blog..
aku suka masak dan aku suka makan.. tapi bukan la makan sorang-sorang.. aku suka masak untuk en suami ku makan laa.. kalo aku sorang, takde nyer aku nak masak gedeboommm kan.. hihi..

ni nak cerita pasal dinner malam tadi..
hari tu aku ada buat cili kicap terlebih pulak.. so, aku simpan jer dalam peti ais..
mengingatkan cili kicap tu aku tercari-cari menu apa yang boleh dimakan dengan cili kicap tu..
so, tertimbul idea untuk buat Mee Sup Ayam..

balik kerja semalam, terus singgah kat 1 kedai yang jual barang-barang basah je kat Taman Selasih..
beli ayam dan juga beberapa bahan lain yang sesuai digunakan..
salah 1 sebab aku rajin jugak nak masak bila balik kerja adalah wujudnya kedai ni..
kedai ni baru jugak lah bukak, dalam 4,5 bulan yg lepas (kalo tak salah aku la)
dan aku rasa sangat bagus idea owner kedai tu bukak kedai yg macam ni.. sememangnya tiap-tiap petang ramai orang yg baru balik kerja, singgah membeli di sini..
lagipun dia bukak di shop lot yang senang nak parking kereta kat tepi jalan dan masuk membeli dalam 10 minit dah setel..
daripada pergi ke Giant / Tesco.. mesti terjebak nak membeli barang lain pulak.. tak ke membazir duit dan masa je tu.. :)

aku pulak sekarang ni memang malas nak membeli barang-barang basah ni buat stok dalam peti ais.. sebab mood memasak aku kadang-kadang je ada.. bukan nyer hari-hari..
so, aku takut rosak je barang-barang tu kalau simpan dalam peti ais lama-lama..
sebab tu aku prefer beli bila aku nak masak jer.. :)

dan inilah Mee Sup Ayam yang aku masak untuk dinner semalam.. yang penting en suami suka.. luv it.. :)


dan ada lagi 1 cerita yg aku nak share dengan korang..
sekarang ni, aku boleh dikatakan hari-hari datang ke ofis di Bukit Tengah.. dan perjalanan aku ke ofis dari rumah adalah melalui jalan kawasan kampung.. di mana ramai makcik pakcik yang menjual nasik lemak & kuih muih di tepi-tepi jalan..
dan membuatkan aku tergoda nak membeli.. hihi..
dan sekarang ni.. memang wajib setiap hari kalau aku ke Bukit Tengah, memang aku akan singgah membeli nasik lemak & kuih muih kat sorang makcik ni kat area Machang Bubuk..
nasik lemak nyer simple jer.. tapi memang aku jadi ketagih la pulak.. huhu..
menu biasa.. adalah sambal + ikan bilis + telur goreng..
sampai kadang-kadang tu kalau tak ramai orang, makcik tu nampak je kereta aku berhenti, tak sempat nak keluar kereta lagi.. dah siap dah nasik lemak yg dia dah bungkus utk aku..
kalau ramai orang pun, aku berdiri je sengih-sengih kat situ.. makcik tu terus bungkuskan kat aku.. dah jadi regular customer dah.. hihi..


aku risau jugak asyik makan nasik lemak je ni..
tapi kalau hari bekerja, aku akan makan nasik 1 kali sajer.. hanya di waktu pagi jer lah..
lunch aku mkn kuih muih yg aku dah beli pagi tu.. dan malam selalu nya masak yg light-light jer.. macam yang aku masak malam tadi.. no nasik..
nasik aku masak kat rumah kalau hari minggu jer..
ubat diet pun tetaplah di makan.. tapi exercise jer tak sempat nak konsistenkan tiap tiap hari..
macam kejap jer masa aku kat rumah malam-malam..
entah lah busy dengan apa ntah.. macam-macam hal dipikirkan..
azam aku nak konsistenkan exercise supaya badan lebih mantap bukan gemok gelebeh.. hihi.. :D

ok lah.. tu jer nak cerita..

Wednesday, October 12, 2011

akibat mengantuk

semalam tengah sibuk la kepala otak ku memikir SQL query yang boleh meningkatkan process performance.. sampai kemengantukan yang amat sangat..
so, take a break.. berehat sebentar.. mari kita membuka blog..
dan mendapat 1 idea.. iaitu menukar layout blog ..
sebab, layout lama tu aku tak boleh nak adjust width untuk column post..
aku nak letak gambar besar-besar.. kalau aku letak gambar dengan size x-large.. gambar tu tak akan dipaparkan sepenuhnya sebab dah terkeluar frame.. not like laaa..
itu lah sebab utama aku nak tukar layout..
dan aku mencari layout yang sangat simple.. sebab tak mau blog aku ni terlalu lambat nak loading..
oleh itu.. ini lah layout yang terhasil.. ambik default layout yg disediakan oleh blogspot jer..
ok jer pun.. :)

selain itu.. untuk mengurangkan masa page loading.. aku buang bloglist yang melambak-lambak kat column sebelah kanan..
dan aku buat blog baru yang hanya ada bloglist sahaja.. boleh tengok kat sini.. http://shaqurabloglist.blogspot.com/

oleh itu, bertambah lah lagi blog aku.. hehehe.. suka suka..

dan aku berpuas hati dengan apa yang aku buat semasa aku tengah mengantuk semalam..

dan selepas itu, aku sambung lah buat kerja... tapi tak siap lagi pun.. bosannnnnn.. :(


Wordless Wednesday





Thursday, October 06, 2011

Popia Simpul Kasih - harga baru

Assalamualaikum kepada kawan-kawan dan pelanggan-pelanggan yang pernah membeli Popia Simpul Kasih kami ini.

Hari ini saya nak buat pengumuman sikit berkenaan harga baru bagi produk Popia Simpul Kasih, memandangkan kenaikan harga barang yang agak ketara selepas Hari Raya Puasa yang lepas.
Harga untuk kulit popia pun meningkat. Dan juga harga barang-barang lain yang kami guna untuk menghasilkan produk ini seperti minyak masak dan sebagainya.


Buat masa sekarang, kami mengeluarkan 2 saiz bekas. Boleh lihat seperti gambar di bawah.


Untuk bekas sebelah kiri, berat kandungan adalah 300gm dan kami menjual pada harga RM12.
Dan yang di sebelah kanan, berat kandungan adalah 700gm dan kami menjual pada harga RM25.
Harga bagi 1kg adalah RM35 (1 bekas kecil + 1 bekas besar).

Kami menggunakan serunding ikan bilis yang dimasak sendiri oleh kami sebagai inti kepada Popia Simpul Kasih ini.

harga di atas tidak termasuk dengan kos penghantaran menggunakan pos.. 
penghantaran by hand / percuma adalah di sekitar Kulim / Penang sahaja.. 
lain-lain kawasan yang berdekatan, boleh dibincangkan.. :) 

kepada yang berminat, boleh hubungi saya di alamat email shaqura@gmail.com 

produk ini bukan lah ready stock.. 
bila ada order, baru buat.. 
 untuk menjamin kesedapan dan kesegaran nya.. :) 
tempoh masa diperlukan mengikut berapa banyak order yg diminta..

Terima kasih kepada semua yang pernah membuat pesanan dengan kami.
Jangan lupa order lagi.

p/s: order untuk Raya Haji telah dibuka. :)

Tuesday, October 04, 2011

kerajinan yang tiba-tiba

minggu lepas tetiba jer angin rajin muncul..
disebabkan sambal ikan bilis memang dah lama aku buat dan bekukan dalam peti sejuk..
so, malam tu aku mintak en suami ambikkan daun pandan kat luar rumah..
siap 4 helai dia ambik..
masak nasik lemak 2 cawan.. biar jer dalam rice cooker..
masa nasik lemak tengah masak tu, semerbak bau daun pandan.. ish.. tak sabar tunggu pagi..
memang aku masak tu utk bekalan breakfast kami ke ofis esok nya..

esok pagi nya.. terlewat plak bangun..
kelam kabut lah aku panaskan sambal bilis dan goreng telur..
terus tapaukan untuk aku & en suami sorang 1 bekas..

ni bekal aku..


kenyang aku makan nasik lemak buatan sendiri hari tu..
kenyang sampai ke tghari.. memang tak pegi lunch pun..
save bajet.. untuk hari tu jer lah.. heheheh..
nanti kalau rajin nak lah masak lagi untuk tapau breakfast..
tak payah beli kan? :)

Aktiviti PakNgah dan anak2 buah ..

just nak update gambar aktiviti en suami ku dengan anak2 buah ku semasa kami balik Perlis masa hari minggu yg lepas..

solat Maghrib berjemaah..


main tembak-tembak.. sementara tunggu mak buat air kopi.. hihi..


tgh posing dengan baju Angry Bird yg dibeli di Arked Niaga Padang Besar..
spek mata yang dipakai masing-masing tu hanyalah spek mata tipu-tipu jer..
mengada jer budak berdua ni nak pakai spek macam orang rabun..




Monday, October 03, 2011

Laman rumah dah bersih.. suka.. suka..

lapang jer mata aku bila tiap kali balik rumah tengok halaman tepi rumah dah takde rumput panjang..
sekarang ni selalu jugak hujan di Kulim.. so, rumput cepat je tumbuh subur..
memang semak jer mata bila tengok..
tapi masa hari minggu yang lepas lepas.. en suami dah mintak kawan seofis nya yang buat part time memotong rumput datang potong rumput di rumah kami..
walaupun hanya rumah sewa .. tapi kesenangan mata perlu lah dijaga..
tenang jer mata aku bila balik rumah.. :)

kalau rumah sendiri, en suami dah tanam rumput lawa-lawa dah kot..
tapi sebab bukan rumah sendiri.. sabar-sabar kan jer lah hati tu..
jaga jer lah apa yg ada jer.. :)

ni kat depan.. siap ada pokok serai ditanam di situ..
serai tu hidup subur.. yg ni adalah rimbunan serai yg kedua yg kami tanam sejak kami menyewa di sini..
rimbunan pertama dah habis digunakan..
memang banyak guna serai sebab aku buat serunding utk popia simpul kasih.. :)


ni pulak tepi rumah dan terus ke belakang rumah..
sayup-sayup tu boleh nampak pokok pisang..
dan jugak pokok pandan yg memang sangat subur..
best jer tengok biler tanaman menjadi..
orang tak pandai berkebun kan.. memang terlebih kagum bila yg ditanam menjadi..
tapi semua tu en suami yg tanam.. dan jugak siram.. dan jugak jaga..
aku memang tahu guna jer.. :D


tu jer lah nak cerita.. pasal laman rumah jer..
sorry lah.. lupa nak ambik gambar sebelum sebab agak scary kot kepanjangan rumput-rumput liar itu.. :D

p/s: tetiba rasa rajin nak update blog lagi.. tunggu cerita yg seterusnya pulak.. :)


Tupperware: Katalog 7/2011 (1 Okt - 12 Nov 2011)


Emel saya: shaqura@gmail.com .. untuk mendapatkan harga yang menarik dan terhebat.. :)

(sila klik pada imej untuk paparan yang lebih besar dan jelas)
































Jangan malu jangan segan untuk hubungi saya..
Saya sedia menjawap persoalan anda.. :)

Selamat Membeli... :)