Wednesday, October 12, 2011

akibat mengantuk

semalam tengah sibuk la kepala otak ku memikir SQL query yang boleh meningkatkan process performance.. sampai kemengantukan yang amat sangat..
so, take a break.. berehat sebentar.. mari kita membuka blog..
dan mendapat 1 idea.. iaitu menukar layout blog ..
sebab, layout lama tu aku tak boleh nak adjust width untuk column post..
aku nak letak gambar besar-besar.. kalau aku letak gambar dengan size x-large.. gambar tu tak akan dipaparkan sepenuhnya sebab dah terkeluar frame.. not like laaa..
itu lah sebab utama aku nak tukar layout..
dan aku mencari layout yang sangat simple.. sebab tak mau blog aku ni terlalu lambat nak loading..
oleh itu.. ini lah layout yang terhasil.. ambik default layout yg disediakan oleh blogspot jer..
ok jer pun.. :)

selain itu.. untuk mengurangkan masa page loading.. aku buang bloglist yang melambak-lambak kat column sebelah kanan..
dan aku buat blog baru yang hanya ada bloglist sahaja.. boleh tengok kat sini.. http://shaqurabloglist.blogspot.com/

oleh itu, bertambah lah lagi blog aku.. hehehe.. suka suka..

dan aku berpuas hati dengan apa yang aku buat semasa aku tengah mengantuk semalam..

dan selepas itu, aku sambung lah buat kerja... tapi tak siap lagi pun.. bosannnnnn.. :(


No comments: