Instagram

Thursday, October 13, 2011

masak & makan

sesuailah tajuk entry dengan tuan punya blog..
aku suka masak dan aku suka makan.. tapi bukan la makan sorang-sorang.. aku suka masak untuk en suami ku makan laa.. kalo aku sorang, takde nyer aku nak masak gedeboommm kan.. hihi..

ni nak cerita pasal dinner malam tadi..
hari tu aku ada buat cili kicap terlebih pulak.. so, aku simpan jer dalam peti ais..
mengingatkan cili kicap tu aku tercari-cari menu apa yang boleh dimakan dengan cili kicap tu..
so, tertimbul idea untuk buat Mee Sup Ayam..

balik kerja semalam, terus singgah kat 1 kedai yang jual barang-barang basah je kat Taman Selasih..
beli ayam dan juga beberapa bahan lain yang sesuai digunakan..
salah 1 sebab aku rajin jugak nak masak bila balik kerja adalah wujudnya kedai ni..
kedai ni baru jugak lah bukak, dalam 4,5 bulan yg lepas (kalo tak salah aku la)
dan aku rasa sangat bagus idea owner kedai tu bukak kedai yg macam ni.. sememangnya tiap-tiap petang ramai orang yg baru balik kerja, singgah membeli di sini..
lagipun dia bukak di shop lot yang senang nak parking kereta kat tepi jalan dan masuk membeli dalam 10 minit dah setel..
daripada pergi ke Giant / Tesco.. mesti terjebak nak membeli barang lain pulak.. tak ke membazir duit dan masa je tu.. :)

aku pulak sekarang ni memang malas nak membeli barang-barang basah ni buat stok dalam peti ais.. sebab mood memasak aku kadang-kadang je ada.. bukan nyer hari-hari..
so, aku takut rosak je barang-barang tu kalau simpan dalam peti ais lama-lama..
sebab tu aku prefer beli bila aku nak masak jer.. :)

dan inilah Mee Sup Ayam yang aku masak untuk dinner semalam.. yang penting en suami suka.. luv it.. :)


dan ada lagi 1 cerita yg aku nak share dengan korang..
sekarang ni, aku boleh dikatakan hari-hari datang ke ofis di Bukit Tengah.. dan perjalanan aku ke ofis dari rumah adalah melalui jalan kawasan kampung.. di mana ramai makcik pakcik yang menjual nasik lemak & kuih muih di tepi-tepi jalan..
dan membuatkan aku tergoda nak membeli.. hihi..
dan sekarang ni.. memang wajib setiap hari kalau aku ke Bukit Tengah, memang aku akan singgah membeli nasik lemak & kuih muih kat sorang makcik ni kat area Machang Bubuk..
nasik lemak nyer simple jer.. tapi memang aku jadi ketagih la pulak.. huhu..
menu biasa.. adalah sambal + ikan bilis + telur goreng..
sampai kadang-kadang tu kalau tak ramai orang, makcik tu nampak je kereta aku berhenti, tak sempat nak keluar kereta lagi.. dah siap dah nasik lemak yg dia dah bungkus utk aku..
kalau ramai orang pun, aku berdiri je sengih-sengih kat situ.. makcik tu terus bungkuskan kat aku.. dah jadi regular customer dah.. hihi..


aku risau jugak asyik makan nasik lemak je ni..
tapi kalau hari bekerja, aku akan makan nasik 1 kali sajer.. hanya di waktu pagi jer lah..
lunch aku mkn kuih muih yg aku dah beli pagi tu.. dan malam selalu nya masak yg light-light jer.. macam yang aku masak malam tadi.. no nasik..
nasik aku masak kat rumah kalau hari minggu jer..
ubat diet pun tetaplah di makan.. tapi exercise jer tak sempat nak konsistenkan tiap tiap hari..
macam kejap jer masa aku kat rumah malam-malam..
entah lah busy dengan apa ntah.. macam-macam hal dipikirkan..
azam aku nak konsistenkan exercise supaya badan lebih mantap bukan gemok gelebeh.. hihi.. :D

ok lah.. tu jer nak cerita..

2 comments:

Zoey said...

mee sup tu nampak sedap dengan cendawan..teringin pulak nk makan sup tengah sejuk2 nih....hehe

Aizura said...

kat sana tgh musim sejuk ke? best wo mkn sup panas2.. hehe..