rata-rata kat status FB dan Twitter malam tadi dan jugak hari ni semuanya berkisar pasal ending Tentang Dhia..
dan tak lupa juga dengan Ombak Rindu yang berleluasa tayangan nya di Youtube semalam..
dan aku juga salah seorang penonton Ombak Rindu malam tadi..
pasal ending Tentang Dhia.. ramai yang tak berpuas hati..
termasuk lah aku.. aku puas hati bila Zikir & Dhia sama-sama mati.. cinta sehidup semati..
memang meleleh jer air mata aku masa tengok episod terakhir semalam..
aku ni kalau bab cinta-cinta laki bini ni memang lah sangat-sangat cepat tersentuh..
boleh rasa macamana bila aku dalam keadaan ku.. I luv U so much en suami.. eh!!
cuma yg tak puas hati dengan pembalasan ke atas Ku Salmi.. mak si Zikir tu..
setakat nenek dia pukul-pukul manja gitu jer..
mana lah puas hati dengan perbuatan kejam dia sepanjang siri Tentang Dhia ni..
rahsia dia terbongkar pun macam sikit sangat.. ishhhh!! tak puas hati betul la part tu..
yang beruntung hanyalah Melly.. sejahat-jahat manusia tapi sangat bernasib baik..
dan nasib baik lah dia insaf awal.. kalau tak mesti ending pasal Melly pun tak setimpal..
pasal Ombak Rindu pulak..
walaupun dah kecoh-kecoh orang cerita.. tapi aku baru je menonton nyer malam tadi..
en suami pun join sekali.. sebab pasang kat tv.. harus lah dia kena join gak..
Ombak Rindu ni pada aku sepatutnya dibuat teledrama macam Tentang Dhia tu..
baru lah olahan cerita tu lebih panjang dan menarik..
ini novel nya punya lah tebal.. nak shortcut cerita kepada 2 jam..
penyampaiannya tak cukup mantap..
watak Izzah & Mila tu tak sesuailah dengan pelakonnya.. mungkin kalau pelakon lain lagi best kot..
watak Harris tu.. memang perfect sebab Aaron Aziz punya pakej yang lengkap.. hahahha..
ada satu part yang membuatkan air mata ku meleleh juga..
masa Harris & Izzah berjumpa di rumah Pak Dolah.. Harris cakap dia rindu sangat dengan Izzah..
suasana masa tu buat aku jadi touching..
tu jer lah nak cerita..
ketemu kita di lain masa..
aku nak berangan apa nak buat weekend ni..
sebab hari ni en suami last day exam.. so, bleh berfoya-foya.. yahoooo!!!!
malam ni nak p Pesta P.Pinang ke.. nak tengok Final Maharaja Lawak Mega.. hmmmm
No comments:
Post a Comment