Instagram

Thursday, September 27, 2012

pengurusan masa bila dah bertiga

malas nya nak mandi pagi tadi..
minggu ni boleh dikatakan hari-hari hujan..
maka, air dari paip adalah seperti air dari peti sejuk...
sangat menusuk hingga ke tulang temulang walaupun lemak dah tebal ni..
rumah sewa kami tu memang takde water heater pun..
so, tadah jer lah mandi dengan air yang sejuk gilos tu..
basahkan part yang wajib jer lah.. hihi..

sekarang ni kami dah tidur kat bilik tidur kami dah..
sebelum ni, bentang toto kat bawah jer.. tidur kat ruang tamu..
mengadap tv..
tapi, asyik lah teringat akan kesedapan tidur di atas tilam kat bilik atas tu..
alasan tak mau tidur kat atas adalah...
sejak Sadiq dah makan solid food ni, setiap pagi aku akan masak bekalan Sadiq untuk dihantar ke rumah pengasuh..
jadi nya.. kalau tidur kat atas, aku macam tak boleh imagine macamana aku nak membahagi masa nak menguruskan semuanya..
sebab kalau tidur kat bawah, bangun tidur aku mandi & solat.. pastu, terus masak bekalan Sadiq.. sambil siapkan bakul bekalan dan siapkan Sadiq sekali..

tapi, setelah ditimbang tara.. akhirnya kami tekad..
aku cuba mengatur jadual supaya setiap pagi pengurusan masa kami adalah efisyen.. hehe
setiap pagi bangun mandi, solat dan terus bersiap dgn baju kerja..
turun bawah dan masak dan menguruskan hal-hal lain di bawah..
sementara itu, en suami akan siapkan diri sendiri dan Sadiq kat atas.. dah siap semua, baru mereka turun.. dan kami pun keluar rumah..
hmm.. boleh pun uruskan masa dengan bijak..
dalam minggu ni kami berjaya melakukan semua itu.. dapat tidur di katil yang empuk dan best.. dan dapat menyiapkan kelengkapan kami semua dengan baik sekali..
Alhamdulillah.. cuma perlukan kerjasama yang baik dari ketiga-tiga pihak.. heheh..

meh nak tunjuk kat korang apa yg aku masak untuk Sadiq pagi ni..


gambar bawah: bubur nasik tengah direbus + 2 ketul chicken stock + 1 ketul puree ayam
gambar atas: puree ubi kentang + puree brokoli

nanti pengasuh Sadiq akan campurkan bahan-bahan di gambar atas & bawah sebelum suapkan Sadiq..

komen dari pengasuh Sadiq semalam..
Sadiq makan dengan laju untuk menu yang sama macam hari ni..
fyi, semalam adalah 1st time bagi Sadiq makan brokoli..
2,3 hari yang lepas.. menu yang sama tapi brokoli tukar jadi bayam..
kurang laju sikit dia makan..
pandai yer budak kecik ni merasa mana sedap mana tak sedap..
hihihi..

ok lah.. tu jer nak cerita..
ketemu di lain episod

 

No comments: