Thursday, September 15, 2011

aku takder gambar raya.. huk huk..

sedihkan bunyi nya..
sememangnya takde gambar raya pun.. :(
tak tahu lah kenapa takder..
tapi yang pasti, bateri kamera kong la pulak di pagi raya itu..
ambik gambar guna kamera abah mertua..
tapi gambar-gambar tu semua dalam kamera itu lah.. dan berada di Jengka..
dan tak ditransfer ke mana-mana device aku pun.. huhu..
dan lagi 1.. gambar-gambar tu semua adalah gambar aku tak bertudung..
sempat berbaju baru jer.. tapi tak sempat nak touch up muka kasi cun dan bertudung..
sebabnya.. abah mertua siap awal.. dan nak pegi solat sunat raya..
masa ni lah yang sempat semua berkumpul dan bersalam-salam..
dan aku.. bangun pagi tak pegi terus mandi dan bersiap..
sebab sibuk nak tolong mak mertua di dapur.. dan jugak seterika baju melayu en suami..
so, memang lambat lah bersiap..
selalu nya macam ni lah kalo beraya di Jengka..
sibuk sangat lah pagi raya tu..

lepas solat raya.. abah mertua memang tak balik rumah pun..
terus tawaf blok.. ikut rombongan berhari raya dari rumah ke rumah..
adik ipar pun sama.. terus hilang..
en suami jer tak hilang.. sebab selalu kena sound dgn aku..
asal raya jer dia hilang gi raya dengan kawan-kawan kampung dia..
tak bawak aku.. aku pulak kena lah tunggu rumah sebab nak tolong mak mertua aku di dapur..
nanti orang datang beraya.. sapa pulak nak layan..
so, tahun ni en suami memang setia menemani aku di rumah..
lepas dah semua orang puas beraya.. baru lah kami pegi beraya dekat-dekat kawasan rumah jer..
tujuan pegi beraya sebab nak merasa menu utama yang dimasak oleh jiran-jiran..
contohnya, laksa, lontong, nasi tomato dan pelbagai lagi..

menu kami pulak.. boleh tengok kat entry ini.. aku dah ceritakan..
kang cerita banyak2 kali bosan pulak nak baca kan.. hihi..

ini adalah satu2 nya gambar berdua kami di hari raya bersama baju raya..


dah la gambar pun kurang cun..
main letak je kamera kat atas sofa.. pakai self timer..
nanti lah nak pakai lagi sekali baju raya.. pastu ambik gmbar syok sendiri.. hihi

sedih laaaa.. tak banyak gambar raya..
jeles tengok kawan-kawan update banyak gambar raya...
sedih sedih sedih..
harap-harap jangan berulang lagi di masa depan yer..
insyaAllah kalau panjang umur.. :)


No comments: